Followers

Sunday, May 30, 2010

Terkini, Konvoi Freedom Flotilla Di Serang, 2 Aktivis Meninggal Dunia, Lebih 30 cedera

31 Mei – Mavi Marmara, Laut Tengah(10.30pg waktu Malaysia) – Konvoi Freedom Flotilla di serang, menurut laporan televisyen di Turki, 2 orang aktivis meninggal dunia, hampir dari 30 orang cedera.

Laporan dari live streaming IHH bahawa 2 orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel. Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.

Penyerangan yang dilakukan Israel ini dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa.

Konvoi Freedom Flotilla Mula DiKepung Tentera Laut Israel

31 Mei – Mavi Marmara, Laut Tengah(7.30pg waktu Malaysia) —Konvoi Freedom Flotilla dalam keadaan bersedia tatkala menghampiri perairan Gaza setelah dimaklumkan bahawa ada beberapa buah kapal yang dikenalpasti dari armada Angkatan Laut Israel mendekati ke arah Mavi Marmara. Menurut sumber, konvoi Freedom Flotilla kini diekori oleh kapal Israel antaranya sebuah kapal selam, 3 kapal perang dan sebuah helikopter. Namun Mavi Marmara tetap bergerak dengan berhati-hati.

Presiden IHH, menyeru agar semua negara yang prihatin untuk mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membuka jalan bagi konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terdapat lebih dari 50 buah negara menyertai konvoi terbesar ini. Menurut sumber, di Turki telah diadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Israel mendesak Israel membatalkan hasrat mereka menyekat perjalanan konvoi.

Beberapa saat menjelang Maghrib, staff IHH mengumumkan kepada seluruh peserta konvoi Freedom Flotilla untuk memastikan diri mereka dalam keadaan siapsedia sebelum pukul 7 pagi ini waktu Antalya, Turki atau sekitar pukul 11 WIB.

Semua peserta diarahkan untuk menyimpan passport dan dokumen berharga masing-masing seperti dompet dalam plastik dan membawanya di badan – untuk berjaga-jaga kemungkinan terpaksa berenang.

Konvoi Freedom Flotilla mengharungi laut sepanjang malam menuju Gaza. Dijangkakan bahawa keenam kapal konvoi armada kemanusiaan ini, termasuk Mavi Marmara yang terbesar, akan berhenti sekitar 40 batu dari Pantai Gaza untuk menanti hari siang kembali sebelum berusaha menembus sekatan kapal-kapal Angkatan Laut Israel.

Namun, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, Israel telah memperluas zon ketenteraan mereka dari 20 batu kepada 68 batu diperairan laut.

Tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh konvoi Freedom Flotilla adalah melanggar perundangan antarabangsa kerana yang dihadapi Israel saat ini bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.

Dalam beberapa kesempatan sebelumnya, Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH) Fahmi Bulent Yildirim menegaskan bahawa tidak ada satu pun persenjataan yang dibawa dalam kafilah Freedom Flotilla. “Bahkan sebatang paku pun tidak.”

Semalam para peserta menghabiskan waktu mereka dengan berzikir dan memohon pertolongan Allah. Gaza dan seluruh muka bumi ini milik Allah Subhanahu wa Ta’ala – hanya izin Allah saja yang kita minta untuk berjaya memasuki ke Gaza. (saqsa/ihh)

Israel Lancar “Operasi Angin Laut” Halang Armada Kemanusiaan Gaza “Freedom Flotilla “


30 Mei – Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus dari kerajaan Israel, telah bersedia untuk misi yang mereka namakan “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiapsedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, samada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza. Operasi ini dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel Mayor Jenderal Elizer Marom

Serangan yang dirancang meliputi empat tahap;

1. Tahap Amaran; Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

2. Hentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.

3. Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantarbalik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

4. Penangkapan sebelum dihantarbalik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.

Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki 8 buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini.” (imemc/alqudsol)

Kenyataan Presiden IHH: Kami Tetap Akan Belayar Menuju Gaza Pada Waktunya

30 Mei – Presiden IHH, Bulent Yıldırım telah mengadakan sidang akhbarnya di kapal Marmara Mavi, yang sedang berlabuh berhampiran Cyprus saat menunggu baki kapal-kapal yang lain tiba.

Yıldırım berkata, “Kami akan belayar menuju Gaza pada waktunya. Tidak perlu terburu-buru, kita sedang menunggu waktu yang tepat. Mungkin, sementara itu, diharapkan Israel akan mula berfikir lebih rasional. ”

Membalas laporan yang mengatakan Israel akan mengancam dan menyerang kapal-kapal “Freedom Flotilla”, Yıldırım menegaskan “Para penumpang yang termuda di atas kapal ini hanya berumur satu tahun. Ada yang berumur lebih dari 80tahun juga bersama kami. Jika Israel mahu mengambil risiko menyerang kapal ini, mereka boleh melakukannya. Dalam kes serangan, kita akan melakukan perlawanan semula tanpa kekerasan. Kami bahkan tidak mempunyai pisau lipat di sini, tetapi kami tidak akan membiarkan tentera Israel menceroboh kapal ini. ”

Menyatakan bahawa kerajaan Israel tidak upaya menguruskan krisis ini dengan baik, Yıldırım berkata “Jika Israel adalah negara demokrasi, mereka akan membenarkan armada ini berlabuh di Gaza dan membiarkan kemanusiaan memenangi usaha murni ini. Sebaliknya, mereka menghadapi kempen ini sebagai satu penghinaan untuk menghormati mereka kerana mereka adalah negara tentera. Menteri Israel memilih cara yang di luar kemanusiaan. Seharusnya, armada ini tidak akan menerima banyak publisiti seperti yan diperoleh sehingga hari ini. Saya tidak tahu berapa banyak alasan mereka (Israel) untuk terlibat menghalang misi kemanusiaan ini. Biasanya, kita yang seharusnya menunjukkan sikap agresif. Namun, Israel bertindak lebih agresif. Setiap hari kenyataan demi kenyataan baru mereka keluarkan. Israel tidak melayan kita seperti NGO. ”

Bulent Yıldırım juga menyebut bahawa sokongan terus datang dari seluruh dunia terhadap armada bantuan, termasuk dari negara-negara Muslim, Perancis, Belgium, Chile, Brazil, Turki dan Kesatuan Eropah. Beliau berharap agar sokongan ini terus meningkat menyokong armada bantuan kemanusiaan ini.

Yıldırım sekali lagi menyatakan bahawa mereka bertekad untuk mencapai matlamat mereka dan mereka tidak akan kembali. Dia juga menyebut bahawa sekiranya Israel bertindak melulu menahan rombongan kemanusiaan ini, protes terhadap Israel akan diadakan di banyak negara, termasuk Turki. Yıldırım berkata “Saya tidak berfikir bahawa Israel mahu menanggung risiko itu dan menghadapi reaksi seperti itu.”

Yıldırım, dalam menjawab pertanyaan “bilakah mereka bercadang untuk belayar ke Gaza”, katanya “Kita akan berlayar menuju Gaza pada waktunya. Tidak perlu terburu-buru, kita sedang menunggu waktu yang tepat. Biarlah pada saat ini jawapan pada persoalan tersebut hanya ada pada kami sahaja, saya yakin bahawa Israel terlalu ingin tahu jawapannya juga.” (ihh)

Tentera Laut Israel Mahu Merampas Kapal Armada Bantuan Kemanusiaan


29 Mei – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, pada Jumaat (28/5) menyatakan bahawa Israel akan menghentikan semua usaha untuk memecah pengepungan, dan menambah bahawa Israel tidak akan toleransi dan menganggap misi Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza seperti “pelanggaran kedaulatan Israel”.

Lieberman dengan angkuh mendakwa bahawa tidak ada krisis kemanusiaan di Jalur Gaza, dan menyatakan kononnya sebelum ini Israel “membolehkan bekalan makanan dan peralatan memasuki Gaza”.


“Tidak ada krisis kemanusiaan di Gaza,” kata Lieberman di radio kebangsaan Israel.

Hakikatnya Gaza telah dikepung oleh Regim Yahudi Israel sejak Jun 2007 dan menyebabkan 1.5 juta warga Gaza kekurangan makanan, bahan api, ubat-ubatan dan peralatan untuk membina kediaman dan bangunan mereka yang runtuh akibat serangan Yahudi Israel.

Sementara itu, tentera Israel dan Tentera Laut sedang bersiapsedia untuk kemungkinan pengambilalihan kapal selepas kapal bantuan kemanusiaan setelah mereka mendekati pantai.

Menurut Israel, tentera angkatan laut akan memerintahkan untuk merampas kapal dan membawa mereka ke pelabuhan Asdod Israel berhampiran Gaza di mana kawasan penahanan khas telah dibentuk untuk aktivis Palestin dan antarabangsa.

Freedom Flotilla atau Armada Bantuan Kemanusiaan saat ini semakin menghampiri perairan Gaza. Para aktivis yang datang dari lebih 40 negara termasuk ahli parlimen dari Eropah, ahli Parlimen Israel, para ulama, jurnalis, wartawan, dan aktivis kemanusiaan dari pelbagai latarbelakang agama tetap bersemangat untuk meneruskan misi walaupun Israel berkali-kali mengeluarkan kenyataan ugutan untuk menghalang dan menangkap aktivis yang terlibat.

Terdapat hampir 700 penumpang menyertai armada bantuan kemanusiaan tersebut termasuk dari Malaysia dan Indonesia. (immec / pnn/ haarez / aljazeera )

Kesatuan Eropah Seru Israel Hentikan Kepungan dan Benarkan Bantuan Memasuki Gaza

Catherine Ashton

29 Mei – Catherine Ashton, Naib Presiden Bagi Polisi Luar Kesatuan Eropah, mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat (28/5), menyeru agar kepungan Israel ke atas Gaza dihentikan segera.

“Kami ingin menegaskan bahawa seruan Kesatuan Eropah agar segera dihentikan sekatan dan tanpa dikenakan sebarang syarat penyeberangan bagi aliran bantuan kemanusiaan, barang komersial dan warga awam masuk dan keluar dari Gaza,” katanya.
“Polisi pengepungan ini tidak boleh diterima dan secara politik juga tidak konstruktif. Kesatuan Eropah tetap prihatin dengan situasi kemanusiaan di Gaza.” kata beliau lagi.

Dukungan dari negara-negara Kesatuan Eropha ini mengisyaratkan semakin besarnya tekanan antarabangsa terhadap Israel agar dihentikan sekatan atas Gaza dan membiarkan masuknya bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh lima kapal dalam armada yang digelar Freedom Flotilla.

Kenyataan Kesatuan Eropah ini telah menempelak kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, pada hari yang sama, Jumaat (28/5) yang menyatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan yang disertai lebih dari 40 buah negara adalah propaganda “kekerasan terhadap Israel”, malahan Liebermen dengan angkuh berjanji tidak akan membenarkan kapal-kapal tersebut memasuki Gaza. (aljazeera / imemc)

Imam Masjid Al Aqsa Mengutuk Usaha Israel Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza

Imam Masjid Al Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sneinah dalam khutbah Jumaatnya (29/5) mengutuk sikap Zionis Israel yang mengancam sekatan terhadap usaha armada Bantuan Kemanusiaan terbesar yang saat ini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.Seterusnya beliau menyeru untuk agar ditamatkan pengepungan yang tidak adil terhadap Jaluran Gaza yang telah dilakukan oleh regim Yahudi Israel.

Syeikh Yusuf Abu Sneinah mengatakan bahawa: “Kami bangsa Arab dan umat Islam seharusnya menyatukan usaha untuk menghentikan pengepungan yang telah dikenakan pada saudara-saudara kita di Jalur Gaza, malahan pengepungan tersebut tidak boleh diterima secara rasional oleh mana-mana pegangan agama atau undang-undang dunia.”

Dengan tegas Imam Masjid Al Aqsa ini juga mendesak Israel menghentikan sikap sombong dan bongkak atas apa yang telah mereka lakukan terhadap Gaza kerana tindakan kejam mereka telah membunuh orang awam, menyebabkan lebih ramai warga Gaza menjadi pelarian dan menderita kelaparan

Israel mula tertekan dengan kehadiran konvoi Gaza

Tindakan Zionis Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman ke atas konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza jelas menunjukkan mereka kini berada dalam keadaaan tertekan.

Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Bülent Yildirim, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin NGO lain menyebut bahawa mereka tidak akan sekali-kali berundur walaupun satu langkah meskipun harus berhadapan dengan tindakan ganas tentera Israel sebagaimana yang disebut oleh media-media Israel.


“Setelah bertungkus-lumus selama 2 bulan bagi membuat persediaan konvoi ini, kini tibalah masanya untuk kita belayar ke Gaza. Semua peserta konvoi menunggu saat kini, dan kini kita sudah bersiap sedia,” kata Bülent yang bertutur dalam bahasa Turki.

Konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza ini akan membawa aspirasi kemanusiaan masyarakat dunia yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Gaza. Berbagai dakwaan dibuat oleh media dan pemimpin Zionis bagi menghalang pergerakan konvoi ini.

“Ini hanyalah satu konvoi bantuan kemanusiaan, tidak ada tujuan lain. Semua mereka yang menyertai konvoi ini adalah mewakili NGO masing-masing. Kami tidak ada apa-apa hubungan, kecuali keikhlasan kami untuk sama-sama membantu rakyat Gaza. Itulah yang menyatukan kami,” tegas Bülent.

Wakil-wakil NGO daripada lebih 50 buah negara akan menyertai konvoi ini.

Israel turut mengumumkan “perang psikologi” terhadap konvoi ini dengan ugutan bahawa mereka telah menyiapkan sebuah pusat tahanan di Sderot khusus untuk menangkap peserta-peserta konvoi.

“Bayangkanlah, semua pihak di Israel, sama ada Presiden mahupun Perdana Menteri, memberi perhatian yang serius terhadap misi kemanusiaan ini. Apakah mereka fikir kami takut kepada ugutan mereka? Kapal-kapal kami membawa 15,000 tan bantuan kemanusiaan, dan kami tidak faham kenapa Israel ingin menghalang,” tambah Bülent lagi.

Bülent turut menjelaskan bahawa tindakan menghantar konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini bukanlah suatu perkara yang dibuat secara tergesa-gesa, sebagaimana yang didakwa oleh setengah pihak.

Dalam sidang media tersebut, Bülent telah menunjukkan beberapa pucuk surat yang menjadi bukti kenyataan beliau itu. Menurut beliau, IHH telah menghantar surat permohonan kepada Kedutaan Israel di Turki untuk menghantar bantuan ke Gaza pada 11 hb Februari 2009, iaitu 3 hari selepas tamatnya serangan brutal Operation Cast Lead. IHH juga telah menghantar permohonan yang sama kepada Kedutaan Mesir di Turki.

“Kami telah melakukan usaha terbaik untuk menyelesaikan permasalahan di Gaza secara diplomasi. Tapi sehingga hari ini kami tidak mendapat apa-apa reaksi daripada mereka. Kami bukanlah secara tiba-tiba ingin ke Gaza. Kami telah membuat peracangan yang begitu lama,” jelas Bülent.

Seramai 35 orang ahli parlimen daripada Eropah dan Asia Tengah akan turut menyertai konvoi ini. “Tapi kami tidak akan membawa mana-mana ahli parlimen daripada Turki, tidak seorang pun,” kata Bülent.

Malahan beliau telah menolak permintaan mana-mana ahli parlimen Turki untuk turut menyertai konvoi ini.

“Jika kita membawa ahli-ahli parlimen Turki, mereka (Israel) akan mendakwa bahawa konvoi ini ditaja oleh kerajaan Turki. Konvoi ini tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan Turki,” jelas Bülent lagi.

Ada juga pihak yang mendakwa bantuan ini ditujukan kepada pihak Hamas. Bülent menjawab, “Pihak Berkuasa Palestin (PA), golongan berhaluan kiri, Hamas dan lain-lain mempunyai urusan mereka sendiri. Urusan kami pula hanyalah untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan. Jika mereka cuba mengaitkan kami dengan mana-mana organisasi tersebut, mereka telah melakukan satu kesilapan,” tegas Bülent lagi.

Beliau turut memberi amaran kepada Israel bahawa jika mana-mana peserta konvoi ditangkap atau dicederakan, demonstrasi secara besar-besaran akan diadakan di lebih 100 buah negara.

“Kepada rakyat Israel, kalau kerajaan anda terus dengan polisi mereka (menghalang bantuan kemanusiaan), negara kamu akan ditinggalkan bersendirian kerana kamu bermusuh dengan semua negara. Akhirnya akan berlaku embargo pula ke atas kamu, kerana kamu menentang kemanusiaan. Sekiranya kami masih hidup ketika kamu dikenakan embargo itu, kami berjanji bahawa kami akan bertindak ke atas kerajaan kamu dan berjuang membantu kamu,” jelas Bülent disambut dengan tepukan gemuruh.

“Saya percaya dunia ini cukup luas untuk setiap kita hidup dengan aman,” sambung beliau.

Sidang media tersebut turut disertai oleh seorang ahli parlimen Israel, Hanin Zo’bi dan Ketua Bishop Vatican, Ilariona Kapuci. Dalam ucapannya, Kapuci menegaskan bahawa mereka akan terus menghantar bantuan ke Palestin sehinggalah al Quds dibebaskan menjadi ibukota Palestin merdeka.

“Kami tidak peduli apa yang akan berlaku ke atas kami, hinggalah Palestin dibebaskan,” hujah beliau penuh bersemangat.

Tekanan ke atas Zionis semakin ketara apabila media-media Israel cuba menghubungi Bülent untuk membuat wawancara dan liputan berita.

Israel Mengesahkan Akan Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza


Kabinet politik Kerajaan Haram Israel memutuskan untuk mengarahkan tentera dan angkatan laut tidak membenarkan armada bantuan kemanusiaan terbesar atau “Freedom Flotilla” memasuki pantai Gaza dan mereka akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan memasuki Gaza.

Sebaliknya Israel mengarahkan kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mahu menghantar bekalan ke Gaza, mereka harus menghantar kargo mereka ke Israel untuk diperiksa dan “diluluskan.”

Setelah mengosongkan kargo di Israel, kapal harus belayar kembali ke tempat mereka berasal, begitulah arahan dari pemerintah zalim Israel.

Tentera Israel dan tentera laut berkata bahawa mereka tidak akan membenarkan kumpulan bantuan kemanusiaan tersebut memasuki Gaza. Malahan jika perlu, kapal-kapal akan diambil alih oleh tentera Israel sekiranya kumpulan bantuan tersebut masih mahu memutuskan untuk meneruskan perjalanan mereka.

Kerajaan Israel menggambarkan perjalanan kapal-kapal menuju Gaza sebagai provokasi “yang tidak perlu.”

Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut adalah provokasi sementara pegawai tentera Israel yang bertanggung jawab atas Jaluran Gaza, Kolonel Moshe Levy, menyatakan bahawa tidak ada krisis di Gaza dan situasi di sana adalah “baik dan stabil.”

Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut akan dibawa ke pelabuhan di Esdod “Asdod” dan semua penumpang akan ditangkap. Gerombolan kapal tersebut yang terdiri daripada sembilan kapal sarat dengan 10,000 ton bantuan kemanusiaan dan bahan bangunan di jangka akan tiba di perairan Gaza pada Hari Sabtu minggu ini.(immec / haaretz)

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'