ana rasa teruja dengan pasangan da'i ni..
First skali jumpe mase ana form 4..kat Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM kat Darul Puteri Cheras..
mengenali abg amar md zain.memang teruja abis!!Mase tu ana dah terfikir..baju2 produk diorang ni mesti meletup abis!!..abg amar ngan kak anfal memang kraetif! ana salute kat pasangan da'i ni..tahniah ya akhi!!ye lah..semenjak ana form 4..memang baju brotherhood je ana cari..sekarang sampai design terbaru..
"Suppor Palestinian If You Are Smarter Than a Fifth Grader!!
Rindunye kat abg ammar..bile boleh jumpe lagi ye!!
Baju-T bermotif rekaan Islam
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my

SESUNGGUHNYA Islam itu indah dan penuh warna. Bijak mengolah idea berteras dua prinsip berkenaan menjadi titik mula kepada Anfaal Saari, 30, dan suami, Ammar Mohd Zain, 30, untuk menceburi bidang kreatif seterusnya mengedarkan baju-T bermotif abstrak khusus bagi remaja Islam.
“Semuanya bermula hanya dengan satu niat iaitu mengubah pandangan semua pihak terhadap Islam. Lantas idea itu kami zahirkan menggunakan medium pencetakan baju-T kerana ia mudah difahami dan boleh diperagakan apabila dipakai.
“Medium itu juga satu cabang kreatif yang selari dengan kemahiran dimiliki suami dan sepadan dengan keinginan kami untuk berinteraksi serta menyebarkan dakwah kepada kelompok sasaran melalui dunia penuh warna,” katanya.
Menggunakan label BrotherhoodArts, jenama yang diketengahkan beridentitikan Islam itu mula dipasarkan di Internet sejak 2004 berkonsepkan small office/home office (SoHo).
Anfaal berkata, BrotherhoodArts bermula sebagai pengedar secara kecil-kecilan di rumah selepas melihat pasaran Indonesia yang banyak menggambarkan keindahan Islam melalui paparan ikon Islam pada baju-T.“Selain cantik, kaedah yang digunakan itu juga nampak ‘catchy’ sehingga mendorong kami memperkenalkan koleksi baju-T berkonsep sama di pasaran tempatan.
“Disebabkan ketika itu baju-T bermotif rekaan Islam (Islamic design) tiada di dipasarkan di sini, jadi ia mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi,” katanya.
Sehingga kini, BrotherhoodArts menawarkan 12 rekaan baju-T untuk remaja lelaki dan 13 rekaan lain untuk remaja perempuan. Kelainan baju-T BrotherhoodArts adalah setiap rekaan motif ditawarkan di dalam satu warna saja manakala saiz bermula dari M hingga XXXL untuk perempuan dan M hingga XXL untuk lelaki.
Setiap baju-T memaparkan mesej dakwah antaranya Aslim Taslam yang bermaksud “Islamlah kamu nescaya kamu selamat,” ‘Straighten Your Saff’ yang diolah daripada barisan lurus ketika solat sebagai lambang disiplin dan bersatu selain paparan imej sedia ada di pasaran yang diolah rekaannya.“Mengolah imej sedia ada seperti lambang Manchester United menjadi Muslimeen United, Israel Is Not Real berlatarkan abstrak filem The Matrix sebahagian daripada usaha kami menarik minat golongan remaja lelaki memakai baju-T jenama BrotherhoodArts.

“Buktinya, ramai remaja tertarik untuk memiliki baju-T rekaan kami dan mereka bukan hanya datang dari dalam negara malah permintaan turut diterima daripada pelajar Islam dari Australia, Jordan, Mesir, Russia serta Jepun.
“Ramai juga mengakui BrotherhoodArts tampil di saat yang tepat iaitu ketika mereka terutama perempuan tercari-cari baju-T sesuai untuk dipakai seorang Muslimah yang mementingkan aurat,” katanya.
Selain mengedarkan baju-T, BrotherhoodArts turut memasarkan kad doa dan penanda buku untuk dipasarkan pada bulan Ramadan.
“Ia sebagai langkah permulaan bagi kami mendorong umat Islam lebih mengalu-alukan kedatangan Ramadan berbanding Aidilfitri dan alhamdulillah, setakat ini sambutan diterima amat menggalakkan,” katanya.
BrotherhoodArts turut menghasilkan lencana butang (button badge) dengan paparan grafik berunsurkan Islam dan sarung lengan bersulam untuk Muslimah, sesuai dipakai bersama pakaian kasual dan ketika bersukan.
Anfaal berkata, rekaan sarung lengan diperincikan dengan corak bunga tampil lebih eksklusif dengan sulaman mesej Muslimah Identity.
“Sarung lengan BrotherhoodArts lain daripada produk sedia ada di pasaran kerana ia diperbuat daripada material berkualiti dan longgar bagi menjamin keselesaan pemakai.
“Bagi mempelbagaikan produk, kami turut merancang untuk mengeluarkan pakaian kanak-kanak berimej grafik juga berunsurkan Islam satu hari nanti,” kata Anfaal sambil memberitahu, sedang merancang pembukaan Butik BrotherhoodArts untuk memudahkan pelanggan membeli tanpa perlu membuat pesanan melalui Internet.
Adat berniaga, setelah penerimaan masyarakat terhadap kelahiran produk berkonsepkan Islam semakin menggalakkan, kini semakin ramai pesaing mula mengatur langkah untuk turut sama mengeluarkan barangan sama.
“Walaupun ada syarikat lain turut menawarkan produk sama tapi kami memandang ia dari sudut positif. Ia juga petanda produk sebegini ada permintaan di pasaran,” katanya sambil melahirkan hasrat untuk melihat komuniti Islam yang berjaya di dalam bidang rekaan grafik dan perniagaan berkembang serta dikagumi dunia.
antara design BrotherhoodArts





Buttons








Untuk Pelajar SMKSI..nantikan kemunculannya mase hari KARISMA nanti di gerai PRA-Universiti yuk!!
untuk wat tempahan..click alamat di bawah :
http://brotherhood-arts.blogspot.com/