Followers

Saturday, July 19, 2008

Bukti kewujudan Allah dan pembohongan teori Evolusi

kawan-kawan!
Pernahkah anda terfikir?
“Bagaimana alam ini terbentuk?”


“Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?”
“Di manakah anda sebelum dilahirkan?”
“Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?”
“Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?”
“Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?” Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?”
“Siapakah manusia pertama?”
Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?”
Di dalam ruangan ini, kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua soalan-soalan ini.
Tahukah kamu jawapan sebenar? Semua yang kamu saksikan di keliling kamu, termasuk diri kamu, kawan-kawan, ibu bapa, bumi, matahari, makanan kegemaran kamu, pisang, ceri, strawberi, bunga ros berwarna-warni, bunga violet, haruman semerbak, manusia, kucing, anjing, semut, lebah, kuda, burung dan rama-rama, ringkasnya semua yang telah dicipta oleh Allah.
Kami menyoal kamu,



“Pernahkah anda terfikir: dari manakah lebah yang kecil ini belajar menghasilkan madu yang begitu lazat?” Allahlah yang telah mengajar lebah ini untuk menghasilkan madu.
Terdapat mereka yang menceritakan tentang perkara-perkara ini. Mereka tidak percaya Allah telah mencipta segala-galanya dan mereka mereka-reka cerita tentangnya. Mereka digelar “penyokong evolusi” dan kisah yang mereka ceritakan dinamakan “evolusi”.
Kami mahu anda mempelajari kebenaran, dan kerana itulah kami memulakan dengan memberitahu kamu perkara-perkara yang benar. Di bahagian kedua buku ini, kami akan menunjukkan bagaimana mereka yang mempercayai evolusi menipu manusia. Selepas kamu membaca buku ini, sekiranya pada suatu hari ada sesiapa yang meminta kamu mempercayai teori evolusi ini, kamu boleh memberitahu mereka teori evolusi tidak benar, dan Allah adalah Pencipta segala benda.


RAGAMANA ALAM SEMESTA INI TERBENTUK?



Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.
Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama.

Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?
Contohnya, bagaimana matahari boleh tercipta? Atau bagaimana bumi kita muncul?
Ada dua bentuk respons kepada soalan ini. Salah satu daripada respons-respons ini adalah benar dan yang satu lagi salah. Mereka yang memberikan respons yang salah hanya mempercayai teori evolusi. Di dalam halaman berikutnya, kami akan menunjukkan kepada kamu respons yang salah terlebih dahulu dan kemudian respons yang benar pula.

Respons Yang Salah

Mereka yang memberikan respons yang salah menyatakan: Alam semesta ini telah sedia ada dan ia muncul dengan sendirinya. Iaitu, berbagai bahan telah berkumpul dengan sendirinya secara kebetulan dan membentuk matahari, bintang-bintang, bumi, lautan, pokok-pokok, sungai-sungai dan bukit bukau.
Apakah kamu fikir pandangan ini tidak logik? Jika seorang sahabat kamu datang dan memberitahu kamu: “Saya telah memasukkan sedikit tanah, batu-batu, dan sedikit air ke dalam sebuah kotak besar. Saya menanti selama beberapa tahun dan kemudian sebuah komputer telah muncul dari kotak ini.” Apakah kamu akan mempercayainya? Kamu mungkin menyangkakan sahabat kamu ini hanya bergurau, berbohong atau gila.

Para Penyokong Evolusi secara terbuka menceritakan kisah panjang seperti ini. Sebuah komputer tidak dapat muncul dengan sendirinya hasil daripada kebetulan. Pertama, seseorang akan merancang bagaimana bentuk komputer ini, dan memilih komponen mana yang perlu digunakan. Kemudian di dalam kilang-kilang besar, jurutera-jurutera, juruteknik-juruteknik dan pekerja berkumpul. Kemudian mereka menggunakan mesin yang besar untuk membentuk komputer tersebut. Oleh itu, apabila kamu melihat sebuah komputer kamu akan tahu ia tidak terbentuk dengan sendirinya. Bukankah lebih wajar jika dikatakan manusia yang bijak telah membuat komputer?

Matahari, bumi dan tumbuh-tumbuhan adalah lebih besar daripada sebuah komputer. Oleh itu, jika ada orang yang membuat komputer, tentu ada satu kuasa yang mencipta matahari, bumi, bulan dan bintang-bintang.

Respons Yang Betul

Apakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan dengan respons yang baik itu? Allah adalah Pencipta kepada matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Segala-galanya di dalam alam ini begitu sempurna dan teratur. Kerana Allah mencipta alam ini, dan Dia telah meletakkan segala sesuatu pada tempatnya.

Bagaimana Allah Mencipta Alam Semesta Ini?

Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama, kemudian daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain. Pakar sains menamakan letupan ini “Big Bang”. Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang ini.

Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kamu memasukkan pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan udara dan kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah “meletup”. Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah vila atau sebuah lapangan terbang - sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat lakukan - di dalam bilik kamu? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik kamu? Sudah tentu, ia akan berselerak di dalam bilik kamu. Kamu perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah.

Allah adalah Pencipta kepada “Big Bang” ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas “Big Bang”. Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata “Jadi” maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.

Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya “Al-Quran” di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, “Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?” Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:

(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An’am: 101)

Allah Menjadikan Bumi Untuk Kita

Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan. Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang, tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga.
Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan kamu.
Mari kita kaji bagaimana Allah menjadikan bumi ini untuk membolehkan hidupan hidup:

1. Fikirkan... betapa tersusunnya segala benda di alam ini. Matahari telah diletakkan pada tempat di mana ia dapat memanaskan kita dan pada masa yang sama memberikan cahaya kepada kita. Sekiranya tiada matahari, pasti tidak ada sebarang hidupan di muka bumi ini. Sama ada kita, tidak juga haiwan-haiwan atau sebarang makhluk lain tidak mungkin dapat hidup.

2. Allah juga telah menjarakkan matahari daripada kita pada jarak yang tepat. Sekiranya bumi hanya sedikit hampir kepada matahari, kepanasannya pasti akan membakar bumi dan kita pasti tidak dapat hidup. Jika bumi ini hanya sedikit jauh daripada matahari, glasier pasti akan meliputinya dan sekali lagi, hanya sebahagian hidupan dapat hidup. Kerana itulah tidak terdapat hidupan di planet-planet lain, kerana sama ada ia terlalu rapat atau terlalu jauh daripadanya.

3. Sebagaimana yang telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan oksigen di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam udara diperlukan untuk membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen.

4. Salah satu benda paling penting yang membolehkan kita hidup ialah air. Tiada organisma dapat hidup tanpa air. Kerana itu, Allah telah menjadikan sebahagian besar bumi ini sebagai air. Satu pertiga permukaan bumi dipenuhi air. Bagaimanapun, tidak terdapat air di planet-planet lain atau di bulan yang kamu lihat pada waktu malam. Keperluan asas hidupan hanya terdapat di bumi.
Banyak kejadian di bumi membolehkan kita hidup. Jika hanya satu daripada kejadian-kejadian ini tidak berlaku, tiada hidupan dapat selamat di bumi. Jadi, adakah mungkin beribu kejadian-kejadian ini telah berlaku secara spontan dan berlaku di tempat seperti bumi? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin kejadian-kejadian ini berlaku secara kebetulan. Allah telah menjadikan bumi ini untuk manusia. Kerana itu, bumi adalah tempat paling sesuai untuk kita.
Kamu boleh memberikan contoh berikut kepada mereka yang mendakwa bumi ini dan seluruh cakerawala ini telah terbentuk secara kebetulan. Katakanlah kamu sedang bermain-main di pantai dan kamu melihat ombak besar menghampiri, jadi kamu pulang ke rumah. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat tanda yang hebat. Di pantai kamu melihat terdapat sebuah bandar terbentuk daripada pasir. Terdapat rumah-rumah, hospital-hospital, sebuah lapangan terbang dan bas-bas. Malah terdapat sejumlah manusia. Kamu bertanya kepada seorang sahabat yang melalui tempat tersebut sama ada dia mengetahui bagaimana semua ini berlaku. Sekiranya dia menjawab, “Saya rasa ombak besar yang sampai ke pantai ini telah membentuknya”, apa yang akan kamu fikirkan? Tidakkah kamu akan mengesyaki kawan kamu itu hanya berimaginasi, atau mungkin kamu akan ketawa memikirkan dia mungkin hanya bergurau atau gila?

Adalah mustahil untuk ombak-ombak ini membentuk sebuah bandar yang sempurna daripada pasir secara tidak sengaja. Adalah tidak masuk akal sesiapa yang mahir dalam membina bandar seperti itu telah datang, membinanya dan kemudian meninggalkannya.
Bagaimanapun, sebahagian manusia - walaupun mereka terdiri daripada profesor atau pakar sains - telah menerima idea karut ini. Mereka tidak akan menyatakan, “Ombak telah membentuk bandar pasir tersebut”, tetapi mereka akan menyatakan, “Pecahan kecil benda, yang dinamakan sebagai atom, telah berkumpul secara kebetulan dan ia membentuk matahari, bintang-bintang dan bumi, segalanya dilakukan dengan sendirinya”. Kerana mereka tidak mahu mengakui Allah telah mencipta segalanya. Mereka mempertahankan yang salah tanpa mempercayai yang benar. Kami akan menerangkan siapa mereka dengan lebih terperinci di akhir buku ini.


Perisai Pelindungan Di Sekeliling Bumi: Atmosfera

Tahukah anda setiap hari banyak meteor jatuh ke bumi?
Apabila meteor-meteor jatuh di planet-planet lain, ia membentuk kawah-kawah gergasi, tetapi apabila ia jatuh ke bumi, ia tidak menjejaskannya.
Jadi bagaimana meteor-meteor yang menyebabkan kerosakan yang teruk kepada permukaan planet-planet lain tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada bumi?
Ia disebabkan oleh atmosfera yang mengelilingi bumi. Atmosfera mengelilingi planet kita sebagai perisai perlindungan. Sebuah meteor memasuki atmosfera menyusut melalui pembakaran. Apabila ia menghampiri permukaan bumi, ia menjadi semakin kecil. Oleh itu, meteor tersebut menjadi sangat kecil atau berkurangan dan hilang sepenuhnya apabila ia mencecah permukaan bumi, dan tidak memudaratkan kita.
Atmosfera ini tidak hanya melindungi kita daripada meteor tetapi ia juga menyerap sinaran berbahaya daripada matahari. Sekali lagi, sekiranya sinaran berbahaya ini dapat mencecah permukaan bumi, mustahil bagi hidupan untuk selamat.
Dua ciri yang kami sebutkan di sini adalah lebih daripada cukup untuk menunjukkan kepada kita atmosfera bukan benda sebarangan. Allah telah menjadikan atmosfera, dan dengan atmosfera ini Dia melindungi kita daripada bahang matahari dan bahaya yang lain.

Adakah Atom Dapat Berfikir?

Seperti yang dijelaskan terdahulu, selepas berlaku Big Bang, unsur-unsur telah bercantum sebagai ATOM. Tahukah anda apa itu atom?
Biar kami terangkan kepada kamu apa itu atom. Kita boleh samakan atom ini dengan guli.


Tetapi guli ini terlalu kecil, yang belum pernah kamu lihat sebelum ini.
Sekarang lihat sekeliling kamu! Semua yang kamu lihat di dalam realiti dibuat daripada guli-guli, yang dinamakan atom. Kerusi tempat kamu sedang duduk, buku di tangan kamu, emak kamu, cikgu kamu di sekolah, televisyen yang kamu tontoni, buah apel, tembikai, dan coklat di dapur, binatang peliharaan kamu, air, bunga-bunga di taman kamu, barang permainan kamu, dan malah tubuh badan kamu, semuanya terbentuk daripada atom. Seperti yang telah kami terangkan sebelum ini, bintang-bintang dan matahari yang membentuk cakerawala dan dunia yang kita huni kini juga terbentuk daripada atom seperti kamu. Di semua tempat yang kamu pergi dan setiap selekoh yang kamu belok, terdapat atom.

Kamu tidak dapat melihat benda kecil yang kita namakan atom ini, kerana ia lebih kecil daripada apa yang kamu bayangkan. Ia terlalu kecil sehinggakan dengan menggunakan mikroskop yang paling besar pun tidak akan dapat melihat walau satu daripadanya. Untuk memahami betapa kecilnya atom ini, perhatikan contoh ini:
Bayangkan kamu mempunyai kunci di dalam tangan kamu. Sudah pasti kamu tidak dapat melihat atom-atom yang membentuk kunci ini. Jika kamu katakan, “Saya mesti melihat atom-atom ini”, kamu perlu membayangkan kunci tersebut sebesar bumi. Jika kamu dapat mengambarkan kunci tersebut sebesar bumi ini semua atom-atom di dalamnya akan menjadi sebesar buah ceri dan kamu akan dapat melihatnya.

Jadi, bagaimana semua atom-atom ini bercantum selepas Big Bang? Atom-atom ini tidak hidup. Mereka tidak mempunyai minda atau kebijaksanaan. Mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Mereka tidak dapat berkata, sebagai contoh, “Mari sini, mari kita bergabung dan membentuk sebutir bintang” atau “Mari mendekati ku dan membentuk bumi”. Kita juga boleh membuat contoh seperti berikut: Kami telah menjelaskan tentang jigsaw. Ceraian jigsaw ini tidak hidup, dan seperti juga atom, mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Jika kamu selerakkannya, ia tidak dapat berfikir seperti “Mari kita bercantum dan membentuk sebuah istana atau seorang manusia!”
Mari kita berfikir: “Bagaimana semua bintang-bintang, planet-planet, manusia dan haiwan-haiwan yang terbentuk daripada atom-atom ini dapat terhasil? Jika atom-atom tidak membuat keputusan ini, jadi siapa yang mencantumkan mereka?”

Sudah tentu, setiap benda di keliling kita tidak dapat terjadi secara kebetulan. Allah telah menyatukan atom-atom ini. Allah telah membentuk angkasa luas ini, planet-planet, bintang-bintang, bumi, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia daripada atom.

Bagaimana Manusia Terbentuk Daripada Atom?

Kami telah sebutkan bahawa atom-atom telah bercantum untuk membentuk manusia, tetapi, sudah tentu, kamu tertanya-tanya bagaimana ia berlaku. Pertama, atom-atom bergabung untuk membentuk SEL. Sekali lagi, kita mempelajari sesuatu yang baru:

Apakah sel?

Badan semua organisma hidup terbentuk daripada sel-sel. Walaupun, sel ini tidak sekecil atom tetapi kamu tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kamu. Kami akan cuba menjelaskan saiznya yang kecil ini dengan contoh berikut: Jika kita kumpulkan kira-kira 10,000 sel, kita hanya dapat membentuk saiz sebesar kepala pin. Kerana itulah kamu tidak dapat melihatnya. Tetapi sel adalah blok binaan manusia, semut, kucing, bunga ros, pokok, dan semua organisma-organisma hidup si sekeliling kamu. Kamu, contohnya, terbentuk daripada bertrilion sel. Jadi, dari manakah semua bertrilion sel ini datang?
Lihat adik kamu. Dia tiada dua tahun dahulu, kemudian tiba-tiba dia muncul dan perlahan-lahan dia membesar.


Bagaimana kejadian ajaib ini berlaku?
Adik kamu bermula daripada satu sel di dalam badan ibu kamu. Tetapi sel tunggal ini menyimpan banyak maklumat-maklumat penting di dalamnya. Semua maklumat yang membentuk adik kamu sebagaimana dia sekarang telah disimpan di dalam sel ini: warna matanya, warna rambut, ketinggian dan sebagainya.
Kemudian sel ini mula membesar dan mula membahagikan dirinya. Mulanya, ia berpecah kepada dua sel. Bagaimanapun, terdapat satu peristiwa yang akan menarik perhatian kamu: Maklumat di dalam sel tidak terbahagi dua. Ini bererti maklumat yang sama telah disalin semula ke dalam dua sel. Selepas itu, sel-sel ini terus membahagikan diri dan penyalinan maklumat yang sama berlaku di dalam setiap satu daripadanya, menghasilkan banyak sel dengan maklumat yang sama. Kemudian semua sel-sel ini akan membahagikan diri kepada yang lain, dan yang lain membahagikan diri kepada yang lain pula. Proses ini terjadi sehingga berjuta-juta sel terbentuk.
Ketika semua ini berlaku, sesuatu yang tidak dapat kamu bayangkan telah berlaku! Sel-sel ini, walaupun mempunyai maklumat-maklumat yang berbeza, melakukan tugas-tugas berbeza di antara satu sama lain. Sebahagian daripadanya membentuk kulit adik kamu. Sebahagian yang lain membentuk otot-ototnya, yang lain pula tengkoraknya, dan saraf-saraf otaknya.
Ketika sel-sel ini terus menyalin diri, sejumlah sel-sel seperti bentuk bola mula terbentuk. Seperti yang dapat kamu dilihat di dalam gambar pada bahagian atas halaman ini, mulanya kepala adik kamu muncul, diikuti dengan tangan-tangan dan kaki-kakinya yang kecil. Sel-sel ini terus membesar dan membahagikan diri dan selepas sembilan bulan, ia bertukar menjadi seorang bayi yang sempurna. Kamu berjumpa dengannya pertama kali setelah dia “dilahirkan”.
Segala yang kami sebutkan setakat ini mungkin memeranjatkan kamu. Kamu mungkin akan terfikir tentang mengapa sel-sel ini melakukan tugas-tugas berbeza atau bagaimana mereka dapat bergabung di dalam bentuk yang sempurna. Allahlah yang telah melakukan semua ini. Sel-sel ini amat kecil sehinggakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti atom, adalah mustahil untuk sel-sel ini untuk membuat keputusan sendiri atau bergabung sendiri untuk membentuk seorang manusia. Adalah tidak masuk akal untuk memikirkan adik kamu atau manusia lain telah terbentuk daripada sel-sel yang bergabung secara kebetulan.
Allah, Pencipta semua ini, telah menjadikan manusia dengan sempurna dan Dia telah memberitahu mereka untuk memikirkan tentangnya di dalam Kitab yang diturunkan kepada kita:

Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun? (Surah Maryam:67)Kamu, seperti juga adik kamu dan manusia lain, mula membesar daripada satu sel tunggal, yang terus membesar dan berubah menjadi seorang manusia sepenuhnya. Sekarang ini, kamu hidup dengan kehidupan yang baik di dunia ini. Kamu terhutang budi kepada Allah. Allah telah menunjukkan rahmat-Nya kepada kamu dan memberkati kamu. Oleh itu, jangan sekali-kali kamu terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Pencipta kamu, Allah.

INI TUBUH KITA

Badan kita adalah organisma sempurna yang membolehkan kita hidup di bumi ini dengan selesa, untuk berlari dan bermain, untuk membaca dan menulis dan, ringkasnya, ia membolehkan kita melakukan sebarang aktiviti. Organisma-organisma ini amat indah hingga tidak seorang pun dapat menyamakan mereka dengan mana-mana teknologi maju.
Bagaimana kamu mengenali tubuh kamu sendiri, yang bekerja tanpa henti dan dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila rosak?

Jendela Kita Ke Dunia Luar: Mata



Setiap organ di dalam badan kita amat penting kepada kita. Hidup kita akan berubah sekiranya kita kehilangan satu daripadanya. Sebagai contoh, mata kita... Dapatkah kamu fikirkan apa yang dapat kamu lakukan jika kamu tidak mempunyai mata? Kamu tidak akan dapat mengetahui bagaimana rupa paras ibu bapa kamu, adik beradik, atau kawan-kawan. Kamu tidak dapat melihat semua benda-benda yang indah ini. Kamu tidak dapat bermain permainan yang kamu main sekarang. Kamu tidak akan dapat membaca buku ini dan melihat gambar berwarna-warni di dalamnya. Kamu tidak dapat membayangkan bagaimana rupa seekor arnab atau seekor anjing, kerana kamu tidak pernah melihatnya. Kamu tidak dapat melihat kartun di TV. Kamu tidak dapat melakukan aktiviti kamu dengan mudah. Kamu mungkin tidak dapat mencari jalan di sekitar rumah kamu. Kamu tidak dapat melihat sebarang warna atau bentuk, kamu juga tidak dapat mengenali warna atau mengenal pastinya. Senarai ini tidak akan habis.
Allah menjadikan setiap manusia dengan mata yang membolehkan mereka melihat. Allah telah memberikan manusia anugerah berharga ini.
Mata kita memainkan fungsi paling penting. Ia menjalankan proses-proses penting yang tidak kita sedari, dan hanya selepasnya kita dapat melihat sekeliling.
Mari kita kaji secara ringkas bagaimana kita melihat:
Setiap objek di dunia ini memantulkan dan memancarkan cahaya ke sekelilingnya. Sebagai contoh, semasa kamu melihat buku ini, cahaya yang terpantul dan terpancar daripada buku tersebut sampai ke belakang mata kamu melalui pupil.
Cahaya ini, setelah melalui satu siri proses di belakang mata kamu, telah ditukar menjadi isyarat elektrik. Isyarat elektrik ini sampai ke otak kamu. Di belakang otak kamu terdapat pusat penglihatan yang membolehkan kamu melihat. Pusat penglihatan ini adalah sebuah tempat yang kecil. Di kawasan kecil inilah isyarat elektrik ini membentuk imej buku ini dan ia berlaku ketika kamu melihat buku ini.
Untuk menerangkan secara ringkas proses-proses ini sahaja telah memakan masa, sedangkan proses ini berlaku dengan pantas. Proses-proses ini berlaku secepat kamu melihat buku ini, pada kelajuan yang tidak dapat kamu melihatnya.
Bukankah ia merupakan satu sistem yang sangat sempurna? Jika kamu masih ingat kami telah menyebutkan tentang para penyokong evolusi sebelum ini. Kami juga menyebut bahawa mereka ini percaya bumi, alam semesta, bintang-bintang dan semua hidupan adalah hasil daripada kebetulan. Mereka yang berkata demikian juga berkata perkara yang sama tentang mata. Mereka berkata, “Mata telah terbentuk dengan sendirinya secara kebetulan.” Dapatkah sebuah sistem yang kompleks dan indah terbentuk dengan sendirinya? Kami berikan satu contoh untuk menjelaskan betapa mengarutnya pendapat ini:
Jurutera-jurutera telah menghasilkan kamera fotografi dan kamera video dengan meniru mata manusia. Bagaimanapun, tidak satu pun peralatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas seperti mata kamu. Sekarang angkat kepala kamu daripada buku ini dan lihat sekeliling kamu. Tidakkah pandangan kamu begitu jelas? Tidak terdapat sebarang kekaburan, bintik-bintik putih atau garisan terputus di dalam penglihatan kamu. Sering berlaku, kamu melihat bintik-bintik putih atau garisan-garisan terpisah di dalam satu imej. Walaupun ini semua tidak terjadi dan dengan semua teknologi terkini, televisyen masih tidak dapat menghasilkan imej yang sempurna seperti mata kamu.
Sekarang, mari kita fikirkan sejenak. Ini menunjukkan mata kamu adalah jauh lebih maju dan berkualiti daripada kamera video atau kamera fotografi atau televisyen. Apa yang akan kamu lakukan sekiranya seseorang datang kepada kamu dan berkata seperti berikut?

Telinga Kita Yang Dapat Mendengar
Tanpa Sebarang Gemercikan



Allah telah menjadikan telinga kita sempurna seperti mata. Bayangkan sebuah stereo, sebagai contoh. Walaupun kamu memasang stereo terbaik, kamu tetap akan mendengar bunyi gemercikan dan desiran. Rangkaian radio sering bercampur aduk. Sekarang, jangan bercakap tapi dengar sahaja! Dapatkah kamu mendengar sebarang bunyi desiran? Telinga kamu tidak akan menghasilkannya. Kamu mendengar suara dengan begitu jelas sekali. Jadi apakah kamu merasakan telinga kamu juga menghasilkan bunyi gemercikan seperti stereo? Allah telah menjadikan telinga kita dengan sempurna dan kita dapat mendengar bunyi di sekeliling kita tanpa sebarang gangguan.
Allah telah menjadikan telinga kita sedemikian rupa sehinggakan kita tidak dapat mendengar bunyi-bunyi yang akan mengganggu kita. Darah di dalam tubuh kita, sebagi contoh, mengalir dengan begitu pantas dan ia menghasilkan bunyi yang banyak ketika proses peredarannya. Bagaimanapun, telinga kita tidak mendengar bunyi yang dihasilkannya. Bumi kita juga menghasilkan bunyi yang kuat ketika berputar. Tetapi, Allah telah menjadikan telinga kita begitu ideal sehingga kita tidak dapat mendengar bunyi ini. Allah sentiasa memelihara kita. Kerana itulah, sepanjang hidup kita, Allah tidak membiarkan kita mendengar bunyi-bunyi yang mengganggu kita.
Kerana itulah kita perlu bersyukur kepada Allah di atas nikmatnya, Allah telah menjelaskannya di dalam ayat Al-Quran:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl:78)

Jantung Kita Yang Tidak Pernah Penat

Bagi kita, jantung adalah organ asas. Ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit dan kira-kira empat puluh juta kali setahun. Untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan tangan kamu dan kemudian lepaskannya, kemudia teruskan membuat genggaman dan lepaskan. Berapa minit kamu dapat berbuat begitu?
Jantung kamu, yang bersaiz sebesar penumbuk kamu, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kamu tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti walaupun ketika kita tidur. Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.
Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat di dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari. Tahukah kamu berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kamu akan merasa penat sekiranya kamu cuba mengeringkan sebuah tab mandian dengan menggunakan sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kamu tidak akan dapat melakukan tugas yang sukar ini. Bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti. Kamu, misalnya, pasti akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kamu perlu berbaring, atau berehat, tetapi jantung kita tidak pernah letih, kerana ia merupakan keperluan kepada kita. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah, Allah telah menjadikannya sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih.

Tahukah Anda Terdapat Askar Di Dalam Tubuh Badan
Yang Melindungi Kita Daripada Kuman?


Tempat kita duduk, udara yang kita sedut, benda-benda yang kita pegang penuh dengan kuman dan virus, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kuman dan virus adalah organisma-organisma kecil yang menyebabkan penyakit di dalam badan manusia. Kita tidak dapat melihatnya tetapi ia boleh menyebabkan kita jatuh sakit dan hilang kekuatan.
Terdapat organisma-organisma lain yang kita tidak dapat lihat. Ia membentuk askar di dalam tubuh kita dan melindungi kita daripada kuman dan virus. Askar ini dikenali sebagai “Sistem Imuniti”.
Sistem imuniti kita terdapat di dalam darah. Sel-sel yang membentuk system imuniti kita dikenali sebagai sel darah putih.
Apabila musuh memasuki badan kita, darah kita bekerja seperti sebuah makmal. Ia dengan segera menghasilkan bahan-bahan khas untuk menentang musuh ini dan menghasilkan lebih banyak sel yang setanding dengan kekuatan musuh. Satu pertempuran sengit berlaku. Kadang kala tentera di dalam badan kita memenangi pertempuran ini tanpa kita menyedarinya dan kuman dan virus mati.
Kadang kala kita dapat merasai pertempuran ini. Kamu nyatakan bagaimana? Apabila kamu demam! Sudah tentu kamu pernah merasai demam mungkin beberapa kali. Iaitu ketika musuh kamu sedang bertempur dengan tentera di dalam badan kamu. Ketika di dalam pertempuran ini, badan kamu menggunakan seluruh tenaganya dan memerlukan lebih. Sekiranya kamu berlari, ketika badan kamu terlibat di dalam pertempuran, kamu akan menggunakan semua tenaga yang diperlukan oleh tubuh kamu untuk bertempur. Di dalam keadaan ini, tentera kamu akan tewas di dalam pertempuran ini dan kamu akan jatuh sakit. Bagaimanapun, apabila kamu demam, selalunya kamu berbaring untuk berehat, dan tentera kamu menggunakan semua tenaga yang ada. Dengan itu, tentera berkemungkinan untuk menang. Apabila suhu badan kita meningkat, badan kita memberikan isyarat “rehat”!
Tahukah kamu apa akan berlaku sekiranya kamu tidak mempunyai system imuniti ini? Sebaik sahaja kita dilahirkan, kuman pertama yang memasuki tubuh kita akan membunuh kita. Kerana Allah amat mengasihi hambanya dan mengambil berat terhadap semua manusia, Dia telah menjadikan semua manusia dengan system imuniti. Seperti yang kita kemukakan di awal buku ini, kita terhutang budi kepada Allah setiap saat kehidupan kita kerana dapat melihat benda-benda yang indah dan menikmati makanan yang lazat. Kerana itulah, kita perlu mengingati Allah setiap ketika dan berkata “Ya Allah, saya bersyukur di atas segala keberkatan yang Engkau berikan kepada ku”.


SIFAT-SIFAT ISTIMEWA MAKHLUK DI SEKELILING KITA

Tahukah kamu hidupan-hidupan yang kamu lihat setiap hari mempunyai sifat-sifat istimewa?
Setelah mejadikan bumi, Allah telah mejadikan banyak hidupan di dalamnya. Terdapat hidupan selain daripada manusia di planet ini. Iaitu haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Di dalam bahagian ini, kami akan cuba menerangkan keajaiban sebahagian daripada haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini. Sebahagian daripadanya adalah haiwan-haiwan yang kamu lihat setiap hari ketika keluar bersiar-siar, bermain di halaman atau ketika duduk di atas batu. Mungkin kamu tidak pernah memikirkan tentang keunikan sifat-sifat haiwan ini.
Apabila Allah mejadikan manusia, Dia menganugerahkan mereka beberapa sifat yang menyebabkan mereka sentiasa mengingati-Nya. Sebagai contoh, kamu dapat melihat gambar seorang manusia dan seekor nyamuk di dalam halaman ini. Nyamuk beratus-ratus kali ganda lebih kecil daripada manusia. Tetapi, manusia tidak dapat melindungi dirinya daripada nyamuk ketika tidur di atas katil. Apapun yang dilakukannya, dia tidak akan dapat menghalang nyamuk daripada menggigitnya. Allah telah mengugerahkan nyamuk banyak sifat-sifat istimewa, walaupun ia jauh lebih kecil daripada manusia. Tujuannya adalah supaya manusia memikirkannya. Dia mahu mereka mengetahui bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa, walaupun untuk melawan seekor nyamuk, tanpa kehendak-Nya. Dengan cara ini, manusia akan menyedari mereka tidak mempunyai sebarang upaya di hadapan Allah.
Sekarang, fikirkan tentang diri kamu. Kamu ke bilik tidur dan mendengar bunyi dengungan berpanjangan. Ia adalah bunyi dengungan seekor nyamuk. Seperti yang kamu lihat di dalam gambar ini, nyamuk sangat kecil tetapi bunyinya amat kuat. Ini kerana bakat istimewa yang Allah berikan kepadanya. Bagaimanapun, tahukah kamu mengapa nyamuk terus menerus berusaha untuk menggigit kamu? Mari kami jelaskan kepada kamu pengembaraan hebat seekor nyamuk.

Pengembaraan Hebat Seekor Nyamuk

Nyamuk merupakan makhluk yang paling dikenali kerana ia sering melawat kediaman kita ketika musim panas.



Pernahkah kamu mendapat peluang untuk melihat nyamuk secara dekat? Jika tidak, lihatlah gambar pada halaman ini dan kita dapat mengkajinya bersama. Tahukah kamu mengapa badan nyamuk berwarna merah? Badannya berwarna merah kerana ia dipenuhi darah manusia atau apa sahaja yang dihinggapinya? Ramai manusia percaya nyamuk menghidap darah. Kenyataannya, nyamuk menghisap manisan bunga.
Hanya nyamuk betina menghisap darah, dan ia adalah untuk keperluan telur yang dibawanya.
Selepas mempelajari perkara ini, kamu pasti akan melihat nyamuk dengan pandangan yang berbeza. Terdapat beberapa perkara tentang nyamuk ini yang akan menghairankan kamu. Seperti yang kamu ketahui nyamuk adalah makhluk yang tinggal di darat dan ia terbang, tetapi mereka membesar di dalam air dan setelah dewasa, mereka keluar daripada air tanpa basah. Pernahkah kamu mendengar tentang perkara menakjubkan ini? Jika tidak, teruskanlah membaca dan kamu akan merasa kagum.

Pengembaraan Bermula ...
Pengembaraan nyamuk kecil bermula apabila ibu nyamuk meninggalkan telur-telurnya di dalam kolam atau daun-daun basah. Tetapi, ia tidak meninggalkan telur-telurnya begitu sahaja. Ia menyusunnya dengan rapi saling bersebelahan. Telur-telur ini kelihatan seperti sebuah rakit. Tahukah kamu mengapa ibu nyamuk menyusun telur-telurnya dalam bentuk ini?
#Ia membentuk telur-telurnya begitu kerana, memandangkan mereka akan ditinggalkan di atas air, ia mungkin akan tenggelam. Jika ia disambungkan seperti ini, risiko untuk ia tenggelam tidak mungkin ada. Telur-telur putih yang disusun oleh ibu nyamuk serta merta berubah menjadi gelap. Dengan cara itu, telur-telur ini akan selamat daripada serangan serangga dan burung. Jadi, bagaimana telur nyamuk yang kecil ini belajar menukarkan warnanya?
Sudah tentu, telur kecil ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Nyamuk yang menjadi ibu kepada telur-telur ini juga tidak mungkin tahu bagaimana menukarkan warnanya. Allah yang telah menukarkan warna telur-telur itu. Allah Yang Maha Pengasih dan Pelindung kepada semua benda yang telah dijadikannya. Dia menukarkan warna telur nyamuk itu untuk melindunginya.
Nanti dulu! Pengembaraan si nyamuk ini baru sahaja bermula. Telur itu kemudian berubah menjadi makhluk seperti ulat dikenali sebagai larva. Larva-larva ini,kekal di dalam air dalam keadaan kepalanya berada di bawah. Bagaimanakah larva ini bernafas sekiranya kepalanya berada di dalam air? Allah telah menjadikan bagi mereka satu organ yang yang membolehkan mereka bernafas.Ia adalah satu pembuluh dari bahagian atas yang sentiasa berada di atas air. Udara yang masuk melalui pembuluh ini membolehkan nyamuk kecil ini bernafas di bawah air.
Bagaimanapun, terdapat satu masalah besar. Pembuluh ini berada di atas air tetapi ombak yang kecil boleh menyebabkan air memasukinya dan menyebabkan nyamuk ini lemas. Tetapi, ini tidak berlaku. Satu bahan melekit di hujung pembuluh ini menghalang air daripada memasukinya. Apakah kamu fikir nyamuk-nyamuk ini boleh berkata, “Mari letakkan bahan melekit pada hujung pembuluh ini, supaya air tidak dapat masuk ke dalam”? Apakah mungkin nyamuk-nyamuk kecil ini memiliki kebijaksanaan dan kemahiran seperti ini? Sudah tentu nyamuk-nyamuk kecil ini tidak dapat berfikir untuk melakukan perkara berikut. Allah yang telah menjadikan pembuluh itu supaya nyamuk ini dapat bernafas dan bahan melekit di hujungnya agar air tidak dapat masuk.
Seperti yang dapat kamu lihat, Allah tidak hanya melindungi kita tetapi dia juga melindungi semua hidupan lain.
Jangan fikir pengembaraan ini telah tamat. Ia masih berterusan.
Pada ketika yang sama, nyamuk-nyamuk kecil ini juga menyalin kulitnya beberapa kali. Sehingga akhirnya ia berbentuk seperti yang dapat kamu saksikan di dalam gambar di sebelah. Ia masih tidak kelihatan seperti seekor rama-rama. Fasa ini dikenali sebagai peringkat pupa. Di dalam kulitnya dikenali sebagai kokun, nyamuk yang telah cukup matang dan mempunyai bentuk seekor rama-rama yang sebenar. Ia bersedia untuk terbang dengan sesungutnya, mulut, kaki, dan mata yang memenuhi sebahagian besar kepalanya. Tetapi, ia perlu keluar daripada kulit ini dahulu.

Nyamuk Pertama Kali Keluar!

Kokun akan mula pecah pada bahagian kepala. Bagaimanapun, nyamuk ini berhadapan dengan bahaya besar. Bagaimana jika kokun ini dipenuhi air? Dalam keadaan ini nyamuk tersebut akan tenggelam. Bagaimanapun, bahagian kepala kokun ini mempunyai bahan melekit khas yang menghalang kepala nyamuk ini daripada terkena air.
Inilah saat paling penting, kerana nyamuk ini perlu berdiri di atas air dengan hujung kakinya, dan sayapnya tidak boleh basah. Angin yang perlahan sahaja sudah cukup untuk menyebabkan ia jatuh ke dalam air dan mati. Nyamuk ini melakukannya dengan kemahiran hebat, kerana Allah menjadikannya dengan kepakaran ini.

Bagaimana Nyamuk Dapat Melihat Kamu Pada Waktu Malam Dan Menyengat Kamu?

Pernahkah kamu terfikir? Di dalam malam yang gelap dan kamu sedang terbaring di atas katil. Kamu dibaluti selimut. Hanya sebahagian kecil tangan kamu terdedah. Kemudian nyamuk datang di dalam kegelapan malam; ia melihat dan menggigit bahagian kamu yang terdedah itu. Jadi, ketika kamu tidak dapat melihat apa-apa di dalam gelap, bagaimana nyamuk dapat melihat?
Nyamuk dapat melihat hidupan di sekeliling mereka dengan haba dikeluarkan, yang merupakan cahaya tidak kelihatan pada kita. Memandangkan ia tidak kelihatan di dalam cahaya, mereka dapat mencari urat-urat kita walaupun di dalam kegelapan malam.
Ini adalah kebolehan unik. Dengan merujuknya, para pakar sains telah mencipta sebuah kamera yang dapat menangkap imej dalam bentuk haba. Walaupun di dalam gelap, kamera ini membentuk imej sekeliling seperti hari siang. Dapatkah kamu bayangkan? Manusia meniru nyamuk yang kecil! Mungkinkah seekor nyamuk tahu lebih daripada seorang manusia, dapatkah ia mengetahui lebih daripada seorang pakar sains? Sudah tentu tidak! Allah telah menganugerahkan nyamuk kebolehan luar biasa ini. Manusia mengedari kelebihan ini dan cuba menirunya. Mereka mencipta kapal terbang dengan meniru burung. Manusia telah meniru banyak benda yang mereka saksikan di alam semula jadi. Sekarang mari kita teruskan pengembaraan nyamuk ini.

Nyamuk Ketika Bekerja!

Teknik yang digunakan nyamuk untuk menghisap darah adalah sangat teliti sehinggakan mengejutkan manusia.
Pertama, nyamuk hinggap di atas sasarannya. Contohnya, tangan kamu... Kemudian, dengan menggunakan pembuluh berbentuk jarum, ia memilih satu tempat yang sesuai. Jarum nyamuk ini kelihatan seperti picagari dan ia dilindungi dengan sarung khas. Ketika proses penyedutan darah, jarum ini dikeluarkan daripada sarung ini. Ramai menyangka nyamuk mencucuk kulit dengan memasukkannya jarumnya, sebaliknya nyamuk menggunakan cara yang berbeza untuk melakukannya. Ia menggerakkan gergajinya ke depan dan ke belakang, seperti sebuah gergaji, dan dengan bantuan gergaji bawah, ia memotong kulit. Ia memasukkan jarumnya ke dalam bukaan ini dan apabila jarum ini telah sampai ke urat darah, ia mula menyedut darah.

Doktor Nyamuk!

Kamu mungkin bertanya, “Bolehkah nyamuk menjadi doktor?” Selepas membaca halaman ini kamu akan berkata, “Mereka memang doktor!”.
Apabila kamu terluka, darah kamu akan berhenti mengalir dengan sendirinya. Ini kerana darah dapat membeku dan berhenti mengalir. Allah telah menjadikan darah dengan kualiti seperti ini untuk melindungi manusia. Jika darah tidak dapat membeku dengan sendirinya, luka kecil di jari kamu atau luka kerana terjatuh ketika berlari boleh menyebabkan kematian kamu, kerana kamu tidak dapat menghalang pendarahannya.
Ia amat penting kepada kita. Tetapi, nyamuk mungkin tidak gemarkannya. Mengapa? Kerana, apabila nyamuk mula menyedut darah, ia akan menjadi beku dan tidak akan dapat disedut. Jika ini berlaku, nyamuk tidak akan wujud, kerana tidak seekor nyamuk dapat memberikan protein kepada telur-telurnya. Sekali lagi Allah telah menjadikan satu kemahiran unik untuk proses ini. Bagaimana? Sebelum nyamuk mula menghisap darah, ia mengeluarkan satu cecair khas, yang Allah kurniakan kepadanya, ke dalam saluran darah sesiapa yang dihinggapinya. Dengan cara ini, darah di kawasan ini tidak akan membeku dan nyamuk dapat menyedutnya.
Cecair ini juga mempunyai kualiti lain. Apabila nyamuk menjalankan kerjanya, kamu tidak akan merasa apa-apa, kerana bahan ini mengebaskan kawasan yang digigit nyamuk. Cecair ini seperti anestesia yang digunakan oleh doktor gigi atau pakar bedah. Doktor memberikan sejenis dadah supaya kamu tidak merasa sakit, dan memang kamu tidak merasanya. Jadi, nyamuk juga bekerja seperti seorang doktor. Mulanya ia membius dan kemudian menghisap.
Selepas nyamuk menggigit kamu, kamu akan merasa sedikit gatal dan bengkak. Punca rasa gatal dan bengkak ini adalah cecair ini.
Kamu mungkin beranggapan perkara ini memakan masa yang panjang. Tetapi nyamuk ini melakukan semuanya di dalam masa yang singkat. Kamu hanya merasa kesan gigitannya setelah ia menyelesaikan kerjanya dan mengemas kembali peralatannya.
Sekarang, mari kita fikirkan bersama. Nyamuk hanya bersaiz hujung pensil, tetapi kerja yang dilakukan amat penting dan sempurna. Pada pandangan kamu apakah nyamuk-nyamuk ini dapat memikirkan semua ini? Untuk menghalang pembekuan darah manusia, membius kawasan gigitannya supaya ia tidak menyakitkan, menghasilkan mata yang dapat melihat pada waktu malam, menyusun telurnya dalam bentuk rakit supaya ia tidak tenggelam... Ia tidak dapat menciptanya, bukan?
Allah telah menjadikan hidupan dengan sifat-sifat yang bersesuaian untuknya supaya ia dapat mencari makan sendiri, melindungi diri dan menyelamatkan diri. Ini membuktikan betapa Allah amat mengambil berat, Maha Penyayang dan melindungi. Sebagai contoh, sekiranya seekor nyamuk dapat meneruskan hidupnya, itu adalah kerana Allah telah melindunginya. Allah tidak pernah meninggalkan sesuatu pun, dan tidak pernah lupa. Kerana itulah semua yang diperlukan oleh seekor nyamuk adalah sempurna. Tiada satu pun yang kurang.

Lalat Adalah Hidupan Terbang Terbaik Di Dunia



Setakat ini kami telah menyebutkan sifat-sifat istimewa seekor nyamuk. Hakikatnya, setiap serangga yang wujud di sekeliling kita mempunyai sifat-sifat istimewa. Sebagai contoh, lalat dapat terbang sebaik sahaja ia dilahirkan. Boleh dikatakan, apabila membincangkan tentang terbang, lalat adalah makhluk paling berbakat.
Seekor lalat dapat mengepakkan sayapnya sekitar 500 hingga 1000 kali setiap saat. Berhenti di sini, dan fikirkan sejenak. Kadar yang kami sebutkan bukan sejam dan tidak juga seminit; tetapi hanya sesaat. Ia itu sama masa yang kamu gunakan untuk mengelipkan mata kamu. Lalat dapat menyepakkan sayapnya sekurang-kurangnya 500 kali ketika kamu membuka dan menutup mata kamu.
Fikirkan contoh berikut: Apa akan kamu lakukan sekiranya kamu diminta membuka dan menutup tangan kamu 10 kali dan bukannya 500 kali? Sudah tentu mustahil untuk kamu melakukannya 500 kali dengan otot-otot yang kamu milik ini. Lalat, dengan otot-otot luar biasanya, dapat melakukan tugas yang tidak dapat kamu atau orang dewasa melakukannya. Tambahan pula, lalat tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika mengepak sayapnya; otot terbangnya tidak akan tercabut. Kerana Allah telah menjadikan mereka dengan sistem yang hebat.
Jika kamu dapat melihat lalat dengan dekat, kamu akan melihat ia tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika terbang; kamu mungkin tidak merasa terkejut atau mengendahkannya. Bagaimanapun, sebenarnya ia adalah gerakan yang penting dan sukar.
Kamu mengenali helikopter dan kapal terbang. Tahukah kamu bila manusia mula menggunakannya? Mesin yang dapat terbang hari ini hanya direka pada hujung abad lepas. Ini bererti beratus-ratus tahun dahulu, tidak terdapat kapal terbang atau helikopter seperti yang ada sekarang. Jurutera dan juru teknik telah mengkaji sekian lama; mereka bekerja selama beberapa tahun dan hanya berjaya menghasilkannya tidak beberapa lama dahulu. Perhatikan: Hari ini tidak ada satu pun mesin yang dapat terbang seperti lalat. Ciri-ciri ini terdapat pada beberapa jenis helikopter yang maju. Tetapi berapa lama pun usaha yang dijalankan dan enjin canggih yang kuat, helikopter ini masih tidak memiliki kebolehan untuk terbang seperti lalat.
Sekarang, perhatikan lalat yang kamu temui. Perhatikan apa yang dapat kamu kesan: Kamu akan mendapati lalat tersebut tidak terbang dalam keadaan lurus. Lalat dapat ke mana sahaja yang dikehendakinya dengan melakukan gerakan yang lincah. Contohnya, ia dapat melakukan “zigzag” di udara, dan melakukan peralihan mengejut. Ia dapat mendarat di atas sebarang permukaan, walau sesukar mana sekali pun. Ia dapat mendarat di atas siling atau dinding menegak dengan mudah.
Tiada satu pun mesin terbang yang dapat melakukan semua perkara ini. Cuba bayangkan di dalam minda kamu bagaimana keadaan kapal terbang dan seekor lalat berlepas untuk terbang, dan bandingkan yang manakah paling sempurna.
Sekarang, kamu mungkin pernah terfikir persoalan ini: Siapakah yang mengajar lalat-lalat ini semua gerakan seperti ini? Sekali lagi, kita akan menyaksikan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Allah telah mengurniakan lalat dengan kebolehan yang sempurna.

Si Kecil Hebat Yang Menghasilkan Madu


Tahukah kamu siapa yang menghasilkan madu di atas meja kamu?
Kamu mungkin akan menjawab, “ya!” Kita semua sedia maklum lebah menghasilkan madu. Tetapi, tahukah kamu betapa sukarnya lebah-lebah ini bekerja untuk menghasilkan madu sejak mereka lahir sehingga mati, atau betapa bijak dan pintarnya mereka? Mari kita mengkaji bersama bagaimana Allah menjadikan lebah...
Di dalam sebuah sarang lebah, terdapat seekor ratu, beberapa ratus lebah jantan dan tenaga kerja beribu-ribu lebah betina yang mandul, iaitu lebah pekerja. (Bilangan lebah di dalam sebuah sarang boleh mencecah 80,000 ekor). Lebah pekerja menjalankan semua aktiviti di dalam sarang. Sebahagian daripada tugas-tugas mereka ialah:
Membina sarang, membersihkan dan melindunginya, memberi makan ratu dan lebah jantan, menjaga larva, dan memberi mereka makan dengan jeli diraja, madu dan debunga, membina sel untuk telur-telur berkembang, membersihkan ruang-ruang ini, mengekalkan kepanasan dan melembabkan sarang, mengumpul manisan buah, debunga, air dan damar, dan lain-lain.
Kami telah menceritakan sebelum ini kisah perjalan hidup seekor nyamuk. Sekarang mari kita perhatikan kehidupan yang dilalui oleh sekor lebah.
Seekor lebah pekerja dapat hidup selama 4 hingga 6 minggu. Selama tiga minggu selepas dilahirkan ia tinggal di dalam sarang. Tugas pertamanya ialah menjaga lebah-lebah yang sedang membesar. Ia memberi makanan kepada bayi lebah dengan madu dan debunga yang diambil daripada tempat simpanan.
Apabila lebah pekerja ini mencecah umur 12 hari, tiba-tiba, lilin lebah mula dihasilkan di dalam badannya. Lilin lebah amat penting kepada lebah, kerana mereka membina sarang dengan lilin ini. Kamu dapat melihat gambar sarang lebah di halaman sebelah.
Tidakkah ia kemas? Dapatkah kamu membina heksagon yang kemas seperti ini tanpa pembaris? Atau, dapatkan sehelai kertas kosong dan lukis bentuk heksagon dari satu penjuru kertas dan seorang kawan kamu melukis daripada hujung lain. Dapatkah kamu menghasilakan sebuah heksagon yang rapi, di tengah-tengah kertas, tanpa meninggalkan sedikit pun ruang? Pasti kamu tidak akan dapat melakukannya, bukan? Malah orang dewasa juga tidak dapat melakukannya. Guru kamu, ibu bapa, malah datuk kamu juga tidak akan dapat melakukannya. Untuk melakukannya, kamu memerlukan peralatan dan kamu perlu melakukan perkiraan yang kompleks. Tetapi, si lebah kecil ini yang baru berusia 12 hari, dapat menghasilkan sebuah sarang lebah yang sempurna. Tambahan pula, ia melakukannya tanpa sebarang peralatan.
Setiap lebah memulakan pembinaan heksagon daripada satu sudut, dan bertemu di tengahnya. Kamu mungkin dapat mengesan keluasan sarang lebah ini adalah sama. Bagaimanakah seekor lebah melaksanakan satu tugas yang tidak dapat dilakukan oleh seorang manusia dan ia melakukannya dengan cemerlang? Allahlah yang telah membenarkan lebah ini melakukan semua tugas-tugas tersebut. Allah telah menjadikan lebah bersama dengan kelebihan ini.
Tanggungjawab seekor lebah pekerja tidak berakhir di situ sahaja. Di antara tugas-tugasnya, sehingga ia berusia 3 minggu, ialah menyimpan jeli diraja dan debunga di dalam sarang madu, memastikan sarang bersih dan membuang lebah mati dan sampah sarap ke luar sarang. Di peringkat akhir tugas 3 minggunya, ia memulakan tugas terakhirnya sebagai pengawal keselamatan dan melindungi sarang tersebut daripada musuh. Apabila tempoh 3 minggu berakhir, lebah tersebut telah cukup mahir untuk mengutip jeli diraja, debunga dan air.
Lebah pekerja akan keletihan setelah bekerja tanpa henti 2 hingga 3 minggu dan kemudian mati.
Di dalam kehidupan mereka yang singkat, ia bekerja tanpa henti. Tambahan pula tidak ada siapa pun yang mengajarnya untuk melakukan tugas-tugas mereka. Ia mula bekerja sebaik sahaja selepas dilahirkan. Fikirkan, bagaimana sekiranya seorang bayi baru lagi keluar bangun daripada katilnya, mengemasnya, mandi, dan kemudian menjaga bayi-bayi lain; memandikan mereka, memberi mereka makan, memakaikan mereka pakaian. Tidakkah ini mustahil? Tetapi lebah telah melaksanakan tugas yang mustahil ini, kerana Allah telah menjadikan mereka dengan kebolehan untuk melakukannya.

Lebah Madu Yang Menari

Pernahkah sesiapa memberitahu kamu lebah mempunyai tarian? Sebahagian lebah mencari sumber makanan di luar sarang. Setelah terbang sepanjang hari, mereka menemui sumber mereka sendiri dan membawa sebanyak mana jeli diraja yang boleh dibawa, dan kemudian mereka kembali ke sarang mereka. Masih terdapat banyak jeli diraja di sumber tersebut tetapi lebah berkenaan tidak dapat mengambilnya semuanya tanpa bantuan daripada lebah-lebah lain. Lebah pemandu akan mengingati lokasi sumber makanan ini di dalam mindanya dan dengan segera kembali ke sarang dan mengumpulkan rakan-rakannya. Mereka memulakan gerakan yang berbentuk nombor 8 di dalam sarang. Jumlah lebah ini bergerak atau menggoyangkan badannya adalah isyarat menunjukkan jarak sumber makanan daripada sarang. Pada penghujung tarian tersebut, lebah-lebah lain telah mengetahui lokasi sumber makanan tersebut dan segera meninggalkan sarang untuk mendapatkan bunga yang menjadi sumber makanan baru mereka.
Pada pandangan kamu, di manakah lebah-lebah ini belajar berkomunikasi dengan menari? Sudah tentu, Pencipta merekalah yang telah memberikan ilmu pengetahuan ini.

Tahukah Kamu Lebah Juga Membuat Madu Untuk Kita?

Lebah dapat menghasilkan madu lebih banyak daripada keperluan mereka. Seperti yang kamu ketahui, lebah menghasilkan madu di dalam badannya. Tubuh kecil mereka ini dapat menghasilkan madu yang mencukupi untuk keperluan mereka dan juga manusia.
Tetapi mengapa lebah-lebah ini begitu pemurah? Mengapa mereka tidak memikirkan wang sahaja daripada memikirkan keperluan kita? Madu sangat berkhasiat kepada manusia. Kerana itulah, Allah telah menjadikan lebah bersama kebolehan menghasilkan madu dan memerintahkan mereka untuk menghasilkannya di dalam kuantiti yang banyak. Allah menyebutkan di dalam Al-Quran:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl:68-69)

MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGAGUMKAN


Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang dapat kamu lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat makhluk yang kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di dalam buku atau televisyen. Makhluk-makhluk ini juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami akan menerangkan sebahagian daripadanya. Baca semuanya dengan teliti, pasti kamu akan terperanjat, dan dalam masa yang sama kamu akan berkata, “Betapa indahnya ciptaan Allah”.

Bagaimana Penguin Dapat Hidup Di Sebuah Benua Beku Di Kutub Utara?



Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.
Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?
Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.
Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.
Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.
Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.
Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.

Unta Membawa Tangki Air Di Belakangnya

Kita baru sahaja menyentuh tentang penguin yang tinggal di kawasan paling sejuk di muka bumi ini, dan bagimana Allah menjadikan mereka bersesuaian dengan persekitaran tersebut. Sebaliknya, unta pula adalah haiwan yang dijadikan untuk hidup di cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan sebagai kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 500C.
Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar bermain.



Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya.
Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.
Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar.
Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir.
Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang penciptaan unta di dalam Al-Quran:

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah Al-Ghasyiyah:17)

Burung Kolibri

Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas sebatang pensil. Walaupun bersaiz kecil, tetapi burung ini berjalan jauh dan sepanjang perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira dua setengah juta kali. Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan tangan kamu? Jika kamu melakukannya sebanyak 50 kali, tangan kamu akan sakit keesokan harinya. Tetapi, burung kecil ini melakukannya dua setengah juta kali dan ia tidak memudaratkannya. Allah telah menjadikan burung ini berserta kebolehan untuk menangani tugas yang begitu sukar.

Ketam Yang Dapat Mempertahankan Diri

Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut. Kebanyakannya mempertahankan diri mereka dengan cara yang luar biasa. Sebagai contoh, ketam Hermit yang menggunakan senjata hidup untuk mempertahankan dirinya daripada sotong dan musuh-musuh lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang terdapat di dasar laut. Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan meletakkannya di atas kulit kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang amat menyakitkan apabila disentuh. Dengan cara ini ketam tersebut melindungi dirinya daripada pemangsa. Jangan lupa ketam ini tidak mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang untuk mengaturkan semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri.

Booby, Burung Yang Berenang

Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada jarak yang jauh, dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah telah menganugerahkannya kaki istimewa yang dapat mengibas, supaya ia dapat berenang di permukaan dan dalam laut. Booby dapat menyelam dengan baik. Ia menyelam ke dalam laut untuk menangkap ikan dan dapat berada lama di bawah air untuk berenang pada jarak yang jauh.

Bolehkah Ikan Terbang?

Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti burung, tetapi peluncur pada sirip adalah sama dengan sayap burung. Ia dapat bergerak sekitar 56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini dapat bergerak lebih pantas di dalam air dengan mengembangkan siripnya dan mengangkat ekornya keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur dengan baik di dalam air.

Burung Pucung

Pucung mempamerkan kemahiran hebat ketika menangkap ikan. Ia berdiri tegak dengan membuka sayapnya seperti payung di atas kepalanya. Ini menghasilkan satu bayang dan menghalang refleksi daripada permukaan air. Sekarang, Pucung dapat melihat mangsanya di bawah permukaan air. Sayap Pucung ini menghasilkan satu bayang bulat di atas permukaan air, dan ia menangkap ikan di dalam bulatan ini.

Burung Unta

Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia dapat berlari dengan kelajuan melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam. Burung unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu daripada jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan burung ini ialah ia dapat berlari menggunakan satu jari yang besar ini sahaja.

Beruang Kutub



Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan kukunya yang rata dan berbulu, dan tapak kakinya yang tidak licin. Beruang kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di dalam iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang melindungi udara sejuk daripada memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat berenang di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam), untuk jarak sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang kutub, seperti juga penguin, supaya ia dapat hidup di dalam habitat yang sejuk seperti itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk di dunia, di kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub Selatan.
Allah juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria baunya amat tajam hinggakan ia dapat mengesan anjing laut yang bersembunyi di dalam salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela).
Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti membran. Membran ini bertindak sebagai “sepasang cermin mata gelap” dan ia melindunginya daripada buta salji.

Cheetah: Pelari Terpantas

Cheetah dikenali sebagai haiwan terpantas di darat. Ia dapat berlari dalam jarak pendek dengan kelajuan yang dahsyat. Ia dapat memecut sehingga 75 km (45 batu) sejam hanya di dalam beberapa saat. Setengah cheetah dapat berlari lebih 60 meter (650 ela) pada kelajuan yang menakjubkan 113 km/jam (70 batu/jam)

Cara Menarik Gazel

Sesetengah haiwan menggunakan cara meninggalkan bau untuk membuat sempadan kawasan-kawasannya. Contohnya, gazel yang menggunakan ranting panjang dan tumbuhan, juga bahan berbau seperti tar, yang dirembeskan oleh kelenjar yang terdapat di bawah matanya untuk menandai kawasannya. Bau ini memaklumkan kepada gazel lain bahawa kawasan ini telah bertuan. Rusa kutub pula mempunyai kelenjar bau di hujung kaki belakangnya. Bahan yang dirembes oleh kelenjar ini membolehkan ia menandai kawasan-kawasannya. Arnab menandai kawasannya dengan bahan yang dirembeskan oleh kelenjar di dagunya.

Mangkuk Pelekap Kaki Cicak

Cicak adalah sejenis reptilia yang hidup dalam iklim panas. Kebolehan luar biasanya ialah ia dapat berjalan di atas permukaan rata yang menegak dengan mudah. Cicak ini dapat memanjat dengan mudah walaupun di atas kaca dengan bantuan mangkuk-magkuk pelekap yang terdapat di hujung jarinya. Di samping itu, ia juga memiliki kuku tersembunyi di dalam kakinya. Apabila ia sampai pada permukaan yang tidak seimbang, ia akan mengeluarkan kuku-kukunya tidak ubah seperti kucing dan terus berjalan.

Cicak Basilik Yang Boleh Berlari Di Atas Air

Apa yang akan kamu fikirkan jika melihat seekor cicak berlari di atas air? Mungkin kamu akan berkata, “Saya sedang bermimpi”. Ini bukan suatu mimpi; ianya realiti. Cicak ini, yang dikenali sebagai Basilik, dapat berlari di atas air dan ia dapat melakukannya dengan pantas sekali. Kepak di belakang kakinya membolehkannya memercik air. Kepak ini akan tertutup apabila ia berjalan di atas tanah. Jika ia berhadapan dengan sebarang bahaya, ia akan segera lari ke air dan mula berlari dengan laju. Pada masa yang sama, kepak di kakinya terbuka dan memberikannya kelebaran yang diperlukan untuk berlari di atas air.

Itik

Itik dapat terbang dengan kelajuan lebih 50 km (30 batu) sejam. Di samping, ia sentiasa menukarkan haluannya ketika terbang untuk melindungi dirinya daripada pemangsa. Apabila perlu menyelam ke dalam air, ia akan melakukannya dengan kelajuan yang pantas sehinggakan pemburunya tidak dapat mengejarnya.

Belalai Gajah

Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan otot-otot ini akan mengecut, membolehkan gajah ini menolak muatan yang berat. Belalai ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji kacang dan memecahkannya di dalam mulut gajah. Belalai ini yang dapat digunakan berbagai cara, boleh digunakan sebagi jari panjang, trompet atau pembesar suara. Ia dapat menampung 4 liter (7 pain) air untuk minuman atau mandian.
Mungkin inilah pertama kali kamu mendengar tentang kehebatan sifat-sifat makhluk ini. Mereka sangat hebat, bukan? Ini hanyalah sebahagian daripada makhluk-makhluk menakjubkan di bumi. Terdapat beribu-ribu haiwan di bumi ini yang kamu belum pernah lihat atau dengar mengenainya. Adakah semua haiwan ini memperolehi keistimewaan-keistimewaan ini secara kebetulan? Sudah tentu tidak! Allahlah yang telah menjadikan mereka bersama semua sifat-sifat istimewa dan unik ini.
RAGAIMANA TUMBUH TUMBUHAN BERWARNA-WARNI TUMBUH DARIPADA TANAH


Ibu kamu menyediakan makanan setiap malam dan menghidangkannya di atas meja. Terdapat berbagai jenis sayur-sayuran di atas meja. Pernahkah kamu terfikir dari mana ia datang?
Semua tumbuhan, sayur-sayuran, buah-buahan tumbuh dari tanah yang hitam. Jadi, bagaimana bunga mawar yang harum atau durian, atau limau berbau harum dapat tumbuh daripada tanah hitam, yang berbau busuk?
Setiap tumbuhan, sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan mempunyai bau, warna dan rasa yang berbeza. Buah epal, kurma, tembikai, limau, belimbing, pisang, anggur dan buah ara (tin), setiap satunya mempunyai rasa, bau dan bentuk yang berbeza. Allah menjadikan semuanya untuk kita. Semuanya menyelerakan, dan juga, mempunyai vitamin dan galian yang amat kita perlukan. Contohnya, buah limau manis, limau mandarin dan limau pahit, mempunyai vitamin C yang tinggi. Vitamin C meningkatkan kekuatan kita menghadapi penyakit demam. Apabila cuaca menjadi sangat panas yang menyebabkan kita kehilangan air, kita dapat mengantikan air dengan bantuan buah-buahan seperti tembikai dan tembikai susu.
Ini semua tidak berlaku secara kebetulan. Tembikai tidak memilih sendiri untuk tumbuh. Begitu juga rasa dan bau, ia tidak berlaku dengan sendirinya. Tiada buah yang dapat memilih baunya sendiri. Contohnya, bolehkah buah limau memilih, “biar bau saya seperti ini”, “saya nak berwarna oren”, “saya mahu rasa manis”, “saya hendak bungkus tubuh saya dengan kulit” dan “bentuk saya berulas supaya manusia mudah makan”?
Sudah tentu tidak!
Allah menjadikan buah buahan untuk manusia dengan ciri-ciri tertentu supaya ia lebih bermanfaat kepada mereka, supaya mereka terus kuat dan sihat, dan dapat menikmati buah yang mereka makan. Kerana itu, setiap kali kita memakan sesuatu yang kita gemari, jangan sesekali lupa, Allah telah menjadikannya dan memberikannya kepada kita. Kita mesti bersyukur kepada Allah untuk semua benda indah yang telah diberikan dan tunjukkan kepada kita.
MARI FIKIRKAN SEMULA!


Setakat ini, kita telah menyebutkan tentang planet kita, tubuh kita dan hidupan di bumi ini. Kita mungkin tertanya-tanya, “Bagaimana ini boleh berlaku?”. Fikirkan, bumi telah dijadikan dan tiada apa-apa pun di dalamnya, dan kemudian secara tiba-tiba hidupan mula muncul. Di laut, terdapat ikan dan rumput air, dan di darat terdapat singa, kucing dan semua mula muncul. Burung tiba-tiba sahaja muncul. Bagaimana semua makhluk ini muncul tiba-tiba?
Sudah tentu kerana Allah telah menjadikannya.
Allah adalah Pencipta kepada setiap benda yang kita lihat sekeliling kita.
Mulanya Allah menjadikan alam ini dan planet kita. Kemudian Dia menjadikan haiwan, tumbuhan dan manusia. Terlalu mudah bagi Allah menjadikan semua ini, kerana dia Yang Maha Perkasa. Allah dapat melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dalam sekelip mata.
Seperti yang telah kami sebutkan sebelum ini, sebahagian manusia tidak mahu menerima kebenaran ini. Mereka yang dikenali sebagai “penyokong evolusi”, menyatakan bahawa, “segalanya berlaku dengan sendirinya”.
Ini tidak masuk akal. Apa fikiran kamu jika kamu pulang ke rumah, dan mendapati sebiji kek? Pasti kamu akan menyatakan, “Hmmm... ibu saya telah membakar kek ini?”. Ini bererti apabila terdapat sesuatu yang kukuh dan dapat dilihat, sudah tentu ada seseorang yang telah membuatnya.
Tahukah kamu bagaimana penipuan yang dilakukan oleh para penyokong evolusi ini? Ia seperti menyatakan, “Tiada siapa membakar kek tersebut, sebaliknya, ia membakar dirinya sendiri secara tidak sengaja”. Apa yang akan kamu katakana apabila mendengarnya. Mungkin kamu akan berkata, “Gila, bolehkah kek membakar dirinya sendir? Sudah tentu ada orang yang membuatnya”. Bagaimana jika sahabat di sebelah kamu menafikannya dan berkata, “skru-skru almari dapur longgar dan almari itu pun mula bergoyang. Ketika bergoyang, tepung, mentega, gula dan biji coklat jatuh daripadanya dan bercampur. Mereka bercampur dalam sukatan yang tepat. Setiap satunya berada dalam sukatan yang betul, gula, serbuk koko... Sementara adunan juga jatuh daripada almari, dan ia jatuh betul-betul di dalam mangkuk pembakar dan mangkuk itu pula kebetulan berada tepat pada tempat jatuhnya adunan itu. Tidak berapa lama kemudian, berlaku gempa bumi, dan entah bagaimana mangkuk pembakar itu masuk ke dalam alat pembakar. Kemujuran yang berlaku setakat ini masih belum cukup untuk menghasilkan sebiji kek. Perlu berlaku lagi beberapa kebetulan dan alat pembakar itu pula perlu berada pada tahap kepanasan yang tepat. Sejurus selepas itu, satu lagi kemujuran telah berlaku: Alat pembakar terpasang sendiri dan kemudian mematikan dirinya sebaik sahaja kek ini telah siap, jika pembakar ini mematikan dirinya sebelum kek ini hagus”.
Pada pandangan kamu, siapa yang akan mempercayai cerita ini? Sudah tentu tidak!
Sekarang fikirkan seketika: Untuk membentuk matahari, bintang-bintang, lautan, tasik, gunung-ganang, ikan, kucing, arnab dan manusia adalah lebih sukar dan kompleks daripada membuat sebiji kek, tetapi kek itu sendiri tidak dapat terhasil secara kebetulan. Jadi, mengatakan bahawa matahari dan manusia telah terbentuk sendiri secara kebetulan adalah sesuatu yang bodoh! Jika kek perlu dibuat oleh seseorang, maka sudah tentu ada kebijaksanaan yang mencipta matahari dan manusia. Iaitu Allah, Tuhan kita.
Jika seseorang berbohong, pembohongannya akan dapat dikesan. Jika individu yang mendengar pembohongannya itu bijak, dia dengan segera akan dapat mengetahui dia sebenarnya bercakap bohong. Para penyokong evolusi ini mempunyai berbagai helah di dalam cerita mereka. Mari kita kaji sendiri kekarutan yang mereka ceritakan kepada kita dan menjelaskan pembohongan mereka...


APAKAH TEORI EVOLUSI?

Mereka yang tidak mempercayai Allah mempunyai pandangan lain. Ia dikenali sebagai “teori evolusi”. Mereka yang mempercayai teori evolusi ini digelar “penyokong evolusi”.
Individu yang memperkenalkan teori ini ialah Charles Darwin dan dia hidup 150 tahun dahulu. Darwin tidak percaya Allah telah menjadikan semua hidupan. Menurut pandangan beliau, segalanya berlaku dengan sendirinya dan secara kebetulan. Beliau beranggapan hidupan telah berubah bentuk kepada hidupan lain dan dengan cara inilah semua hidupan terbentuk.
#Ini bererti, menurut Darwin, suatu hari ikan telah berubah menjadi reptilia secara tidak sengaja. Berdasarkan kepada cerita yang dikemukakan oleh Darwin, manusia terbentuk daripada beruk. Ini bererti, bagi Darwin, nenek moyang kamu adalah beruk! Sekarang, untuk memahami dengan lebih baik kisah Darwin ini, sila lihat gambar-gambar di halaman berikut.
Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, bahan kecil yang membentuk benda hidup dan benda mati ialah atom. Ini bererti kamu sebenarnya terdiri daripada berbilion-bilion atom yang bercantum.
Apabila bumi pertama kali muncul, tiada hidupan di dalamnya. Hanya ada benda-benda mati. Para penyokong evolusi - yang mempercayai Darwin - menyatakan bahawa suatu hari atom-atom ini telah bercantum secara kebetulan. Ini bererti, telah berlaku ribut atau mungkin juga taufan pada suatu hari selepas bumi terbentuk, dan ia membantu atom-atom ini bercantum. Kamu pasti tertanya-tanya, apa berlaku kepada atom-atom ini?
Menurut cerita Darwin, atom-atom ini telah bercantum untuk membentuk sel. Seperti yang kamu ketahui, setiap hidupan terdiri daripada sel. Sel-sel bersatu untuk membentuk mata, telinga, darah, hati, kesimpulannya, seluruh tubuh kita dan sel-sel ini sangat kompleks. Mustahil untuk sesuatu yang begitu kompleks untuk terbentuk daripada atom-atom yang bercantum secara tidak sengaja.
Di dalam sebuah sel, terdapat beratus-ratus bentuk kecil. Kita boleh samakan bentuk-bentuk ini dengan sebuah kilang gergasi, tetapi kita perlu ingat ia organik bukan mekanikal; Cuma pengistilahannya sahaja. Jika kamu perhatikan gambar di halaman berikut, kamu akan perasan ia mirip sebuah kilang.
Di dalam sebuah sel, ada pengilang, pengangkut bahan-bahan, pintu masuk dan keluar, pusat penghasilan, pembawa pesanan, pusat kawalan tenaga, dan lain-lain. Pada pandangan kamu, apakah mungkin sebuah kilang terbentuk dengan sendirinya, bersama batu-batu, tanah, dan air berkumpul setelah berlaku ribut dan segalanya berlaku secara tidak sengaja? Sudah tentu tidak! Sesiapa sahaja akan ketawa mendengar dakwaan lucu ini. Tetapi sebaliknya, para penyokong evolusi membuat dakwaan mengarut ini, “sel-sel ini terbentuk secara kebetulan”.
Seperti yang disebutkan di dalam kenyataan para penyokong evolusi, sel-sel ini membentuk hidupan apabila ia bercantum secara kebetulan.

Biarkan Para Penyokong Evolusi Menjalankan Eksperiman Secara Darwin
Biar mereka dapatkan sebuah baldi besar. Benarkan mereka masukan semua atom yang mereka kehendaki. Benarkan juga mereka masukkan apa sahaja yang mereka mahu. Biarkan mereka masukkan apa sahaja yang diperlukan untuk membentuk hidupan. Kemudian mereka boleh panaskan atau kenakan elektrik pada baldi ini. Benarkan merka lakukan apa sahaja yang mereka mahu. Mereka boleh terus mengawasi baldi ini selama berjuta-juta tahun. (Mereka boleh memindahkan tugas mereka kepada penyokong evolusi muda, kerana umur mereka tidak cukup untuk meneruskan tugas ini.)
Apakah hasilnya?
Apakah akan keluar daripada baldi ini kambing biri-biri, bunga raya, buah ceri, arnab, lebah, buah tembikai, kucing, anjing, tupai, bunga mawar, buah plum, strawberi, ikan, gajah, zirafah, dan singa? Dapatkah seorang manusia yang boleh berfikir, bergembira, ceria, gemar membaca buku dapat keluar daripada baldi ini?
Sudah tentu tidak!
Tidak mungkin seorang manusia seperti profesor yang memerhati baldi tersebut dapat terbentuk. Bukan sahaja profesor ini tidak dapat terbentuk, malah satu daripada bertrilion sel yang terdapat padanya pun tidak terbentuk.
Atom bukan hidupan. Bolehkan benda mati bercantum untuk menghasilkan seorang manusia, yang dapat ketawa dan berfikir?
Bolehkah seorang yang bijaksana mempercayai perkara seperti ini? Sudah tentu tidak ada hidupan yang dapat keluar daripada baldi ini. Mustahil, kerana hidupan tidak terbentuk daripada benda-benda mati yang bercantum secara kebetulan. Allah telah menjadikan semua hidupan. Allah telah memilih untuk menjadikan manusia, gunung-ganang, tasik, biri-biri, singa, dan bunga-bunga ketika segalanya kosong, dan Dia menjadikan semuanya daripada kosong dengan hanya berkata, “jadi!”, maka jadilah ia.
MENURUT PARA PENYOKONG EVOLUSI, RAGAIMANAKAH HIDUPAN BERKEMBANG ?


Seperti yang dinyatakan di dalam teori evolusi, hidupan berkembang dengan peredaran masa, bererti ia membangunkan sifat-sifat lain, dan kemudian berubah menjadi hidupan lain. Contohnya, menurut kepercayaan para penyokong evolusi, reptilia telah berubah menjadi burung hasil daripada beberapa peristiwa. Jadi, apakah peristiwa-peristiwa yang mereka dakwa dapat menukarkan seekor reptilia kepada seekor burung?
Para penyokong evolusi percaya evolusi berlaku hasil daripada dua peristiwa berasingan yang berlaku serentak, dikenali sebagai “mutasi” dan “pilihan semula jadi”. Sebenarnya ia adalah suatu kepercayaan yang tidak logik dan tidak mempunyai sebarang asas sains. Kamu akan bertanya, “Mengapa?”. Mari kita kaji mengapa.

Apa Itu Pilihan Semula Jadi?
Penjelasan ringkas tentang pilihan semula jadi ialah bahawa yang kuat akan selamat dan yang lemah akan lenyap.
Ia akan dijelaskan melalui contoh berikut:
Terdapat sekumpulan rusa dan pemangsa sering menyerang kumpulan ini. Di dalam keadaan ini rusa-rusa ini akan berlari pantas, dan hanya yang terpantas dan cergas sahaja akan selamat. Sementara, rusa yang lemah dan perlahan akan musnah apabila mereka diburu pemangsa. Hanya rusa-rusa yang sihat dan kuat sahaja akan hidup. Tidak berapa lama kemudian, kumpulan tersebut hanya akan dianggotai oleh rusa-rusa yang kuat sahaja.
Peristiwa yang kami sebutkan ini memang benar, tetapi ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan evolusi. Para penyokong evolusi menyatakan bahawa seekor rusa, selepas terus berkembang akan berubah menjadi hidupan lain, menjadi zirafah misalnya. Ini tidak benar, kerana betapa pantas sekali pun rusa ini berlari, atau berapa panjang lehernya dipanjangkan, ia tidak akan bertukar menjadi makhluk lain, menjadi zirafah atau singa contohnya. Ia hanya wujud di dalam kisah-kisah dongeng. Kamu semua pasti pernah mendengar kisah putera katak. Seekor katak hanya dapat bertukar menjadi seorang putera di dalam kisah dongengan. Tetapi, mustahil seekor rusa bertukar menjadi singa atau hidupan lain di dalam kehidupan sebenar. Bagaimanapun, para penyokong evolusi - walaupun mereka terdiri daripada orang dewasa, dan mungkin juga pemikir dan profesor - mempercayai cerita ini! Tahukah kamu apa ertinya keadaan ini? Ia seperti seorang kanak-kanak yang mendengar kisah putera katak, menangkap seekor katak, menciumnya dan menantinya menjadi seorang putera.
Kita dapat simpulkan bahawa: Pilihan semula jadi tidak dapat mengubah satu spesies binatang kepada spesies yang lain, seperti menukar seekor rusa kepada zirafah. Ia hanya akan menjadikan anggota-anggota spesies haiwan ini, seperti sekawan rusa, menjadi lebih kuat.

Apakah Mutasi ?
Mutasi adalah perubahan bahaya yang berlaku di dalam badan organisma hidupan. Radiasi dan bahan kimia boleh menyebabkan mutasi. Kesan radiasi dan bahan kimia ke atas hidupan sentiasa memudaratkan. Kira-kira 55 tahun dahulu, ketika Perang Dunia Kedua, sebuah bom telah digugurkan di sebuah bandar Jepun, Hiroshima. Bom atom ini menyebarkan radiasi ke seluruh kawasan dan memudaratkan ramai orang. Radiasi ini menyebabkan mereka jatuh sakit atau mati. Lebih daripada itu, ia juga memusnahkan sistem badan mereka yang terdedah kepadanya, dan ini menyebabkan mereka melahirkan anak yang sakit atau cacat.
#Peristiwa lain berlaku di bandar Rusia, Chernobyl pada 1986. Telah berlaku satu letupan di loji nuklear Chernobyl, dan ini menyebabkan radiasi tersebar ke seluruh bandar, kawasan sekeliling dan sehingga ke barat Eropah. Seperti di Jepun, mereka yang tinggal di situ dan kanak-kanak yang dilahirkan selepas itu samada menjadi cacat atau mati kerana radiasi.
Gambar-gambar yang kamu lihat menunjukkan bagaimana manusia dan hidupan lain menjadi cacat selepas bermutasi hasil daripada radiasi.
Kamu mungkin bertanya, apa kaitannya dengan topik perbincangan kita? Kami sebutkan sebelum ini bahawa para penyokong evolusi mendakwa hidupan bertukar menjadi spesies lain dan dengan cara inilah ia berkembang. Contohnya, mereka mendakwa ikan telah bertukar menjadi reptilia.
Jika kamu bertanya, bagaimana seekor ikan boleh bertukar menjadi seekor reptilia, mereka akan menjawab: Pada suatu hari seekor ikan bermutasi, bererti ia melalui peristiwa yang sama dilalui oleh kanak-kanak di Japan yang terdedah kepada radiasi. Disebabkan mutasi ini, ikan tersebut telah melalui beberapa perubahan dan suatu hari, berjuta-juta tahun kemudian, kamu akan menemui seekor buaya yang dahulunya adalah ikan!
Dakwaan ini tidak masuk akal. Kerana, mutasi adalah berbahaya kepada hidupan. Ia hanya menyebabkan mereka cacat atau sakit. Sebaliknya, teori evolusi masih terus mendakwa mutasi menyebabkan ikan berkembang dan mengubahnya menjadi reptilia. Ia terlalu mengarut dan berkhayal untuk diterima.
Jika mutasi bermanfaat, apabila berlaku kebocoran radiasi, semua orang patut pergi ke Chernobyl untuk berkembang menjadi makhluk yang lebih maju. Sebaliknya, semua orang melarikan diri daripada Chernobyl, dan kesan bahaya kejadian Chernobyl masih dapat dilihat.
Kita dapat bandingkan dakwaan penyokong evolusi ini dengan contoh berikut: Jika kamu memegang sebilah kapak dan mengapak sebuah televisyen hitam putih, dapatkah kamu menukarnya menjadi televisyen berwarna? Sudah tentu tidak! Jika kamu mengapak sebuah televisyen secara membabi buta, ia akan rosak. Sebagaimana pukulan dengan kapak menyebabkan kerosakan, mutasi juga merosakkan hidupan.
Boleh dikatakan bahawa mutasi tidak mengubah satu hidupan kepada sesuatu yang lebih baik, seperti dakwaan para penyokong evolusi.
Sekarang, mari kita simpulkan apa yang telah kita sebutkan setakat ini: Para penyokong evolusi mendakwa satu hidupan berkembang menjadi hidupan lain atau dari satu spesies kepada spesies yang lain. Mereka mendakwa perubahan ini berlaku disebabkan oleh dua perkara, mutasi dan pilihan semula jadi, tetapi kita telah pun melihat sama ada pilihan semula jadi atau mutasi tidak dapat mengubah satu hidupan. Tambahan pula, mutasi menyebabkan kerosakan kepada hidupan, seperti yang telah kita saksikan di dalam gambar-gambar ini.


FOSIL-FOSIL YANG TIDAK DAPAT DITEMUI PARA PENYOKONG EVOLUSI

Sebagai Permulaan Apa itu fosil?
Fosil adalah bahagian-bahagian haiwan atau tumbuhan yang telah lama mati - selalunya beratus-ratus tahun. Ia diawet dalam formasi batu di dalam kerak bumi. Untuk membolehkan satu tumbuhan atau haiwan menjadi fosil, ia hendaklah ditanam seberapa segera selepas kematiannya. Contohnya, jika terdapat seekor burung di atas tanah dan satu timbunan pasir jatuh menimpanya menyebabkan kematiannya. Bangkai burung ini mungkin selamat sehingga sekarang. Selalunya, damar sepohon pokok telah difosil oleh proses geologi dan ia dikelai sebagai “ambar”. Kadang kala, ambar ini jatuh menimpa serangga, dan serangga ini mati di dalam ambar. Dengan cara ini, ia menjadi keras, dan ambar dan serangga ini diawet tanpa kerosakan selama berjuta-juta tahun sehingga kini. Dengan itu, kita dapat mempelajari tentang makhluk-makhluk yang hidup dahulu. Bangkai makhluk inilah yang dikenali sebagai fosil. Kamu dapat melihat sebahagian daripada fosil-fosil ini di halaman sebelah.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Fosil “Bentuk Peralihan”?
Pembohongan utama yang dilakukan oleh para penyokong evolusi ialah “bentuk-bentuk peralihan”. Di dalam sebahagian buku-buku para penyokong evolusi, kadang kala ia digelar “bentuk peralihan lanjutan”.
Seperti yang kamu sedia maklum, para penyokong evolusi mendakwa bahawa makhluk berkembang daripada satu sama lain. Mereka mendakwa makhluk pertama terbentuk secara kebetulan. Lama kelamaan ia berubah menjadi makhluk lain, dan makhluk ini juga berubah menjadi makhluk lain dan begitulah seterusnya. Mari kita gambarkan keadaan ini dengan satu contoh: Para penyokong evolusi mendakwa ikan berasal daripada satu makhluk seperti tapak sulaiman. Ini bererti, disebabkan mutasi, suatu hari seekor tapak sulaiman kehilangan tangannya, dan dalam tempoh berjuta-juta tahun kemudian ia telah pun kehilangan semua tangan-tangannya melainkan beberapa daripadanya telah berubah menjadi sirip. Dalam masa yang sama, semua perubahan yang diperlukan untuk mengubah sekor tapak sulaiman menjadi seekor ikan telah berlaku. (Adalah mustahil perkara seperti ini berlaku, tetapi kami hanya mahu membina sebuah senario!). Berdasarkan kisah para penyokong evolusi, tapak sulaiman ini perlu melalui berbagai peringkat untuk berubah menjadi seekor ikan. Jika kamu melihat pada lukisan di bawah kamu akan mengetahui betapa mustahilnya dakwaan ini.
Makhluk-makhluk yang melalui peringkat-peringkat di antara dua spesies sebenar dikenali sebagai bentuk-bentuk perantaraan. Tambahan pula, mengikut teori evolusi, makhluk-makhluk ini mempunyai organ-organ separuh sempurna. Oleh itu, sudah pasti terdapat banyak bentuk perantaraan seperti ikan yang mempunyai separuh kaki dan separuh sirip, separuh paru-paru dan separuh insang. Jika makhluk-makhluk ini benar-benar wujud, sudah tentu kita dapat menemui saki bakinya, iaitu fosilnya, tetapi sehingga kini kita masih tidak menemui walaupun satu bentuk perantaraan yang para penyokong evolusi dakwa pernah wujud.
Berjuta-juta fosil ikan dan tapak sulaiman telah ditemui. Tetapi, tidak satupun fosil bentuk perantaraan seperti terdapat di dalam kisah para penyokong evolusi - yang membuktikan bagaimana tapak sulaiman berubah kepada ikan.
Di dalam gambar di bawah, kamu dapat lihat fosil ikan dan tapak sulaiman dan bentuknya kini. Tidak satupun perubahan telah berlaku. Ia kelihatan seperti bentuknya berjuta-juta tahun dahulu.


APA BERLAKU KETIKA

Kami telah sebutkan terdahulu bahawa Allah telah menjadikan alam ini di dalam Big Bang. Seluruh alam ini, planet, bintang-bintang, dan bumi kita telah terbentuk selepas letupan gergasi ini.
Pada mulanya, tidak ada sebarang hidupan di planet kita ini, kemudian Allah menjadikan semua hidupan di dunia ini: burung, serangga, pokok, bunga, ikan, harimau, rama-rama, gajah dan zirafah, dan lain-lain.
Tahukah kamu bilakah hidupan ini mula muncul? Ia mula muncul pada zaman yang dikenali sebagai zaman Cambrian sekitar 500 juta tahun dahulu. Makhluk-makhluk awal yang hidup pada zaman ini ialah seperti, siput, ulat dan tapak sulaiman. Makhluk-makhluk yang wujud ketika zaman Cambrian membuktikan bahawa dakwaan teori evolusi salah. Mengapa?
Makhluk-makhluk ini muncul secara mendadak ketika zaman Cambrian. Sebelum itu, tidak ada sebarang hidup pernah wujud di planet ini. Kenyataan bahawa makhluk-makhluk ini muncul secara tiba-tiba adalah bukti bahawa Allah telah menjadikan mereka. Jika teori evolusi betul, maka sudah pasti makhluk-makhluk ini telah berkembang daripada moyang yang ringkas. Tetapi, makhluk-makhluk ini tidak mempunyai moyang atau bentuk perantaraan yang hidup sebelum mereka. Tidak ada pemburu fosil (ahli paleontologi) pernah menemui walaupun satu bentuk perantaraan. Fosil-fosil telah membuktikan kepada kita bahawa makhluk-makhluk ini - seperti juga hidupan lain - telah muncul secara tiba-tiba pada zaman Cambrian, tanpa kehilangan sifat-sifatnya, dan tanpa moyang. Kerana Allah yang menjadikan mereka. Tambahan pula, makhluk yang hidup pada zaman ini mempunyai ciri-ciri istimewa. Contohnya, terdapat hidupan digelar Trilobit yang hidup pada zaman Cambrian, tetapi kita tidak dapat menemuinya kini kerana ia telah pupus. Trilobit mempunyai mata yang kompleks dan sempurna. Matanya, seperti yang kamu dapat lihat di dalam gambar sebelah kanan, terdiri daripada beratus-ratus mata berbentuk sel sarang lebah dan sel-sel ini membolehkannya melihat dengan jelas.
Apakah makhluk seperti ini dapat muncul tanpa punca? Jika adik lelaki kamu datang kepada kamu dan berkata, “Saya sedang duduk di meja semalam dan entah dari mana muncul seekor lalat di hadapan saya. Saya tidak tahu daripada mana ia datang tetapi ia datang mengejut, ia terhasil secara kebetulan. Ia mempunyai mata berbentuk sarang lebah yang menarik. Mungkin ia juga terhasil secara kebetulan”.
Apa yang akan kamu fikirkan pada waktu itu? Mungkin kamu akan berfikir adik kamu masih terlalu muda untuk menyedari betapa rumitnya hidupan ini. Bagaimanapun, adalah aneh apabila para penyokong evolusi mendakwa hidupan telah muncul di laut secara mendadak. Mata yang dimiliki oleh seekor lalat adalah mirip kepada mata yang dimiliki oleh makhluk ini. Dalam keadaan ini, para penyokong evolusi telah melakukan kesilapan. Kerana mereka terlalu angkuh dan sombong, mereka tidak mahu mengakui bahawa Allah telah menjadikan semua hidupan. Mereka mereka-reka cerita, senario-senario khayalan, dan kisah-kisah dongeng untuk menyembunyikan kebenaran supaya manusia berpaling daripada Allah.

PEMBOHONgAN IKAN BERUBAH MENJADI REPTILIA

Para penyokong evolusi menyatakan bahawa reptilia berubah daripada ikan. Menurut mereka, suatu hari, apabila makanan di dalam laut berkurangan, ikan-ikan cuba mendapatkannya di darat, dan apabila ia berada di darat, ia berubah menjadi reptilia untuk membolehkannya hidup di darat. Seperti yang dapat kamu saksikan, semua orang tahu apa akan terjadi kepada seekor ikan jika ia naik ke darat: Ia akan mati!
Pernahkah kamu pergi memancing? Cuba fikir! Apakah sangka akan terjadi jika seekor ikan memakan umpan kamu dan ia tersekat di tali pancing kamu dan kamu menyelamatkannya dan membawanya pulang untuk berehat di halaman rumah kamu? Seperti yang telah kamu sebutkan, ia akan mati. Jika kamu pergi memancing sekali lagi, dan kali ini kamu mendapat banyak ikan dan membaringkan ikan-ikan itu di halaman rumah kamu, apa akan berlaku? Mereka akan mati!
Para penyokong evolusi tidak menerima perkara ini. Mereka menyatakan bahawa salah seekor daripada ikan-ikan kamu, ketika menanti saat kematian, mula berubah secara tiba-tiba, dan berubah menjadi seekor reptilia dan meneruskan hidupnya! Perkara seperti ini adalah mustahil!
Mustahil ia dapat berlaku, kerana terdapat perbezaan yang ketara di antara ikan dan haiwan darat, dan semua perubahan ini tidak mungkin berlaku dengan sendirinya secara tidak sengaja. Mari kita senaraikan apa yang perlu dimiliki oleh seekor ikan untuk hidup di atas darat:
1.Ikan menggunakan insang untuk bernafas di dalam air. Bagaimanapun, di darat mereka tidak dapat bernafas dengan insang dan mereka akan mati. Mereka memerlukan paru-paru. Jika seekor ikan hendak naik ke darat, dari mana ia hendak mendapatkan paru-paru?
2.Ikan tidak mempunyai sistem buah pinggang seperti kita, tetapi mereka memerlukannya jika hendak hidup di darat. Boleh jadi mereka terjumpa buah pinggang di mana-mana apabila mereka berfikir untuk naik ke darat.
3.Ikan tidak mempunyai kaki. Kerana itu, mereka tidak dapat berjalan apabila mereka sampai ke pantai. Bagaimana ikan yang memilih untuk naik ke darat mendapat kaki? Kerana ia amat mustahil, maka jelaslah para penyokong evolusi silap tentang perkara ini.
Ini hanya tiga daripada beratus-ratus perkara yang diperlukan oleh ikan untuk hidup di darat.
Jika benar ikan telah berubah menjadi reptilia, sudah tentu kita dapat menemui berjuta-juta fosil bentuk perantaraan di antara ikan dan reptilia yang didakwa wujud.
Ini bererti, terdapat banyak makhluk separuh kaki, separuh paru-paru dan separuh buah pinggang, dan sudah tentu kita dapat menemui fosil-fosilnya hari ini, tetapi fosil-fosil ini tidak wujud.

Ikan Bernama “Coelacanth”

Selama beberapa tahun, para penyokong evolusi menggambarkan seekor ikan bernama “Coelacanth” sebagai satu bentuk perantaraan yang hampir sampai ke pantai. Di dalam semua buku-buku dan majalah mereka, mereka menggambarkan ikan ini sebgai bukti mereka. Menyangkakan ikan ini telah pupus dan sudah tidak wujud lagi. Kerana itulah mereka membuat cerita palsu ini apabila mereka mengkaji fosil ikan tersebut.
Kemudian, seorang nelayan telah berjaya menangkap ikan ini dengan jaringnya. Seterusnya, ramai orang lain berjaya menangkap ikan ini. Jelaslah di sini, bahawa “Coelacanth” adalah ikan biasa. Dan ia tidak bersedia untuk naik ke pantai, seperti yang di dakwa oleh para penyokong evolusi. Mereka menyatakan, “Ikan ini tinggal di dalam air cetek, kerana ia telah bersedia untuk berpindah ke pantai”. Sebenarnya, ikan ini tinggal di dalam laut dalam. Ia bukan bentuk perantaraan seperti dakwaan para penyokong evolusi. Ia adalah ikan sebenar. Banyak lagi idea-idea salah para penyokong evolusi telah didedahkan!

TIDAK MASUK AKAL

Kenyataan salah lain yang dilakukan oleh para penyokong evolusi ialah tentang bagaimana burung muncul.
Kisah mereka ialah bahawa reptilia yang tinggal di atas pokok mula melompat dari satu pokok ke satu pokok yang lain, dan ketika mereka melompat, mereka membentuk sayap. Kisah lain pula menyatakan bahawa reptilia yang cuba menangkap lalat telah mengepakkan kaki hadapannya, dan ini bertukar menjadi sayap!
Para penyokong evolusi tidak mungkin dapat menjelaskanya. Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, lalat adalah haiwan terbang terbaik di dunia. Ia dapat mengepakkan sayapnya 500 hingga 1000 kali sesaat. Seperti yang kamu tahu, ia dapat terbang dengan lincah. Walaupun sebanyak mana para penyokong evolusi mengemukakan cerita-cerita mereka, mereka masih tidak dapat menjelaskan bagaimana sayap burung muncul. Malah mereka tidak mahu memikirkannya!
Sebenarnya, Allah telah menjadikan burung dan lalat bersama sayap dan kebolehan untuk terbang.
Archaeopteryx, Yang Para Penyokong Evolusi Gelar Sebagai Satu Bentuk Perantaraan, Sebenarnya Adalah Seekor Burung Yang Sempurna
Kami kemukakan kepada kamu beberapa perbezaan di antara reptilia dan burung.
1. Burung mempunyai sayap, tetapi reptilia tidak.
2. Burung mempunyai bulu pelepah, tetapi reptilia mempunyai sisik.
3. Burung mempunyai sistem tengkorak yang unik dan tulang mereka berlubang. Ini menjadikan mereka lebih ringan dan memudahkan mereka terbang.
Ini hanya beberapa perbezaan yang dapat difikirkan sepintas lalu. Terdapat lebih banyak perbezaan-perbezaan lain di antara dua makhluk ini.
Jika satu spesies reptilia telah bertukar kepada burung, sudah tentu terdapat makhluk-makhluk yang hidup di antara reptilia dan burung mewakili fasa perubahan ini.
Pemburu fosil tentu sudah menemui sekurang-kurangnya satu fosil ini. Iaitu, satu makhluk yang mempunyai separuh sayap, badan separuh bulu dan separuh sisik, separuh paruh dan separuh mulut, dan fosil mereka tentu telah ditemui, tetapi sebaliknya tidak ada makhluk seperti ini pernah wujud di antara fosil-fosil di bumi ini. Fosil-fosil yang ditemui adalah kepunyai burung-burung dan reptilia-reptilia sempurna. Ini bererti burung tidak berubah daripada reptilia. Allah menjadikan burung sebagaimana Dia menjadikan hidupan-hidupan lain.
Tetapi memandangkan para penyokong evolusi tidak mahu menerimanya, mereka cuba menyakinkan masyarakat dengan mengada-adakan cerita. Bagaimana?
Mereka telah menemui fosil seekor burung yang dikenali sebagai Archaeopteryx dan mereka mendakwa burung ini sebagai bentuk perantaraan di antara seekor dinosaur dan seekor burung. Mereka menyatakan, “Archaeopteryx adalah moyang bagi semua burung”, pada mereka, makhluk ini mirip seekor burung tetapi sebenarnya separuh dinosaur.
Tetapi ini tidak benar.
Archaeopteryx adalah seekor burung sebenar!
Kerana:
1. Archaeopteryx mempunyai bulu sama seperti burung-burung pada zaman kita.
2. Archaeopteryx mempunyai tulang dada, yang mengikat sayap, seperti burung-burung lain yang boleh terbang.
3. Archaeopteryx tidak boleh menjadi moyang kepada semua burung, kerana fosil burung yang lebih tua daripadanya telah ditemui.

MUNCKINKAH PERKARA SEPERTI INI BERLAKU?

Seperti yang kamu ketahui, ikan lumba-lumba dan ikan paus dikenali sebagai mamalia laut. Haiwan-haiwan ini, walaupun hidup di dalam laut tetapi membiak seperti mamalia lain di darat. Bagaimanapun, ikan membiak dengan bertelur. Kalau begitu bagaimana mamalia laut berkembang? Sudah tentu Allah telah menjadikan mereka. Tetapi, para penyokong evolusi tidak mahu mempercayai perkara ini. Mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana ikan lumba-lumba dan ikan paus terbentuk. Charles Darwin (orang yang membuat teori evolusi ini) menyatakan, di dalam buku pertamanya tentang teori evolusi, seperti berikut: Beruang-beruang yang sering memburu di dalam air telah berubah menjadi ikan paus. Ya, kamu membacanya dengan betul! Dia mendakwa beruang berbulu ini telah berubah menjadi ikan paus yang panjangnya bermeter-meter selepas berenang di dalam laut.
Apakah kamu fikir seekor beruang dapat berubah menjadi seekor ikan paus, hanya kerana ia kerap berenang? Kalau begitu sudah tentu manusia yang kerap berenang akan berubah menjadi mamalia laut? Tidakkah ia melucukan?
Ini hanyalah khayalan-khayalan yang hanya terdapat dalam cerita-cerita dongeng. Seperti kisah ikan duyung. Ikan duyung adalah makhluk separuh manusia dan separuh ikan. Mungkin para evolusionis ini masih terpengaruh dengan kisah ikan duyung ini!

KISAH EVOLUSI MANUSIA

Dakwaan para penyokong evolusi tidak berhenti setakat ini sahaja, tetapi mereka juga mendakwa manusia berkembang daripada beruk, dan beruk adalah moyang manusia.
Sama ada Darwin atau para penyokong evolusi lain mempunyai bukti untuk mempertahankan dakwaan mereka. Kenyataan ini sepenuhnya khayalan. Sebenarnya, tujuan mereka mengemukakan teori ini adalah untuk menjadikan manusia lupa bahawa Allah telah menjadikan mereka. Jika manusia percaya bahawa mereka terbentuk secara kebetulan dan moyang mereka adalah beruk, mereka tidak akan merasa bertanggungjawab terhadap Allah. Sebaliknya, ini menyebabkan mereka melupakan nilai-nilai agama mereka dan mementingkan diri. Orang yang mementingkan diri tidak akan mempunyai perasaan kasih kepada manusia lain daripada keluarganya. Kamu lihat, para penyokong evolusi cuba menjauhkan manusia daripada perasaan baik, kerana itulah mereka mempertahankan teori evolusi ini. Matlamat mereka adalah supaya manusia melupakan Allah, dan untuk itu mereka memberitahu setiap orang, “Allah tidak menjadikan kamu. Kamu berasal daripada beruk, jadi kamu ini adalah binatang yang telah maju”.
Sebenarnya, Allah menjadikan manusia. Dibandingkan dengan hidupan lain, manusia yang merupakan satu-satunya makhluk yang dapat bercakap, berfikir, gembira dan membuat pilihan, adalah bijak, dapat membentuk ketamadunan dan dapat berkomunikasi pada peringkat tinggi. Allahlah yang telah memberikan semua sifat-sifat ini kepada manusia.
Sama ada beruk atau makhluk-makhluk lain dapat bercakap, berfikir atau membuat keputusan sepertimana yang kita lakukan.

Para Penyokong Evolusi Tidak Dapat Memberikan Sebarang
Bukti Manusia Berasal Daripada Beruk
Di dalam bidang sains, adalah sangat penting untuk mendapatkan “bukti”. Apabila kamu mengemukakan dakwaan, dan kamu mahu orang lain mempercayainya, kamu perlu mengemukakan bukti. Contohnya, sekiranya kamu memperkenalkan diri kamu kepada seseorang dan berkata, “Nama saya Omar” dan dia berkata kepada kamu, “Saya tidak percaya nama kamu adalah Omar”, dalam keadaan ini kamu perlu mempunyai bukti bahawa nama kamu adalah Omar. Apakah bukti kamu? Kad pengenalan boleh menjadi bukti, atau sijil kelahiran, atau passport, atau mungkin buku laporan kamu. Jika kamu mengemukakan ini kepada lelaki tersebut sudah tentu dia tidak akan menolak.
Sekarang kami akan memberikan satu contoh saintifik. Ada seorang ahli sains bernama Newton yang tinggal pada akhir abad lepas (abad ke-19) mendakwa adalah ‘graviti’ di bumi. Dia menjawab kepada mereka yang bertanya kepadanya bagaimana dia mengetahuinya, “Apabila sebuah epal jatuh daripada pokok, ia akan jatuh ke bawah. Ia tidak terapung-apung di udara”. Ini bererti bahawa terdapat satu tenaga menarik epal tersebut ke bumi dan dia menggelarnya graviti.
Begitu juga, para penyokong evolusi perlu mengemukakan bukti-bukti yang membolehkan teorinya diterima. Sebagai contoh, teori evolusi menyatakan moyang manusia adalah beruk. Kita boleh menyoal mereka: Dari mana kamu mendapat idea ini dan di manakah bukti kamu?
Jika moyang manusia adalah beruk, kita pasti dapat menemui fosil makhluk separuh manusia separuh beruk sebagai bukti. Bagaimanapun, fosil ini belum pernah ditemui sehingga hari ini. Kita hanya menemui fosil manusia atau beruk. Ini bererti para penyokong evolusi telah gagal mengemukakan bukti bahawa beruk adalah moyang manusia.

Muslihat Evolusi

1. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil spesies beruk yang telah pupus seolah-olah mereka adalah kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar di atas. Dengan melukis gambar-gambar ini, para penyokong evolusi cuba mengelirukan masyarakat. Sebenarnya, makhluk-makhluk seperti ini tidak pernah wujud. Dari zaman dahulu lagi telah wujud manusia yang sempurna dan beruk yang sempurna seperti yang ada pada hari ini. Tidak ada satupun makhluk separuh manusia dan separuh beruk yang dilukis di bawah ini pernah wujud. Ia terlalu mustahil untuk berlaku. Seperti yang telah kami katakan, tidak ada satupun fosil pernah ditemui.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi sering mencuba helah baru. Contohnya, apabila menemui satu fosil kepunyaan satu spesies beruk yang telah pupus mereka mendakwanya sebagai fosil satu makhluk di antara beruk dan manusia. Bagi mereka yang kurang arif dalam subjek ini, akan dengan mudah mempercayai apa yang dikatakan oleh para penyokong evolusi.
2. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa-bangsa berbeza seolah-olah ia adalah fosil-fosil kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk.
Seperti yang kamu ketahui, terdapat berbagai jenis kumpulan etnik manusia di dunia ini. Terdapat manusia yang berasal daripada kumpulan-kumpulan etnik ini seperti bangsa Afrika, Cina, Orang Indian Amerika, Turki, Eropah, Arab dan banyak lagi. Sudah tentu manusia yang berasal daripada kumpulan etnik yang berbeza kadang kala mempunyai ciri-ciri berbeza. Contohnya orang Cina mempunyai mata sepet; sebahagian orang Afrika mempunyai kulit gelap dan rambut kerinting. Apabila kamu melihat seorang Indian Amerika dan seorang Eskimo, kamu pasti dapat mengetahui kedua-duanya berasal daripada etnik yang berbeza. Dahulu, terdapat banyak kumpulan-kumpulan etnik dan sebahagian daripada sifat-sifat mereka berbeza dengan manusia sekarang.
Contohnya, tengkorak manusia bangsa Neanderthal adalah lebih besar daripada manusia hari ini, dan otot-otot mereka juga lebih kuat daripada kita.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi menggunakan perbezaan di antara bangsa-bangsa ini dan kita sebagai cara untuk menipu masyarakat. Misalnya mereka menyatakan, apabila mereka menemui fosil sebiji tengkorak Neanderthal, “Ini adalah tengkorang moyang manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu”. Kadang kala fosil tengkorak yang ditemui adalah lebih kecil daripada saiz tengkorak manusia hari ini. Berpegang kepada tengkorak ini, para penyokong evolusi berkata, “Pemilik tengkorak ini berada pada tahap perubahan daripada seekor beruk kepada seorang manusia”.
#Sebenar, hari ini pun terdapat manusia daripada kumpulan etnik berbeza mempunyai tengkorak lebih kecil daripada tengkorak yang maju. Contohnya, ukuran tengkorak bangsa Aborigin (orang asli Australia) adalah sangat kecil, tetapi ini tidak bererti mereka makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Mereka adalah manusia biasa sama seperti manusia lain.
Oleh itu, kita dapat melihat bahawa fosil-fosil yang para penyokong evolusi kemukakan sebagai bukti berubahan manusia daripada beruk sebenarnya adalah kepunyaan spesies beruk awal atau bangsa manusia yang telah pupus. Ini bererti makhluk separuh manusia dan separuh beruk tidak pernah wujud.

Pembohongan Para Penyokong Evolusi Terbesar

1. Penipuan Piltdown Man
Pada tahun 1912, para pakar sains evolusi telah menemui satu fosil satu tulang rahang dan tengkorak. Tulang rahang tersebut kelihatan seperti kepunyaan beruk dan tengkorak itu pula kelihatan seperti tengkorak manusia. Menurut para penyokong evolusi, makhluk ini separuh beruk dan separuh manusia. Serpihan-serpihan ini dianggarkan berusia 500 tahun, dan ia dianggap sebagai bukti manusia berkembang daripada beruk.
Tulang-tulang ini telah dipamerkan sebagai bukti evolusi selama hampir 40 tahun, di beberapa buah muzium di seluruh dunia. Bagaimanapun, pada 1949, beberapa ujikaji telah dijalankan ke atas tulang-tulang ini dan satu keputusan memeranjatkan telah dihasilkan: Tulang rahang tersebut tidak berusia 500 tahun tetapi berusia 2 atau 3 tahun sahaja. Tulang tengkorak tersebut adalah fosil seorang manusia biasa dan ia berusia beberapa tahun sahaja.
Kebenaran telah diketahui kemudiannya: Seseorang telah memasukkan tulang rahang beruk kepada sebiji tengkorak manusia purba, dan menyalutinya dengan bahan kimia supaya ia kelihatan usang.
Apabila evolusionis tidak dapat menemui satu fosil separuh-manusia dan separuh-beruk, mereka cuba merekakan satu yang palsu.
Peristiwa ini dirakam di dalam sejarah sebagai penipuan terbesar dilakukan oleh para pakar sains.
2. Penipuan Nebraska Man
Pada 1922, fosil sebatang gigi geraham telah ditemui. Para penyokong evolusi mendakwa gigi ini mempunyai ciri-ciri manusia dan beruk. Berikut adalah sekeping gambar satu makhluk yang digambarkan wujud di antara manusa dan beruk telah dilukis berdasarkan kepada sebatang gigi. Sebahagian lebih melampau dengan melukis sebuah keluarga makhluk khayalan ini.
Semua lukisan ini dihasilkan berdasarkan kepada hanya sebatang gigi... sekarang fikirkan seketika. Jika sebatang gigi kamu gugur, dan seseorang yang tidak pernah mengenali kamu menemuinya dan mendakwa dia dapat melukis gambar kamu dengan hanya berpandukan kepada gigi tersebut, apakah kamu akan mempercayainya? Tidakkah ia seperti satu penipuan, jika dia juga mendakwa dapat melukis seluruh keluarga kamu? Sudah tentu tidak masuk akal untuk menghasilkan sebuah lukisan satu makhluk dan keluarganya hanya berdasarkan kepada sebatang gigi. Pada tahun 1927, telah terjadi penemuan menakjubkan. Semua serpihan tengkorak makhluk tersebut telah ditemui. Gigi tersebut bukan kepunyaan manusia atau beruk.
Ia kepunyaan seekor babi...
Kejadian ini merupakan malapetaka kepada para penyokong evolusi.

Bukti Manusia Tidak Berasal Daripada Beruk
1. Para Pakar Sains telah menemui fosil-fosil manusia yang hidup dahulu kala, fosil-fosil ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan dibandingkan dengan manusia hari ini. Tambahan pula, era ketika manusia ini hidup adalah era yang para penyokong evolusi dakwa manusia belum wujud. Mereka mendakwa, pada zaman dahulu, hanya beruk wujud.
Contohnya, di dalam cari gali yang dilakukan di Sepanyol, fosil-fosil seorang kanak-kanak yang telah hidup 800 ribu tahun telah ditemui. Wajah kanak-kanak ini mirip kanak-kanak hari ini. Tetapi menurut para penyokong evolusi, manusia tidak wujud 800 ribu tahun dahulu. Jelaslah melalui penemuan fosil Sepanyol ini, bahawa manusia telah wujud sebagai manusia sebagaimana ia mula-mula dijadikan. Tidak pernah wujud makhluk separuh-manusia separuh-beruk.
2. Para pakar sains telah menemui saki baki sebuah pondok batu. Apabila mereka menghitung usianya, mereka menganggarkan ia berusia sekurang-kurangnya 1.5 juta tahun. Ini bermakna manusia yang hidup 1.5 juta tahun dahulu telah bertamadun. Mereka adalah manusia biasa seperti manusia sekarang. Ini menambahkan lagi kejelekan dakwaan para penyokong evolusi manusia berasal daripada beruk, dan bahawa manusia pertama wujud adalah manusia primitif (separuh-manusia separuh-beruk) yang kemudiannya telah berubah menjadi manusia hari ini.
3. Salah satu fosil tertua pernah ditemui ialah Turkana Boy, yang berusia kira-kira 1.6 juta tahun. Apabila fosil tersebut dikaji dengan teliti, telah dikenal pasti ia kepunyaan seorang manusia berumur 12 tahun, dan dia boleh mencapai ketinggian 1.8 m (5’ 9”) jika dia mencapai usia dewasa. Fosil ini yang mirip tengkorak manusia, sudah mencukupi untuk memusnahkan kepercayaan manusia berasal daripada beruk.
4. Manusia, di kalangan semua hidupan, adalah satu-satunya makhluk yang dapat berdiri tegak di atas dua kaki. Haiwan seperti kuda, anjing dan beruk berjalan dengan empat kaki, dan haiwan seperi ular, buaya dan cicak adalah reptilia.
Teori evolusi mendakwa bahawa, berjuta-juta tahun dahulu, beruk yang berjalan empat kaki telah berubah cara berjalan mereka kepada berjalan bongkok. Beruk-beruk ini terus berjalan bongkok sehingga mereka dapat berjalan tegak. Hasilnya, manusia telah terbentuk. Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh teori evolusi ini tidak berasaskan kepada sebarang bukti sains tetapi hanya kepada imaginasi semata-mata. Kajian yang dilakukan oleh para pakar sains beberapa tahun mutakhir ini membuktikan dakwaan para penyokong evolusi ini tidak saintifik.
Kajian mendapati semua makhluk menggunakan tenaga mereka ketika berjalan dengan dua kaki atau empat. Mereka menggunakan dua kali ganda tenaga apabila mereka berjalan bongkok dan bukan gaya semula jadi mereka.
Kalau begitu, mengapa beruk berjalan bongkok, menggunakan dua kali ganda tenaga, untuk beribu-ribu tahun? Seperti seorang lelaki dewasa yang cuba merangkak dengan muatan penuh di belakangnya. Apakah kamu, yang lebih selesa berjalan dengan dua kaki, tiba-tiba memilih untuk berjalan dengan menggunakan tangan? Sudah tentu tidak ada makhluk yang akan mengubah cara berjalan yang selesa kepada gaya jalan yang tidak selesa.
Kesimpulannya, teori evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini, “Mengapa beruk berkaki empat, memilih untuk pada suatu hari untuk berjalan dua kaki?”

Perbezaan Besar

Perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor beruk ialah manusia mempunyai jiwa dan beruk tidak. Manusia mempunyai kesedaran: mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada orang lain di dalam ayat-ayat yang rasional, membuat keputusan, berperasaan, meningkatkan citarasa, mengenali seni, melukis, menyanyi dan penuh dengan perasaan cinta dan nilai-nilai murni. Semua kemampuan ini berpaksi kepada jiwa manusia. Haiwan tidak mempunyai jiwa (atau roh). Tiada makhluk selain manusia yang mempunyai sifat unik ini.
Para penyokong evolusi tidak dapat menjawab persoalan ini. Untuk menjadi manusia, beruk perlu melalui banyak perubahan fizikal dan perlu mempunyai keupayaan lain daripada manusia. Apakah terdapat kuasa semuala jadi yang dapat memberikan kebolehan-kebolehan seperti melukis, berfikir, atau meniru beruk lain? Sudah tentu tidak!
Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan Dia tidak memberikan haiwan-haiwan lain keistimewaan seperti ini. Manusia adalah manusia dari mula ia dijadikan. Ikan adalah ikan dan burung adalah burung. Tidak ada makhluk menjadi moyang kepada makhluk yang lain. Allah adalah Pencipta kepada manusia dan semua hidupan.

TOPIK PALING MENAKUTKAN KEPADA DARWIN DAN PARA PENYOKONG EVOLUSI

Seperti yang kami sebutkan di awal buku ini, mata adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu daripadanya hilang.
Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan. Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.
Malah air mata yang kelihatan seperti cecair ringkas adalah amat penting kepada mata. Mata yang tidak mempunyai air mata akan kering dan seterusnya menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi mata daripada kuman.
Struktur mata dapat disamakan dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada banyak ceraian. Jika semua komponennya telah dipasang tetapi pedalnya hilang, kamu tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar motornya terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti kereta, ia tidak dapat berfungsi jika salah satu komponennya hilang.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk, kerana mustahil sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan, apakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum pada masa dan tempat yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh mata, dan lain-lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil!
Jika kamu melihat sebuah kereta ketika kamu berjalan-jalan di dalam hutan dan bertanya bagaiman kereta ini boleh berada di sini, seseorang memberitahu kamu bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum dan membentuk kereta ini, apakah kamu akan mempercayainya? Apakah seseorang itu waras sekiranya dia mempercayai bahawa motor, pedal gas, stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan bahagian-bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum untuk membentuk sebuah kenderaan?
Struktur mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita perlu mempersoalkan kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara kebetulan.
Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat muncul dan dia berkata, “Saya masih ingat apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk”. (Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Boston; Gambit, 1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat membantu untuk menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.

Darwin Juga Tidak Mahu Memikirkan Tentang Bulu Burung Merak
Pernahkah kamu mengkaji dengan terperinci bulu seekor burung? Bulu burung mempunyai ciri-ciri amat kompleks untuk membantunya terbang. Setiap bulu burung ini pula mempunyai warna yang berbeza dan kita gemar melihatnya. Contohnya, bulu burung merak sangat cantik sehingga manusia menjadikannya subjek lukisan atau kanvas pin renda.
Bagaimanapun, terdapat seorang yang amat tidak menggemarinya, terutama bulu burung merak. Beliau ialah Charles Darwin. Kerana Darwin percaya bulu burung merak terbentuk secara kebetulan. Tetapi, ia terlalu cantik sehingga menyukarkan orang lain menerima bahawa ia terbentuk secara kebetulan. Darwin menerangkan tentang bulu ini, “Sekarang, memikirkan tentang struktur-strutur khusus sering menyebabkan saya tidak selesa. Petanda yang terdapat pada bulu ekor merak, setiap kali saya melihatnya, membuatkan saya pening!”.

DATA RANK BADAN KITA:DNA

Allah telah menjadikan bulu burung merak yang amat kita gemari. Tetapi Darwin menyatakan ia “menyebabkannya pening” kerana dia tidak menerima kebenaran ini.
Kami telah menyebutkan sebelum ini bahawa terdapat bertrilion sel di dalam badan kita. Setiap sel ini mengandungi data tentang semua sifat-sifat manusia. Apa yang belum kami sebutkan ialah di dalam setiap sel ini semua data tersimpan di sini.
Di dalam nukleus setiap sel, terdapat bahagian mengandungi DNA. DNA mengandungi semua maklumat tentang tubuh manusia. Semua data, seperti warna rambut atau mata, organ dalaman kamu, penampilan kamu, ketinggian kamu, disimpan di dalam DNA. Data-data ini dapat dikod di menggunakan 4 bahan kimia dirujuk dengan menggunakan abjad A, T, G dan C. Setiap abjad mewakili nama setiap molekul. Keempat-empat bahan kimia ini disusun di dalam kombinasi berbeza dapat membentuk data berbeza. Kamu dapat bandingkannya dengan satu abjad. Contohnya, terdapat 26 abjad di dalam bahasa Inggeris, dan kombinasi berbeza abjad-abjad ini membentuk perkataan yang berbeza.
Terdapat banyak maklumat disimpan di dalam DNA ini. Untuk mengambarkan betapa luasnya maklumat ini, kita lihat pada perbandingan berikut: Jika kita menulis semula semua maklumat yang terdapat di dalam DNA, kita akan mendapat sebuah perpustakaan besar 900 jilid, setiap satunya 500 muka surat. Perpustakaan ini adalah sebesar padang bola sepak. Tetapi, semua maklumat ini telah dipadatkan ke dalam sebuah molekul sangat halus hinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.
Siapakah yang memasukkan semua maklumat ini? Siapa yang mampu memasukkannya? Para penyokong evolusi tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan ayat biasa mereka, “Semuanya berlaku secara tidak sengaja?” Tetapi, mustahil perkara yang begitu sukar ini dapat berlaku secara kebetulan.
Di atas ini kami telah memberikan perumpamaan sebuah perpustakaan. Kami katakan data di dalam DNA ini mencukupi untuk memenuhi jilid-jilid yang memenuhi sebuah perpustakaan sebesar padang bola. Apabila kamu melihat perpustakaan seperti ini, apakah kamu percaya data-data yang terdapat di dalamnya telah ditulis secara tidak sengaja? Atau, apakah kamu fikir ia ditulis oleh para ilmuwan dan profesor terpelajar dan kemudian diterbitkan oleh sebuah syarikat buku? Sudah tentu, pendapat yang kedua lebih tepat.
Tahukah kamu persamaan dakwaan para penyokong evolusi ini? Ia seperti seseorang menyatakan, “Telah berlaku satu letupan di dalam kilang pencetakan dan semua jilid-jilid buku ini telah terbentuk dengan sendirinya”.
Mungkin ketika kamu sedang duduk di meja kamu, kamu terpandang satu halaman bertajuk “Ciri-ciri Geografi Dunia Ini”, dan kamu bertanya kepada sahabat kamu siapa yang menulis halaman ini, dia menjawab: “Tadi ada sebotol dakwat di atas kertas ini. Saya tidak sengaja menumpahkannya dan tulisan ini muncul!” Tidakkah kamu akan memikirkan dia telah tersesat akal?
Para penyokong evolusi mendakwa sesuatu yang lebih mustahil.
Sebagaimana satu halaman tulisan tidak dapat ada tanpa seorang penulis, begitu juga sebuah databank seperti DNA tidak dapat terjadi dengan sendiri.
Allah, Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana, yang mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja, yang mencipta langit dan bumi dan apa sahaja di antara keduanya, Dia jugalah yang menjadikan DNA.

ALLAH ADALAH PENCIPTA SEMUANYA

Tuhan kita telah memasukkan berbilion-bilion maklumat di dalam satu tempat kecil sehinggakan kita pun tidak dapat melihatnya.
Allah telah menjadikan kita, mata kita, rambut kita, dan kaki kita.
Dia juga pencipta keluarga kita, kedua ibubapa, abang dan kakak, kawan-kawan dan guru-guru.
Allah telah menjadikan makanan yang kita gemari untuk kita, coklat, kek dan gula-gula, buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjadikan kita kuat dan sihat. Jika Allah tidak mejadikannya, kita tidak dapat tahu bagaimana rasanya coklat.
Allah juga mengurniakan kita deria rasa dan bau. Jika Dia tidak memberikan kita keistimewaan ini, kita tidak mungkin dapat merasa makanan yang kita makan. Sama sahaja sama ada kita makan kentang atau kek. Allah tidak hanya menjadikan makanan yang lazat dan harum, Dia juga menganugerahkan kita keistimewaan yang membolehkan kita menikmatinya.
Kerana Allah mengasihi hambanya, Dia sentiasa memberikan kita perkara yang baik dan indah.
Mulanya kamu tidak wujud. Fikirkan, kamu tidak wujud sebelum kamu dikandung (di dalam perut ibu kamu). Kamu kosong. Allah menjadikan kamu. Dia menjadikan kamu daripada kekosongan.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur setiap detik di dalam hidup kita. Di dalam setiap perkara yang kita nikmati dan gemari, kita hendaklah mengingati Allah, dan berkata, “Saya sentiasa menyukuri setiap apa yang Kamu berikan”. Apabila kita berada pada situasi yang tidak kita sukai, sekali lagi kita perlu berdoa kepada Allah, kerana hanya Dia yang dapat memperbaiki situasi tersebut.
Allah sentiasa mendengar doa dan membalasnya, kerana Dia mengetahui apa yang ada di dalam minda kita. Ketika membaca buku ini, contohnya, kamu sedang memikirkan sesuatu, tetapi jika kamu tidak menyuarakannya, siapapun tidak akan mengetahui apa yang kamu fikirkan. Allah, bagaimanapun, mengetahui apa setiap apa yang kamu fikirkan dan sentiasa melihat kamu. Walaupun ketika kamu bersendirian, Allah melihat kamu dan mengetahui segala yang kamu lakukan.
Kerana itu, seorang yang baik apabila berseorangan tidak akan berfikir, “Tiada siapa dapat melihat saya sekarang” dan kemudian melakukan kejahatan. Mereka tahu Allah sentiasa melihat dan mendengar mereka walaupun ketika tiada sesiapa di sekeliling.

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'