Followers

Sunday, April 13, 2008

Talk 'ISK' di Sek Men Teknik Dungun

Modul Ini Sejarah Kita (ISK) adalah modul yang telah dimodified daripada buku 'bai nal Ams Wal Yaum'= 'Diantara Semalam Dan Hari Ini' karangan Assyahid Imam Hassan Al-Banna.Lebih tepat jika saya katakan bahawa ISK adalah Modul asas lonjakan manhaj taghyir muslim!.Untuk pr0gram kali ini,ana telah membentangkannya di Sek Men Teknik Dungun.Ikuti laporan dibawah.Thanks to Abulcasis.

Laporan disediakan oleh
Abulcasis
Mantan Naib Pengerusi KRJ Terengganu
Lepasan SPM SMKA Sheikh Abd Malek Trg.
Grad Xpert.
Alhamdulillah, Setinggi tinggi kesyukuran ana panjatkan ke hadrat
Illahi kerana dengan izinya. dapat lagi ana diberi kesempatan untuk
menyelesaikan amanat yang telah diberi ini.Sejuta kemaafan ana
pohonkan kerana terlambat menghantar laporan ini. Merenung alam
ciptaaan Illahi,yang terhampar hijau di hadapan mata,mengatur nafas
dengan bayu pagi selembut sutera membuatkan ana terfikir,Alangkah
bertuahnya ana diberi keizinan oleh Allah untuk menatap dunia ini
bagi yang keberapa ribu harinya ini.(Ana sebenarnya kat tingkat
paling atas blok baru Al-Amin kemaman ni)

Mulakan pagi dengan bertasbih pada Illahi. Renungi kembali tujuan
kita diciptakan di atas muka bumi ini.Betapa beratnya amanah yang
digalas untuk menjadi Khalifah Allah di alam ini.

Pada 31 Januari- 2 Februari 2008 ,kami team KRJ lepasan SPM 2007
graduate ISK telah diberi peluang untuk menjadi fasilitator bagi Kem
Kepimpinan Pelajar di Sekolah Menengah Teknik Dungun,Terengganu.
Kebanyakan fasilitator yang hadir adalah dari kalangan mereka yang
baru lepas menghadiri Mukhayam IPT di Al-Amin Dungun seminggu
sebelumnya. Program ini memerlukan pengorbanan setiap fasilitator
yang terpaksa meninggalkan¡¦ rumahku syurgaku¡¦ kerana kami diberitahu
oleh Akh Fakhrul ketika Mukhayam itu berlangsung..Namun demi
menunaikan tanggungjawab kami sebagai seorang khalifah Allah,kami
tetap menggalas peranan kami sebagai fasilitator.Bagi memudahkan
tugas, Akh Fakhrul telah memilih dari kalangan kami, peserta
mukhayyam untuk menjadi fasilitator. Bagi Ikhwah dan Akhawat
lain,Insyaallah,nanti giliran antum akan sampai.

Program bermula pada petang khamis dengan slot berkenalan dengan
fasilitator.Namun atas sebab-sebab tertentu beberapa fasilitator
terpaksa datang lambat.Antara fasilitator yang hadir ialah Akh
Mus'ab, Akh Aanal, Akh Fikri, Akh Mansur, Akh Hasan Amin, Akh Nazrin
dan Akh 'Aizat.Bagi Akhawat pula,Ukht Noraini,Ukht Athirah,Ukht
Fatin, Ukht Shahidah dan Ukht Munirah.

Peserta bagi kem ini terdiri daripada AJK Majlis Pelajar Islam
Teknik Dungun (MAPITED) serta AJK Surau SMTD. Kesemua mereka terdiri
daripada pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada tahun
ini.Tahniah buat mereka kerana dalam kesibukan untuk menduduki TOV
sedikit masa lagi, mereka masih mampu memberi komitmen yang
sepenuhnya dalam program ini. Para peserta dibahagikan kepada 12
kumpulan dan setiap kumpulan dipantau oleh seorang fasilitator.

Petang itu, kami ,fasilitator makan malam agak lambat berbanding
para peserta .Semasa makan, sayup sayup kedengaran suara membaca
ma'thurat secara beramai-ramai melalui pembesar suara di surau. Ana
akui,ana agak impressed dengan fenomena ini. Terdetik di hati
kami,bagusnya budak-budak kat sini. Mereka mengislamickan suasana
di sekolah teknik ni. Baca mathurat rupa-rupanya dijadikan rutin
sebelum azan maghrib berkumandang. Bagus,bagus. Apa yang baik kita
jadikan teladan.Insyaallah.

Selepas solat maghrib,kami membaca surah yasiin beramai-ramai.
Sekali lagi surau SMTD bergema dengan kalimah suci dari para remaja
yang memakmurkan rumah Allah. Alhamdulillah..Masa yang terluang
selepas bacaan Yasiin digunakan sepenuhnya untuk bermesra dengan
pelajar dari kalangan peserta dan bukan peserta kem..Dan untuk
pengetahuan para pembaca, kesemua pelajar Tingkatan 5 SMTD yang
tinggal di asrama tidak pulang ke rumah hujung minggu tersebut.
Namun hanya segelintir mereka yang dipilih oleh Allah untuk
mendaftarkan diri dalam kem ini. Usai solat Isyak, kami bergegas ke
dewan tertutup sekolah teknik yang seakan-akan dewan kuliah.
Emm,selesa dan indah. Sekali lagi ana kagum kerana sekolah ini
mempunyai dewan yang sedemikian rupa yang biasanya hanya terdapat
di universiti2/ kolej2.

Kepentingan Tarbiyyah Untuk Pemimpin.Nampak ringan tajuk ni tapi
intipatinya amat berat. Slot pertama ini disampaikan oleh Akh
Mus'ab. Sekaligus, slot ini dijadikan slot pengenalan kepada ISK
yang akan disampaikan esok hari.. Ya.. sebagai pengenalan supaya
mereka jelas akan hala tuju mereka dan apa yang patut mereka lakukan
selepas kem ini berakhir. Para fasilitator di serbu oleh peserta
yang menagih jawapan setiap kali penceramah memberikan soalan.
Adus ! pening lah jugak kami ni Tiba-tiba aja akh Mus'ab
kata"Tahu tak kenapa?" Haa Tanya fasi kamu..!Mula-mula agak kelam
kabut la kami.. tak sangka kena serbu sedemikian rupa oleh adik-adik
tercinta yang menagih jawapan dari kami. Isy...rasa macam artis kena
serbu peminat la pulak ƒanatik. Apapun, alhamdulillah kami udah bersedia
dan berkat dari apa yang kami dengar sebelum nih, kami cuba berikan
yang terbaik buat mereka. Slot malam tu berakhir dengan jayanya.
Sebelum balik ke kamar masing- masing, kami menyanyikan lagu 'ADAKAH
KAU LUPA'dengan penuh semangat, bagi mereka yang pertama dengar
lagu tu pun,, terikut2 dengan rentak dan liriknya.Semoga mereka
memahami apa yang tersirat di sebalik lagu ini. Emm..setakat malam
ni, tak de la lagi peserta yang nak tarik diri daripada join kem
ini. Kesemuanya kelihatan bersemangat untuk meneruskan hari esok.
Semangat orang muda la kata kan..kami yang dah berumur pun jadi
turut bersemangat..(Perasan tu la pulak dia ni)

Qum , taqarrubillah! Pagi-pagi lagi kami dah dikejutkan oleh Biro(
pengawas asrama ) melalui pembesar suara yang menyuruh kami bangun
untuk ber qiamullail. Nak qiam mesti lah bangun awal kan.. Qiam
bermula pada pukul 5.15 pagi dan diketuai oleh Akh Fitri selaku
jurucakap dan pak imam . Dia dengan bersemangat menceritakan
kelebihan kelebihan solat sunat serta cara mengerjakannya. Rasa
mengantuk kami cuba lawan habis habisan . Terbit rasa syukur dihati
ini kerana berpeluang untuk bangun mendekatkan diri pada Ilahi di
kala orang lain berselimut rapi. Semoga kami berpeluang untuk
beristiqamah dalam melakukan ibadah ini. Amin ..

Sejurus selepas berkumandang azan subuh , surau SMTD sekali lagi di
penuhi dengan pelajar termasuk yang bukan peserta . Masyaallah !
hampir 5 saf bagi Ikhwah . Kalau di tempat lain (bukan nak kata),
kadang kadang nak ada 2 saf pun susah..selepas solat subuh , para
peserta bergegas ke dewan untuk mendengar kuliah subuh yang di
sampaikan oleh Akh Megat. Remaja Dan Dakwah.. besar peranan kita
selaku generasi yang akan mengubah ummah sekaligus membawa ummah ke
arah yang lebih baik. Dalam masa yang sama , Akh Fakhrul pula
menyampaikan kuliah subuh kepada pelajar yang tidak menyertai kem
ini. Kira seri lah kan.. ikut kem ke atau tak ikut, dapat jugak
pengisian. Alhamdulillah.Selepas kuliah, peserta bergegas ke
dewan makan untuk sarapan sebelum turun ke court untuk riadah.. akal
yang cerdas datangnya dari badan yang sihat. Banyak hikmah yang
tersirat di sebalik apa yang baik untuk diri kita. Melalui riadah
yang ringkas lagi santai ini secara tak langsung dapat mengeratkan
ukhuwwah antara kami..

Seperti yang telah dijanjikan, pagi itu bermulalah slot leadership
training atau dalam kata lain Inilah Sejarah Kita (ISK) oleh Akh
Megat yang diimport khas dari kerteh, kemaman. Dari jauh beliau
datang dengan misi untuk mengubah pemikiran anak bangsa supaya
bangga dengan identity kita sebagai seorang muslim. Satu demi satu
idea dikupas dan para peserta diajak berbincang berkenaan
kegemilangan kita suatu ketika dahulu. Sekali lagi fasilitator
menjadi tumpuan peserta yang dahagakan penjelasan. Di tengah
kehangatan meyelami modul inilah sejarah kita, semua warga dewan
berdiri dan menyanyikan lagu adakah kau lupa sebagai pembakar
semangat. Terdengar ungkapan para peserta di telinga ana yang
mengatakan bahawa mereka bukan lupa akan kegemilangan kita suatu
ketika dahulu, tetapi mereka tidak pernah mengetahuinya. Masyaallah,
tugas siapa lagi yang akan menyampaikan kepada mereka kalau bukan
kita yang tahu.. slot leadership training berlangsung sepanjang hari
hingga pukul 4.30 petang dengan hanya berhenti untuk rehat, makan
dan solat. Sesekali diselang dengan nyanyian lagu Adakah Kau Lupa
yang membakar semangat kami. Segala input yang disampaikan akan cuba
kami hayati dalam kehidupan seharian. Petang itu, beberapa orang
fasi ikhwah bersama Akh Megat bertolak ke Besut untuk menyampaikan
isk kepada ihwah di sana yang belum mendengarnya. Ukht Noraini pula
bertolak ke kerteh pada sebelah malamnya sebelum meneruskan
perjalanan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) Gombak
bagi menghadiri Muzakarah IPT Nasional (MIN) di bawah anjuran
Karisma Nasional. Semoga Allah memberkati perjalanan mereka.

Sebelah malamnya usai solat Isya¡¦ berjemaah, kami dihidangkan pula
dengan pengisian oleh Akh Fakhrul di bawah modul kepimpinan naqib
dan berkenaan Manhaj Perubahan Ummah. Para peserta diberikan
penerangan tentang kepentingan usrah sebagai satu unit asas dalam
merealisasikan matlamat ini. Semoga kami diberikan kekuatan dalam
menghadapi mehnah dan tribulasi dalam dakwah. Di tengah ceramahnya,
Akh Fakhrul sempat memasang klip video kumpulan Soldiers Of Allah
yang bertajuk 1924 dan Bring Back Islam. 1924 sarat dengan sejarah
ummah kita dari zaman kegemilangannya hinggalah zaman kejatuhannya.
Klip video yang direka oleh pelajar Malaysia yang melanjutkan
pelajaran ke UK itu begitu menarik perhatian para peserta termasuk
para fasilitator.

Minna , ohayo! Pagi keesokan harinya, sekali lagi kami harus bangun
awal bagi sesi qiamullail. Namun begitu, qiam pada hari ini bermula
agak lewat kerana terlambat bangun. Nak wat camne kan..diorang letih
sangat kot. Selepas solat subuh berjemaah, para peserta bergerak ke
dewan untuk mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Akh Umair
Badrul. Rasa mengantuk di perangi habis-habisan oleh para peserta
demi meneguk secangkir ilmu. Menjelang pukul 9.15 pagi, slot remaja
1 pun bermula. Dalam slot ini, para fasilitator ikhwah membentangkan
kesimpulan daripada apa yang telah disampaikan oleh akh Megat
semalam. Seorang demi seorang keluar ke hadapan demi menyampaikan
ilmu mereka. Sekaligus, mereka melakarkan graf kebangkitan Islam dan
zaman kejatuhannya. Terdengar keluhan lega daripada peserta kerana
apabila melihat graf ni, barulah senang nak ingat apatah lagi nak
faham..

Slot remaja 2 bermula pada pukul 10.30 pagi. Dalam slot ini, para
fasilitator di minta menjadi mata-mata bagi meneliti setiap peserta
dalam kumpulan masing2. ehmm. Suspens gak la. Akh fakhrul meminta
kami meneliti bacaan Al-Quran setiap peserta. Mereka yang bagus
bacaannya akan dipilih untuk menjadi naqib/ naqibah bagi kumpulan
usrah yang akan ditubuhkan. Alhamdulillah penerusan tarbiyyah ada
dalam sekolah ni. Dalam masa yang sama, para peserta juga dimestikan
berbincang akan aktiviti2 yang akan mereka lakukan di sekolah
bermula selepas habis kem hinggalah bulan 7. kenapa bulan 7? Semua
peserta adalah terdiri daripada ajk MAPITED dan ajk surau dan
kesemua ajk adalah terdiri daripada pelajar ting. 5. SPM kan dah
dekat tu. Tak nak lah bagi diorg sibuk sangat. Namun, telah
diingatkan, usrah tetap jalan.. Hasil perbincangan dibentangkan di
depan dewan group by group. Para peserta begitu bersemangat
menyampaikan plan of the year mereka. Insyaallah, semoga apa yang
mereka rancangkan terhasil dengan jayanya.

Sayonara na¡K.tiba masa untuk majlis penutup. Rasa sayang nak
berpisah dengan adik-adik. Namun, apakan daya, hidup mesti
diteruskan. Majlis penutup berjalan dengan lancer. Turut hadir bagi
memeriahkan majlis ialah PK HEM SMTD, Cikgu Md Yatim bin Mat. Beliau
menyampaikan ucapan perasmian penutup yang begitu panjang lebar.
Beliau juga telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada para
peserta supaya membawa perubahan apabila sesi persekolahan bermula
keesokan harinya. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar. Cuma pada
masa akan datang, kita perlulah merancang dengan lebih terperinci
apabila menerima sebarang tawaran. Contohnya, bagi akhawat kami
mengalami masalah kekurangan fasilitator kerana pada awalnya kami
diberitahu tidak perlulah terlalu ramai fasi. Tempat program amat
memuaskan kerana cukup segala facilities yang kami perlukan. Cuma
apa yang penting adalah penerusan tarbiyyah terhadap para peserta.
Mereka adalah asset penting yang perlu kita jaga. Akan tetapi
kebanyakan kami menetap di daerah kemaman dan kuala terengganu, oleh
itu untuk kami keep in touch dengan mereka agak terbatas tambahan
pula mereka tidak dibenarkan membawa handphone ke asrama¡K. Sekian
saja untuk kali ini. Sebarang tersalah kata mahupun tersalah
maklumat ana dahului dengan berbanyak kemaafan. Semoga kita terus
istiqamah dalam menjalankan tugas kita sebagai seorang daie dalam
kesempatan yang kita ada ini. Segala yang baik itu dari Allah dan
yang tersilap dan tersalah itu dari kelemahan ana sendiri.
Hakikatnya dari Allah. Wassalam¡K.

No comments:

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'