Followers

Thursday, April 17, 2008

Seruan Kita



Terus Terang


Kita ingin jelaskan objektif kita kepada seluruh manusia. Kita mahu bentangkan pendekatan kita di hadapan seluruh manusia. Kita ingin kemukakan dakwah kita kepada semua. Kita mahu kemukakan dakwah ini tanpa berselindung dan berlapik. Dakwah ini lebih cerah secerah cahaya mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari.

Suci

Kita juga mahu bangsa kita (seluruh umat Islam adalah bangsa kita) memahami bahawa dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah yang suci. Kesucian dakwah ini menyebabkan kita menolak segala kepentingan diri sendiri, kita ketepikan segala keuntungan dunia, kita ketepikan segala keinginan dan kehendak kita. Kita melangkah menurut langkah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala untuk para pendakwah:

Say, to them: ‘This is my way — which He explains by saying: I call to, the religion of, God, being upon sure knowledge, plain proof, I and whoever follows me, [whoever] believes in me (man ittaba‘anī is a supplement to anā, ‘I’, the subject, predicated by what preceded [sc. ‘being upon sure knowledge’]). So Glory be to God!, [in affirmation] of His being exalted high above having partners, and I am not of the idolaters’ — this [sentence] is also subsumed by the [explanation of] his statement about ‘his way’. Yusuf:108

Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Yusuf: 108)


Kita tidak akan meminta apa-apa ganjaran daripada manusia. Kita tidak akan menuntut sebarang wang atau ganjaran. Kita tidak akan meminta kedudukan. Kita tidak akan meminta mereka membalas atau berterima kasih kepada kita. Ganjaran bagi segala usaha kita ini terserah kepada Tuhan yang mencipta kita.

Rasa hati

Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini. Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu. Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini. Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur. Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini, atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri. Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri.
Saudara-saudara yang dikasihi, segala hidup kami hanyalah untuk kamu. Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu.

Allah Segala-galanya

Tiada apa yang kita sumbangkan sebenarnya. Malah tidak pernah kita merasakan kita punyai apa-apa kelebihan. Sebaliknya kita yakin apa yang Allah firmankan:

They deem it to be a favour to you that they have submitted, without [the need for any] fighting, unlike [those] others who submitted only after being fought. Say: ‘Do not deem your submission to be a favour to me (islāmakum, ‘your submission’, has dependent accusative status because of the omission of the genitive preposition bi-,which is also read as implicit before the an in both instances). Rather, it is God Who has done you a favour in that He has guided you to faith, if you are being sincere, when you say, ‘We believe’.-Al-Hujrat:17


Bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dia-lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 17)


Betapa kita mengharapkan (jika boleh) agar hati-hati ini boleh ditunjukkan kepada seluruh umat ini supaya mereka boleh melihat bahawa apa yang ada di dalam hati-hati ini hanyalah rasa kasih sayang kepada mereka, rasa simpati dan kesediaan untuk berkorban demi kepentingan mereka.

Moga-moga mereka turut sama merasai kesedihan yang menyelubungi hati ini kerana melihat segala yang berlaku kini. Namun kita yakin Allah mengetahui segala hakikat ini. Hanya Allah sahaja tempat kita mengharapkan segala bantuan. Hanya Allah sahaja yang memimpin kita ke jalan yang betul. Hanya di tangan-Nya sahaja segala kunci hati manusia. Orang yang Allah berikan petunjuk, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Sementara orang yang disesatkan oleh Allah pula, tiada siapa yang dapat memimpinnya. Dialah tempat pergantungan kita dan Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah Allah yang melindungi para hamba-Nya?

Empat Golongan

Apa yang kita harapkan, dihadapan kita manusia terbahagi kepada empat golongan berikut:-

1. Orang yang yakin

Seorang yang meyakini dakwah kita, mempercayai kata-kata kita dan tertarik dengan prinsip-prinsip kita. Hatinya meyakini sepenuhnya kebaikan dakwah ini. Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja bersama kita supaya dengan ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang. Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikannya dan berkorban deminya. Begitulah sikap generasi pertama yang telah diberikan hidayah. Mereka mengikut dan meyakini risalah para nabi kemudian mereka berjuang bersungguh-sungguh. Mereka akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah. Mereka juga akan memperolehi ganjaran yang sama diperolehi oleh orang yang mengikut mereka. Tidak kurang walau sedikitpun.

2. Orang yang sangsi

Orang yang masih belum memahami kebenaran atau masih tidak meyakini keikhlasan kita. Orang yang tidak meyakini betapa pentingnya apa yang kita katakan ini. Inilah orang yang tidak berpendirian dan sangsi. Orang ini akan kita biarkan bersama kesangsiannya. Namun kita nasihatkan agar dia terus berhubung dengan kita. Kita nasihatkan agar dia membaca tentang kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dia boleh mengkaji tulisan-tulisan kita atau melawat cawangan-cawangan kita atau berkenalan dengan saudara-saudara kita. Dengan izin Allah selepas itu dia akan merasa lebih yakin dengan kita. Begitulah kedudukan orang-orang yang sangsi di kalangan pengikut para rasul sebelum ini.

3. Orang yang berkepentingan

Orang yang tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mengetahui faedah atau keuntungan yang bakal diperolehi hasil segala pengorbanan yang dicurahkan. Bagi mereka ini, kita katakan: Minta maaf, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran selain pahala yang Allah akan berikan jika anda ikhlas dan syurga jika Allah tahu hati budi baik anda. Kami tidak punyai apa-apa kedudukan atau wang. Malah sebaliknya kami korbankan segala yang kami miliki. Harapan kami hanyalah keredaan Allah. Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi kemenangan.
Sekiranya Allah membuka segala tirai yang menutup hati orang ini atau Allah buang sifat tamak haloba daripada hatinya nescaya dia akan mengetahui bahawa apa yang Allah sediakan adalah lebih baik dan lebih kekal. Dia akan menggabungkan dirinya dengan katibah Allah, menggembleng segala kekayaan dunia yang ada padanya supaya dia beroleh ganjaran Allah di hari muka. Apa yang ada pada kamu akan kehabisan dan apa yang ada pada Allah akan kekal.
Jika tirai ini masih utuh, Allah sebenarnya tidak memerlukan orang yang tidak memberikan keutamaan kepada Allah terhadap dirinya sendiri, hartanya, dunianya, akhiratnya, matinya dan hidupnya. Begitulah kedudukan sekumpulan manusia yang pernah menolak untuk memberi taat setia kepada Rasulullah s.a.w. melainkan jika baginda menyerahkan kekuasaan kepada mereka selepas kewafatan baginda. Jawapan baginda kepada mereka ialah bumi ini adalah hak Allah. Allah yang akan menyerahkannya kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Segala kesudahan itu adalah untuk orang-orang yang bertakwa.

4. Orang yang berprasangka

Orang ini prejudis dengan kita dan terlalu dikuasai oleh prasangka buruknya terhadap kita. Orang ini melihat kita dengan pandangan yang sangat buruk. Mereka hanya memperkatakan tentang kita dengan kata-kata yang memburuk-burukkan kita. Orang ini begitu degil dengan kesilapannya dan masih mahu mempertahankan salah fahamnya. Orang seperti ini kita akan doakan semoga Allah berikan kita dan dia supaya sama-sama boleh melihat kebenaran kemudian diberikan kekuatan untuk mengikutinya dan boleh melihat kepalsuan kemudian diberikan kekuatan untuk menjauhinya. Kita mengajak dia jika dia mahu menerima ajakan kita dan kita menyeru dia jika dia mahu menyahut seruan kita. Kita doakan kebaikan untuknya dan Allah adalah harapan kita. Allah telah turunkan sepotong ayat kepada nabi-Nya berkisar tentang segolongan manusia:

The following was revealed regarding the Prophet’s longing for his uncle Abū Tālib to embrace faith: You cannot guide whom you like, to be guided, but [it is] God [Who] guides whomever He will, and He knows best those who will be guided.Al-Qasas 56

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Qasas: 56)

Walau bagaimanapun kita akan tetap mengasihi orang ini. Kita berharap semoga suatu masa nanti dia akan bersama kita serta yakin dengan dakwah kita. Pegangan kita bersama orang seperti ini ialah seperti sikap yang pernah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. sebelum ini:

“Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka tidak tahu.”

Kita mahukan manusia termasuk dalam mana-mana satu daripada golongan ini. Sudah tiba masanya seorang muslim mengetahui matlamat dan halatuju hidupnya kemudian dia beramal menurut halatuju ini hingga matlamatnya tercapai. Kelekaan, kealpaan, mendengar dan menurut secara membabi buta bukanlah sifat orang yang beriman.

Pengorbanan

Kita mahu masyarakat kita memahami bahawa dakwah ini hanya untuk orang yang melaksanakan segala aspek dakwah ini. Orang yang menyerahkan segala kemampuan yang dimilikinya termasuk jiwa, harta, masa dan tenaganya.

Say: ‘If your fathers, and your sons, and your brothers, and your wives, and your clan, your kinsmen (‘ashīratukum: a variant reading has ‘ashīrātukum), and the possessions which you have acquired, and merchandise for which you fear there may be no sale, no longer viable, and dwellings which you love, are dearer to you than God and His Messenger and struggling in His way, so that you have refrained from emigrating and struggling for the sake of such [things], then wait until God brings about His command — this is meant as a threat to them. And God does not guide the wicked folk’.At-Taubah:24

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Al-Taubah: 24)


Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan hidup bersamanya. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab ini akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan orang-orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh. Justeru Allah akan menggantikan mereka dengan orang lain yang akan mendukung dakwah ini.

O you who believe, whoever of you apostatises (read either yartadid, with separation [of the two dāl letters], or yartadd, with assimilation [of one of the dāl letters with the other]), turns back, from his religion, to disbelief — this is a notification of what God knew would happen, for some of them apostatised upon the death of the Prophet (s) — God will assuredly bring, in their place, a people whom He loves and who love Him: the Prophet (s) said, ‘They are people like him’, and he pointed to Abū Mūsā al-Ash‘arī, as reported by al-Hākim [al-Naysābūrī] in his Sahīh; humble, sympathetic, towards believers, stern, severe, towards disbelievers, struggling in the way of God, and fearing not the reproach of any reproacher, therein, in the way that the hypocrites fear the reproach of the disbelievers. That, description mentioned, is God’s bounty; He gives it to whom He will; and God is Embracing, of abundant bounty, Knowing, of those who deserve it -Al Maidah:54

Mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Maidah: 54)


Jelas
Kita mengajak manusia ke arah satu prinsip. Prinsip yang jelas, tersusun dan sedia diterima oleh semua manusia. Seluruh manusia memahaminya, meyakininya dan akur dengan kebenarannya. Mereka memahami hanya dengan berpegang pada prinsip ini sahaja mereka akan terselamat dan beroleh hidup yang bahagia dan sejahtera. Telah terbukti melalui pengalaman dan sejarah, prinsip ini mampu kekal dan mampu membawa kehidupan manusia ke arah yang lebih baik.

No comments:

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'