Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan sumber mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki aqliyyah yang kuat dan roh yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu melahirkan tokoh-tokoh yang memenuhi SYARAT RIJAL yang sebenarnya.
Setiap fikrah itu akan berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman,dilengkapkan dengan keikhlasan yang mendalam untuk memperjuangkannya,ditambah dengan semangat yang berkobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam melaksanakannya.Pendekatan IMAN,IKHLAS,SEMANGAT dan AMAL merupakan rukun-rukun khusus untuk para rijal.Sebab asas iman ialah hati yang terang,asas ikhlas ialah jiwa yang bersih,asas semangat ialah perasaan yang mantap dan asas amal ialah azam yang kuat.Kesemua faktor ini adalah rukun khusus untuk pemuda.Dari sini,ternyata bahawa dikalangan setiap umat islam samada di zaman dahulu@ sekarang adalah merupakan TIANG SERI kebangkitan umatnya!"