Followers

Tuesday, March 3, 2009

Senyuman Syuhada' di Palestin

Selamat tinggal dunia, selamat tinggal ibuku sayang, ayahku tercinta, isteriku, anak-anakku, kami tidak mati..kami hidup dalam syurga,

Ya Allah..rahmatilah daku..

Ya Allah..Inilah pengakhiran terbaik dalam kehidupanku..

Semoga jasadku terbela..

Senyuman paling menawan!! ku lihat syurgamu..



Kanak-kanak membaling batu dan wanita Palestin mengangkat senjata mempertahankan bumi Islam. Di manakah kita?? Apakah nyawa dan darah saudara seaqidah dengan kita tiada lagi erti? Atau kita tidak lagi punya hati untuk memahami?

Sejak 15 Mei 1948 sehingga kini...
60% rakyat Palestin diusir keluar dari tanah air sendiri
82% perkampungan Palestin dihancurkan
90% daripada keseluruhan bumi Palestin telah dirampas Zionis

Zionis mahu menghapuskan penduduk Palestin hingga tidak lagi bersisa. Mereka dalam perancangan menghancurkan Masjid Al-Aqsa kita diganti dengan kuil yahudi. Mereka membina tembok sepanjang 720 km di Tebing Barat, menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana & menjadikannya penjara yang terbesar di dunia!

"Setiap kita adalah wajib, wajib ke atas umat khususnya yang mampu dari timur & barat, utara & selatan menghulurkan tangan membantu."
-Syeikh Yusuf Qardawii-



Amalkan doa qunut nazilah sebagai doa harian. Semoga Allah memberi kemenangan atas umat Palestin & menghancurkan Zionis zalim laknatullah.

"Allahumma innaa naj'aluka fii nuhuuri a'ada'ina, wa na'uzubika min syururihim, allahumma baddid syamlahum wa farriq jam'ahum, wa syattit kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallit 'alaihim kabaan min kilaabika, yaa Qahhaar, yaa Jabbaar, yaa Muntaqim, yaa Allah, yaa Allah, yaa Allah, Allahumma yaa munzilal kitaab, wa yaa mujriyassahaab, wa yaa haazimal ahzaab, ihzimhum wansurnaa 'alaihim."


Boikot produk yahudi!!!

Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS berkata:

"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Illa Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua."

Antara Roti dan Bom
(Dedikasi untuk Umm Nasir dan lima orang anaknya)


Jalur Gaza bagaikan di neraka
Bom-bom Yahudi turun bagaikan hujan.
Bom buatan AS dan phosphorus menjadi pilihan
Rakyat Gaza mati bergelimpangan.
Bom-bom Yahudi membunuh tanpa ada rasa kesihan
Tua, muda,kecil, bayi dan wanita semuanya dibaham

Di basement rumah itu
seorang ibu dan anak kecil mencari perlindungan.
Ketakutan.
Anak kecilnya menangis kelaparan.
Inginkan roti untuk dimakan.
Si ibu dalam dilemma.

Antara roti dan bom
Si ibu terpaksa membuat pilihan.
Untuk melihat anak kecilnya kecil mati perlahan kelaparan
atau keluar untuk mendapatkan sekeping roti
meredah hujan bom – bom Yahudi yang tak berperikemanusian

Dunia masih mengecam Yahudi laknatullah tanpa ada tindakan.
Dunia masih berbincang.
Dunia Islam hanya mampu memandang.
Si ibu terpaksa membuat pilihan
Antara roti dan bom.
Antara dua kematian.
Secara perlahan
ataupun mati terkilan dalam ledakan bom.

megat s ibrahim

PACE
Dari Ipoh Untuk Gaza
http://dariipohuntukgaza.blogspot.com
13 Januari 2009



Hulurkan sumbangan anda ke akaun berikut:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Bank Islam Malaysia Berhad : 12113010005797

APA LAMAN WEB TENTANG PALESTIN?

1. http://www.amanpalestin.org...
2. http://palestinkini.info...
3. http://www.infopalestina.com...
4. http://www.inminds.co.uk/boyco...
5. http://www.muspalestina.blogspot.com

1 comment:

serunaiklang_91 said...

assalamualaikum...
salam ziarah...
byk gak ilmu yg leh dapat dari nlog ni...

semoga tuan punya blog sentiasa dirahmati Allah...amin

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'