Followers

Wednesday, December 30, 2009

Mukhayyam de Penyu IPT Terengganu 2009

MUKHAYYAM de PENYU IPT TERENGGANU 2009 - 2010

Masa : 31 Dis 2009 ( khamis) - 2 Jan 2010 ( sabtu)
Tempat : Taman Pertanian Sekayu , Hulu Terengganu.

Peserta : 45 orang

Pengisian

Hari Pertama
5.00 pm : Pendaftaran
6.00 pm : Makan Malam (Beli)
7.30 pm : Solat Maghrib

: Takruf & ais breaking serta pembahagian kumpulan, pembahagian tajuk persembahan
(Akh Hazrul)
: Solat Isyak
9.00 pm : Pengisian Fikrah (Himaasatusy Syabab ,wa Hikmatusy Syuyuh) – Akh Muzahar
11.00 pm : Tadabur Qur’an
Hari Kedua
4.30 am : Qiam
5.45 am : Solat Subuh
: Al mathurat (Suatu Pengenalan) (Akh Ariffin)
7.00 am : Urus diri
8.00 am : Sarapan pagi (Nasi Lemak)
8.30 am : Jungle Tracking (Kompas Mathcing)
12.00 pm : Makan Tengah Hari
: Persiapan Solat Jumaat
1.00 pm : Solat Jumaat / Ummahatul Mukminat
3.00 pm : Hayatul Sahabah – 8 Orang sahabat_ rujuk modul (aktiviti outdoor)
4.00 pm : Sesi Pembentangan
4.30 pm : Solat Asar
5.00 pm : Slot 1 (Tema: Eksplorasi Alam_Inovasi)

Malam
6.30 pm : Makan Malam
7.15 pm : Solat Maghrib
: Kuliah Maghrib _Akhlak Akh Roslan
8.16 pm : Solat Isyak
9.00 pm : Persembahan (Berdasarkan 10 situasi umat islam dunia) (akh redhuan)
: Sesi penerangan peta Kompas Matching
12.00 am : Hirasah (Setiap 1 jam/kumpulan)

Hari Ketiga
6.00 am : Solat Subuh
: Kuliah Subuh (Akhlak oleh Akh….)
: Al Mathurat
7.00 am : Sarapan pagi
7.30 am : Senamrobik serta kawad
9.00 am : Resolusi
10.00 am : Bertolak Pulang








AJK
Kem KOmanden : Akhi Masrul Arifin
Penolong : Ukhti Nurnazifa
Su : Akhi Wan Mohd Redhuan
Tempat : Akhi Ahmad Sabri
Peralatan/Teknikal : Akhi Mohd Izzul
Pengangkutan : Akhi Hazrul
Makanan : Tukang masak Di Raja Engku Indong
Aktiviti : Che Zainun, Masita, Nazifa
* Sedikit sumbangan Yuran RM 15.00 bagi daerah Kuala Terengganu tambahan RM 5.00 untuk kos pengangkutan.
*Ada tugasan individu.

Madrasatul Hayyah - Islah

Assalamu'alaikum wrb


Sebagai usaha pembinaan pelapis & menyantuni pewaris,

JIM IPT Pusat
JKPRB

dengan kerjasama
Lembaga Al Amin
KRJ Ampang Jaya
JIM Hulu Selangor

insyaAllah akan mengadakan


MH-i
(Madrasatul Hayah-islah)

pada
27 Dis 2009 - 24 Januari 2010 di Kem Lembah Genting, Hulu Selangor

beserta
R2B (Road 2 Borneo) pada 25 Januari - 4 Februari 2010

Yuran
MH-i RM400 seorang,
R2B RM200 tidak termasuk kos tambang kapalterbang

Sasaran peserta

*
PRODUCE Gen3
*
Lepasan SPM /STPM 2009

Tempat terhad

Pendaftaran masih dibuka !
sila isi borang yang dilampir & email pada wfauziah@gmail. com


Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Khairul Fadhli - 013 3554342
Hafiz Bai - 019 7517051
Halipah - 019 2808329


wassalam

Sunday, December 20, 2009

~Bismillahirrahmanirrahim~

PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009
(PKN 09)

&

SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA

InsyaAllah akan berlangsung pada

25 & 26 DISEMBER 2009
bersamaan dengan

8 & 9 MUHARRAM 1431H

JUMAAT & SABTU

Bertempat di

Masjid Umar Al- Khattab

Bukit Damansara

Yuran Pendaftaran

RM 35
(2 hari 1 malam + cenderamata)

Anjuran
KARISMA Nasional

Dengan Kerjasama
KARISMA Petaling Jaya





Assalamualaikum w.b.t

Disini ana lampirkan peta lokasi dan sedikit penerangan (rujuk lampiran) ke lokasi PKN 09 iaitu Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.



BAGAIMANA KE SANA?


Tempat : Masjid Saidina Umar Al-khattab, Jalan Pinggiran Setia Budi, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.



*

Pengangkutan awam :

*

Dari KL Central
o

Naik bas U83 : KL SENTRAL - KOMPLEKS KERAJAAN JALAN DUTA.

Terus ke Masjid Saidina Al-khattab.

Alhamdulillah, berikut dilampirkan tentatif program Himpunan Sambutan 10 Tahun Karisma & PKN 09


TENTATIF PKN 2009 DAN SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA





JUMAAT (25.12.2009)



0900: PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN PESERTA PKN DAN SAMBUTAN 10 TAHUN

1000: KETIBAAN PARA TETAMU DAN PENDAFTRAN

1030: PEMBUKAAN MAJLIS

BACAAN DOA

UCAPAN PENGARAH “SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA”

1100: “BEKALAN DI JALAN DAKWAH BUAT PARA PEMUDA” OLEH USTAZ ALIAS OSMAN

1200: BERSAMA MANTAN KEPIMPINAN KARISMA (1)

1230: MAKAN TENGAHARI

SOLAT JUMAAT

ISTIREHAT

1430: BERSAMA MANTAN KEPIMPINAN KARISMA (2)

1500: FORUM

AHLI PANEL:

1) WAN MUHAMMAD WAN IBRAHIM, “RANCANGAN KE HADAPAN: DIMANA DAN BAGAIMANA PERANAN ALUMNI KARISMA”

2) AHMAD ZUBAIR WAN AB RAHIM, “10 TAHUN KARISMA”

MODERATOR:

ABDULLAH OMAR MUHAMMAD FUAD, PRESIDEN KARISMA 2009

1645: BERSAMA MANTAN KEPIMPINAN KARISMA (3)

1715: UCAPAN PENUTUP “SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA”

1730: SESI FOTOGRAFI

SOLAT ASAR

HI-TEA (UTK PESERTA PKN)

PERSIAPAN DIRI DAN SOLAT MAGHRIB

1945: MAJLIS PERASMIAN PKN DAN UCAPAN DASAR

MAKAN MALAM GRANDE

2030: SOLAT ISYA’

2100: UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

2105: BACAAN AL-QUR’AN

2115: UCAPAN PERASMIAN OLEH PRESIDEN JIM

2130: GIMIK PERASMIAN

2135: TAYANGAN PERASMIAN PKN DAN 10 TAHUN KARISMA

2140: UCAPAN DASAR PRESIDEN KNL

2225: VIDEO KORPORAT JIM DAN KARISMA

2235: PELANCARAN BUKU (GERAKAN DAKWAH PELAJAR)

2240: PENYAMPAIAN ANUGERAH KNL

2300: PENUTUP DAN BERSURAI

2310: TIDUR





SABTU (26.12.2009)



0430: QIAMULLAIL FARDHI, SOLAT SUBUH

0600: KULIAH SUBUH

0700: PERSIAPAN DIRI, MAKAN MALAM

0830: LAPORAN SETIAUSAHA DAN BENDAHARI

0910: PERBAHASAN SESI 1 (7X7)

1000: REHAT

1020: PERBAHASAN SESI 2 (10X7)

1130: SELINGAN 1

1145: PERBAHASAN SESI 3 (5X7)

1230: MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT ZOHOR

1400: PERBAHASAN SESI 4 (5X7)

1440: PENGGULUNGAN PERBAHASAN

1450: PERLETAKAN DAN PERLANTIKAN BARISAN KNL

1500: UCAPAN PRESIDEN KNL BARU

1510: MAJLIS PENUTUP DAN SESI BERGAMBAR

1530: BERSURAI




Sebarang masalah atau pertanyaan untuk ke PKN 09, antum boleh menghubungi :

ikhwah - Akh Hamri : 012-5679063

akhwat- Ukht Izzati : 013-3259528


Salam Maal Hijrah kepada semua..
Sedar mahupun tidak,sudah 1431 tahun peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke madinah berlalu..

Adakah kita memahami erti hijrah Nabi Muhammad SAW ini?
ataupun kita masih sama seperti dulu..hangat-hangat tahi ayam tika memasang azam pada tahun baru..?

Yang paling malang..kita langsung tidak merasakan bahawa Maal Hijrah adalah tahun baru kita.Tetapi,kita menunggu detik 12 malam 1 januari 2010!
Ayuh teman..sedarlah!

Friday, December 11, 2009

STPM berakhir..

Alhamdulillah..
Assalamualaikum..
menemui kalian dalam kedaan sejahtera..mardhatillah.

Paper STPM dah abis..
So..Blog ni reActivated!

Malam ni meeting remaja..
So..tunggu...!

Salam.

Friday, August 28, 2009

Tazkirah KuRma..

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki. Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikan kemapunan bagi dosa yang lalu. Dari Abu Hurairah
bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda:

“ Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)


Kalau dilihat bentuk hadis ini, ianya seakan sama dengan hadis mengenai keutamaan solat tarawih (lihat Renungan Ramadan 4).

Di dalam hadis ini bukan sahaja disebutkan janji keampunan dosa bagi orang yang berpuasa tetapi juga syarat untuk mendapat anugerah ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wahtisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan
keredhaan Allah”. Puasa kita bukan kerana budaya, bukan kerana adat, bukan kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana ketiadaan makanan.

Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman dan benar-benar menghara pkan keredhaan Allah. Niat dan keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga syarat- syarat dan adab-adab dalam puasa kita; bagi melayakkan kita mendapat keampunan bagi dosa-dosa kita yang lalu. Abu Said al-Khudri berkata bahawa Nabi (saw) pernah bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan mengetahui batas-batasnya dan ia menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yang sebelumnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Saudara-saudari yang budiman,

Jelas kepada kita bahawa hanya puasa yang terjaga dari batas-batasnya sahaja yang akan diterima dan layak untuk menerima keistimewaan yang dijanjikan.

Sebab itu Nabi (saw) memberi kita peringatan, sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memperolehi apa- apa dari puasa dan solat tarawih mereka.

Abu Hurairah berkata Nabi (saw) bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang bersembahyang malam, tetapi tiada yang ia perolehi selain dari rasa mengantuk”
(Hadis Riwayat an-Nisai dan Ibn Majah)


Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam menjaga adab-adab dan batasbatasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak
berampun.

Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan mutu puasa kita.


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Nabi (saw) mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spektrum yang begitu luas, di manakah kita?

Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedek ah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi. Menurut
Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:

a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau memamerkan diri sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.

d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.

e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti pada waktu berbuka?

f. Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakan lah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa pada bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.

g. Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabi n yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai- Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya!

Semoga Allah swt menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.


KuRma..Ku Rindui Ramadhan..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan dan Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds)

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas.

ust Abu Bakar Al Baqir

Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”

Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’

Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference).

Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.



Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.



Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.



Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.



Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE

(Pusat Kecemerlangan Palestin)

Menjelang 21 Ogos 2009

KuRma..(Ku Rindui Ramadhan)

Buah Kurma sgt berkait dgn Ramadhan..

Assalamulaikum..
Salam Iman..salam perjuangan..

Alhamdulillah..kita kembali menemui Ranadhan..

Kurma..buah suci yang tak asing dengan kemuliaan RAMADHAN..tersingkap maksud yang mendalam disebalik KuRma..Kerana KuRma ialah 'Ku Rindui Ramadhan'..luahan Rindu orang yang beriman..semoga Ramadhan ini berjaya mengembalikan kita kepada FITRAH menjelang sahaja 1 syawal nanti.Semoga kita berjaya kembali kepada asal-usul kejadian..REBORN..REBIRTH..seperti bayi yang tidak berdosa..putih tiada noda..





Bukankah itu tujuan diciptakan 30 hari yang mencabar ini?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”

(Bukhari & Muslim)


Kita akan berjuang untuk kembali menjadi orang yang tiada dosa!
adakah kita tidak mahu merebut peluang ini?

Kita akan meraikan kemenangan itu pada hari KEMENANGAN,hari kembali kepada fitrah,hari Aidilfitri 30 hari lagi..

Dan jika kita bersungguh-sungguh,kita akan dapat merasakan betapa nikmatnya hari kemenanagan itu..yakinlah..!

Salam Ramadhan Al Kariim..



semoga dapat jadi bayi semula. -muspalestina-

Friday, June 26, 2009

Remembrance Of Palestine (RoPe)


Baju Hijau..Kam Kar Wy @ KAMarul bersama anak-anak Palestina





Sentuhan terakhir..

Melaksanakan Amanah:
Pengarah Program Remembrance Of Palestine (RoPe)

Alhamdulillah..
Syukur..setinggi kesyukuran daku panjatkan kepada illahi..
dalam kesempitan masa..sibuk dengan study..
stpm makin hampir..
dapat juga memanfaatkan sebaiknya kelapangan masa untuk MENUNAIKAN HAK dan TANGGUNGJAWAB sebagai muslim terhadap saudara muslimnya..

"The believers are but a single brotherhood.So make peace and reconciliation between your two (contending) brothers;and fear Allah,that ye may receive mercy" Al Hujurat:10

Perjuangan membela rakyat Palestin tidak akan bermusim..


Terharunye..Pelajar non-muslim pun mengambil bahagian..

Bantulah Kami..


Palestine Speaker

Sepanduk
Tekun mendengar ceramah

Membeli sambil menderma

Pra-Universiti mendedahkan kekejaman Zionis Israel!

Dimanakah pembelaan terhadap kami??

Nantikan nukilan seterusnya..
Bersambung..(esok ada kelas..dah pukul 1.20 pagi..salam.)

Friday, June 19, 2009


Ucapan Benjamin Netanyahu di Universiti Bar-Ilan menggambarkan polisi rejim Zionis terhadap isu Palestin. Ia dengan jelas menggariskan dasar-dasar Israel yang tidak pernah berubah sejak entiti haram itu berdiri secara rasmi pada tahun 1948. Sejak hari pertama lagi, agenda pendukung ideologi Zionis ialah untuk mendirikan sebuah Negara Yahudi dengan mengusir dan menafikan hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka sendiri. Netanyahu tanpa berselindung meletakkan pengiktirafan penuh Palestin dan negara-negara Arab ke atas entiti Zionis sebagai Negara Yahudi, sebagai syarat untuk mengakui kewujudan Negara Palestin. Kenyataan ini lagak seorang ketua mafia yang tidak memberi pilihan langsung kepada mangsa peras ugutnya supaya tunduk kepada semua kehendak jahatnya.

Apakah implikasi kepada kenyataan Netanyahu apabila menuntut Palestin mengakui Israel sebagai Negara Yahudi. Ia hanya membawa satu tafsiran sahaja iaitu orang lain tidak punya tempat dan tidak punya hak ke atas bumi Palestin sama ada yang dirampas Israel pada tahun 1948 atau wilayah yang diduduki sehingga kini sejak tahun 1967. Jika ada pun ruang bermastautin untuk mereka maka mereka adalah warga kelas kedua yang akan terus dinafikan pelbagai hak termasuklah hak untuk bergerak bebas tanpa sebarang sekatan seperti yang berlaku kepada penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. Pengakuan Israel sebagai Negara Yahudi juga bererti merestui penempatan-penempatan haram pendatang Yahudi yang berselerak kini di Tebing Barat dan mengakui hak mereka untuk terus menceroboh tanah milik penduduk Palestin untuk memperbesar lagi penempatan-penempatan tersebut. Kini kita sedang menyaksikan pembinaan puluhan ribu unit apartmen untuk penduduk Yahudi sedang rancak dibina di persekitaran Baitulmaqdis dan Kota Lama (Tanah Suci umat Islam yang menempatkan Masjid al-Aqsa) untuk melengkapkan agenda “peyahudian” entiti haram Zionis.



Netanyahu terus menguji pendirian masyarakat antarabangsa apabila menegaskan isu pelarian Palestin harus diselesaikan di luar batas Negara Israel. Kenyataan ini secara terang-terangan mencabar kewibawaan Bangsa-bangsa Bersatu yang telahpun meluluskan Resolusi PBB 194 (III) yang memberi hak kepada rakyat Palestin yang terusir dari wilayah Palestin kembali ke tanah air mereka. Resolusi ini bukan sahaja diketepikan begitu sahaja bahkan Netanyahu memberi gambaran seolah-olah ia tidak pernah wujud. Inilah sikap yang diwarisi oleh pendukung-pendukung Zionis sejak dahulu yang tidak pernah berubah. Ia adalah ibarat agama yang dipegang kukuh oleh penganut-penganutnya tanpa ada sedikit ruang pun untuk bertolak ansur. Golda Meir yang pernah menjadi Perdana Menteri Israel yang ketiga pernah mengungkapkan bahawa ‘Kami tidak mengambil hak rakyat Palestin, sebaliknya rakyat Palestin tidak pernah wujud’. Keangkuhan inilah yang kini diulang kembali oleh waris ideologi Zionis seperti Netanyahu pada hari ini.

Netanyahu cuba berselidung atas nama agama Yahudi apabila mengatakan Israel adalah bumi yang diwariskan kepada mereka oleh Tuhan sejak 3,500 tahun yang lalu. Apakah beliau menyangka masyarakat antarabangsa boleh dibohongi begitu sahaja dengan fakta sejarah yang palsu? Di manakah bangsa Yahudi ketika bumi Palestin dihuni oleh pelbagai bangsa seperti Kanaan (yang merupakan nenek-moyang kepada orang Palestin pada hari ini), bangsa Phonecian, bangsa Filistin dan lain-lain yang sudah membangunkan tamadun di sana sejak 6,000 tahun yang lalu jauh sebelum Nabi Ibrahim a.s., bapa kepada kaum semitik (Yahudi dan Arab) berhijrah ke sana dari Mesopotamia (Iraq). Jelas cubaan untuk menggunakan fakta sejarah yang diselewengkan hanya satu langkah terdesak pendukung ideologi Zionis. Bahkan kelompok Yahudi tulen yang objektif dan bergerak dalam sebuah Pertubuhan Naturikarta membidas semua dakwaan palsu golongan Zionis ke atas bumi Palestin atas nama agama Yahudi. Mereka sama sekali menolak untuk dikaitkan dengan pemalsuan golongan Zionis ke atas sejarah bumi Palestin. Bagi mereka agama Yahudi sendiri tidak merestui pembohongan kelompok Zionis yang mewajarkan pendudukan dan penindasan yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin.

Ucapan Netanyahu adalah satu maklum balas kepada ucapan ’perdamaian’ Obama di Kaherah. Obama menekankan betapa perlu rejim Zionis menghormati keputusan-keputusan yang telah disepakati terutama dalam membekukan aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki. Netanyahu menyampaikan satu mesej jelas kepada Obama yang cuba mencari sedikit sokongan daripada rakyat Palestin, dunia Arab dan masyarakat Islam antarabangsa, iaitu ’jika Palestin hendak wujud ia harus bersedia untuk terus hidup dalam penindasan dan penafian hak di negara mereka sendiri. Mereka harus bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai sekatan yang menyekat kebebasan bergerak sama ada oleh pos kawalan tentera, pemeriksaan keselamatan, tembok pemisahan atau kepungan. Bahkan mereka harus bersedia untuk hidup sebagai warga kelas kedua yang bukan sahaja tidak mendapat hak yang sama dengan rakyat Israel bahkan tidak punya sebarang kedaulatan dan harga diri sebagaimana yang sewajarnya dimiliki oleh semua negara yang bebas dan merdeka.


Netanyahu juga tidak lupa mengunci sebarang peluang untuk rundingan apabila meletakkan syarat mustahil iaitu negara Palestin yang bakal wujud mesti tidak boleh membangunkan kemampuan pertahanannya (demilitarized). Negara berdaulat yang semacam apakah yang tidak dibenarkan untuk membina kemampuan pertahanannya sendiri? Bukankah aspek keselamatan dan pertahanan adalah elemen paling penting dalam menjamin kedaulatan sebuah negara? Sudah terang lagi bersuluh, Netanyahu meletakkan syarat-syarat yang tidak munasabah untuk mewujudkan sebarang jalan menuju perdamaian di Palestin.

Masyarakat antarabangsa seharusnya mendapat mesej yang jelas daripada ucapan Netanyahu ini. Netanyahu tidak memberi sebarang pilihan lain kepada dunia melainkan mengenakan tekanan antarabangsa yang berterusan agar Israel menghormati Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, melaksanakan semua Resolusi PBB berkaitan hak rakyat Palestin yang sudah lama tertangguh, menghentikan pelanggaran menyolok mata ke atas Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, menghentikan kepungan ke atas Gaza yang bertentangan dengan Konvensyen Geneva yang ke-4 (1949), mengosongkan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur dan keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 seperti yang digariskan dalam Resolusi 242 dan 338 serta menghentikan pembinaan tembok pemisah dan merobohkannya sesuai dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague. Jika satu gerakan global dapat dijana ke atas inisiatif-inisiatif ini maka tidak mustahil rejim Zionis Israel akan tamat riwayatnya sebagaimana rejim Aparteid Afrika Selatan berakhir akibat dari tekanan antarabangsa yang berterusan.

Tuesday, June 16, 2009



Assalamualaikum,
Netanyahu did not hide his true intent when he delivered a policy speech at the Bar-Ilan University on the Palestinian issue. He categorically mentioned that recognition of Israel as a Jewish State is a precondition for peace. He also assigned the Jewish settlers in the West Bank and East Jerusalem who lives on stolen Palestinian land as 'our brothres' and not as a hindrance or enemies of peace. The other conditions he said Israel will only accept peace with a demilitarised Palestine, and he expressed no remorse when he said that the Palestinian refugee problem must be resolved beyond the boundaries of Israel.
These statements by Netanhayu did not need further elaboration. He made it clear to the Palestinians and to the whole world that peace is only achievable in Israel term. There is no two way about it. You take it or you can continue to live under siege, under continuous harrassment and oppression, and under the shadow of the separation wall.
Netanyahu chose to respond to Obama's Cairo speech by stating Israel's uncompromising and non-negotiable position on the Palestinian issue. One wonders how can progress be made in the so called peace negotiations when Israel will not agree to any concessions. Lest we have forgotten, that all the conditions set by Netanyahu is in direct contravention of the Universal Declaration of Human Rights, the United Nation Charter, countless UN resolutions recognizing Palestinian right of return, rights to a homeland and self determination, International laws and Geneva Conventions. The right of return for instance is guarantee d under UN Resolution 194 of 1949. Israeli occupation of the west Bank and East Jarusalem in 1967 was deemed illegal by the UN resolution 242 and 338. The siege on Gaza was a direct violation of the 4th Geneva Convention. The declaration of Israel as a Jewish State is an affront to the Universal Declaration of Human Rights and a systematic denial for the Palestinian rights of existence and of equal treatment. The separation wall snaking through the West Bank from North to South has been ruled by the International Court of Justice as illegal. The continued Jewish settlement activities in the West Bank and east Jarusalem has violated every peace accord signed with the Palestinian authority since Oslo.
The whole world can now see clearly what is the obstacle to peace in such an intricate situation. Israel has stated it's stand i.e. it is not interested in working out a peaceful settlement in Palestine. Netanyahu's speech should bring us all to work in a concerted effort to end the zionist sinister agenda just like we collectively did in ending the apartheid regime of South Africa. It is possible and achievable in the foreseeable future.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE (Palestine Centre of Excellence)
15 June 2009

Friday, May 15, 2009

Seloka Gaza

Solidariti Membantu Gaza

Aku dalam dilemma
Boikot barang Amerika
Sebab aku kerja kompeni Amerika
Tapi aku peduli apa
Rezeki di tangan Allah Taala
Mula-mula boikot Coca Cola
Tukar Microsoft kepada software Rusia
Tukar Dell kepada komputer Malaysia
Jangan guna telipon Nokia dan Motorola
Gunalah Samseng dan Nokla
Nokla tu produk dari China
Tapi mungkin ada melamin bahaya

Tolong buang terus rokok Amerika
PhilipMoris bantu Israel bedil Gaza
Tak guna berdegar-degar hentam Amerika
Benson dan Dunhill berada di mulut sentiasa
Buang juga keretek Djarum dan Sampoerna
Membahayakan kesihatan jantung dan dada

Jangan naik MAS naiklah Air Asia
Sebab MAS pakai Boeing buatan Amerika
Nanti marah lah pula Idris Jala
Dia baru umum tiket domestik turun harga

Buang kad kredit Citibank dan Bank of America
Gunalah kad kredit Ar Rajhi dan Bank Bumiputra
Oh lupa bank tu dah jadi CinaIndiaMelayuBank rupanya
Eloklah sokong perbankan Islam dan Bank Negara

Jangan pakai seluar Levis pakailah seluar Gala
DKNY Ralph Lauren dan Gap pun sama
Jangan pakai singlet Calvin Klein pakailah Pagoda
Atau pakai baju sendiri walaupun tanpa jenama

Jangan minum Starbucks difranchis Berjaya
Minumlah Tongkat Ali Radix atau Kopi Lasinda
M Rajoli kata boleh terangkat sentiasa
Mana tak terangkat steroid dimasuk setengah camca

Jangan tengok CNN tengolah Al Jazeera
TV3 tu meluat banyak fitnah dan propaganda
Lebih baik tengok TV9 atau Astro Bernama
Atau lebih baik tutup TV buat sementara
Boikot juga filem-filem dari Amerika
Biar merosot Golden Screen Cinema

Dalam berboikot eloklah kita banyak berdoa
Doa kepada mereka yang berada di Ghaza
Semoga Allah membantu mereka di sana
Dan kita minta Allah turunkan bala
Kepada Zionis Yahudi dan bala tenteranya
Ya Allah hancurkan dan leburkan mereka
Mereka membunuh anak-anak dan wanita
Seperti mana mereka buat di Shabra dan Shatila
Mereka ini besar kepala tidak hirau kepada dunia
Resolusi-resolusi PBB tidak dihirau oleh mereka
Oleh itu ya Allah hancurkan Zionis kadar segera!

Wednesday, April 29, 2009

(Terkini) Obama mohon undang-undang Amerika digubal supaya Hamas boleh dibawa berbincang.


Khamis, 30/04/2009 - Akhbar Los Angeles Times berkata pada hari Isnin pihak pentadbiran Amerika mahu undang-undangnya digubal agar Hamas boleh dibawa berbincang dimana undang-undang yang sedia ada melarang sebarang perbincangan dengan Hamas sehingga Hamas ikitiraf negara haram Israel, meletakkan senjata, dan mengikitiraf semua perjanjian yang ditandatangani di antara PLO and Israel.


Pentadbiran Obama mahu menangani krisis kemanusiaan di Gaza tetapi buntu akibat larangan ke atas Hamas. Namun cadangan kemungkinan tidak akan diterima memandangkan kerajaan perpaduan Hamas-Fatah kini menemui jalan buntu.

Permohonan pentadbiran Obama telah menunjukkan mereka lebih bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin berbanding pentadbiran Bush. Ahli majlis Repbulikan Mark Steven Kirk menyelar cadangan ini dengan menyamakan Hamas dengan Nazi tetapi kebanyakan pengawai kerajaan Amerika berkata cadangan tersebut bukanlah pengiktirafan kepada Hamas tetapi menggambarkan kepayahan pentadbiran Amerika untuk menaja pelan damai tanpa Hamas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

Saturday, April 25, 2009

BrotherhoodArts disapa Berita Harian

salam..
ana rasa teruja dengan pasangan da'i ni..
First skali jumpe mase ana form 4..kat Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM kat Darul Puteri Cheras..
mengenali abg amar md zain.memang teruja abis!!Mase tu ana dah terfikir..baju2 produk diorang ni mesti meletup abis!!..abg amar ngan kak anfal memang kraetif! ana salute kat pasangan da'i ni..tahniah ya akhi!!ye lah..semenjak ana form 4..memang baju brotherhood je ana cari..sekarang sampai design terbaru..
"Suppor Palestinian If You Are Smarter Than a Fifth Grader!!

Rindunye kat abg ammar..bile boleh jumpe lagi ye!!


Baju-T bermotif rekaan Islam
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my



SESUNGGUHNYA Islam itu indah dan penuh warna. Bijak mengolah idea berteras dua prinsip berkenaan menjadi titik mula kepada Anfaal Saari, 30, dan suami, Ammar Mohd Zain, 30, untuk menceburi bidang kreatif seterusnya mengedarkan baju-T bermotif abstrak khusus bagi remaja Islam.

“Semuanya bermula hanya dengan satu niat iaitu mengubah pandangan semua pihak terhadap Islam. Lantas idea itu kami zahirkan menggunakan medium pencetakan baju-T kerana ia mudah difahami dan boleh diperagakan apabila dipakai.

“Medium itu juga satu cabang kreatif yang selari dengan kemahiran dimiliki suami dan sepadan dengan keinginan kami untuk berinteraksi serta menyebarkan dakwah kepada kelompok sasaran melalui dunia penuh warna,” katanya.

Menggunakan label BrotherhoodArts, jenama yang diketengahkan beridentitikan Islam itu mula dipasarkan di Internet sejak 2004 berkonsepkan small office/home office (SoHo).

Anfaal berkata, BrotherhoodArts bermula sebagai pengedar secara kecil-kecilan di rumah selepas melihat pasaran Indonesia yang banyak menggambarkan keindahan Islam melalui paparan ikon Islam pada baju-T.“Selain cantik, kaedah yang digunakan itu juga nampak ‘catchy’ sehingga mendorong kami memperkenalkan koleksi baju-T berkonsep sama di pasaran tempatan.

“Disebabkan ketika itu baju-T bermotif rekaan Islam (Islamic design) tiada di dipasarkan di sini, jadi ia mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

Sehingga kini, BrotherhoodArts menawarkan 12 rekaan baju-T untuk remaja lelaki dan 13 rekaan lain untuk remaja perempuan. Kelainan baju-T BrotherhoodArts adalah setiap rekaan motif ditawarkan di dalam satu warna saja manakala saiz bermula dari M hingga XXXL untuk perempuan dan M hingga XXL untuk lelaki.

Setiap baju-T memaparkan mesej dakwah antaranya Aslim Taslam yang bermaksud “Islamlah kamu nescaya kamu selamat,” ‘Straighten Your Saff’ yang diolah daripada barisan lurus ketika solat sebagai lambang disiplin dan bersatu selain paparan imej sedia ada di pasaran yang diolah rekaannya.“Mengolah imej sedia ada seperti lambang Manchester United menjadi Muslimeen United, Israel Is Not Real berlatarkan abstrak filem The Matrix sebahagian daripada usaha kami menarik minat golongan remaja lelaki memakai baju-T jenama BrotherhoodArts.



“Buktinya, ramai remaja tertarik untuk memiliki baju-T rekaan kami dan mereka bukan hanya datang dari dalam negara malah permintaan turut diterima daripada pelajar Islam dari Australia, Jordan, Mesir, Russia serta Jepun.

“Ramai juga mengakui BrotherhoodArts tampil di saat yang tepat iaitu ketika mereka terutama perempuan tercari-cari baju-T sesuai untuk dipakai seorang Muslimah yang mementingkan aurat,” katanya.

Selain mengedarkan baju-T, BrotherhoodArts turut memasarkan kad doa dan penanda buku untuk dipasarkan pada bulan Ramadan.

“Ia sebagai langkah permulaan bagi kami mendorong umat Islam lebih mengalu-alukan kedatangan Ramadan berbanding Aidilfitri dan alhamdulillah, setakat ini sambutan diterima amat menggalakkan,” katanya.

BrotherhoodArts turut menghasilkan lencana butang (button badge) dengan paparan grafik berunsurkan Islam dan sarung lengan bersulam untuk Muslimah, sesuai dipakai bersama pakaian kasual dan ketika bersukan.

Anfaal berkata, rekaan sarung lengan diperincikan dengan corak bunga tampil lebih eksklusif dengan sulaman mesej Muslimah Identity.

“Sarung lengan BrotherhoodArts lain daripada produk sedia ada di pasaran kerana ia diperbuat daripada material berkualiti dan longgar bagi menjamin keselesaan pemakai.

“Bagi mempelbagaikan produk, kami turut merancang untuk mengeluarkan pakaian kanak-kanak berimej grafik juga berunsurkan Islam satu hari nanti,” kata Anfaal sambil memberitahu, sedang merancang pembukaan Butik BrotherhoodArts untuk memudahkan pelanggan membeli tanpa perlu membuat pesanan melalui Internet.

Adat berniaga, setelah penerimaan masyarakat terhadap kelahiran produk berkonsepkan Islam semakin menggalakkan, kini semakin ramai pesaing mula mengatur langkah untuk turut sama mengeluarkan barangan sama.

“Walaupun ada syarikat lain turut menawarkan produk sama tapi kami memandang ia dari sudut positif. Ia juga petanda produk sebegini ada permintaan di pasaran,” katanya sambil melahirkan hasrat untuk melihat komuniti Islam yang berjaya di dalam bidang rekaan grafik dan perniagaan berkembang serta dikagumi dunia.

antara design BrotherhoodArts







Buttons











Untuk Pelajar SMKSI..nantikan kemunculannya mase hari KARISMA nanti di gerai PRA-Universiti yuk!!

untuk wat tempahan..click alamat di bawah :

http://brotherhood-arts.blogspot.com/

8 BUKU BARU! terbitan JIMedia + tulisan ahli JIM di Booth JIMedia L3 Legar Putra sempena KLIBF'09

Sebanyak lapan buku baru terbitan JMedia + tulisan ahli JIM dijual di booth JIMedia KLIBF'09 yang akan berakhir pada hari Ahad 26 April ini.

Buku-buku terbitan JIMedia ialah:











Tahniah kepada semua penulis buku-buku di atas.

Ada 2-3 tajuk lagi dalam simpanan JIMedia yang tidak sempat diurusterbitkan sempena KLIBF'09 ini iaitu:

1. Tip Pengurusan Kelab Remaja Masjid - Tulisan akhi Cikgu Azmi & akhi Ruzain PJ
2. Remaja: Enam Keputusan Bijak Hari Ini - Panduan Menjadi Remaja Unggul - Tulisan akhi Hasfizal Bendahari JIM Batu
3. Novel Islami dari NS

Akan menyusul juga buku PM Dr Hafidzi "Jejak Risalah di Nusantara V: Perang Aceh (1873 - 1913) dan Politik Islam Snouck Hurgronge".

Sesiapa yang berminat untuk menerbitkan buku melalui JIMedia, sila hubungi saya 012-320 3434 atau akhi Wan Am 012-6615745.

JOM ke KLIBF'09.

Thursday, April 23, 2009

Maklumat Penting!!




Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain.
Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata.
Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang.
HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula.
Israel mendakwa memusnahkan hampir semua terowong (200 buah). Hakikatnya Gaza mempunyai 800 terowong dan 200 terowong yang rosak itu akan dibaiki dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Thursday, April 9, 2009

Apa beza KITA dengan LEMBU ?



Kita dilahirkan dalam Rahim ibu
LEMBU dilahirkan dalam Rahim ibu

Kita disusukan oleh ibu kita
LEMBU pun menyusu dengan mak nye..

Kita diajar oleh ibu kita agar boleh berjalan
LEMBU ditanduk-tanduk oleh ibunya supaya pandai berjalan..

Kita diajar bercakap
LEMBU diajar mem 'boo'.. (bukan mengaum)

Kita diajar makan makanan berkhasiat..sayur-sayuran hijau..
LEMBU diajar makan berkhasiat untuknya (rumput segar)

Kita masuk tadika, diajar menulis
LEMBU pun masuk tadika, diajar mengenal haiwan lain..

Kita masuk sekolah, diajar ilmu-ilmu dunia
LEMBU masuk sekolah, diajar mencari padang-padang rumput hijau..

Kita masuk universiti, belajar ilmu-ilmu hebat-hebat..
LEMBU pun masuk universiti, diajar segala apa yang perlu untuk boleh hidup sendiri dan berdikari,,

Kita ada praktikal sebelum bekerja
LEMBU berpisah dari ibunya sesudah matang untuk mula praktikkan ilmunya..

Kita kerja untuk rasa kesenangan dunia
LEMBU sudah mula ada jajahan mereka sendiri

Kita kahwin kerana ikut fitrah sukakan lawan jenis
LEMBU mengawan kerana ikut fitrah sukakan lawan jenis (Cinta berputik)

Kita dapat anak untuk sara kita masa tua
LEMBU ada anak untuk pertahankan kelompok mereka

Kita tua
LEMBU tua

Kita mati
LEMBU mati


APAKAH TUJUAN KITA HIDUP?

ADAKAH KITA SAMA DENGAN LEMBU?

kemenangan dalam keperitan..

Pada 25.3.2009, HAMAS menang 17 dari 27 kerusi Pilihanraya UNRWA.

Subhanallah !! Karamah demi karamah kita saksikan di bumi Palestin. Jika dalam Perang Gaza baru-baru ini, kita mendengar Karamah-karamah Hissi (yang boleh digarap oleh pancaindera) , semalam berlaku Karamah Maknawi (pemahaman dan pengajaran). Selepas 3 tahun sekatan makanan dan ubat, 1544 syahid Perang Gaza, ribuan cedera dan cacat, ribuan bangunan rumah, sekolah, masjid, hospital ranap kerana rakyat Palestin mengundi HAMAS dalam PRU 25.1.2006, kelmarin HAMAS menang lagi, kali ini dalam Pilihanraya UNRWA 25.3.2009 !! Jelas umat yang ditarbiyah sama sekali tidak diganggu gugat oleh kelaparan, peluru, bom, pembunuhan maupun godaan billion dollar !! Jelas pimpinan yang suci Manhajnya didokong rakyat, diwaktu senang maupun susah !! Rakyat Akhirat !! Pimpinan Akhirat !!

Sebahagian pembaca mungkin belum mengenali UNRWA. Dari official websitenya ” … UNRWA (the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East) is a relief and human development agency, providing education, healthcare, social services and emergency aid to over 4.6 million refugees living in the Gaza Strip, the West Bank, Jordan, Lebanon and the Syrian Arab Republic. UNRWA is by far the largest UN operation in the Middle East, with over 29,000 staff, almost all of them refugees themselves, working directly to benefit their communities - as teachers, doctors, nurses or social workers.”

HAMAS memenangi 17 dari 27 kerusi AJK UNRWA yang dipertandingkan. Baki 8 kerusi dimenangi oleh kumpulan-kumpulan di dalam PLO (Palestinian Liberation Organisation) dan 2 kerusi jatuh ke tangan calon bebas. Bilangan pengundi melebihi 10,000 orang. Sebaik kemenangan diumumkan, HAMAS mengeluarkan kenyataan umum bahawa keputusan dan kemenangan besar tersebut adalah satu tamparan ke muka musuh-musuh Islam, Yahudi, Barat dan seluruhnya, yang menganggap bahawa umat Islam boleh diperkotak katikkan dan boleh dijinakkan dari bangkit membuat penentangan terhadap Penjajahan. Anggapan mereka jelas meleset.



Demi untuk umat Islam, kerana Palestin adalah hak umat Islam. Palestin dan Masjidil Aqsa yang sedang dijajah mesti dibebaskan. Di sini kami membantu kamu membebaskan rumah suci kamu. Di mana pula kamu dalam membantu kami ??!!

Hak Pilihanraya dan menyuarakan pendapat adalah hak semua insan yang diperakui Syarak. Hak ini hendaklah diberikan terus menerus kepada umat Palestin untuk memilih wakil-wakil mereka dan mempertahankan hak-hak mereka. HAMAS seterunya menyeru semua agar menghormati pilihan para pengundi, tidak mencuri hak-hak mereka, menyediakan suasana yang sesuai untuk Pilihanraya Parlimen dan Presiden yang akan datang. HAMAS menyeru agar PLO diperbaiki agar ia tidak disalahgunakan untuk kepentingan sempit “parti tertentu” (FATAH) dengan menggadaikan matlamat suci umat dan tanahair (menegakkan agama dan menamatkan penjajahan). HAMAS meminta Pemerintah (FATAH) yang menguasai Tebing Barat agar membebaskan aktivis-aktivis yang sedang dipenjara, agar mereka dapat terus berperanan kepada masyarakat.

Rasulullah saw diutuskan Allah dengan membawa keterangan dan Agama yang benar. Bersama Baginda saw, Allah sertakan mukjizat hissi dan maknawi. Mukjizat Hissi ialah keterangan-keterang an yang nampak dengan pancaindera seperti Baginda saw membelah bulan, air terpancar dari jari-jarinya dan sebagainya. Mukjizat Maknawi pula adalah keterangan yang hanya boleh digarap oleh ilmu, hati dan jiwa melalui pengertian dan makna yang terkandung di dalamnya, contohnya Al-Quran. Jika diperhatikan pada zahirnya, bentuknya hanya seperti buku-buku yang lain, tetapi isikandung, ruh dan petunjuk didalamnya mampu menghidupkaan jiwa seseorang dan umat, menghidupkan bangsa Arab dari kaum nomad kepada Empayar dan Tamaddun Umaiyah dan Abbasiah, bangsa Melayu yang kurafat Hindu kepada Empayar Kesultanan Melaka dan Nusantara.

Karamah hissi di Palestin seperti roket dilancar tiba-tiba dan membunuh musuh, sedang roket tersebut masih ada dikelonsong pelancarnya, jasad syuhadak yang masih kekal dan segar walau telah dikebumi bertahun lamanya dsb telah membangkit keimanan ramai umat.Karamah lain pula memberi pengajaran kepada umat sejagat. Mereka adalah umat berpegang kuat kepada agama, kepada prinsip dan keyakinan terhadap Akhirat. Walaupun balasan yang mereka terima kerana memilih HAMAS dalam PRUII 25.1.2006 lalu adalah sekatan makanan, ubat dan wang, Perang Gaza yang mengorbankan anak dan keluarga yang mereka sayangi, namun pada mereka Islam mewajibkan mereka membebaskan Palestin dan sebarang tanah Islam dari Penjajahan Yahudi dan Barat. Islam mewajibkan mereka bangkit dengan Jihad terhadap musuh yang tidak memahami bahasa perdamaian dan perjanjian. Allah menjanjikan kemenangan kepada hanba-hanbaNya yang bertaqwa dan berpegang kepada prinsip dan tidak mengiktiraf “I.s.r.a.e.l”, satu bentuk Penjajahan. Mereka tidak melihat selain HAMAS yang masih berpegang dengan prinsip-prinsip di atas. Mereka sekali lagi memilih HAMAS kelmarin dalam Pilihanraya UNRWA 25.3.2009. Mereka tahu risikonya tetapi tetap akan bersedia menghadapinya, walau dengan nyawa mereka sendiri dan nyawa ahli keluarga mereka sendiri. Ini sungguh suatu yang ajaib. Inilah Karamah Maknawi di bumi Palestin.

Ucapan termasyhur Asy-Syahid Dr Abd Aziz Ar-Rantisy sebaik ditabal menjadi Ketua Umum HAMAS, menggantikan Ustaz Ahmad Yasin, dihadapan ratusan ribu hadirin, sambil menjulang senapang dia berkata, “HAZA HUWAT TOREEQ” (Inilah Jalannya !!)”.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus satu golongan dari umatku, terang-terangan di atas Kebenaran. Musuh dan mereka yang tidak memperdulikan mereka sama sekali tidak akan memudaratkan mereka, sehingga datang ketentuan Allah, sedang mereka terus begitu keadaannya”. Para Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka ya Rasulullah?”. nabi saw menjawab, ‘Di Baitul Maqdis (Jerusalem) dan disekeliling Baitul Maqdis (Palestin dan Syam)”. (Hadis).

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'