
Pengkhianatan Mustafa Kamal Attaturk Terhadap Daulah Islamiah Kerajaan Turki Uthmaniah
Pada 3 Mac 1924 Mustafa Kamal secara rasminya :
- Menghapuskan Khilfah Islamiah.
- Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara.
- Menutup mahkamah-mahkamah syariah.
- Menghapuskan jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf.
- Menghalau keluar Khalifah Abdul Majid II serta semua ahli keluarganya dari Turki.
Pada 4 Mac 1925, satu undang-undang baru digubal kononnya bertujuan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan penduduk Turki :
“Dilarang semua bentuk penyebaran artikel bertulis yang boleh membawa kepada murtad (kembali kepada Islam) dan maksiat (syariat Islam). Mana-mana pertubuhan ataupun individu yang didapati berbuat demikian akan mendapat hukuman di Mahkamah Khas.”
Pada 25 Februari 1925 satu lagi undang-undang baru dibentuk :
“Mana-mana individu yang cuba menubuhkan pertubuhan politik yang menjadikan Islam sebagai dasar atau menampakkan ciri-ciri keIslaman, juga yang menyertai pertubuhan tersebut dikira sebagai ‘pengkhianat negara’. Begitu juga individu-individu yang cuba mengkritik kerajaan. Hukumannya ialah bunuh tanpa sebarang sisatan lanjut.”

Usaha MemBaratkan Masyarakat Turki Dan Menghapuskan Islam Oleh Mustafa Kamal Attaturk
- Menghapuskan undang-undang Islam dan diganti dengan undang-undang ciptaan manusia dari Barat (Britain dan Perancis).
- Menutup semua sekolah-sekolah agama dan diganti dengan sekolah-sekolah sekular. Pelajar–pelajar diasuh supaya membenci Islam dengan mengatakan bahawa Islam menjadi punca kemunduran Turki sebelum ini.
- Mengharamkan penggunaan bahasa Arab dalam penulisan dan komunikasi supaya bangsa Turki tidak mampu berhubung dengan bangsa Arab dan tidak memahami al-Quran, Hadis dan isi kandungan kitab-kitab Islam. Azan sembahyang juga mesti dilaungkan dalam bahasa Turki. Al-quran dalam bahasa Arab dilupuskan dan diganti dengan al-Quran dalam bahasa Turki. Seterusnya tulisan Latin diperkenalkan.
- Menghapuskan takwim Islam (Hijrah) dan diganti dengan kalendar Barat (Masihi). Semua hari-hari kebesaran Islam juga dihapuskan. Hari Ahad dijadikan hari cuti mingguan menggantikan hari Jumaat.
- Memaksa semua rakyat Turki mengubah nama mereka yang berasal daripada bahasa Arab atau nama yang mempunyai unsur-unsur Islamik kepada nama lain dalam bahasa Turki dan jauh daripada makna Islamik tersebut.
- Mengharamkan pemakaian Islam yang menutup aurat bagi wanita terutamanya tudung kepala dan niqab, seterusnya menganjurkan hiburan-hiburan maksiat bagi merosakkan pemuda-pemuda Islam, melalaikan mereka dan menyekat kebangkitan mereka.
- Mengharamkan pemakaian kopiah, serban , tarbus dan seumpamanya yang menunjukkan adat pemakaian Islamik bagi kaum lelaki. Mustafa Kamal Attaturk berpandangan bahawa cara yang paling berkesan untuk mengubah mentaliti masyarakat supaya boleh menerima perubahan ialah dengan menukar apa yang berada diatas kepala mereka. Penutup kepala baru iaitu Qubba’ah (Topi yang dipakai oleh orang-orang Barat, dalam bahasa Arab dipanggil Qubba’ah) diperkenalkan dan diwajibkan sebagai lambang kemodenan.
- Membentuk undang-undang kekeluargaan yang baru, yang memaksa semua institusi keluarga mengubah cara hidup tradisi yang dianggap kolot dan tidak bertamadun kepada cara hidup Barat. Contohnya, wanita tidak boleh dipaksa untuk mentaati suami dan diberi kebebasan mutlak dengan slogan ‘Kebebasan Wanita’ dan ‘Persamaan Hak’. Wanita dan lelaki tidak ada beza dalam mendapatkan hak pewarisan harta pusaka. Had umur tertentu ditetapkan bagi anak-anak yang mahu berkahwin. Manakala poligami dan talak diharamkan sama sekali.
- Melancarkan serangan pemikiran dengan memasukkan ideologi-ideologi Barat seperti Sekularisme, Komunisme, Nasionalisme, Liberalisme dan sebagainya.
- Menukarkan gaya hidup masyarakat yang Islamik (Islamic Culture) kepada gaya hidup Barat (West Culture)
Pada 13 Oktober 1923, Mustafa Kamal Attaturk secara rasmi mengisytiharkan bahawa Ankara adalah ibu negara Republik Turki, bukan lagi Istanbul. Tujuan utamanya ialah melenyapkan kenangan silam masyarakat Turki dan umat Islam seluruh dunia akan keagungan Kerajaan Turki Uthmaniah.
Dalam masa yang sama, Mustafa Kamal Attaturk telah menutup Masjid Eithiopia dan Masjid al-Fatih, masjid besar di Istanbul dan dijadikan muzium selepas itu. Selepas kemasukan pelancong-pelancong Barat ke Turki, umat Islam ditegah untuk bersembahyang didalamnya dengan alasan menghormati dan menjaga perasaan pelancong.
Biografi Mustafa Si Pengkhianat

Dilahirkan pada tahun 1881 di Salunik, tempat tinggal penduduk Yahudi Daunamah. Yahudi Daunamah merupakan sekumpulan Yahudi yang bersal daripada Sepanyol dan berhijrah ke Salunik. Salunik pula merupakan satu bandar yang berada didalam negara Greece yang tunduk dibawah kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniah pada ketika itu.
Mereka berhijrah ke Salunik bertujuan untuk membalas dendam diatas kekalahan mereka didalam Perang Salib dan keengganan Khalifah untuk memberikan mereka hak kewarganegaraan di Palestin. Mereka telah menyembunyikan akidah mereka dengan memeluk agama Islam dan memakai nama-nama Islam.
Mereka bertanggungjawab melakukan kerosakan keatas Kerajaan Turki Uthmaniah dengan memasukkan budaya Barat terutamanya kedalam angkatan tentera dan juga bersekongkol dengan pertubuhan haluan kiri bagi menggulingkan Khalifah. Gelaran ‘Kamal’ dalam istilah Arab yang bermaksud sempurna telah diberikan oleh gurunya kerana kemampuannya yang istimewa ketika berada di dalam kelas.

Gelaran ‘Attaturk’ atau ‘Bapa Pemodenan Turki’ pula dianugerahkan oleh Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki pada November 1934 apabila Turki berada dibawah pelaksanaan dasar sekular mewajibkan setiap individu menggunakan nama keluarga.
Bapanya berasal dari kawasan pergunungan Albania, dekat dengan sempadan Serbia. Penduduknya amat memusuhi Kerajaan Turki Uthmaniah. Ibunya pula berasal dari keluarga petani, ayahnya berasal dari selatan Albania manakala ibunya (Zubeyde Hanim) dari Macedonia. Sekiranya benar demikian, maka Mustafa Kamal Attaturk berasal daripada keturunan Yahudi.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Fatimah, sekolah agama yang begitu masyhur. Tidak lama selepas itu, ayahnya yang amat membenci syeikh-syeikh agama telah memindahkannya ke sekolah yang lain dengan menggunakan sukatan pelajaran Barat. Di sekolah inilah Mustafa Kamal Attaturk mula diasuh dengan fahaman sekular. Semasa berumur 17 tahun, Mustafa Kamal Attaturk telah melanjutkan pelajaran ke sekolah tentera di Monaster. Sekolah inilah yang digunakan oleh Freemasonry untuk melatih kader-kader mereka.
Semasa belajar di sekolah ini, Pertubuhan Ittihad Wat Taraqqi yang berada dibawah kawalan Britain ditubuhkan. Lalu, Mustafa Kamal Attaturk menyertai pertubuhan itu dengan harapan mendapatkan jawatan. Pun begitu, beliau amat tidak disenangi oleh anggota pertubuhan itu dan tidak dibenarkan mengikut setiap perancangan yang berbentuk rahsia.
Mustafa Kamal Attaturk yang dikenali sebagai manusia yang berperangai lebih teruk daripada binatang itu, sedikit pun tidak mempunyai belas kasihan terhadap manusia dan sentiasa menunjukkan kesombongan diri. Seluruh masanya dihabiskan untuk melakukan pelbagai maksiat. Judi, minum arak dan zina adalah perkara biasa dan rutin hariannya. Beliau juga sangat membenci bangsa Arab dan sentiasa bersiap sedia untuk membalas dendam.
Syeikh Mustafa Sabri didalam kitabnya, An Nakir ‘ala Mungkiri Ni’mah min ad Din wal Khilafah wal Ummah, memberikan contoh kerosakan agama Mustafa Kamal Attaturk dan keburukan sejarah hidupnya. Mustafa Kamal Attaturk pernah ditemuramah oleh seorang wartawan Perancis dan dia mengatakan : “Sesungguhnya Nabi kami menyuruh murid-muridnya menyeru umat lain kepada agama Islam bukannya membina kerajaan.”
Syeikh menjawab kejahilan Mustafa Kamal Attaturk dengan berkata : “Panggilan murid ditujukan kepada sahabat-sahabat Rasulullah saw seolah-olah baginda saw hanya seorang syeikh atau guru sekolah pada pandangan Mustafa Kamal Attaturk atau dia telah menerima pakai cara panggilan Nasrani apabila mereka mengatakan bahawa Hawariyyun sebagai murid Nabi Isa as.