Assalamualaikum…
Salam Perjuangan…
Dalam ber’blog’ging nih..banyak perkara kadang-kadang aq sendiri pun tak dapat nk bg jawapan..
Perlukah aq berkongsi aktiviti-aktiviti dakwah,tarbiyyah dan normal life yg aku lalui saban hari..?
Kalau ikutkan hati..semuanya nak dikongsikan coz aq tgk..kadang-kadang blog sahabat2 yang lain..
Sekecil-kecil peristiwa pun dikongsikan dalam blog..
Tapi dpt dikongsikan dengan penuh hikmah..
Bagaimana dgn aq?
Bukan ape..aq selalu fikirkan tentang keikhlasan..
Klu aktiviti yg kita lalui..kita ceritakan..mcmane klu kite tetibe ade sifat riak?
Tak ke burn gitu je amalan tu?
Tapi..
Klu aku tak kongsikan….
Mcmne aq nk bgtahu org yg baca blog aku ni yg sbnrnye banyak alternative kebaikan yg kita boleh wat dalam seharian hdup kite nih..
Islam is a way of life..
Bukan mase sembahyang..sembahyang..
Time puse..puase..
Tapi time sukan..
Lutut terjelir Nampak..
Yang gurl plak..
pakai pakaian adek..
pastu time sembahyang..
sembahyang gak..
mulal lah gelabah nak cari telekung..
lepas semmbahyang..
open balik..
Impak Sekularisme Mustafa Kamal Artatuk
sangat sukar dileraikan daripada individu muslim skrg.
Siyes..macam isi n kuku melekat..
Mmg bahaya betul penjajahan minda nih..
Macam bukan islam pulak kalau sekali tgk..
Sangat banyak perkara yg aku nak ceritakan..
Aq nk jadi inspirasi kepada teman dan sahabat yang lain..
Dalam masa yang sama aku nak memperbaiki hidupku dari sehari ke sehari..
Mencontohi untuk dicontohi…
Sebelum menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni..
Aq nak kongsikan beberapa perkara yang jarang berlaku kpd remaja yang lain..tapi berlaku dlm hdup aq..
Contohnya..
Penubuhan Pertubuhan PEMIKIR..
Mcmne aq n kawan-kawan yang berumur 18-20 tahun berusaha sedaya upaya untuk menubuhkan satu NGO yg bernama PEMIKIR (Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Trg) untuk merekrut mantan ahli Majlis Tertinggi Sek Menengah..
Payah tu..
Tapi teman2 selalu Tanya kat diri aq..
Nape ko tak citer kat dlm blog?
Mus’ab : Ntahlah..aq takut org kate aq nunjuk2..
Ko tak rase klu ko ceritakan,ko blh jadi inspirasi kpd teman-teman yg lain?
Mus’ab : ye ke…aq ni blh jadi inspirasi ker..?
Hmmm…
Bile aq nak citer ni..
Banyak sangat citer menarik dalam pahit getir merangka perlembagaan PEMIKIR..
Pengalaman jadi Pengarah HOPE Gen Y (Himpunan Pemimpin Pelajar Generasi Y) (mesyuarat agong budak2 kecik ni)
Ye laaa..
Nk tubuhkan pertubuhan..kena byk meeting laa..
Susah tu nak cari duit..
Pergi wisma..jumpe Menteri Besar..
Huhu..
Semata-mata untuk aq lihat mereka yang berkebolehan memimpin ada usrah..faham tarbiyyah dan berbakti untuk ISLAM.
Bukan wat kerja NASIONALISM based on kaum yang ntah pape..
Tapi tak pe lah..
Suatu mase nanti..aq akan ceritakan..
Tunggu..
Lepas tu..
Dapat amanah jd kem komanden LEADERS (Latihan Ekstensif Asas Dakwah dan kepemimpinan Remaja Soleh Wa Musleh) 2010..
Aq bukan main gerun lagi..
Nk bagi arahan kak org2 hebat Ramaja JIM..
Kak Yong..
Kak Damia..
Kak Koda(erk??)
Kak Yatt..
Huh..tapi Allah sentiasa tolong aq..
Mus,tak masuk blog ker story LEADERS?
Mus’ab : err..tak pe lah...ana citer cikit2 je dlm facebook..
Kadang-kadang bile aq tgk macamane teman-teman yang lain habis-habisan bercerita dalam blog diorang ttg aktiviti yg telah dilalui..aq wase..”hmm..Perlu cite ke?”..
Sejujurnya beribu pengalaman aq nak ceritakan..
Beribu ilmu yang aq dapat setiap kali aq beraktivisme..
Ade lg..
Pengalaman ngeri dapat amanah untuk 100% handle KBM kat student UITM chemical engineering sem3 !
Yang ni agak dasyat..
Budak kecik ni gi handle abang2 n kakak2 yang bukan main lagi sasa n rock2..
Tapi Alhamdulillah..
Allah bantu aq untuk sentuh hati diorang..
KBM brjaya mase tu..
Story seminggu dikuarantin coz kena Infuenza A !! kuikui...tak tahu la nak citer ke tak ni..setiap mase mengucap..betul2 di ambang kematian..
Ya Allah..mase tu betul2 rase doa sahabat2 zoookkk! masuk..menusuk lam dada,tgh sakit jadi blh tahan..selalu ngalir air mate bile trkenangkan sahabat2 yg sentiasa bg semangat..jzkk sume!
Siapakah yang telah jadi inspirasi dlm hdup aq?
Usamah Zaid..jadi panglima perang mase umur 18 tahun..
Sampaikan..Umar Al Khattab yang senior pun ikut arahan dia..
Ali Abi Talib..ganti tmpat tidur Rasulullah saw mase kurang umur 12 tahun..
Ibn Abbas..jadi faqih ilmu Hadith mase umur 9 tahun..
Sultan Muhammad Al Fatteh menakluk Constantinople mase umur 24 tahun..
Hassan Al Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin mase umur 23 tahun..
Faris Audah..syahid berperang ngan tank Israel mase umur 12 tahun..
Imran Koyube..Firdaus Abd Rahim mengasaskan I luve islam.com start umur 20 an gak..tika iluvislam.com begitu dikenali..Imran Koyube baru nak masuk 24 tahun..
Hafiz Bai Pemuda IKRAM..mase dia lingkungan 20 an..tu banyak giler dah keje dia buat kan?
Skrg bukan main mantap lagi dia…
Sangat Istiqamah..
Abdullah Mujahid Hasanuddin,Pemuda IKRAM..UIA..umur 21 dah kahwin! Mcm2 mende dia dah wat..
Dengan isu Palestin nyer..dengan Ilham Nalury nyer..dengan Camera nyer..dengan KARISMA international nyer..Dengan study nyer..
Hussaini Khairuddin..Pemuda IKRAM UPM..fuh..bukan main lantang lagi dia sekarang..
Tak pernah duduk diam mencetak peribadi daie.
Marah betul dia klu orang tak de usrah..kan akh hussaini kan?
Try la bc blog dia..
Boleh ana katakana dia ni LEADERS IKRAM in making laaa…
Akh Afifi UTP..klu ana bgtau lebih2 tak selamat la..
Tapi yg ana nk bgtahu ana respect diorang sumer..
Al amin Sultan..
Abdullah Omar..Mr President..
Hebat..diorang hebat..
Usrah..dakwah..islah..islm diorang mantap..
Diorang inspirasi kehidupan ana..
Akademik n dakwah balance..
Kerja jalan..
Ape yg aq nak bgtau skrang ialah..
12 hari lagi aq akan berumur 20 tahun!
So..ape yg aku tlh buat utk Islam..?
Adakah dakwah dan tarbiyyah ku dah mantap??
Macam diorang sumer?
Kan..kan..? diorang hebat kan?
Ape yang Muhammad Mus’ab Muzahar dah buat skrag?
Adakah Muhammad Mus’ab Muzahar
islam?
Ataupun masih
Islam?
Islam huruf besar atau islam huruf kecil?
Adakah dengan aq bwk bbrp usrah..
Talk Palestin di sekolah n ipt..
Handle KBM..
Talk ISK kat sana sini..
Menubuhkan PEMIKIR..
Pegang jawatan tu dan ini..
Aq dah jadi islam yang sejati?
Hati aku bersih dan suci?
Kalau aku mati sekarang..aq dah boleh masuk syurga?!
Aq baru nak masuk umur 20 tahun!
Tahun depan..aq istiqamah kah?
Aq boleh bertahan lagi macam diorang sume kah?
Kat mane aq tahun depan?
Masih dalam usrah n tarbiyyah lagi ke?
Aq ikhlas ke tak ni..
Aq teringat kisah Hassan Al Banna..
Semasa sorang tanye kat dia..”ya Akhi,knape anta susun kerusi ini?anta sepatutnye berada di kerusi vip sane..”
Beliau menjawab “Aku bimbang,segala amalan aku selama ni Allah tak terima,tetapi Allah melihat dan menerima pahala aq menyusun kerusi ini”
Wah,Hassan Al Banna pun rase diri sekerdil tu!
Masakan aq dong…
Allahuakbar..
Walillahilhamd
Salam Perjuangan..
Followers
Friday, August 6, 2010
Sunday, August 1, 2010
Mari 'berkenalan' dengan pengkhianat sistem khilafah 1924 - Mustafa Kamal Artatuk
Pengkhianatan Mustafa Kamal Attaturk Terhadap Daulah Islamiah Kerajaan Turki Uthmaniah
Pada 3 Mac 1924 Mustafa Kamal secara rasminya :
- Menghapuskan Khilfah Islamiah.
- Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara.
- Menutup mahkamah-mahkamah syariah.
- Menghapuskan jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf.
- Menghalau keluar Khalifah Abdul Majid II serta semua ahli keluarganya dari Turki.
Pada 4 Mac 1925, satu undang-undang baru digubal kononnya bertujuan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan penduduk Turki :
“Dilarang semua bentuk penyebaran artikel bertulis yang boleh membawa kepada murtad (kembali kepada Islam) dan maksiat (syariat Islam). Mana-mana pertubuhan ataupun individu yang didapati berbuat demikian akan mendapat hukuman di Mahkamah Khas.”
Pada 25 Februari 1925 satu lagi undang-undang baru dibentuk :
“Mana-mana individu yang cuba menubuhkan pertubuhan politik yang menjadikan Islam sebagai dasar atau menampakkan ciri-ciri keIslaman, juga yang menyertai pertubuhan tersebut dikira sebagai ‘pengkhianat negara’. Begitu juga individu-individu yang cuba mengkritik kerajaan. Hukumannya ialah bunuh tanpa sebarang sisatan lanjut.”
Usaha MemBaratkan Masyarakat Turki Dan Menghapuskan Islam Oleh Mustafa Kamal Attaturk
- Menghapuskan undang-undang Islam dan diganti dengan undang-undang ciptaan manusia dari Barat (Britain dan Perancis).
- Menutup semua sekolah-sekolah agama dan diganti dengan sekolah-sekolah sekular. Pelajar–pelajar diasuh supaya membenci Islam dengan mengatakan bahawa Islam menjadi punca kemunduran Turki sebelum ini.
- Mengharamkan penggunaan bahasa Arab dalam penulisan dan komunikasi supaya bangsa Turki tidak mampu berhubung dengan bangsa Arab dan tidak memahami al-Quran, Hadis dan isi kandungan kitab-kitab Islam. Azan sembahyang juga mesti dilaungkan dalam bahasa Turki. Al-quran dalam bahasa Arab dilupuskan dan diganti dengan al-Quran dalam bahasa Turki. Seterusnya tulisan Latin diperkenalkan.
- Menghapuskan takwim Islam (Hijrah) dan diganti dengan kalendar Barat (Masihi). Semua hari-hari kebesaran Islam juga dihapuskan. Hari Ahad dijadikan hari cuti mingguan menggantikan hari Jumaat.
- Memaksa semua rakyat Turki mengubah nama mereka yang berasal daripada bahasa Arab atau nama yang mempunyai unsur-unsur Islamik kepada nama lain dalam bahasa Turki dan jauh daripada makna Islamik tersebut.
- Mengharamkan pemakaian Islam yang menutup aurat bagi wanita terutamanya tudung kepala dan niqab, seterusnya menganjurkan hiburan-hiburan maksiat bagi merosakkan pemuda-pemuda Islam, melalaikan mereka dan menyekat kebangkitan mereka.
- Mengharamkan pemakaian kopiah, serban , tarbus dan seumpamanya yang menunjukkan adat pemakaian Islamik bagi kaum lelaki. Mustafa Kamal Attaturk berpandangan bahawa cara yang paling berkesan untuk mengubah mentaliti masyarakat supaya boleh menerima perubahan ialah dengan menukar apa yang berada diatas kepala mereka. Penutup kepala baru iaitu Qubba’ah (Topi yang dipakai oleh orang-orang Barat, dalam bahasa Arab dipanggil Qubba’ah) diperkenalkan dan diwajibkan sebagai lambang kemodenan.
- Membentuk undang-undang kekeluargaan yang baru, yang memaksa semua institusi keluarga mengubah cara hidup tradisi yang dianggap kolot dan tidak bertamadun kepada cara hidup Barat. Contohnya, wanita tidak boleh dipaksa untuk mentaati suami dan diberi kebebasan mutlak dengan slogan ‘Kebebasan Wanita’ dan ‘Persamaan Hak’. Wanita dan lelaki tidak ada beza dalam mendapatkan hak pewarisan harta pusaka. Had umur tertentu ditetapkan bagi anak-anak yang mahu berkahwin. Manakala poligami dan talak diharamkan sama sekali.
- Melancarkan serangan pemikiran dengan memasukkan ideologi-ideologi Barat seperti Sekularisme, Komunisme, Nasionalisme, Liberalisme dan sebagainya.
- Menukarkan gaya hidup masyarakat yang Islamik (Islamic Culture) kepada gaya hidup Barat (West Culture)
Pada 13 Oktober 1923, Mustafa Kamal Attaturk secara rasmi mengisytiharkan bahawa Ankara adalah ibu negara Republik Turki, bukan lagi Istanbul. Tujuan utamanya ialah melenyapkan kenangan silam masyarakat Turki dan umat Islam seluruh dunia akan keagungan Kerajaan Turki Uthmaniah.
Dalam masa yang sama, Mustafa Kamal Attaturk telah menutup Masjid Eithiopia dan Masjid al-Fatih, masjid besar di Istanbul dan dijadikan muzium selepas itu. Selepas kemasukan pelancong-pelancong Barat ke Turki, umat Islam ditegah untuk bersembahyang didalamnya dengan alasan menghormati dan menjaga perasaan pelancong.
Biografi Mustafa Si Pengkhianat
Dilahirkan pada tahun 1881 di Salunik, tempat tinggal penduduk Yahudi Daunamah. Yahudi Daunamah merupakan sekumpulan Yahudi yang bersal daripada Sepanyol dan berhijrah ke Salunik. Salunik pula merupakan satu bandar yang berada didalam negara Greece yang tunduk dibawah kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniah pada ketika itu.
Mereka berhijrah ke Salunik bertujuan untuk membalas dendam diatas kekalahan mereka didalam Perang Salib dan keengganan Khalifah untuk memberikan mereka hak kewarganegaraan di Palestin. Mereka telah menyembunyikan akidah mereka dengan memeluk agama Islam dan memakai nama-nama Islam.
Mereka bertanggungjawab melakukan kerosakan keatas Kerajaan Turki Uthmaniah dengan memasukkan budaya Barat terutamanya kedalam angkatan tentera dan juga bersekongkol dengan pertubuhan haluan kiri bagi menggulingkan Khalifah. Gelaran ‘Kamal’ dalam istilah Arab yang bermaksud sempurna telah diberikan oleh gurunya kerana kemampuannya yang istimewa ketika berada di dalam kelas.
Gelaran ‘Attaturk’ atau ‘Bapa Pemodenan Turki’ pula dianugerahkan oleh Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki pada November 1934 apabila Turki berada dibawah pelaksanaan dasar sekular mewajibkan setiap individu menggunakan nama keluarga.
Bapanya berasal dari kawasan pergunungan Albania, dekat dengan sempadan Serbia. Penduduknya amat memusuhi Kerajaan Turki Uthmaniah. Ibunya pula berasal dari keluarga petani, ayahnya berasal dari selatan Albania manakala ibunya (Zubeyde Hanim) dari Macedonia. Sekiranya benar demikian, maka Mustafa Kamal Attaturk berasal daripada keturunan Yahudi.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Fatimah, sekolah agama yang begitu masyhur. Tidak lama selepas itu, ayahnya yang amat membenci syeikh-syeikh agama telah memindahkannya ke sekolah yang lain dengan menggunakan sukatan pelajaran Barat. Di sekolah inilah Mustafa Kamal Attaturk mula diasuh dengan fahaman sekular. Semasa berumur 17 tahun, Mustafa Kamal Attaturk telah melanjutkan pelajaran ke sekolah tentera di Monaster. Sekolah inilah yang digunakan oleh Freemasonry untuk melatih kader-kader mereka.
Semasa belajar di sekolah ini, Pertubuhan Ittihad Wat Taraqqi yang berada dibawah kawalan Britain ditubuhkan. Lalu, Mustafa Kamal Attaturk menyertai pertubuhan itu dengan harapan mendapatkan jawatan. Pun begitu, beliau amat tidak disenangi oleh anggota pertubuhan itu dan tidak dibenarkan mengikut setiap perancangan yang berbentuk rahsia.
Mustafa Kamal Attaturk yang dikenali sebagai manusia yang berperangai lebih teruk daripada binatang itu, sedikit pun tidak mempunyai belas kasihan terhadap manusia dan sentiasa menunjukkan kesombongan diri. Seluruh masanya dihabiskan untuk melakukan pelbagai maksiat. Judi, minum arak dan zina adalah perkara biasa dan rutin hariannya. Beliau juga sangat membenci bangsa Arab dan sentiasa bersiap sedia untuk membalas dendam.
Syeikh Mustafa Sabri didalam kitabnya, An Nakir ‘ala Mungkiri Ni’mah min ad Din wal Khilafah wal Ummah, memberikan contoh kerosakan agama Mustafa Kamal Attaturk dan keburukan sejarah hidupnya. Mustafa Kamal Attaturk pernah ditemuramah oleh seorang wartawan Perancis dan dia mengatakan : “Sesungguhnya Nabi kami menyuruh murid-muridnya menyeru umat lain kepada agama Islam bukannya membina kerajaan.”
Syeikh menjawab kejahilan Mustafa Kamal Attaturk dengan berkata : “Panggilan murid ditujukan kepada sahabat-sahabat Rasulullah saw seolah-olah baginda saw hanya seorang syeikh atau guru sekolah pada pandangan Mustafa Kamal Attaturk atau dia telah menerima pakai cara panggilan Nasrani apabila mereka mengatakan bahawa Hawariyyun sebagai murid Nabi Isa as.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi
Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light).
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
KuRma (KuRindui Ramadhan)
Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'
Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin.
p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !!
Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.