Followers
Saturday, November 29, 2008
Kejadian di Mumbai dan peningkatan islamophobia!
Assalamualaikum..
Salam Perjuangan..
Sedarkah kita kejadian di Mumbai baru-baru ini adalah tamparan hebat kepada kita,,wahai muslimin??
Gambar-gambar adalah sebahagian daripada peristiwa yang sedang berlaku di pusat perdangan India, Mumbai. Setakat update ini di tulis 125 orang telah mati termasuk 14orang pasukan keselamatan India dan 5 orang penyerang.
Mujahidin Deccan (Dhakka), sebuah organisasi jihadi yang tidak dikenali telah mendakwa bertanggung jawab ke atas serangan di 10 lokasi strategik Mumbai. 3 hotel ternama Taj Mahal, Oberoi dan Trident telah menjadi kawasan perang sejak 25 jam yang lalu. Selain dari hotel-hotel itu, pusat kebudayaan Yahudi Nariman House, stesen keretapi dan beberapa lagi kawasan awam di Mumbai.
Peperangan sedang berlaku di Kashmir di mana pejuang-pejuang kemerdekaan Kashmir berperang untuk membebaskan negeri mereka dari kekuasaan India. Mumbai dan Delhi telah beberapa kali menjadi sasaran serangan bom yang didakwa dilakukan oleh Mujahidin India. Tetapi serangan kali ini adalah yang terbesar didakwa dilakukan oleh Mujahidin Deccan, sebuah organisasi mujahidin yang tidak dikenali. Seperti biasa PM India menuduh Pakistan turut memainkan peranan dalam serangan ini. Rata-rata pengalisis berita hairan bagaimana sebuah kumpulan kecil yang tidak dikenali berupaya melakukan satu serangan yang terancang serentak di sepuluh tempat di Mumbai.
Petunjuk-petunjuk yang didapati setakat ini menuduh kumpulan ini berpusat di Pakistan atau dilatih di sana. Setakat pukul 2.40 pagi ini, 5 orang penyerang telah terbunuh dan masih ada seorang penyerang di dalam Hotel Taj tetapi cedera dan sedang cuba ditangkap atau dibunuh oleh komando-komando India.
Apa yang kita takuti, umat Islam India akan dijadikan sasaran balas dendam seperti yang berlaku di Amerika selepas peristiwa Sepember 11. Islamophobia akan bertambah teruk dan umat Islam akan lebih didendami. Apa yang sebenar India dan Dunia lupa adalah punca kenapa anak-anak muda Islam bertindak untuk melawan kerajaan (establishment). Kita tahu India tidak berlaku adil di Kashmir. Penduduk Kashmir rata-rata miskin papa. Mereka terpingir dari kemajuan dan Delhi meletakkan beribu-ribu tentera di Kashmir untuk menekan gerekan kemerdekaan di sana. Keadaan ini membuatkan umat Islam Kashmir dan tempat lain di India menyimpan dendam kesumat untuk membalas perbuatan zalim Kerajaan India.
Kata-kata ahli politik India samada parti pemerintah Kongres atau pembangkang BJP sangat sinonim seperti kata-kata George Bush selepas 9/11. Amerika menyerang Afghanistan kerana menuduh negara itu menjadi pusat organisasi Al Qaeda. Apakah India selepas 11/26 akan menggunakan segala kekuatan untuk menyerang Pakistan kerana India menuduh serangan Mumbai didalangi oleh Pakistan?.
Amat malang kalau India mengulangi jalan yang diambil oleh Amerika. India perlu ingat bahawa 13.4% dari warganegaranya adalam Muslim iaitu negara ketiga di dunia mempunyai penduduk Islam teramai. Jika India melakukan seperti Amerika, maka India boleh terjatuh ke dalam kancah perang saudara.
Apapun apa yang berlaku di Mumbai tidak boleh diterima. Tetapi kenapa reaksi yang sama tidak ada apabila orang-orang kampung yang miskin dibom dengan Cruise Misiles di sempadan Pakistan - Aghanistan?Apakah kerana mereka miskin maka media tidak perlu memberi liputan kepada mereka? Kalau dibanding bom tangan dan AK47 Mujahidin Dhakka dengan Cruise Misiles dan bom Hellfire Aparchie Amerika, amat tidak setara. Tetapi kerana yang diserang adalah kepentingan kapitalis dan yang perit dan terbunuh ialah orang-orang kaya, maka tiba-tiba dunia digemparkan dengan berita ini.
Pelbagai berita Tv dibuat secara langsung dari minit ke minit. Mumbai digambarkan seperti dalam kawasan perang. Sikap double standard ini sangat memualkan. Apakah nyawa orang-orang miskin di Pakistan tidak berharga? Atau sebab yang dibunuh di Pakistan dan Afghanistan adalah orang islam maka dunia tidak perlu digemparkan dan Amerika tidak perlu dikutuk keran melakukan serangan yang sangat bacul itu.
Begitu juga nasib orang-orang Islam di Palestin. Tidak ada langsung usaha masyarakat dunia untuk benar-benar mengajar Israel agar tidak menzalimi orang-orang Palestin. Saban hari Palestin dibasahi darah anak watannya tetapi Israel tetap dilindungi oleh Amerika dan Dunia Barat!!.
Sebenarnya inilah punca segala-segalanya. Umat Islam dizalimi dan ditindas. Jika Amerika dan Dunia Barat tidak menyokong Israel dan mana-mana negara yang menindas penduduk Islamnya dan jika Israel dan India dihukum kerana menindas dan menzalimi Palestin dan Kashmir, sudah tentu Osama Binladen dan Al Qaeda atau mana-mana organisasi militan Islam yang lain akan meletakkan senjata dan hidup aman di kampung halaman masing-masing.
Selagi dunia tidak menyelesaikan masalah Palestin, Kashmir, Mindanau, Pattani, Chechnya dan lain-lain tempat umatnya ditindas; selagi itu kumpulan-kumpulan Mujahidin di sana atau di mana shaja akan bangun untuk menuntut keadilan dengan cara yang mereka faham.
India perlu realistik dalam tindakan mereka sekarang kerana kumpulan-kumpulan mujahidin sedang melihat mereka dengan teliti. Tindakan yang zalim kepada umat Islam India atau Kashmir akan mengundang peristiwa ulangan seperti Serangan Mumbai. India mesti berhati-hati. Janganlah jadikan nafsu dendam sebagai penunjuk jalan kepada penyelesaian kepada aktiviti kegansan di India. Selesaikan masalah di Kashmir dengan memberi penduduk Kashmir kebebasan untuk memilih kerajaan mereka sendiri, samada memerintah sendiri, bersatu dengan Pakistan atau terus hidup di bawah India.
Jangan biarkan pelampau Hindu bermaharajalela kerana peristiwa penyembelihan umat Islam Gujerat oleh puak Hindu adalah antara sebab mengapa kumpulan Mujahidin India (dan Dhakka) bangun untuk membalas dendam dengan cara yang mereka fahami.
Thanks to Sheikh Sambal http://barukabordal.blogspot.com/
utk perkongsian teks ni..
Tuesday, November 18, 2008
Laporan AnDaLuSia
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah,
pd 13-15 November yg lalu,prog Tamrin AnDaLusia telah berjaya
dijalankan..
Sebelum tu..
Apa itu AnDaLusiA?
Akronim kpd -Angkatan Dakwah Dan Latihan Siswa Islah-
Act,ana cuba designkan satu team pioneer drpd Persatuan
Pra-Universiti sek ana untuk ana dapatkan satu team nucleus bagi
agenda dakwah dan islah di SMKSI..Biiznillah.
Untuk pengetahuan,3 I dan 5 A drpd sek ana tu,JK tertinggi
Pra-Universiti termasuk ana sbg presidennya.
Alhamdulillah..mereka sangat terkesan dgn prog ni..
Prog ini ana sasarkan kpd 20 org student Pra-U SMKSI,tapi yang Allah
izinkan hanya 8 orang ni je dtg.
AnDaLusia diserikan juga dgn ikhwah dan akhawat dari matrix gambang
dan USIM.Serta beberapa org student form 4 dari SMKA Tok Jiring.Juga
tak ketinggalan x KBM dari politeknik Dungun.
Jumlah peserta 26 orang.
13hb..Khamis 9.00 p.m
Slot jom berukhwah dikendalikan oleh Akh Mus'ab.
Game Bursa Saham AnDaLusia..
Qiamullail pagi itu sangat awal..best betul!
14hb..Jumaat..6.15 a.m
Sesi Cinta dan Takut kpd Allah dibentangkan oleh Ustaz IDris masa
kuliyyah Subuh..Hati para peserta mula bergetar..jzkk Ustaz.
Seterusnya slot Syahadatain drpd Ust Mazlan..
Jam 11.30 pagi,Islam dan Jahiliyyah oleh Hj Fakhrul.
Petang tu para peserta dikehendaki berdiskusi dan membentangkan
maqasid syahadatain,islam dan jahiliyyah berdasarkan suasana sekitar
dalam masayarakat.
Pembentangan yang sgt mengagumkan daripada peserta.
Sesi Malam,Pengenalan KBM oleh Akh Mus'ab dan slot Ayyuha Syabab!
drpd Akh Ammar Syamsudin.
Qiamullail..
Kuliyyah Subuh oleh Cg Norfizam
Slot seru dan perbaikilah org lain..
9.oo a.m Sabtu 15 Nov..
Dakwah Apprentice.
Para peserta dibahagikan kpd 4 kumpulan mengikut daerah.
Projek yang mesti dilaksanakan,
menyebarkan kpd masayarakat penghayatan syahadatain dan maqasid Islam
dan Jahiliyyah kpd masyarakat setempat
Hasil perbincangan ialah:
Group Mus'ab (Ikhwah Kemaman+dungun)
Prog semasa x-rek nasional di CRR(satu slot untk syahadatain
(Eksplorace MiSya)
Group munirah Mazlan+akhawat SMKSI
Prog MiSYA (mIsi syahadatain) pd 27 Nov di SMKSI
Group Hassan (IKhwah dan Akhawat KT)
Prog ala-ala Jom Lepak sekitar bandar KT pada bulan Disember.
Prog berakhir pada jam 2.30 ptg.
Apa yang ana nampak,team Pra-U smksi dah buka mata dan mereka semakin
bersedia utk istiqamah dalam sistem tarbiyyah.
Alhamdulillah..
Jutaan Terima kasih kpd Cg norfizam,Hjh Fadillah dan Hj Fakhrul dan
semua pak cik dan makcik yang terlibat..
Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah..
Salam Perjuangan..
Thursday, November 13, 2008
Tamrin AnDaLuSia
Alhamdulillah...final exam dah habis..hmm,,skarang nak cuti panjang..
maknenye..xde hlgn lg utk 'bebas'berprogram..programm..program...!bestnya...program yang terdekat ialah Tamrin AnDaLusia (Angkatan Dakwah Dan Latihan Siswa Islah)prog ni kita design khas untuk team PRa-Universiti sek ana..we will create an Islah Team this weekend!!7 orang kuat PRA-U akan join prog ni..ni first tamrin diorang..
Aturcara Program :
Khamis, 13 Nov 2008
6.00 ptg Pendaftaran
6.30 ptg Makan Malam
7.00 mlm Solat Maghrib & Zikir Mathurat
7.30 mlm Tazkirah Maghrib : "Ikhlaslah Dirimu" (akh Mus'ab bin Muzahar)
8.10 mlm Solat Isyak
8.45 mlm Slot Ukhuwwah
10.30 mlm Minum Malam/Tilawah Quran/Rehat
Jumaat, 14 Nov 2008
5.00 pagi Qiamullail
5.30 pagi Solat Subuh & Zikir Mathurat
6.00 pagi Kuliah Subuh : "Cinta & Takut Kepada Pencipta" (akh Ust Idris bin Kassim)
7.00 pagi Riadah
8.00 pagi Sarapan Pagi
8.45 pagi P1 : "Makna & Hakikat Syahadatain" (akh Ust Mazlan Ahmad)
10.30 pagi Rehat
11.00 pagi P2 : "Islam & Jahiliah" (akh Fakhrul Anuar bin Zulkawi)
12.30 tgh Makan Tengahari/Solat Jumaat
2.30 ptg Bengkel & Pembentangan (untuk 2 slot ceramah diatas)
4.00 ptg Solat Asar/Minum Ptg
4.45 ptg Riadah & Rekreasi
6.00 ptg Rehat/Khidmat Diri
6.30 ptg Makan Malam
6.00 ptg Pendaftaran
6.30 ptg Makan Malam
7.00 mlm Solat Maghrib & Zikir Mathurat
7.30 mlm Tazkirah Maghrib : "Usamah bin Zaid" (akh Ahmad Zamri bin Mohamed)
8.10 mlm Solat Isyak
8.45 mlm P3 : "Ayyuhal-Syabab" (akh Amar bin Shamsuddin)
10.30 mlm Minum Malam/Tilawah Quran/Rehat
Sabtu, 15 Nov 2008
4.30 pagi Qiamullail
5.30 pagi Solat Subuh & Zikir Mathurat
6.00 pagi Kuliah Subuh : "Perbaiki Diri & Serulah Orang Lain" (akh Muzahar bin Hitam)
7.00 pagi Riadah
8.00 pagi Sarapan Pagi
8.45 pagi Bengkel : "Inilah Peranan Kita"
10.30 pagi Rehat
11.00 pagi Pembentangan Bengkel
12.30 tgh Rumusan/Perancangan Musim Cuti
1.00 tgh Solat Zuhur/Makan Tengahari
2.00 ptg Bersurai
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi
Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light).
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
KuRma (KuRindui Ramadhan)
Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'
Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin.
p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !!
Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.