Kepastian yang masih dinanti, adakah benar selepas 100 hari Anwar akan menjejakkkan kaki ke Putrajaya? Suatu persoalan strategi yang sukar dijawab tapi yang pastinya angin perubahan yang melanda rakyat Malaysia menuju ke sana........ siapa yang dapat menghalang kebangkitan rakyat. Akhirnya Umno dan BN akan menjadi pembangkang setelah 50 tahun memfaraidkan harta kekayaan negara. Sayonara Umno, Sayonara BN.... Rakyat adalah kuasa penentu!
Bukan suatu yang mustahil, bukan juga sesuatu yang diimpikan tetapi percayalah gelombang kebangkitan rakyat tetap bergerak bersama Barisan Rakyat, menolak perlahan-lahan Anwar ke Putrajaya.
Pertamanya Umno dan BN telah tersungkur jatuh dalam PRU12, tewasnya beberapa pimpinan parti dan kerajaan, tersungkurnya 5 buah negeri kepada BA menunjukkan Umno/BN telah ditolak rakyat. Tidak pernah dalam mana-mana sejarah berlaku kekalahan yang melampau kepada Umno/BN.
Keduanya,penolakan calon-calon MB dikalangan Umno Perlis dan Terengganu oleh Sultan masing-masing walaupun telah menerima watikah dari PM menunjukkan kredibiliti dan kewibawaan PM tercabar. Bayangkan bagaimanakah nanti untuk bekerjasama jika inilah jadinya.PM tetap buat-buat tidak faham bahawa Sultan juga talah menolak beliau bersama-sama rakyat seluruhnya.
Ketiganya, penolakan dan perletakan jawatan dalam Kabinet baru PM amat mendukacitakan PM. PM seolah-olah menjadi bahan pencacai, segala cakap PM dipandang sepi oleh ahli-ahli Umno/BN itu sendiri.Jika dulu semua mereka berebut-rebut untuk menyandang jawatan tetapi ia berlaku sebaliknya. Kenapa berlaku? Inilah kuasa rakyat.
Keempatnya, rakyah maha benci kepada Umno dan BN, amat benci kepada media yang tidak telus dan berat sebelah, amat benci kepada rasuah dan penyelewengan kuasa Umno dan BN, amat benci kepada menantu PM, amat benci kepada TV3, amat benci kepada kebiadapan Umno menentang Sultan...... ....... malah rakyat benci segala-galanya kepada Umno dan BN.
Banyak sebab jika hendak dikronologikan. ...yang pastinya memang rakyat menolak PM, menolak Umno danBN.Pari Gerakan juga mencadangkan semua parti dalam BN dibubarkan dan membentuk satu parti sahaja bernama BN...maka hancurlah Umno....masuk muziumlah Umno....ke mana ahli-ahli Umno hendak pergi kelak?
Bagaimana Anwar akan ke Putrajaya? Ini akan berlaku jika terdapat 30 Ahli Parlimen BN menyeberang dan menyokong BA. Maka disaat itu BA ada 112 kerusi manakala BN hanya tinggal 110 kerusi, maka pastilah kerajaan akan bertukar scara automatik. Soal Anwar kena bertanding dalam mana-mana Parlimen, itu hal kecil sebagai pelengkap ke Putrajaya sahaja.
Pertamanya, BA menerima kemasukan 30 AP dari BN. Carabagaimana janganlah ditanya, yang pastinya usaha ke arah itu semakin menjadi kenyataan kini. Perletakan jawatan dan penolakan jawatan menjadi trend kepada mereka.Hal ini berlaku kerana keyakinan mereka kepada BA untuk mentadbir Malaysia, itulah yang terdetik dihati mereka,tidak percaya tanyalah mereka.
Keduanya, kegawatan yang berlaku dalam Umno dengan masalah di Perlis dan Terengganu bersama pihak Sultan, kegarangan Ku Li ingin mencabar Pak Lah sebagai Presdien Umno,masalah Wanita, masalah menantu PM, dan lain-lainya akan menjadi sebutan dalam 100 hari ini. Hal ini akan menyebabkan rakyat rasa membenci ke atas parti penting dalam BN ini. Hatta para pemimpin mereka sendiri juga akan keluar BN untuk bersama BA mentadbir Malaysia, kita tunggulah kebenaran episod ini.
Ketiganya, dalam tempoh 100 hari ini juga, 5 buah negeri yang diperintah BA akan menunjukkan prestasi yang terlampau baik kerana tiada bandingan dengan negeri-negeri diperintah BN> P.Pinang dan Perak telah menghapuskan kompaun parking,Kedah menurunkan cukai tanah dan pintu, Selangor pula memberi air percuma kepada rakyat sebanyak 20 meter padu pertama, maka apa yang dibuat MB dan KM Umno di negeri mereka? Kenapa tak berani membuat sepertimana di negeri2 ditadbir BA? Akhirnya rakyat akan menilai....oooooooo ...alangkah bagusnya BA, kenapa tidak mentadbir Malaysia sahaja? Di saat itu laluan Anwar ke Putrajaya semakin laju.
Keempatnya, saya berkeyakinan BA hanya perlukan 15 orang sahaja Ahli Parlimen menukar fikiran kepada BA.Apabila ini dapat direalitikan. ......... . maka segerombolan AP dari BN dijangka melebihi 15 orang lagi akan secara automatik menyeberangi BA. Percayalah, mereka-mereka ini sudah pastinya akan menyelamatkan diri masing-masing kelak. Adakah Anwar akan menerima Zahid Hamidi? Hanya beliau yang boleh menjawab.
Perjalanan ini ada 80 hari lebih lagi.....kita nantikanlah bersama... Perancangan strategi yang bertekad kepada aspirasi rakyat akan kembali hasilnya kepada rakyat. Salam perjuangan.
Followers
Tuesday, April 1, 2008
Ini Sejarah Kita di Kerteh-4-5 April'08
Sasaran peserta adalah 80 orang wakil pelajar dari 5 buah sekolah SMK sekitar Kerteh.Doakan perjuangan kami lillah!Tunggu laporan seterusnya selepas prog nanti!
Moto Hidup ku-mus palestina
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُوۤاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ }
"Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,Allah akan menolong mu,dan akan meneguhkan kedudukan kamu -Muhammad:7
"O you who believe! If you help God, that is to say, His religion and His Messenger, He will help you, against your enemy, and make your foothold firm, He will make you stand firm [while you fight] on the battleground"-Muhammad:Seventh
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi
Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light).
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
KuRma (KuRindui Ramadhan)
Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'
Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin.
p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !!
Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.