Followers

Wednesday, April 23, 2008

Antara Dua Keyakinan

Walaupun kita dan masyarakat kita sama-sama yakin kepada prinsip ini, namun bezanya ialah keyakinan mereka adalah keyakinan yang alpa dan lena. Mereka tidak mahu tunduk di bawah hukumnya. Mereka tidak mahu melaksanakan segala tuntutannya. Sedangkan dalam masa yang sama ia adalah keyakinan yang membara, kuat dan sedar di dalam jiwa Ikhwan al-Muslimin.
Ada suatu fenomena psikologi yang amat pelik. Kita dan orang lain dapat merasakan wujudnya fenomena ini dalam jiwa kita orang-orang Timur. Fenomena ini ialah kita meyakini sesuatu gagasan. Sesiapa sahaja yang mendengar kita berucap tentang gagasan tersebut pasti dapat merasakan betapa kekuatan gagasan itu mampu mengajak kita menggegarkan gunung, mengorbankan jiwa dan harta, menghadapi segala rintangan, merempuh segala halangan hingga kita beroleh kemenangan bersamanya atau terkorban kerananya. Namun apabila selesai sesi ucapan dan orang ramai mula bersurai, masing-masing alpa dengan keyakinan mereka dan lupa dengan gagasan mereka. Tidak langsung terfikir untuk melaksanakannya malah tidak pernah terlintas untuk berjihad sama sekali. Malah, mungkin kealpaan ini sampai ke tahap dia bekerja menentangnya sama ada secara sedar atau tidak. Bukankah lucu jika anda lihat seorang pemikir, yang berkerjaya dan berpendidikan, dalam tempoh satu hari dia menjadi kufur sama seperti orang kufur lain dan menjadi ahli ibadat bersama ahli ibadat yang lain!
Bertitik tolak daripada segala kelemahan atau kecuaian atau kealpaan atau kelenaan atau apa sahaja istilah yang digunakan, semua keadaan ini menjadi faktor yang mendorong kita mengemukakan prinsip kita kepada masyarakat. Suatu prinsip yang telah sedia diterima oleh masyarakat kita yang kita kasihi ini.

Pelbagai aliran fahaman

Saya ingin ulangi sekali lagi di sini, dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah yang berprinsip. Di Timur dan di Barat hari ini wujud pelbagai aliran, pelbagai prinsip, pelbagai pemikiran, pelbagai fahaman, pelbagai pendapat dan pelbagai haluan yang masing-masing memberikan pendekatan yang berbeza. Masing-masing cuba memperlihatkan keunikan fahaman masing-masing. Usaha mempopularkan fahaman masing-masing melalui propaganda yang dilakukan oleh pendokong, pengikut, peminat dan anak murid mereka. Mereka mendakwa mempunyai pelbagai keunikan dan kelebihan. Malahan mereka membuat pelbagai dakwaan melampau yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Pendokong

Pendokong ideologi hari ini tidak sama seperti pendokong dahulu kerana mereka hari ini berpendidikan, terlatih dan berkepakaran (terutama di negara Barat). Kini setiap ideologi mempunyai pasukan terlatih yang mampu menghurai segala kerumitan. Masing-masing mampu menonjolkan kelebihan ideologi masing-masing dengan bantuan pelbagai kaedah penyiaran dan propaganda. Dengan ini mereka mampu mempengaruhi masyarakat dengan cara yang paling mudah dan paling meyakinkan.

Wahana

Teknik propaganda sekarang juga berbeza dengan zaman dahulu. Kaedah penyiaran zaman dahulu hanya menggunakan medan ceramah atau perhimpunan atau penulisan melalui risalah atau surat. Berbeza dengan hari ini kerana pelbagai bentuk penerbitan, majalah, akhbar, risalah, pementasan (fiksyen), drama dan radio. Semua ini begitu mudah sampai kepada masyarakat; wanita mahupun lelaki, di rumah mereka, di pusat perniagaan , di tempat kerja dan di ladang mereka.
Oleh itu menjadi kewajipan para pendokong gerakan dakwah menguasai dengan baik kesemua kaedah ini supaya setiap usaha mereka dapat mencapai sasaran yang dikehendaki.
Kenapa saya bincangkan perkara ini secara panjang lebar? Saya ingin jelaskan sekali lagi, dunia hari ini berada dalam era yang penuh sesak dengan pelbagai aliran sama ada yang berlandaskan politik, nasionalisme, patriotisme, ekonomi, militer atau keamanan. Di manakah kedudukan Ikhwan al-muslimin di tengah semua aliran ini?
Persoalan ini membawa saya untuk mengutarakan kepada anda sekalian dua perkara penting. Pertama, kerangka dakwah kita secara ringkas. Selepas itu saya akan kemukakan pendirian dakwah ini terhadap aliran-aliran yang lain.
Saya minta maaf dengan bahasa saya yang agak panjang lebar ini kerana saya sebenarnya mahu menulis menggunakan bahasa yang sama seperti saya berucap. Saya juga mahu kemukakan topik yang saya bincangkan ini dengan cara yang mudah. Saya mahu orang lain memahami apa yang ingin saya bincangkan ini sebagaimana saya memahaminya. Saya mahu setiap tulisan saya ini dapat dihayati tanpa perlu menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan meleret-leret.

islam Kita
Saudara, dakwah kita merupakan dakwah yang menggabungkan seluruh elemen yang dinyatakan sebagai Islam. Perkataan Islam pula mempunyai makna yang amat luas bukan sebagaimana yang difahami oleh manusia hari ini. Kita berkeyakinan Islam mempunyai suatu pengertian yang luas. Islam mengatur seluruh aspek hidup manusia. Islam memberikan jawapan kepada setiap perkara. Islam telah meletakkan suatu sistem yang kemas dan rapi bagi setiap aspek. Islam tidak pernah berpeluk tubuh dalam berhadapan pelbagai masalah semasa. Islam telah menggariskan sistem yang perlu bagi kepentingan manusia. Sesetengah pihak tersilap apabila memahami Islam ini hanya terbatas kepada beberapa aspek ibadat atau sudut kerohanian sahaja. Malah mereka menyempitkan fahaman dan diri mereka sendiri dalam ruang lingkup yang amat sempit ini.
Namun demikian kita tetap memahami Islam ini berbeza sama sekali dengan fahaman tersebut. Malah kita memahami Islam dalam erti kata yang amat luas. Islam mengatur seluruh aspek kehidupan dunia dan akhirat. Apa yang kita katakan ini bukan dakwaan atau rekaan kita sendiri. Sebaliknya hasil daripada apa yang kita fahami melalui kitab Allah dan sejarah hidup generasi Islam yang pertama. Jika anda ingin memahami dengan lebih mendalam tentang fahaman Ikhwan berhubung Islam, anda boleh membuka mashaf al-Quran. Jauhkan diri anda daripada nafsu dan niat lain kemudian cubalah fahami isi al-Quran. Anda akan lihat itulah dakwah Ikhwan.
Benar, dakwah kita adalah Islam itu sendiri, merangkumi seluruh aspek yang terkandung dalam istilah Islam itu sendiri. Fahamilah kandungan Islam ini. Cuma fahaman anda ini mestilah berlandaskan Kitab Allah, sunnah rasul dan sejarah para salafussoleh. Kitab Allah merupakan asas dan landasan kepada Islam.
Sunnah rasul pula menjadi pentafsir kepada Kitab Allah. Sementara sejarah hidup salafussoleh yang menjadi pelaksana kepada segala perintah dan segala ajarannya merupakan contoh praktikal kepada segala perintah dan ajaran ini.



Pendirian kita terhadap aliran fahaman lain


Berkenaan dengan pelbagai aliran yang wujud di zaman ini sehingga wujudnya perselisihan dan perbezaan fahaman, pendirian kita ialah kita akan nilai setiap aliran ini dengan membandingkannya dengan dakwah kita. Mana-mana aliran yang selari dengan dakwah kita, kita alu-alukan. Mana-mana aliran yang bercanggah dengan dakwah kita, kita jauhi. Kita amat-amat yakin bahawa dakwah kita cukup umum dan luas merangkumi segala aspek positif yang ada di dalam aliran lain.

Patriotisme

Manusia hari ini adakalanya terpengaruh dengan aliran patriotisme. Adakalanya mereka terpengaruh dengan aliran nasionalisme. Terutama di rantau Timur, penduduk di rantau Timur sentiasa mendapat layanan buruk daripada Barat hingga mereka kehilangan harga diri dan kemerdekaan mereka. Malah segala harta dan nyawa mereka turut dirampas. Oleh kerana terpaksa sengsara menerima segala tekanan kuasa Barat yang menetapkan segala-galanya untuk mereka, mereka cuba membebaskan diri dengan berbekalkan segala kekuatan, perjuangan dan pengorbanan. Semua ini boleh didengar terpacul keluar daripada lidah para pemimpin dan akhbar mereka. Para karyawan menghasilkan pelbagai karya dan para pemidato pula menyampaikan pelbagai pidato. Masing-masing melaungkan slogan patriotik dan keagungan bangsa mereka.
Nampaknya apa yang dilaungkan itu baik, tetapi yang tidak baiknya ialah apabila anda cuba memahamkan penduduk Timur yang menganut Islam bahawa Islam lebih baik, lebih bersih, lebih tinggi dan lebih mulia daripada apa yang lahir daripada Barat atau hasil karya bangsa Eropah, mereka menolak kata-kata anda dan mereka fanatik dengan tradisi mereka secara membuta tuli. Mereka mengemukakan kepada anda bahawa Islam lain dan fahaman ini lain. Malah mereka mendakwa Islam hanya memecah belahkan perpaduan umat dan melemahkan kesatuan para pemuda.
Salah faham ini menjadi ancaman besar kepada penduduk Timur. Berkenaan dengan salah faham ini saya suka bentangkan di sini pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung fahaman patriotisme. Fahaman ini mereka terima dengan penuh senang hati dan mereka cuba mempengaruhi orang ramai untuk menerimanya seperti mereka.

Cintakan Negara

Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan perintah Islam. Bilal, walaupun beliau telah mengorbankan segala-galanya demi akidah dan agamanya, Bilal ini jugalah yang telah meluahkan rasa rindunya terhadap Mekah ketika berada di Madinah Dar al-Hijrah, melalui rangkap-rangkap syair yang amat indah dan sayu:

Alangkah indahnya jika aku dapat bermalam
Di sebuah lembah dikelilingi oleh rumput rampai dan tumbuhan
Dapatkah suatu hari nanti aku akan merasai kembali air kolam Majannah
Dapatkah aku kembali menyaksikan gunung Shammah dan Tufail.


Suatu ketika Rasulullah s.a.w. terdengar kata-kata Usail yang cuba mengungkapkan keindahan Mekah. Air mata baginda mengalir kerana rindukan Mekah.

Baginda bersabda: Usail, biarkanlah hati-hati ini tenang.

Negara Yang Merdeka Dan Bermaruah

Jika apa yang mereka maksudkan ialah kewajipan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan negara daripada penjajahan kolonialisme atau melakukan sesuatu ke arah mencapai kemerdekaan negara atau menanamkan harga diri dan semangat kemerdekaan di dalam jiwa anak bangsa, jika ini yang mereka maksudkan ia bermakna kita turut sama bersama mereka. Malah Islam amat-amat menegaskan perkara ini. Firman Allah:

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Munafikun: 8)

Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (Al-Nisa’: 141).

Masyarakat yang Bersatu

Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotisme ialah mengukuhkan hubungan antara masyarakat dalam rantau yang sama dan memimpin mereka menggunakan hubungan ini untuk kepentingan mereka, jika ini yang mereka maksudkan kita turut bersetuju dengan mereka. Malah Islam melihat perkara ini sebenarnya suatu kewajipan. Ini dinyatakan oleh Nabi s.a.w.:

“Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.”

Al-Quran juga ada menyebut:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
(Aali Imran: 118).

Penaklukan negara

Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotisme ialah menakluk negara lain dan menguasai muka bumi ini, ia merupakan suatu yang diwajibkan oleh Islam. Malah Islam mengarahkan agar para penakluk supaya melakukan penaklukan dengan cara yang terbaik dan diberkati. Ini dinyatakan oleh firman Allah:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Al-Anfal: 39)

Budaya berpuak dan berparti

Jika patriotisme yang mereka maksudkan ialah memecah belahkan ummah ini kepada beberapa puak yang saling bertelagah, saling berhasad dengki, saling caci-mencaci, saling tuduh-menuduh dan saling dendam-mendendam, bersatu dan berpecah berlandaskan fahaman ciptaan manusia yang didorong oleh hawa nafsu, diatur oleh matlamat yang berbeza, digerakkan oleh fahaman yang hanya berlandaskan kepentingan peribadi. Dalam masa yang sama pihak musuh mengambil kesempatan dengan menyemarakkan lagi api permusuhan. Musuh memecah belahkan mereka dalam perkara yang sepatutnya mereka bersatu dan menyatu padukan mereka dalam perkara yang tidak betul. Musuh akan menghalang mereka daripada saling berhubung dan bekerjasama. Sebaliknya musuh mahu mereka hanya berhubung dan berpaut padanya. Dengan ini mereka akan sentiasa bertandang ke negara musuh dan akan sentiasa berhimpun di tempat musuh. Patriotisme seperti ini adalah karut dan tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada para pendokong dan juga orang ramai.
Dengan ini anda dapat saksikan sendiri kita sependapat bersama pendokong patriotisme. Malah kita juga turut bersama golongan fanatik patriotisme dalam mendokong semua nilai baik yang dapat membawa kebaikan kepada negara dan manusia. Anda juga dapat saksikan bagaimana seluruh nilai patriotisme tidak lain hanyalah sebahagian daripada ajaran Islam.

Sempadan patriotisme kita

Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan sempadan patriotisme kita ialah akidah. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi. Sebenarnya setiap ceruk bumi yang terdapat seorang muslim yang menyatakan, “tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah” ia adalah bumi dan tanahair yang kita hormati, hargai, cintai dan kita serahkan keikhlasan serta jihad kita demi kebaikannya. Sementara setiap orang Islam yang berada dalam kawasan geografi ini adalah keluarga dan saudara kita yang kita berikan perhatian dan berkongsi bersama segala masalah mereka. Ini berbeza dengan pejuang patriotisme. Mereka hanya mengambil perhatian kepada sebidang tanah yang kecil dan sempit. Perbezaan ini lebih ketara apabila mereka berusaha memperkukuhkan kekuatan mereka dengan menindas bangsa lain. Kita tidak rela melakukannya jika ia menyebabkan penindasan kepada mana-mana bumi Islam. Kita hanya menuntut perkara yang membawa kekuatan kepada semua. Bagi pejuang patriotisme, mereka tidak melihat ini sebagai suatu masalah. Oleh itu berlakulah keretakan dalam hubungan antara negara Islam, kekuatan negara Islam semakin lemah dan peperangan tercetus sesama sendiri akibat percaturan pihak musuh.

Matlamat Patriotisme Kita


Itu yang pertama. Kedua, mana-mana pejuang patriotisme sudah tentu meletakkan kemerdekaan negara mereka sebagai matlamat utama mereka. Malangnya apabila mereka berusaha memajukan negara ini, mereka arahkan tumpuan mereka hanya kepada aspek kebendaan sama seperti yang dilakukan oleh masyarakat Eropah sekarang. Berbeza dengan kita kerana kita meyakini sebagai seorang muslim kita memikul suatu amanah dan untuk itu kita perlu mengorbankan nyawa, darah dan harta dalam usaha melaksanakan amanah itu iaitu memimpin manusia dengan cahaya Islam dan mengibarkan panji Islam ke seluruh pelusuk bumi. Ini dilakukan tanpa mengharapkan harta atau pangkat atau kuasa dan bukan berhasrat untuk menguasai mana-mana bangsa. Seorang muslim hanya mahu mencari keredaan Allah. Dengan agamanya, dia mahu membawa kesejahteraan untuk dunia ini dan mahu menegakkan suara agamanya. Atas dasar ini para salaffusoleh yang diredai Allah telah melancarkan penaklukan suci yang pernah mengkagumkan dunia dan menampilkan contoh keadilan dan nilai mulia yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah manusia.

Perpaduan

Saya ingin menarik perhatian anda tentang kesilapan dakwaan yang mengatakan jika kita menolak prinsip patriotisme, ini bermakna kita memecah belahkan perpaduan bangsa yang hidup berlatar belakangkan pelbagai agama. Islam sebagai agama perpaduan dan kesaksamaan sudah cukup untuk menjamin keharmonian antara semua anggota masyarakat selagimana mereka saling bekerjasama untuk kebaikan.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Mumtahanah: 8)

Jadi dari mana datangnya perpecahan?

Apatah lagi anda sendiri boleh melihat bagaimana kita boleh bersama-sama dengan orang yang paling fanatik dengan semangat patriotisme dalam soal cintakan kebaikan untuk negara dan bersedia berjihad demi kemerdekaan, kebaikan serta kemajuan negara ini. Malah kita sentiasa berusaha dan mendokong apa juga usaha ke arah itu dengan penuh keikhlasan. Saya juga mahu kita memahami bahawa peranan mereka hanya setakat membebaskan dan mengembalikan kegemilangan negara sedangkan bagi Ikhwan al-Muslimin usaha ini baru separuh jalan atau baru satu peringkat sahaja. Masih ada lagi usaha yang perlu mereka lakukan untuk memartabatkan panji negara Islam di seluruh muka bumi dan mengibarkan panji mashaf di segenap tempat.

Nasionalisme

Sekarang saya ingin berbicara pula tentang pendirian kita terhadap semangat nasionalisme.

Nasionalisme Dan Kegemilangan Silam

Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan hemah generasi masakini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam. Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyentuh aspek ini:

“Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahiliyyah adalah orang yang terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami.”

Dengan ini anda boleh lihat Islam tidak menolak nasionalisme jika ia membawa maksud yang mulia ini.

Nasionalisme Dan Ummah
Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya.
“Demi sesungguhnya, keluarga tetap lebih berharga bagi seseorang
Walau seluruh manusia telah tunduk kepadanya”
Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap pihak untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.
Semua nilai nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam. Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita sokong.

Nasionalisme Jahiliyyah


Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh. Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik. Sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab. Termasuk mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya jahiliyyah yang telah sekian lama pupus. Jika inilah nasionalisme yang dimaksudkan, maka nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk. Ia hanya membawa kerugian teruk kepada Timur. Selain kehilangan segala warisannya dan merendahkan kedudukannya, Timur akan kehilangan segala keistimewaan dan kesuciannya yang paling berharga. Namun ia tidak sedikitpun akan mencemar agama Allah.
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Muhammad: 38)

Nasionalisme Dan Pencabulan


Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggah sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan. Tindakan ini sebenarnya membawa maksud memanipulasi semua bangsa manusia demi mencapai suatu yang tidak pasti, suatu yang bukan hakiki dan tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa.

Dua Teras

Ikhwan al-Muslimin tidak dapat menerima nasionalisme jika itu yang dimaksudkannya atau apa sahaja yang membawa maksud yang sama. Ikhwan juga tidak perlu melaungkan semangat Firaun atau Arab atau Pheonix atau Syria atau apa sahaja nama atau gelaran yang menjadi kebanggaan ramai manusia. Namun Ikhwan menerima apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang merupakan seorang manusia yang sempurna malah seorang manusia terbaik yang mengajar perkara yang baik kepada manusia, sabda baginda:
“Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam daripada tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan ketakwaan.”
Alangkah indah dan adilnya ungkapan ini. Semua manusia daripada Adam dan kerana itu mereka semua setaraf. Manusia hanya berbeza berdasarkan amalan mereka. Jadi sepatutnya mereka bersaing dalam melakukan kebaikan. Sekiranya dua teras ini menjadi landasan kepada bangsa manusia sudah tentu martabat manusia akan meningkat hingga ke puncak langit. Pertama, semua manusia daripada Adam jadi mereka semua adalah saudara. Oleh itu mereka perlu saling bekerjasama, bahu-membahu, berkasih sayang dan saling memimpin ke arah kebaikan. Kedua, perbezaan antara manusia hanyalah berdasarkan amalan mereka. Jadi masing-masing perlu berusaha supaya dapat mengangkat martabat seluruh manusia. Apakah ada perkara yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap ini? Apakah ada didikan yang lebih baik daripada didikan daripada Rasulullah s.a.w. ini?

Keistimewaan Arab

Namun demikian ini tidak bermakna kita menolak terus keistimewaan semulajadi yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Kita memahami bahawa setiap bangsa ada keistimewaan dan kelebihan semulajadi yang tersendiri. Kita juga menyedari setiap bangsa ada perbezaan dan kelainan. Kita yakin dalam hal ini bangsa Arab memiliki keistimewaan semulajadi yang jauh lebih baik. Namun ini tidak bermakna kita jadikan keistimewaan ini sebagai sebab untuk kita bermusuh. Sebaliknya bangsa Arab sepatutnya menggunakan keistimewaan ini sebagai satu cara untuk memainkan peranan yang telah ditetapkan untuk setiap bangsa iaitu membangunkan bangsa manusia. Mungkin sepanjang sejarah anda tidak akan temui suatu bangsa di atas muka bumi yang amat memahami hakikat ini lebih daripada angkatan Arab yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w.
Perbincangan ini perlu kepada perbahasan lebih lanjut namun saya tidak berhasrat memanjangkannya. Saya akan kembali kepada perbincangan asal kita.

Ikatan Akidah

Setelah anda memahami hakikat ini (moga anda diberikan kekuatan oleh Allah), Ikhwan al-Muslimin melihat manusia terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan ialah golongan yang mempunyai keyakinan yang sama seperti mereka iaitu meyakini agama Allah, Kitab Allah dan meyakini utusan-Nya serta risalah yang dibawanya. Golongan ini mempunyai ikatan yang amat suci dengan kita iaitu ikatan akidah yang kita anggap sebagai ikatan yang lebih suci daripada ikatan darah dan bumi. Mereka adalah bangsa kita dan orang yang paling dekat dengan kita. Kita merasa simpati dengan nasib mereka. Kita bekerja untuk kepentingan mereka. Kita pertahankan mereka. Kita korbankan nyawa dan harta kita untuk mereka walau di mana sahaja mereka berada dan apa sahaja asal-usul mereka.
Satu golongan lagi berbeza sama sekali. Kita tiada ikatan seperti ikatan ini dengan mereka. Kita berdamai dengan mereka jika mereka berdamai dengan kita. Kita juga berbaik dengan mereka jika mereka tidak bermusuh dengan kita. Kita yakin hubungan di antara kita dengan mereka ialah hubungan dakwah. Menjadi tanggungjawab kita menyeru mereka supaya bersama kita kerana apa yang kita miliki ini adalah baik untuk seluruh bangsa manusia. Kita akan menggunakan pelbagai cara dan wasilah yang telah ditetapkan oleh Islam demi menjayakan dakwah ini. Jika mereka memusuhi kita, kita akan balas dengan cara yang baik. Jika anda mahukan penjelasan daripada kitab Allah, silalah dengar:
1.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu. (Al-Hujurat: 10)
2.
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. (Al-Mumtahanah: 8-9)

Moga-moga dengan pembentangan ini saya telah bentangkan kepada anda sekalian satu sudut daripada dakwah kita supaya tidak lagi timbul sebarang keraguan dan kekeliruan. Mudah-mudahan anda kini telah memahami di pihak manakah Ikhwan al-Muslimin berada.

Berdepan dengan perselisihan agama

Kini saya ingin berbicara tentang dakwah kita dalam berhadapan dengan perselisihan dalam masalah agama dan perbezaan mazhab.

Bersatu Bukan Berpecah

Sedarlah (moga anda diberikan fahaman oleh Allah)! Pertama, dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah untuk semua, bukan hanya untuk golongan tertentu sahaja. Dakwah ini juga tidak berpihak kepada mana-mana pendapat yang diketahui mempunyai corak tertentu atau ciri dan gaya tertentu. Dakwah ini tertumpu kepada soal asas agama. Kita mahu seluruh perhatian dan tumpuan dihala ke satu arah supaya segala usaha akan lebih bermakna dan lebih membuahkan hasil. Dakwah Ikhwan adalah dakwah yang putih bersih tanpa sebarang warna. Dakwah ini akan sentiasa bersama kebenaran walau di mana sahaja dan akan sentiasa inginkan perpaduan dan tidak mahukan perpecahan.
Malapetaka paling besar bagi umat Islam ialah perpecahan dan perselisihan. Faktor yang membantu kemenangan umat Islam pula ialah kasih sayang dan perpaduan. Generasi akhir ini hanya mampu dibaiki dengan menggunakan apa yang digunakan untuk memperbaiki generasi pertama. Ini adalah kaedah asas dan juga matlamat yang diketahui oleh setiap saudara seislam. Ia suatu yang kita yakini, kita perjuangkan dan kita seru.

Perbezaan pendapat pasti wujud

Dalam pada itu, kita meyakini perbezaan pendapat dalam sudut cabang agama adalah suatu yang pasti berlaku. Kita tidak mungkin boleh bersatu pendapat dalam sudut cabang, pendapat dan fahaman kerana beberapa faktor:
Salah satu faktornya ialah perbezaan keupayaan akal mencedok sesuatu hukum atau memahami sesuatu dalil dan menyelami secara mendalam sesuatu maksud. Setiap perkara saling berhubung kait. Agama ini berlandaskan ayat-ayat al-Quran, hadis dan nas sedangkan semua ini difahami oleh akal berdasarkan kaedah bahasa dan tatabahasa. Dalam perkara ini semua manusia amat-amat berbeza dan perbezaan pendapat sudah pasti tidak dapat dielak.
Faktor lain ialah keupayaan ilmu. Ada orang yang mencapai tahap ilmu yang jauh lebih tinggi daripada orang lain dan begitulah dengan yang lain. Imam Malik pernah berkata kepada Abu Jaafar: “Para sahabat Rasulullah s.a.w. telah bertaburan di seluruh muka bumi dan masing-masing mempunyai ilmu tersendiri. Jika engkau arahkan mereka supaya berpegang kepada satu pendapat, sudah tentu akan berlaku bencana.”
Satu lagi faktor ialah perbezaan tempat, di mana pelaksanaan sesuatu hukum akan berbeza mengikut perbezaan tempat. Anda sendiri lihat bagaimana Imam al-Shafie r.a. pernah memberi fatwa dengan mazhab lama (qadim) di Iraq tetapi memberi fatwa dengan mazhab baru (jadid) di Mesir. Dalam kedua-dua keadaan beliau berpandukan kepada fahaman dan apa yang beliau perolehi. Namun dalam kedua-dua keadaan beliau tetap berusaha mencari hukum yang sebenar dengan penuh teliti.
Faktor berikutnya ialah perbezaan dalam meyakini dan menerima sesuatu riwayat. Kita dapati seorang periwayat dianggap seorang yang dipercayai oleh seorang imam. Dalam masa yang sama dia dianggap tidak boleh dipercayai oleh imam yang lain berpandukan kepada pengetahuan imam itu tentang periwayat tersebut.
Faktor lain ialah perbezaan dalam menentukan kedudukan sesuatu dalil. Contohnya, ada di antara mereka yang mengutamakan amalan penduduk Madinah daripada hadis ahad dan ada pula yang tidak berpendapat sedemikian.

Sependapat dalam masalah cabang adalah mustahil

Semua faktor ini meyakinkan kita bahawa sependapat dalam sesuatu masalah cabang agama adalah mustahil. Malah bercanggah sama sekali dengan landasan agama ini. Allah mahukan agama ini sentiasa wujud dan kekal, selari dengan peredaran zaman. Untuk itu agama ini perlu bersifat mudah dan anjal, tidak jumud dan terlalu membebankan.

Maaf kepada yang tidak sependapat

Inilah yang kita yakini. Kita memohon maaf daripada sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan kita dalam masalah cabang. Kita merasakan perbezaan pendapat ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menyatukan hati-hati manusia, saling berkasih sayang dan bekerjasama untuk kebaikan. Untuk kita berkongsi bersama ertikata Islam yang menyeluruh itu. Bukankah kita dan mereka adalah umat Islam? Bukankah kita mahu akur dengan hukum yang kita yakini dan begitu juga mereka? Bukankah kita dituntut supaya melakukan sesuatu yang disukai oleh saudara-saudara kita sama seperti kita suka melakukannya untuk diri kita sendiri? Jadi di manakah perselisihan sebenarnya? Kenapa pendapat kita tidak boleh mereka pertikaikan sepertimana pendapat mereka boleh kita pertikaikan? Kenapa kita tidak saling faham memahami dalam suasana yang harmoni jika ia suatu yang perlu?
Para sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri saling berbeza pendapat ketika memberi fatwa. Apakah perkara ini menyebabkan hati mereka berpecah? Apakah perpaduan mereka atau ikatan sesama mereka berkecai? Demi Allah, tidak dan peristiwa sembahyang Asar di bani Quraizah menjadi contoh.
Jika mereka ini pun berbeza pendapat sedangkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan zaman nubuwwah. Malah mereka adalah orang yang paling arif tentang perkara yang bersangkutan dengan sesuatu hukum. Kenapa pula kita berbalah tentang sesuatu perbezaan pendapat yang tidak penting? Jika para imam mujtahid; orang yang paling tahu tentang Kitab Allah dan sunnah rasul juga berbeza pendapat dan saling berdebat antara satu sama lain kenapa kita tidak boleh lakukan sebagaimana yang mereka lakukan? Jika perbezaan pendapat ini berlaku dalam masalah cabang yang paling masyhur seperti masalah azan yang dilaungkan sebanyak lima kali sehari walaupun terdapat banyak nas dan hadis yang berkisar tentangnya jadi kenapa pula timbul masalah dengan masalah kecil yang hanya dirujuk kepada pendapat dan cedokan manusia sahaja.
Ada satu lagi perkara yang perlu diperhatikan iaitu masyarakat dahulu apabila berlaku sebarang perbezaan pendapat, mereka akan merujuk kepada khalifah dengan syarat dia adalah imam mujtahid. Khalifah akan memutuskan perkara ini dan keputusannya akan menghentikan perbezaan pendapat ini. Namun sekarang di manakah khalifah? Dalam keadaan ini adalah lebih baik umat Islam merujuk masalah mereka kepada seorang hakim. Jika perbezaan pendapat mereka tidak dirujuk kepada mana-mana sumber, ia hanya akan menimbulkan perbezaan pendapat yang lain pula.
Ikhwan al-Muslimin amat memahami segala aspek ini. Oleh kerana itu mereka adalah orang yang paling bersikap terbuka dengan orang yang berbeza pendapat dengan mereka. Mereka melihat masing-masing ada ilmu dan masing-masing mungkin benar dan mungkin silap. Mereka akan mencari kebenaran dan akan berpegang dengan kebenaran. Mereka akan cuba dengan cara yang baik untuk meyakinkan orang yang berbeza pendapat dengan mereka untuk memahami pandangan mereka. Terserahlah kepada orang itu meyakininya. Jika tidak meyakininya mereka masih merasakannya sebagai saudara seagama. Kita memohon semoga kita semua mendapat hidayah.
Ini adalah pendekatan yang digunakan oleh Ikhwan al-Muslimin apabila berhadapan dengan orang yang berbeza pendapat dengan mereka dalam masalah cabang agama. Secara ringkasnya boleh saya katakan Ikhwan menerima perbezaan pendapat dan tidak menerima ketaksuban. Mereka akan berusaha mencari kebenaran dan akan mengajak manusia ke arah kebenaran dengan cara yang terbaik, lembut dan penuh kasih sayang.

Jalan penyelesaian


Saudara, ketahuilah dan kajilah bahawa kekuatan atau kelemahan, tua atau muda, sihat atau sakit sesebuah bangsa tidak ubah seperti seorang manusia. Adakalanya anda lihat seorang manusia gagah, sihat wal afiat. Tiba-tiba anda lihat dia ditimpa pelbagai penyakit dan tubuhnya yang gagah kini diulit pelbagai penyakit. Dia terus mengadu kesakitan hingga Allah turunkan rahmat-Nya dengan menghantar seorang doktor yang mahir dan mengetahui punca penyakitnya. Doktor ini bijak mengenalpasti jenis penyakit dan bijak mengetahui tempat sakit serta tahu mengubatinya. Tidak berapa lama kemudian anda lihat pesakit tadi mula kembali kuat dan sihat. Mungkin lebih sihat daripada sebelumnya. Begitulah juga dengan sebuah bangsa. Sesebuah bangsa akan berhadapan dengan pelbagai masalah hingga mampu menggugat dan menggegar kewujudan serta keutuhannya kerana penyakit yang menular. Bangsa ini akan terus dilanda masalah dan terpaksa bergelumang dengan segala masalah ini hingga akhirnya ia tergugat dan mula kelihatan tidak bermaya dan lemah, kemudian ia akan menjadi sasaran semua pihak. Bangsa ini tidak akan mampu menahan segala asakan musuh. Jalan penyelesaiannya hanya melalui tiga cara; mengetahui punca penyakit, sabar menerima rawatan dan wujudnya seorang doktor pakar yang menjalankan rawatan ini hingga Allah mengizinkan dia menyembuhkan dan mencapai kejayaan.

Tanda-tanda penyakit

Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular ke setiap sudut hayat mereka. Dalam sudut politik bangsa ini telah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan berpecah. Dalam sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan dan syarikat asing menguasai sumber kekayaan mereka. Dalam sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai baik dalam diri masyarakat mereka. Dalam sudut sosial pula, wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat juga menular dalam kehidupan harian mereka ibarat bisa ular yang meracuni darah dan mencemar kesucian hidup mereka. Begitu juga dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang telah digubal oleh Tuhan yang mencipta manusia, Raja segala-galanya dan Pemilik jiwa manusia. Begitu juga wujud kepincangan dalam dasar pelajaran dan polisi pendidikan hingga menghalang generasi baru; bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan masa depan daripada menerima bimbingan yang betul. Dalam sudut kejiwaan, bangsa ini ditimpa sifat-sifat lemah semangat, malas, pengecut, rendah diri, bacul, tamak dan pentingkan diri sendiri yang menyebabkan mereka tidak rela untuk berkorban. Mereka hanya berdiam diri tanpa mampu memberikan sebarang pengorbanan. Akhirnya bangsa ini terpinggir daripada semangat kepahlawanan mereka kepada hanya mahu berseronok dan berhibur.Apakah yang boleh diharapkan daripada sebuah bangsa yang memiliki segala faktor kelemahan ini malah mereka berada di tahap maksimum; dijajah, berpuak, mengamalkan riba, dikuasai syarikat asing, anti-agama, kepincangan sistem pendidikan dan perundangan, tidak bersemangat, tamak, bacul, pengecut, kagum dengan musuh sendiri hingga bersedia mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh musuh terutama amalan yang tidak sihat.
Mana-mana satu daripada penyakit ini sudah cukup untuk membunuh sebuah bangsa. Apatah lagi jika semua penyakit ini ada pada mereka. Jika tidak kerana kekebalan, keutuhan dan kekuatan yang dimiliki oleh bangsa Timur yang diheret oleh musuh dan semenjak sekian lama cuba disuntik dengan kuman wabak hingga kuman-kuman ini membiak, jika tidak kerana kekebalan ini sudah tentu bangsa ini tidak lagi wujud. Namun Allah dan orang-orang yang beriman tidak akan merelakannya.
Saudara, ini adalah penyakit ummah yang telah dikenal pasti oleh Ikhwan. Inilah yang sedang diusahakan oleh mereka iaitu untuk menyembuh dan mengembalikan semula kesihatan dan semangat mudanya yang telah hilang.

Impian dan perasaan

Saudara, sebelum saya bincangkan penyelesaian yang perlu digunakan, saya mahu anda mengetahui bahawa kita tidak pernah berputus asa. Malah kita mempunyai cita-cita yang amat besar dan kita yakin tiada yang dapat menghalang kita mengecap kejayaan selain rasa putus asa. Kita mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kita pasti mencapai kejayaan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah, kita tidak pernah berputus asa dan hati ini tidak pernah diulit rasa putus asa.
Segala yang berlaku di sekeliling kita memberikan kita harapan walaupun ada yang bersikap pesimis. Apabila anda masuk menemui seorang pesakit yang telah berubah daripada bercakap kepada diam, daripada bergerak kepada kaku anda akan rasakan saat akhirnya hampir tiba dan sudah sukar untuk diubat. Namun jika sebaliknya, pesakit tadi berubah daripada diam kepada bercakap, daripada kaku kepada bergerak, anda akan merasakan pesakit ini akan semakin sembuh dan kesihatannya semakin baik. Pernah suatu ketika dahulu bangsa Timur ini kaku membisu namun kini ia mula bangkit sedar semula dalam segenap aspek. Timur kini mula bangkit dengan semangat yang membara. Jika tidak kerana belenggu yang terlalu berat dan kepimpinan yang tidak berpusat, sudah tentu kesedaran ini akan membawa kesan yang menakjubkan. Belenggu ini tidak akan kekal selama-lamanya dan pasti berakhir. Dalam sekelip mata Allah boleh mengubah banyak perkara. Orang yang kehairanan tidak akan selamanya dalam kehairanan, setelah dia memperolehi petunjuk dan setelah keadaan huru-hara bertukar menjadi stabil. Segala-galanya terserah kepada Allah. Oleh itu kita tidak akan sekali-kali berputus asa. Ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. memaparkan pembentukan sesebuah bangsa dan kebangkitan mereka setelah hampir-hampir hancur. Begitu juga dengan kisah-kisah yang berkenaan di dalam Kitab Allah. Semua ini mengajak kita supaya sentiasa menaruh harapan dan akan sentiasa memimpin kita ke arah kebangkitan yang betul. Umat Islam amat-amat memahaminya (jika mereka mengkaji).
Anda sendiri pernah membaca awal surah al-Qasas:
Taa, Siin, Miim. Inilah ayat-ayat Kitab - Al-Quran - yang memberi penjelasan. Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (Al-Qasas: 1-6)
Apabila anda membaca ayat ini anda lihat bagaimana keangkuhan golongan yang sesat. Mereka berbangga dengan kekuatan mereka. Mereka begitu yakin dengan kehebatan mereka hingga mereka melupakan Allah yang sentiasa memerhati mereka. Di saat mereka begitu gembira dengan kekuatan yang dimiliki, Allah yang Maha Berkuasa mengazab mereka. Kehendak Allah pasti akan membantu orang-orang yang dizalimi dan akan membantu orang yang membantu golongan yang lemah hingga akhirnya golongan yang sesat akan hancur sama sekali. Ketika itu kebenaran akan tertegak kukuh dan pendokongnya akan mencapai kemenangan. Ayat ini dan ayat-ayat lain yang termaktub di dalam Kitab Allah cukup untuk menolak segala alasan untuk berputus asa oleh mana-mana bangsa Islam yang beriman dengan Allah, utusan-Nya dan kitab-Nya. Bilakah umat Islam akan memahami hakikat yang dinyatakan oleh kitab Allah ini?
Saudara, atas dasar inilah Ikhwan al-Muslimin tidak pernah berputus asa. Pertolongan Allah pasti akan turun untuk bangsa ini walau apa sekalipun rintangan yang menimpa. Dengan harapan yang membara inilah, mereka bekerja dan Allah sahaja yang akan membantu.
Berkenaan wasilah yang telah saya janjikan tadi untuk saya bincangkan, ada tiga asas yang menjadi landasan kepada fikrah atau gagasan Ikhwan.

1. Manhaj yang sahih (pendekatan yang betul): Asas ini ditemui oleh Ikhwan al-Muslimin di dalam kitab Allah, sunnah rasul-Nya dan hukum-hakam Islam. Dengan syarat umat Islam memahaminya dengan cara yang bersih dan suci, jauh daripada sebarang anasir luar dan rekaan. Justeru dengan asas ini umat Islam akan mengkaji Islam dengan cara yang mudah, meluas dan menyeluruh.
2. Beramal dan beriman: Atas dasar ini Ikhwan berusaha melaksanakan semua aspek agama Allah yang mereka fahami tanpa sebarang kompromi. Syukur kepada Allah, mereka semua adalah orang yang meyakini gagasan dan matlamat mereka. Mereka yakin dengan bantuan Allah selagimana mereka beramal untuk Allah dan menurut hidayah Rasulullah s.a.w.
3. Pimpinan yang mantap dan diyakini: Begitulah Ikhwan al-Muslimin. Mereka akan sentiasa mentaatinya dan akan bekerja di bawah panjinya.
Saudara, demikianlah apa yang ingin saya bicarakan kepada saudara tentang dakwah kita. Suatu ungkapan yang penuh bermakna. .“Saudara ibarat Nabi Yusuf bagi impian ini”. Jika anda tertarik dengan apa yang kami lakukan ini marilah kita sama-sama berganding bahu bekerja berpegangan tangan untuk tujuan ini. Allah adalah Pemberi petunjuk dan Dialah tempat pergantungan kita. Dialah sebaik-baik tempat berharap. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Allah Maha Besar dan segala puji untuk Allah.

No comments:

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'