Mulakan pagi dengan bertasbih kepada ilahi
Renungi kembali tujuan kita diciptakan di muka bumi
Betapa beratnya amanah yang digalas ini
Menjadi khalifatullah di alam ini
Pada 28 February 2008 hingga 1 Mac 2008 yang lalu, kami team KRJ lepasan SPM graduate ISK sekali lagi telah diberi peluang untuk mengendalikan Kem Pemantapan AJK Mapited dan AJK Surau Tingkatan 4 Sek. Men. Teknik Dungun. Emmm .. di teknik lagi nampaknya.Jika dulu kami handle pelajar form 5, kali ni kami handle yang form 4 pulak. Alhamdulillah, kem kali ini lebih terancang dan tersusun. Bukan ke kita belajar kesilapan yang kita lakukan,, rentetan dari kem yang lepas, kami perbaiki supaya kem kali ni lebih bermakna...
Pada mulanya, kami agak berat hati untuk menerima tawaran dr pihak sekolah disebabkan ura-ura result SPM keluar pada 28 feb 2008 tersebar dgn meluas. Nasib baik tak keluar, kalau tak, tak ada la report ana hari ni. Ditambah dengan kehangatan musim pilihanraya, sepanjang perjalan ke SMTD dipenuhi dengan bendera parti yang kehijauan mahupun yang kebiruan..
Fasilitator yang hadir pada kem kali ini ialah Akh Mus'ab, Akh Hasan, Akh Mansur, Akh Irfan, Akh Munzir, Akh Fikri dan beberapa lagi ikhwah. Bagi akhawat pula, Ukht Fatimah Athirah, Ukht Azimah, Ukht Farhanah, Ukht Najihah, Ukht Maisarah, Ukht Mashitah, Ukht Noraini dan Ukht Munirah.
Slot taaruf bermula pada pukul 6 petang selepas taklimat. Slot ini dikendalikan oleh ukht Maisarah Zulkifli. Ala-ala ice breaking la nih. Permainan kali ni ialah duit syiling(x tau nama sebenar jd ana reka jer la). Setiap peserta diberi nilai samada 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit singgit tak de sebab dah tak laku.. jadi, apabila conductor kata kumpulkan rm2.30, peserta kena bergabung kawan-kawan mereka sampai cukup nilai tu. Kelam kabut jadinya dewan tu. Akan tetapi, ada juga segelintir peserta yang tak bagi sepenuh komitmen. Mungkin terkilan sebab tak leh cuti kot hujung minggu ni.. tak pe, ana faham sebab ana dulu pun macam tu..:)
Selepas solat isya berjemaah, bermulalah pengisian 1 yang bertajuk Kepentingan Tarbiyyah untuk Pemimpin. Almaklumlah, kesemua mereka adalah pemimpin sekolah. Lebih kurang macam kem yang dulu, slot kali ini dijadikan pengenalan kepada ISK dan disampaikan oleh Akh Mus'ab Muzahar.

Pada masa yang sama, pelajar tingkatan 5 yang mengikuti kem yang lepas ada agendanya yang tersendiri. Mereka didedahkan dengan slot perlaksanaan usrah. Ikhwah dikendalikan oleh Pak Cik Karim disebabkan Akh Aanal Asybahi yang sepatutnya handle mereka tak dapat hadir disebkan keuzuran yang tak dapat dielakkan. Akhwat pula dikendalikan oleh Ukht Munirah Mazlan dan Ukht Noraini. Selepas berhenti rehat, slot pengenalan ISK disambung kembali manakala AJK form 5 bermesyuarat untuk mengadakan aktiviti bersama pelajar asrama yang tidak mengikuti kem pada keesokan harinya.
Slot malam tu berakhir dengan jayanya, kami perlu kembali ke lembah beta kerana esok kami perlu bangun awal untuk berqiamullail. Komen ana bagi slot AJK ting 5, persediaan lebih awal sebelum mengendalikan slot. Yakinlah dengan apa yang kita sampaikan.
Qiamullail pada hari ini bermula agak lambat kerana terlewat bangun..Ikhwah yang tidur di surau pun tak terjaga dek keletihan yang amat. Tak apa, asalkan kami masih sempat mendekatkan diri kepada-Nya. Selepas solat Subuh berjemaah, kami bergerak dewan kuliah gemilang (DKG) untuk meneguk setitis ilmu dari kuliah subuh yang disampaikan.
Selepas kendiri dan sarapan, para peserta kembali ke DKG untuk slot ISK yang seterusnya. Slot kali ini disampaikan sendiri oleh mantan pengerusi KRJ Tganu, Akh Mus'ab dengan dibantu sahabat2nya. Sekali lagi, para fasilitator sebagai orang penting dalam slot kali ini. Para peserta yang dihujani dengan pelbagai persoalan bergegas mengerumuni fasi untuk mendapatkan penerangan terperinici. Namun seperti biasa, tugas kami sebagai fasi hanya bagi clue, jawapannya diorg kena cari sendiri la.. nasihat ikhlas ana untuk slot ini ialah penjelasan perlulah padat dan ringkas. Kalau perlu, selitkan sedikit jenaka yang membina supaya peserta tertarik dengan penerangan kita. Secara keseluruhan, penyampaian bagus dan berkeyakinan..

Dalam masa yang sama, AJK tingkatan 5 pula bertungkus lumus menjayakan aktiviti yang telah mereka rancang semalam. Pagi-pagi hari cuti yang selalunya dihabiskan dengan bersantai di atas katil diganti dengan aktiviti. Alhamdulillah, kerjasama daripada pelajar asrama yang tidak menyertai kem ini agak memuaskan. Kami merancang aktiviti yang mendidik mereka bekerjasama serta menghargai nikmat pancaindera yang mereka miliki.
Waktu yang terluang semasa pelajar lelaki solat jumaat tidak disia-siakan begitu saja. Selepas solat zohor berjemaah dengan seluruh penghuni aspuri, para fasi memberi sedikit pengisian kepada mereka berkenaan tatatertib sebagai seorang muslimah.
Slot ISK disambung semula selepas solat Jumaat dan makan tengah hari. Jumlah peserta menyusut sedikit kerana terdapat segelintir mereka dikuarantin atas arahan pegawai kesihatan disebabkan suspek penyakit berjangkit. Jumlah mereka yang dikuarantin semakin bertambah dari masa ke semasa menambahkan debaran kami para fasi mahupun pelajar. Semoga kami dilindung Allah dari sebarang bahaya..
Pada malam itu, kami dihidangkan pula dengan slot muhasabah diri yang disampaikan oleh Akh Azizan dan dibantu oleh Akh Alif. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Komen ikhlas ana utk slot ini, kurangkan penjelasan yang terlalu panjang kerana peserta akan bosan. Lantangkan suara apabila perlu dan rendahkan suara apabila perlu..
Kembali ke lembah beta. Esok sekali lagi kami perlu bangun awal untuk berqiamullail.
Ohaiyo..Qiamullail pagi ini berjalan dengan lancar. Selepas solat subuh berjemaah dengan bilangan jemaah yang membanggakan, sekali lagi kami bergerak ke DKG untuk mendengar kuliah subuh..
Slot penutup ISK pagi itu terpaksa ditamatkan pada pukul 10.30 pagi atas desakan Ustazah Khadijah dan Ustazah Asmawati. Program yang sepatutnya tamat tengah hari ini tamat pukul 11.30 pagi selepas majlis penutup. Hal ini berikutan dari kes suspek selesema burung yang dikhuatiri akan turut menjangkiti kami. Lagipun perkara ini sudah sampai ke jabatan pelajaran. Sekiranya pihak mereka mengeluarkan memo kuarantin serta merta, alamat berkampung lagi lama la kami di situ.
Secara keseluruhannya, program kali ini berjalan dengan lancar. Secara peribadinya, ana ingin merakam ucapan ribuan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian pihak sekolah menjemput kami.Tak lupa juga buat sahabat2 seperjuangan yang turut menjayakan kem ini serta yang memberikan sokongan kepada kami termasuklah kepada Akh Fakhrul yang banyak membantu kami walaupun beliau tidak dapat hadir ke kem ini. Sebarang komen mahupun pandangan daripada sahabat pembaca sekalian amat ana hargai. Akhirul kalam, marilah sama-sama kita memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar senantiasa mengikat hati-hati kita di dalam usaha mempertingkat lagi syiar islam demi kemaslahatan ummah khususnya serta manusia sejagat amnya.
No comments:
Post a Comment