Followers

Friday, August 28, 2009

Tazkirah KuRma..

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki. Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikan kemapunan bagi dosa yang lalu. Dari Abu Hurairah
bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda:

“ Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)


Kalau dilihat bentuk hadis ini, ianya seakan sama dengan hadis mengenai keutamaan solat tarawih (lihat Renungan Ramadan 4).

Di dalam hadis ini bukan sahaja disebutkan janji keampunan dosa bagi orang yang berpuasa tetapi juga syarat untuk mendapat anugerah ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wahtisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan
keredhaan Allah”. Puasa kita bukan kerana budaya, bukan kerana adat, bukan kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana ketiadaan makanan.

Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman dan benar-benar menghara pkan keredhaan Allah. Niat dan keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga syarat- syarat dan adab-adab dalam puasa kita; bagi melayakkan kita mendapat keampunan bagi dosa-dosa kita yang lalu. Abu Said al-Khudri berkata bahawa Nabi (saw) pernah bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan mengetahui batas-batasnya dan ia menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yang sebelumnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Saudara-saudari yang budiman,

Jelas kepada kita bahawa hanya puasa yang terjaga dari batas-batasnya sahaja yang akan diterima dan layak untuk menerima keistimewaan yang dijanjikan.

Sebab itu Nabi (saw) memberi kita peringatan, sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memperolehi apa- apa dari puasa dan solat tarawih mereka.

Abu Hurairah berkata Nabi (saw) bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang bersembahyang malam, tetapi tiada yang ia perolehi selain dari rasa mengantuk”
(Hadis Riwayat an-Nisai dan Ibn Majah)


Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam menjaga adab-adab dan batasbatasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak
berampun.

Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan mutu puasa kita.


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Nabi (saw) mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spektrum yang begitu luas, di manakah kita?

Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedek ah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi. Menurut
Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:

a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau memamerkan diri sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.

d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.

e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti pada waktu berbuka?

f. Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakan lah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa pada bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.

g. Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabi n yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai- Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya!

Semoga Allah swt menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.


KuRma..Ku Rindui Ramadhan..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan dan Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds)

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas.

ust Abu Bakar Al Baqir

Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”

Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’

Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference).

Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.



Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.



Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.



Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.



Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE

(Pusat Kecemerlangan Palestin)

Menjelang 21 Ogos 2009

KuRma..(Ku Rindui Ramadhan)

Buah Kurma sgt berkait dgn Ramadhan..

Assalamulaikum..
Salam Iman..salam perjuangan..

Alhamdulillah..kita kembali menemui Ranadhan..

Kurma..buah suci yang tak asing dengan kemuliaan RAMADHAN..tersingkap maksud yang mendalam disebalik KuRma..Kerana KuRma ialah 'Ku Rindui Ramadhan'..luahan Rindu orang yang beriman..semoga Ramadhan ini berjaya mengembalikan kita kepada FITRAH menjelang sahaja 1 syawal nanti.Semoga kita berjaya kembali kepada asal-usul kejadian..REBORN..REBIRTH..seperti bayi yang tidak berdosa..putih tiada noda..





Bukankah itu tujuan diciptakan 30 hari yang mencabar ini?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”

(Bukhari & Muslim)


Kita akan berjuang untuk kembali menjadi orang yang tiada dosa!
adakah kita tidak mahu merebut peluang ini?

Kita akan meraikan kemenangan itu pada hari KEMENANGAN,hari kembali kepada fitrah,hari Aidilfitri 30 hari lagi..

Dan jika kita bersungguh-sungguh,kita akan dapat merasakan betapa nikmatnya hari kemenanagan itu..yakinlah..!

Salam Ramadhan Al Kariim..



semoga dapat jadi bayi semula. -muspalestina-

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'