Followers

Sunday, September 26, 2010

Melaksanakan Hak Dakwah dan Tarbiyyah

Assalamualaikum

Apabila kita melihat kepada strata sosial di mana setiap para sahabat Rasulullah saw mewakili golongan masing-masing nescaya kita akan dapati sekurang-kurangnya ada 24 segmen atau lapisan masyarakat yang diwakili.

1. Abu Bakar ra mewakili golongan tua dan tokoh masyarakat.
2. Ali bin Abi Thalib ra mewakili golongan muda terpelajar.
3. Khadijah binti Khuwailid ra mewakili golongan wanita pengusaha.
4. Zaid bin Haritsah ra mewakili golongan tenaga kerja (khadam).
5. Bilal bin Rabah ra mewakili golongan bekas hamba.
6. Suhaib Ar-Rumi ra mewakili wilayah dunia barat (Romawi).
7. Salman Al-Farisi ra mewakili wilayah dunia Timur (Parsi).
8. Utsman bin Affan ra mewakili golongan saudagar.
9. Asma’ binti Abu Bakar ra mewakili golongan aktivis perempuan.
10. Aisyah binti Abu Bakar ra mewakili golongan wanita terpelajar.
11. Umar bin Khattab ra mewakili golongan elit dan penjawat awam.
12. Usamah bin Zaid ra mewakili anak-anak belasan tahun (remaja lingkungan).
13. Abdullah bin Umar ra mewakili golongan remaja terpelajar.
14. Hasan bin Tsabit ra mewakili golongan pujangga dan penyair.
15. Zaid bin Tsabit ra mewakili golongan muda ahli bahasa.
16. Mus’ab bin Umair ra mewakili golongan elit muda bandar.
17. Abdullah bin Ummi Maktum ra mewakili golongan orang kelainan upaya (OKU).
18. Rafi’ bin Khudaij ra mewakili olahragawan dalam sukan memanah.
19. Samrah bin Jundab mewakili olahragawan sukan gusti.
20. Rufaidah ra mewakili golongan doktor dan perawat (tenaga medik).
21. Al-Habbab bin Mundzir ra mewakili golongan tentera dan ahli strategi perang.
22. Nuaim bin Mas’ud ra mewakili golongan ahli strategi dan pengurusan konflik.
23. Ummu Aiman ra mewakili golongan wanita pekerja dan ibu rumahtangga.
24. Abdullah bin Mas’ud ra mewakili golongan Qurra’ (Qari Al-Qur’an).

Daftar panjang nama sahabat-sahabat terkemuka yang mewakili berbagai segmen atau lapisan masyarakat yang ada merupakan gambaran kejayaan dakwah dan tarbiyah di zaman Rasulullah saw yang menyentuh hampir semua segmen yang ada di dalam masyarakat.

Kejayaan Rasulullah saw dalam membentuk dan membina para sahabat dari berbagai segmen tersebut menunjukkan pula keyakinan beliau bahwa semua segmen sosial memiliki potensi dan peluang sumbangan yang sama dalam memastikan jalan dakwah menuju kemenangan.

Kehadiran semua segmen sosial itu merupakan sebuah dokongan dan sinergi kekuatan bagi perjuangan menegakkan kebenaran. Selain itu, ia juga menyebabkan terbangunnya sebuah kesedaran kolektif yang kemudiannya melahirkan kekuatan kolektif yang pada akhirnya menandakan lahirnya sebuah peradaban baru dengan perubahan paradigma, sikap dan perilaku.

Ajaran Islam yang menyeluruh dan sempurna di zaman Rasulullah saw tidak hanya difahami dalam jajaran berbentuk konsep semata-mata, tetapi juga dipraktikkan pada jajaran berbentuk operasi sehingga jangkauan operasi dakwah beliau menjalar hampir ke semua segmen masyarakat.

Tidak ada satu segmen pun dalam masyarakat yang luput dari fokus sasaran dakwah dan tarbiyah dimulai dari :

1. Kalangan muda hingga orang tua.
2. Anak-anak hingga remaja.
3. Hamba hingga orang merdeka.
4. Fakir miskin hingga saudagar kaya.
5. Buruh kasar hingga tenaga pakar.
6. Masyarakat biasa hingga kumpulan elit politik.
7. Olahragawan hingga pujangga.

Gambaran tersebut menunjukkan bahwa Rasulullah saw telah berhasil secara optimum memenuhi hak-hak tarbiyah semua orang kerana setiap orang berhak ditarbiyah agar memiliki pemahaman dan pengamalan nilai-nilai Islam secara baik tanpa memandang segmen sosial dari mana ia berasal.

Sepertimana :

Kemerdekaan adalah hak asasi setiap bangsa.

Maka :

Tarbiyah adalah hak yang mendasar pula bagi setiap manusia.

Oleh sebab itu Rasulullah saw diutus untuk menyampaikan risalah Allah swt dalam rangka memenuhi hak-hak seluruh manusia untuk memperolehi kebenaran seperti yang termaktub dalam Al Qur’an :

“Dan kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, tapi kebanyakan manusia tiada mengetahui” (QS Saba’ : 28)

FALSAFAH TARBIYAH

Secara harfiah, perkataan tarbiyah tidak terdapat dalam Al-Qur’an, tetapi perkataan tersebut secara tersiratnya ada dalam istilah `ribbiyyuna katsir’seperti dalam ayat berikut :

“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (QS Ali Imran : 146)

`Ribbiyyun’ menunjukkan hasil dari sebuah proses tarbiyah yakni orang-orang yang ditarbiyah.

1. Mereka telah mendapatkan arahan rabbani secara intensif sehingga wawasan dan pemahaman mereka tumbuh dan berkembang serta keperibadian mereka terbentuk dan diwarnai dengan nilai-nilai Islam.

1. Fikrah mereka juga terisi dengan pengetahuan yang mendalam mengenai dasar-dasar keislaman, baik masalah akidah, ibadah dan muamalah serta akhlak.

Kesemua itu akhirnya membuatkan peserta-peserta tarbiyah tersebut :

1. Memiliki keupayaan berfikir yang kuat.
2. Tidak mudah takut.
3. Tidak mudah lemah dan menyerah dalam menghadapi berbagai rintangan di jalan dakwah.
4. Tidak tinggal diam atau membisu.
5. Menampakkan kesungguhan daya juang yang tinggi.
6. Memiliki kesabaran yang produktif di jalan dakwah.

Kalau dilihat secara sepintas lalu, seolah-olah tidak ada perbezaan antara istilah dakwah dan tarbiyah, tetapi sebenarnya ada perbezaan yang spesifik di antara kedua istilah tersebut.

Pengertian dakwah dalam Al-Qur’an lebih bersifat umum yakni berbentuk tabligh dan ta’lim iaitu hanya menyampaikan dan mengajarkan sahaja sehingga ianya bersifat satu arah.

Sementara pengertian tarbiyah menunjukkan adanya intensiti pembinaan, hubungan, penilaian dan komunikasi dua arah.

Perbezaannya memang lebih kepada masalah teknik pengoperasiannya sehingga mungkin dapat dikatakan bahwa tarbiyah adalah dakwah khusus kerana bersifat lebih menjiwai dan mendalam.

Demikian pula halnya dengan pengertian pendakwah dan murabbi.

Tugas pendakwah lebih merupakan usaha :

1. Membuka wawasan.
2. Mengetuk pintu nurani dan masih bersifat sementara baik dari segi kekerapan mahupun keterikatan hubungan dengan orang-orang yang didakwahkannya.
3. Bersifat satu arah dalam hal komunikasi.

Sedangkan murabbi memiliki :

1. Kekerapan dan keterikatan hubungan yang lebih kekal.
2. Penggunaan komunikasi dua arah sehingga berlakunya proses simbiosis secara timbal balik.

Di satu segi, seorang murabbi memberikan `output’ tarbawi namun di segi lain tetap memerlukan `input’ tarbawi dari para mutarabbinya.

Oleh sebab itu terdapat arahan kuat dari Allah swt agar kita menjadi `rabbaniyyin’ (orang-orang yang ditarbiyah) yang sentiasa bersemangat mengajarkan Al-Qur’an dan juga mengkaji Al Qur’an secara intensif sebagaimana friman Allah swt :

“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.” (QS Ali Imran : 79)

Secara psikologinya, memang ada perbezaan antara pendakwah dan murabbi. Setiap murabbi pasti juga ia seorang pendakwah, tetapi tidak semua pendakwah-pendakwah menjadi murabbi. Kayu ukur perbezaannya ada pada tahapan dan cara kerja serta hasilnya.

Pengertian pendakwah boleh diumpamakan seperti usaha yang baru sampai pada tahapan membuka hutan dan menyemai benih tanaman, tetapi belum menumpukan dengan program-program berterusan yang akan merawat benih tersebut agar dapat tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang berkualiti yang akarnya menghunjam kuat ke dalam perut bumi serta produktif berbuah setiap saat sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Qur’an :

“Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.” (QS Saba’ : 24)

Jadi, pendakwah belum sampai kepada tahapan merubah akhlak dan membentuk keperibadian.

Sebahagian pendakwah dilihat dari tatacara kerjanya, menunjukkan kecenderungan menerapkan sistem `one man show’ atau `single fighter’.

Mereka memiliki aspek keperibadian yang dominan sehingga orang-orang yang di bawah pengaruh dakwahnya lebih kuat mempunyai komitmen berbentuk peribadi yang ada hubungan emosi-karismatik berbanding komitmen terhadap nilai yang rasional.

Kesan ini masih sangat kental mewarnai hubungan sebahagian pendakwah dengan ummatnya sehingga justeru memelihara hairaki sosial, pengagungan terhadap individu dan fanatik peribadi meskipun ianya dibungkus dengan kemasan Islam.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahwa secara umumnya para pendakwah bentuk ini baru sampai pada taraf menyemarakkan arena dakwah dengan aneka ceramah yang lebih berbentuk retorik. Jadi sebenarnya, ia belum sampai pada tahap merubah secara `revolusi’ sebagaimana semangat perubahan yang mewarnai generasi pertama di zaman Rasulullah saw.

Sedangkan sebaliknya seorang murabbi lebih menekankan pada komitmen nilai dan bukannya komitmen keperibadian sehingga tidak berlaku penumpuan hanya kepada satu tokoh yang karismatik. Di samping itu, murabbi lebih memberikan perhatian pada proses tarbiyah dan mengembangkan semangat dialog dan penyertaan aktif dalam kerangka amal jama’ie.

Rasulullah saw dan para sahabat lebih berperanan sebagai murabbi berbanding pendakwah, maka oleh kerana itu, tidak seorang sahabat pun yang menyandang gelaran sebagai `Pendakwah Terkenal’. Namun kerja dakwah mereka begitu nyata dan produktif dalam hal mentarbiyah, membina dan membentuk peribadi, rumah tangga dan masyarakat yang Islamik.

Strategi dakwah `one man show’ atau `single fighter’ tidak pernah diterapkan oleh Rasulullah saw dalam berdakwah dan berjuang.

Beliau benar-benar sedar bahwa ianya tidak mungkin secara sendirian memenuhi hak tarbiyah semua orang dari berbagai segmen di dalam masyarakat. Oleh kerana itu beliau tidak membiarkan peranan sebagai murabbi bertumpu kepada dirinya. Beliau menanamkan semangat dan mengagih-agihkan tugas-tugas sebagai murabbi kepada para sahabat.

Para sahabat Rasulullah saw adalah sesuai dengan penguasaan mereka masing-masing dan secara aktif melakukan pembinaan tarbawi.

Abu Bakar ra misalnya berjaya mengambil dan mentarbiyah orang-orang yang berada di segmen yang sama dengannya yakni kalangan tokoh dan saudagar kaya.

Mush’ab bin Umair ra sangat produktif dalam mentarbiyah golongan elit politik Madinah.

Abdullah bin Ummi Maktum ra menunjukkan prestasinya dalam mentarbiyah lapisan masyarakat kelas bawah.

Ada juga yang tidak terduga di mana seorang bekas hamba iaitu Khabbab bin Al-Arath secara diam-diam berjaya mentarbiyah adik Umar bin Khattab iaitu Fatimah binti Khattab dan suaminya Sa’id bin Zaid di mana secara tidak langsung, Fatimah juga menjadi sebab kemasukan Umar bin Al Khattab ra ke dalam Islam.

HAK DAN KEWAJIBAN TARBIYAH

Secara umumnya setiap orang sangat senang dan memberi tindak balas dengan penuh minat apabila hak-haknya dibicarakan dan diperjuangkan. Lebih-lebih lagi apabila hak-hak yang ditawarkan tersebut berbentuk material, maka semua tangan akan menjulur ke depan, berlumba-lumba terlebih dahulu untuk mendapatkan haknya. Namun tidak demikian halnya dengan hak tarbiyah.

Tidak semua orang mahu menerimanya apalagi sampai memintanya. Oleh sebab itu diperlukan usaha memberi kesedaran dan penjenamaan semula agar setiap orang dengan senang hati mahu menerima dan bahkan menuntut haknya untuk ditarbiyah iaitu haknya untuk mendapatkan pengarahan yang benar dalam memahami dan melaksanakan nilai-nilai Islam.

Jika di satu segi, tarbiyah adalah hak semua orang, maka di segi yang lain mesti difahami bahwa tarbiyah merupakan kewajiban bagi sebahagian orang.

Mereka adalah orang-orang yang telah mendapatkan kurniaan kebaikan dari Allah berupa hidayah dan kelapangan dada untuk menerima dan melaksanakan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Sebagai bukti rasa syukur kepada Allah di atas segala kurniaan dan hidayah yang diberikanNya, maka seseorang itu mestilah berbuat baik kepada orang lain dengan cara mentarbiyahnya sebagaimana firman Allah swt dalam Al Qur’an :

“Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” (QS Al Qasshass : 77)

Jadi, TARBIYAH adalah HAK dan sekaligus KEWAJIBAN.

Setiap muslim mesti berusaha menjadi orang-orang yang `rabbani’ yang sentiasa berusaha memperolehi hak-haknya dan kemudiannya menunaikan kewajibannya mentarbiyah orang lain.

Tidak ada satu alasan pun untuk mengurangi hak-hak tarbiyah seseorang walaupun ia seorang ahli maksiat.

Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya `Ushulud Dakwah’, menceritakan bahwa mereka mesti tetap dipandang dengan penuh rasa sayang dan belas kasihan serta dipenuhi hak-hak tarbiyahnya agar suatu ketika ia menjadi insaf.

Demikianlah yang dicontohkan oleh Rasulullah saw dalam sikapnya terhadap Ikrimah bin Abu Jahal. Ikrimah selama ini dikenali sebagai penjahat perang yang tidak pernah ketinggalan di barisan hadapan dalam memerangi umat Islam. la memiliki dendam kesumat dan sentiasa ingin melampiaskannya dengan cara memerangi umat Islam kerana ayahnya Abu Jahal terbunuh di dalam Perang Badar.

Namun ketika peristiwa pembukaan Makkah, ia menyerahkan dirinya kepada Rasulullah saw dengan mengenderai kuda. Sesampainya di khemah Rasulullah saw, ternyata ia disambut oleh Rasulullah saw dengan penuh kehangatan dan kasih sayang:

“Marhaban Birrakibil Muhajir” “Selamat datang wahai si penunggang kuda yang hendak berhijrah (dari jahiliyah kepada Islam).”

Perlakuan Rasulullah saw yang penuh simpati dan penuh kelembutan membuatkan Ikrimah:

1. Bersimpuh di pangkuan tarbiyah Rasulullah saw.
2. Bertukar 180 darjah dan mengisi lembaran-lembaran kehidupannya dengan kebajikan-kebaijkan yang luar biasa.
3. Berubah menjadi penulis wahyu yang diabadikan di dalam kitab-kitab tafsir hingga saat ini.
4. Mendapatkan kurniaan syahadah dalam perang Yarmuk di masa kekhalifahan Abu Bakar As-Siddiq ra.

Oleh kerana itu, tidak ada alasan untuk mengabaikan hak-hak tarbiyah seseorang hanya kerana ia dianggap tidak mempunyai harapan lagi atau mendahului kehendak Allah dengan menganggap bahwa orang tersebut sudah ditakdirkan untuk binasa dan diazab oleh Allah swt.

Bukankah Rasulullah saw sentiasa berusaha dengan mujahadah lahiriyah dan batiniyah agar dapat memenuhi hak-hak tarbiyah kaum Quraisy termasuk kaum elitnya, sehingga beliau pernah secara khususnya berdoa agar Allah berkenan kiranya memberi hidayah kepada salah seorang di antara dua Umar,

“Allahumma a’izzal biahadil umarayn” (Ya Allah muliakanlah Islam dengan dua Umar, Umar bin Al Khattab dan Amru bin Hisyam (Abu Jahal))”.

Maka doa baginda dikabulkan dengan masuk Islamnya Umar bin Al Khattab yang memberi petanda awal kebangkitan dakwah Islam.

Rasulullah saw bahkan tetap menunjukkan semangat mentarbiyah orang lain meskipun usianya sudah di ambang senja. Bukankah beliau mulai mentarbiyah para sahabatnya ketika usianya sudah menjangkau empat puluhan?

Oleh kerana itu, jangan sampai ada anggapan bahwa semangat mentarbiyah adalah semangat untuk darah muda ketika kita masih menjadi pelajar atau mahasiswa sehingga ketika kita sudah berkeluarga, usia bertambah dan disibukkan dengan aktiviti mencari keperluan hidup dan mengurus keluarga, kewajiban mentarbiyah pun ditinggalkan.

Sayugianya, kemahiran mentarbiyah tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana para sahabatpun ketika di usia senja, mereka masih terus mengasah keterampilan memanah mereka.

Ketika ditanya oleh seseorang :

“Mengapa kamu setua ini masih lagi terus berlatih memanah?” ternyata jawabannya sungguh mencengangkan kita.

“Aku merasa berdosa kalau kemahiran yang pernah kudapatkan di saat Rasulullah masih ada hilang begitu sahaja kerana telah aku tinggalkan.”

Selain merupakan kewajiban, kegiatan mentarbiyah adalah suatu usaha agar dapat memiliki alasan untuk berlepas diri apabila kelak nanti diminta pertanggungjawabannya di sisi Allah swt iaitu telah dilakukan satu usaha optimum untuk mengajak orang lain kepada kebenaran sesuai dengan manhaj yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Kewajiban seorang murabbi hanyalah mentarbiyah, sementara hak memberi hidayah sepenuhnya di tangan Allah swt.

Tidak seorang pun berhak mendahului kehendak Allah bahwa orang atau kelompok tertentu tidak perlu lagi didakwah atau ditarbiyah kerana dianggap layak atau sepantasnyalah dibi-nasakan dan diazab oleh Allah swt.

Seseorang yang faham benar tentang kepentingan mentarbiyah tidak akan mudah berputus asa dan mendahului kehendak Allah. Sebaliknya ia memiliki motivasi yang semakin kuat untuk mentarbiyah agar memiliki alasan berlepas diri untuk pertanggungjawaban di hadapan Allah swt kelak sebagaimana firman Allah swt dalam Qur’an:

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati satu kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertaqwa”. (QS Al A’raf : 164)

PENTARBIYAHAN SEGMEN WANITA

Kesempurnaan Islam tidak hanya nampak dari segi komprehensif ajarannya tetapi juga terlihat dari kelengkapan segmen pendukungnya. Perkara itulah yang menyebabkan Islam dapat berkembang dan memiliki susunan sosio-politik yang kuat.

Di zaman Rasulullah saw, seluruh segmen masyarakat diperkuatkan agar dapat memberikan sumbangan bagi kejayaan Islam.

Contohnya dalam segmen ketenteraan, Rasulullah saw memperkukuhkan asas ketenteraannya dengan program pemindahan teknologi persenjataan perang dari negara lain. Beliau mengutus dua orang sahabatnya untuk mempelajari teknologi senjata jenis manjanik.

Perhatian Rasulullah saw yang besar terhadap segmen ketenteraan tidak membuatkan beliau berkurang perhatiannya terhadap segmen-segmen lainnya, misalnya segmen kewanitaan.

Islam memberikan kesamarataan antara laki-laki dan wanita dalam ketakwaan, peluang memberikan sumbangan amal seperti firman Allah swt :

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain.” (QS Ali Imran : 195)

Begitu juga hak untuk mendapatkan tarbiyah secara optimum kerana memiliki hubungan persahabatan yang berlandaskan keimanan dan amal soleh sebagaimana firmanNya :

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS At Taubah : 71)

Rasulullah saw memberikan perhatian khusus untuk mentarbiyah segmen wanita kerana menyedari peranan dominan wanita dalam mentarbiyah anak-anaknya dan kaumnya. Bahkan dalam sebuah perumpaman dikatakan bahwa wanita adalah madrasah, sekolah yang mendidik sebuah generasi :

“Ibu adalah madrasah. Jika kamu mempersiapkannya dengan baik maka bererti kamu telah mempersiapkan sebuah generasi yang baik.”

Isteri-isteri Rasulullah saw (ummahatul mukminin) dan para shahabiyah telah membuktikan peranannya sebagai madrasah yang sentiasa mentarbiyah anak-anaknya dengan celupan Islam. Bahkan dapat dikatakan hampir tidak ada anak-anak sahabat yang tidak mewarisi nilai-nilai kebaikan dari orang tuanya.

Sebut sahaja misalnya Usamah bin Zaid yang dibesarkan dan dididik oleh ibundanya Ummu Aiman ra. la menjadi panglima perang dalam usia 18 tahun.

Begitu pula Abdullah bin Zubair yang akhirnya menemui syahadah dalam mempertahankan prinsip, dididik dengan baik oleh ibunya, Asma’ binti Abu Bakar ra.

Begitu juga Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, seorang Khalifah Bani Umayyah yang benar-benar mewarisi keutamaan akhlak dan perangai datuknya, Umar bin Al Khattab ra. Ibu Umar bin Abdul Aziz adalah seorang gadis penjual susu yang jujur yang kemudiannya dinikahi oleh Ashim bin Umar bin Umar atas anjuran ayahnya, Umar bin Al Khattab.

Peranan sahabiyah dalam mentarbiyah anak-anaknya sangat besar sahamnya dalam melahirkan sebuah generasi yang tetap menjaga ketulenan Islam (ashalah Islamiyah) yang kemudiannya dikenali sebagai generasi tabi’in dan tabiit-tabi’in.

Mengapa para sahabiyah yang sekaligus merupakan isteri shahabat-shahabat Rasulullah saw mampu melakukan kerja besar seperti itu?

Ternyata jawabannya adalah kerana mereka tidak sekadar menanti atau menerima hak-hak tarbiyahnya, melainkan meminta dan menuntut langsung hak-hak tarbiyah mereka kepada Rasulullah saw sebagaimana beliau memenuhi hak-hak tarbiyah para sahabat.

Dalam satu riwayat disebut bahwa para isteri sahabat suatu ketika merasa irihati kepada suami-suami mereka kerana sentiasa mendapat wawasan dan pengetahuan yang baru dari Rasulullah saw. Mereka lalu menghadap Rasulullah dan memohon pada baginda agar mereka mendapatkan hak yang sama seperti yang didapati oleh para suami mereka.

“Wahai Rasulullah, berikanlah kesempatan dan waktu buat kami, satu atau dua hari untuk mendapatkan pengajaran syariat Islam darimu,”

Tuntut mereka dengan penuh semangat.

“Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini.”

Demikianlah Rasulullah saw langsung menyahut kesungguhan dan semangat mereka dalam menuntut pemenuhan hak-hak tarbiyah mereka.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dariMu sehingga kami mampu menarik sebanyak mungkin golongan manusia dari berbagai segmen yang akan memperkukuhkan gema dakwah dan tarbiyah yang menjadi hak dan kewajiban setiap orang dalam menegakkan syariatMu di muka bumi ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS Shah Alam
IKRAM Selangor

Tuesday, September 21, 2010

Apabila Teo Nie Ching dan Rosmah masuk masjid

Salam Lebaran..

Teringat satu hari,saya ke kedai wak dol (kedai feymes di kolej seroja,unimas) utk cari surat khabar..Berkerut dahi saya ketika tu bila tengok muka depan paper..gambar ahli parlimen DAP masuk masjid..dalam hati saya terdetik "ah..utusan tunjukkan kebodohannya lagi.."

Thanks to Anak Sungai Derhaka for dis article..


Teo Nie Ching ialah seorang Ahli Parlimen dari DAP, beliau telah dijemput memberikan sepatah dua kata kerana telah memberikan sumbangan kepada Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos yang lalu malangnya lawatannya itu telah mencetuskan kontroversi setelah disensasikan oleh Utusan Malaysia yang mentafsirkan ucapannya itu sebagai takzirah.

Disebabkan beliau bukanlah seorang yang berugama Islam jadi beliau tidak menutup rambutnya yang juga sebahagian dari aurat tetapi pakaiannya boleh dikatakan sopan.

Kejadian ini telah dikritik hebat oleh para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang dikuasai oleh UMNO/BN. Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau sedangkan suatu masa dulu JAKIM pernah mencadangkan agar MASJID DIJADIKAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN.

Kemudiannya mereka mempertikaikan pula cara Nie Ching berpakaian yang tidak menutup kepalanya yang juga sebahagian dari aurat denga tidak memakai tudung...


ni pula ialah gambar Isteri Najib iaitu Rosmah sedang memberikan takzirah (layak kah dia?) didalam sebuah Surau yang tidak tahu entah dimana.

Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang tidak menutup aurat didalam Surau tersebut.

Mereka adalah orang-orang Islam yang sepatutnya lebih memahami tuntutan Islam dalam menjaga adab dan tertib ketika berada didalam Masjid atau Surau. Dan sebagai wanita yang berugama Islam cara berpakaian mereka sepatutnya jauh lebih sopan dari Nie Ching yang bukan Islam itu..

Malangnya tiada sesiapapun dari para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang berani mempertikaikan kelakuan mereka itu.. Mereka memejamkan mata mereka...

Adakah kerana perempuan itu Isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah?

Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh
penyokong UMNO/BN.. juga memperlihatkan aurat didalam Masjid.

ni gambar lama.. err.. bukan gambar Rosmah. Puteri UMNO sedang
membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat


PUTERI UMNO TERKECUALI DARI HUKUM ISLAM KE???

Friday, August 6, 2010

Hati Bersuara

Assalamualaikum…
Salam Perjuangan…
Dalam ber’blog’ging nih..banyak perkara kadang-kadang aq sendiri pun tak dapat nk bg jawapan..
Perlukah aq berkongsi aktiviti-aktiviti dakwah,tarbiyyah dan normal life yg aku lalui saban hari..?
Kalau ikutkan hati..semuanya nak dikongsikan coz aq tgk..kadang-kadang blog sahabat2 yang lain..
Sekecil-kecil peristiwa pun dikongsikan dalam blog..
Tapi dpt dikongsikan dengan penuh hikmah..
Bagaimana dgn aq?
Bukan ape..aq selalu fikirkan tentang keikhlasan..
Klu aktiviti yg kita lalui..kita ceritakan..mcmane klu kite tetibe ade sifat riak?
Tak ke burn gitu je amalan tu?
Tapi..
Klu aku tak kongsikan….
Mcmne aq nk bgtahu org yg baca blog aku ni yg sbnrnye banyak alternative kebaikan yg kita boleh wat dalam seharian hdup kite nih..
Islam is a way of life..
Bukan mase sembahyang..sembahyang..
Time puse..puase..
Tapi time sukan..
Lutut terjelir Nampak..

Yang gurl plak..
pakai pakaian adek..
pastu time sembahyang..
sembahyang gak..
mulal lah gelabah nak cari telekung..

lepas semmbahyang..
open balik..

Impak Sekularisme Mustafa Kamal Artatuk
sangat sukar dileraikan daripada individu muslim skrg.

Siyes..macam isi n kuku melekat..
Mmg bahaya betul penjajahan minda nih..
Macam bukan islam pulak kalau sekali tgk..

Sangat banyak perkara yg aku nak ceritakan..
Aq nk jadi inspirasi kepada teman dan sahabat yang lain..
Dalam masa yang sama aku nak memperbaiki hidupku dari sehari ke sehari..
Mencontohi untuk dicontohi…
Sebelum menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni..
Aq nak kongsikan beberapa perkara yang jarang berlaku kpd remaja yang lain..tapi berlaku dlm hdup aq..

Contohnya..

Penubuhan Pertubuhan PEMIKIR..

Mcmne aq n kawan-kawan yang berumur 18-20 tahun berusaha sedaya upaya untuk menubuhkan satu NGO yg bernama PEMIKIR (Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Trg) untuk merekrut mantan ahli Majlis Tertinggi Sek Menengah..

Payah tu..
Tapi teman2 selalu Tanya kat diri aq..

Nape ko tak citer kat dlm blog?
Mus’ab : Ntahlah..aq takut org kate aq nunjuk2..

Ko tak rase klu ko ceritakan,ko blh jadi inspirasi kpd teman-teman yg lain?
Mus’ab : ye ke…aq ni blh jadi inspirasi ker..?

Hmmm…
Bile aq nak citer ni..

Banyak sangat citer menarik dalam pahit getir merangka perlembagaan PEMIKIR..
Pengalaman jadi Pengarah HOPE Gen Y (Himpunan Pemimpin Pelajar Generasi Y) (mesyuarat agong budak2 kecik ni)
Ye laaa..

Nk tubuhkan pertubuhan..kena byk meeting laa..
Susah tu nak cari duit..
Pergi wisma..jumpe Menteri Besar..
Huhu..
Semata-mata untuk aq lihat mereka yang berkebolehan memimpin ada usrah..faham tarbiyyah dan berbakti untuk ISLAM.

Bukan wat kerja NASIONALISM based on kaum yang ntah pape..
Tapi tak pe lah..
Suatu mase nanti..aq akan ceritakan..
Tunggu..

Lepas tu..
Dapat amanah jd kem komanden LEADERS (Latihan Ekstensif Asas Dakwah dan kepemimpinan Remaja Soleh Wa Musleh) 2010..

Aq bukan main gerun lagi..
Nk bagi arahan kak org2 hebat Ramaja JIM..

Kak Yong..
Kak Damia..
Kak Koda(erk??)
Kak Yatt..
Huh..tapi Allah sentiasa tolong aq..

Mus,tak masuk blog ker story LEADERS?
Mus’ab : err..tak pe lah...ana citer cikit2 je dlm facebook..

Kadang-kadang bile aq tgk macamane teman-teman yang lain habis-habisan bercerita dalam blog diorang ttg aktiviti yg telah dilalui..aq wase..”hmm..Perlu cite ke?”..

Sejujurnya beribu pengalaman aq nak ceritakan..
Beribu ilmu yang aq dapat setiap kali aq beraktivisme..

Ade lg..
Pengalaman ngeri dapat amanah untuk 100% handle KBM kat student UITM chemical engineering sem3 !

Yang ni agak dasyat..
Budak kecik ni gi handle abang2 n kakak2 yang bukan main lagi sasa n rock2..
Tapi Alhamdulillah..
Allah bantu aq untuk sentuh hati diorang..
KBM brjaya mase tu..

Story seminggu dikuarantin coz kena Infuenza A !! kuikui...tak tahu la nak citer ke tak ni..setiap mase mengucap..betul2 di ambang kematian..


Ya Allah..mase tu betul2 rase doa sahabat2 zoookkk! masuk..menusuk lam dada,tgh sakit jadi blh tahan..selalu ngalir air mate bile trkenangkan sahabat2 yg sentiasa bg semangat..jzkk sume!

Siapakah yang telah jadi inspirasi dlm hdup aq?

Usamah Zaid..jadi panglima perang mase umur 18 tahun..
Sampaikan..Umar Al Khattab yang senior pun ikut arahan dia..
Ali Abi Talib..ganti tmpat tidur Rasulullah saw mase kurang umur 12 tahun..
Ibn Abbas..jadi faqih ilmu Hadith mase umur 9 tahun..
Sultan Muhammad Al Fatteh menakluk Constantinople mase umur 24 tahun..
Hassan Al Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin mase umur 23 tahun..
Faris Audah..syahid berperang ngan tank Israel mase umur 12 tahun..

Imran Koyube..Firdaus Abd Rahim mengasaskan I luve islam.com start umur 20 an gak..tika iluvislam.com begitu dikenali..Imran Koyube baru nak masuk 24 tahun..
Hafiz Bai Pemuda IKRAM..mase dia lingkungan 20 an..tu banyak giler dah keje dia buat kan?
Skrg bukan main mantap lagi dia…
Sangat Istiqamah..
Abdullah Mujahid Hasanuddin,Pemuda IKRAM..UIA..umur 21 dah kahwin! Mcm2 mende dia dah wat..
Dengan isu Palestin nyer..dengan Ilham Nalury nyer..dengan Camera nyer..dengan KARISMA international nyer..Dengan study nyer..
Hussaini Khairuddin..Pemuda IKRAM UPM..fuh..bukan main lantang lagi dia sekarang..
Tak pernah duduk diam mencetak peribadi daie.
Marah betul dia klu orang tak de usrah..kan akh hussaini kan?
Try la bc blog dia..
Boleh ana katakana dia ni LEADERS IKRAM in making laaa…
Akh Afifi UTP..klu ana bgtau lebih2 tak selamat la..
Tapi yg ana nk bgtahu ana respect diorang sumer..
Al amin Sultan..
Abdullah Omar..Mr President..

Hebat..diorang hebat..
Usrah..dakwah..islah..islm diorang mantap..
Diorang inspirasi kehidupan ana..
Akademik n dakwah balance..
Kerja jalan..
Ape yg aq nak bgtau skrang ialah..

12 hari lagi aq akan berumur 20 tahun!
So..ape yg aku tlh buat utk Islam..?
Adakah dakwah dan tarbiyyah ku dah mantap??
Macam diorang sumer?

Kan..kan..? diorang hebat kan?
Ape yang Muhammad Mus’ab Muzahar dah buat skrag?

Adakah Muhammad Mus’ab Muzahar
islam?
Ataupun masih
Islam?
Islam huruf besar atau islam huruf kecil?

Adakah dengan aq bwk bbrp usrah..
Talk Palestin di sekolah n ipt..
Handle KBM..
Talk ISK kat sana sini..
Menubuhkan PEMIKIR..
Pegang jawatan tu dan ini..
Aq dah jadi islam yang sejati?
Hati aku bersih dan suci?
Kalau aku mati sekarang..aq dah boleh masuk syurga?!
Aq baru nak masuk umur 20 tahun!
Tahun depan..aq istiqamah kah?
Aq boleh bertahan lagi macam diorang sume kah?
Kat mane aq tahun depan?
Masih dalam usrah n tarbiyyah lagi ke?
Aq ikhlas ke tak ni..
Aq teringat kisah Hassan Al Banna..
Semasa sorang tanye kat dia..”ya Akhi,knape anta susun kerusi ini?anta sepatutnye berada di kerusi vip sane..”
Beliau menjawab “Aku bimbang,segala amalan aku selama ni Allah tak terima,tetapi Allah melihat dan menerima pahala aq menyusun kerusi ini”
Wah,Hassan Al Banna pun rase diri sekerdil tu!
Masakan aq dong…

Allahuakbar..
Walillahilhamd

Salam Perjuangan..

Sunday, August 1, 2010

Mari 'berkenalan' dengan pengkhianat sistem khilafah 1924 - Mustafa Kamal Artatuk



Pengkhianatan Mustafa Kamal Attaturk Terhadap Daulah Islamiah Kerajaan Turki Uthmaniah

Pada 3 Mac 1924 Mustafa Kamal secara rasminya :

- Menghapuskan Khilfah Islamiah.
- Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara.
- Menutup mahkamah-mahkamah syariah.
- Menghapuskan jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf.
- Menghalau keluar Khalifah Abdul Majid II serta semua ahli keluarganya dari Turki.

Pada 4 Mac 1925, satu undang-undang baru digubal kononnya bertujuan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan penduduk Turki :

“Dilarang semua bentuk penyebaran artikel bertulis yang boleh membawa kepada murtad (kembali kepada Islam) dan maksiat (syariat Islam). Mana-mana pertubuhan ataupun individu yang didapati berbuat demikian akan mendapat hukuman di Mahkamah Khas.”

Pada 25 Februari 1925 satu lagi undang-undang baru dibentuk :

“Mana-mana individu yang cuba menubuhkan pertubuhan politik yang menjadikan Islam sebagai dasar atau menampakkan ciri-ciri keIslaman, juga yang menyertai pertubuhan tersebut dikira sebagai ‘pengkhianat negara’. Begitu juga individu-individu yang cuba mengkritik kerajaan. Hukumannya ialah bunuh tanpa sebarang sisatan lanjut.”



Usaha MemBaratkan Masyarakat Turki Dan Menghapuskan Islam Oleh Mustafa Kamal Attaturk

- Menghapuskan undang-undang Islam dan diganti dengan undang-undang ciptaan manusia dari Barat (Britain dan Perancis).

- Menutup semua sekolah-sekolah agama dan diganti dengan sekolah-sekolah sekular. Pelajar–pelajar diasuh supaya membenci Islam dengan mengatakan bahawa Islam menjadi punca kemunduran Turki sebelum ini.

- Mengharamkan penggunaan bahasa Arab dalam penulisan dan komunikasi supaya bangsa Turki tidak mampu berhubung dengan bangsa Arab dan tidak memahami al-Quran, Hadis dan isi kandungan kitab-kitab Islam. Azan sembahyang juga mesti dilaungkan dalam bahasa Turki. Al-quran dalam bahasa Arab dilupuskan dan diganti dengan al-Quran dalam bahasa Turki. Seterusnya tulisan Latin diperkenalkan.

- Menghapuskan takwim Islam (Hijrah) dan diganti dengan kalendar Barat (Masihi). Semua hari-hari kebesaran Islam juga dihapuskan. Hari Ahad dijadikan hari cuti mingguan menggantikan hari Jumaat.

- Memaksa semua rakyat Turki mengubah nama mereka yang berasal daripada bahasa Arab atau nama yang mempunyai unsur-unsur Islamik kepada nama lain dalam bahasa Turki dan jauh daripada makna Islamik tersebut.

- Mengharamkan pemakaian Islam yang menutup aurat bagi wanita terutamanya tudung kepala dan niqab, seterusnya menganjurkan hiburan-hiburan maksiat bagi merosakkan pemuda-pemuda Islam, melalaikan mereka dan menyekat kebangkitan mereka.

- Mengharamkan pemakaian kopiah, serban , tarbus dan seumpamanya yang menunjukkan adat pemakaian Islamik bagi kaum lelaki. Mustafa Kamal Attaturk berpandangan bahawa cara yang paling berkesan untuk mengubah mentaliti masyarakat supaya boleh menerima perubahan ialah dengan menukar apa yang berada diatas kepala mereka. Penutup kepala baru iaitu Qubba’ah (Topi yang dipakai oleh orang-orang Barat, dalam bahasa Arab dipanggil Qubba’ah) diperkenalkan dan diwajibkan sebagai lambang kemodenan.

- Membentuk undang-undang kekeluargaan yang baru, yang memaksa semua institusi keluarga mengubah cara hidup tradisi yang dianggap kolot dan tidak bertamadun kepada cara hidup Barat. Contohnya, wanita tidak boleh dipaksa untuk mentaati suami dan diberi kebebasan mutlak dengan slogan ‘Kebebasan Wanita’ dan ‘Persamaan Hak’. Wanita dan lelaki tidak ada beza dalam mendapatkan hak pewarisan harta pusaka. Had umur tertentu ditetapkan bagi anak-anak yang mahu berkahwin. Manakala poligami dan talak diharamkan sama sekali.

- Melancarkan serangan pemikiran dengan memasukkan ideologi-ideologi Barat seperti Sekularisme, Komunisme, Nasionalisme, Liberalisme dan sebagainya.

- Menukarkan gaya hidup masyarakat yang Islamik (Islamic Culture) kepada gaya hidup Barat (West Culture)

Pada 13 Oktober 1923, Mustafa Kamal Attaturk secara rasmi mengisytiharkan bahawa Ankara adalah ibu negara Republik Turki, bukan lagi Istanbul. Tujuan utamanya ialah melenyapkan kenangan silam masyarakat Turki dan umat Islam seluruh dunia akan keagungan Kerajaan Turki Uthmaniah.

Dalam masa yang sama, Mustafa Kamal Attaturk telah menutup Masjid Eithiopia dan Masjid al-Fatih, masjid besar di Istanbul dan dijadikan muzium selepas itu. Selepas kemasukan pelancong-pelancong Barat ke Turki, umat Islam ditegah untuk bersembahyang didalamnya dengan alasan menghormati dan menjaga perasaan pelancong.

Biografi Mustafa Si Pengkhianat



Dilahirkan pada tahun 1881 di Salunik, tempat tinggal penduduk Yahudi Daunamah. Yahudi Daunamah merupakan sekumpulan Yahudi yang bersal daripada Sepanyol dan berhijrah ke Salunik. Salunik pula merupakan satu bandar yang berada didalam negara Greece yang tunduk dibawah kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniah pada ketika itu.

Mereka berhijrah ke Salunik bertujuan untuk membalas dendam diatas kekalahan mereka didalam Perang Salib dan keengganan Khalifah untuk memberikan mereka hak kewarganegaraan di Palestin. Mereka telah menyembunyikan akidah mereka dengan memeluk agama Islam dan memakai nama-nama Islam.

Mereka bertanggungjawab melakukan kerosakan keatas Kerajaan Turki Uthmaniah dengan memasukkan budaya Barat terutamanya kedalam angkatan tentera dan juga bersekongkol dengan pertubuhan haluan kiri bagi menggulingkan Khalifah. Gelaran ‘Kamal’ dalam istilah Arab yang bermaksud sempurna telah diberikan oleh gurunya kerana kemampuannya yang istimewa ketika berada di dalam kelas.



Gelaran ‘Attaturk’ atau ‘Bapa Pemodenan Turki’ pula dianugerahkan oleh Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki pada November 1934 apabila Turki berada dibawah pelaksanaan dasar sekular mewajibkan setiap individu menggunakan nama keluarga.

Bapanya berasal dari kawasan pergunungan Albania, dekat dengan sempadan Serbia. Penduduknya amat memusuhi Kerajaan Turki Uthmaniah. Ibunya pula berasal dari keluarga petani, ayahnya berasal dari selatan Albania manakala ibunya (Zubeyde Hanim) dari Macedonia. Sekiranya benar demikian, maka Mustafa Kamal Attaturk berasal daripada keturunan Yahudi.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Fatimah, sekolah agama yang begitu masyhur. Tidak lama selepas itu, ayahnya yang amat membenci syeikh-syeikh agama telah memindahkannya ke sekolah yang lain dengan menggunakan sukatan pelajaran Barat. Di sekolah inilah Mustafa Kamal Attaturk mula diasuh dengan fahaman sekular. Semasa berumur 17 tahun, Mustafa Kamal Attaturk telah melanjutkan pelajaran ke sekolah tentera di Monaster. Sekolah inilah yang digunakan oleh Freemasonry untuk melatih kader-kader mereka.

Semasa belajar di sekolah ini, Pertubuhan Ittihad Wat Taraqqi yang berada dibawah kawalan Britain ditubuhkan. Lalu, Mustafa Kamal Attaturk menyertai pertubuhan itu dengan harapan mendapatkan jawatan. Pun begitu, beliau amat tidak disenangi oleh anggota pertubuhan itu dan tidak dibenarkan mengikut setiap perancangan yang berbentuk rahsia.

Mustafa Kamal Attaturk yang dikenali sebagai manusia yang berperangai lebih teruk daripada binatang itu, sedikit pun tidak mempunyai belas kasihan terhadap manusia dan sentiasa menunjukkan kesombongan diri. Seluruh masanya dihabiskan untuk melakukan pelbagai maksiat. Judi, minum arak dan zina adalah perkara biasa dan rutin hariannya. Beliau juga sangat membenci bangsa Arab dan sentiasa bersiap sedia untuk membalas dendam.

Syeikh Mustafa Sabri didalam kitabnya, An Nakir ‘ala Mungkiri Ni’mah min ad Din wal Khilafah wal Ummah, memberikan contoh kerosakan agama Mustafa Kamal Attaturk dan keburukan sejarah hidupnya. Mustafa Kamal Attaturk pernah ditemuramah oleh seorang wartawan Perancis dan dia mengatakan : “Sesungguhnya Nabi kami menyuruh murid-muridnya menyeru umat lain kepada agama Islam bukannya membina kerajaan.”

Syeikh menjawab kejahilan Mustafa Kamal Attaturk dengan berkata : “Panggilan murid ditujukan kepada sahabat-sahabat Rasulullah saw seolah-olah baginda saw hanya seorang syeikh atau guru sekolah pada pandangan Mustafa Kamal Attaturk atau dia telah menerima pakai cara panggilan Nasrani apabila mereka mengatakan bahawa Hawariyyun sebagai murid Nabi Isa as.

Tuesday, July 27, 2010

Yahudi,Zionis dan Israel..Apa bezanya?


Thanks to Dr Heazar Ismail

Baru-baru ini, banyaklah perbincangan yang berkaitan dengan isu Yahudi, Zionis dan Israel berlegar-legar di portal media dan juga akhbar tempatan. Pelbagai isu, contohnya penglibatan sebuah syarikat bernama Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia. ‘Pendedahan’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan negara dengan dengan gerakan Yahudi antarabangsa dan tuduhan-tuduhan melulu berkaitan Israel dan gerakan Zionis merupakan antara isu ‘panas’ yang dimainkan oleh pakatan pembangkang dan tentunya ia sedang menjadi perhatian rakyat ketika itu.

Umumnya, saya merasakan apabila bercakap soal Yahudi, Zionis, Israel dan keYahudian, terdapat banyak stereotyping dan misnoma yang dikaitkan dengan frasa-frasa ini. Melalui interaksi saya, saya dapati kebanyakan masyarakat menganggap frasa-frasa ini membawa maksud dan mewakili kumpulan masyarakat yang sama, yang tentu sekali anggapan ini amat besar khilafnya.

Perkataan Yahudi itu sendiri melambangkan suatu bangsa, yang jika dikaji susur galurnya didalam kitab-kitab samawi menunjukkan bahawasanya bangsa ini lahir dari keturunan Nabi Ibrahim A.S melalui anaknya Nabi Yaakub A.S. Manakala agama Yahudi itu atau Judaisme merupakan agama amalan bangsa itu sendiri secara eksklusif. Bangsa Yahudi itu semestinya beragama Yahudi dan penurunan keturunan dikalangan bangsa Yahudi ini berlaku dari sebelah ibu, yang bererti sekiranya seseorang itu ibunya adalah Yahudi, maka dia secara automatik akan diiktiraf sebagai seorang yang berbangsa Yahudi oleh komunitinya. Masyarakat Yahudi secara amnya mengamalkan agama mereka secara introvert dan tidak cuba untuk mengembangkan fahaman mereka kepada bangsa-bangsa lain, dan jarang kita dengar akan individu dari subset bangsa lain ‘masuk’ agama Yahudi.



Dari sudut Islam, penganut agama Yahudi ini diiktiraf sebagai ‘Ahli Kitab’ dan sembelihannya halal dimakan oleh umat Islam. Saya pernah diberitahu sahabat- sahabat saya yang pernah tinggal di kawasan metropolis di Amerika Syarikat contohnya, mereka pernah dan ada yang selalu melanggani kedai daging ‘Kosher’ (Daging yang disembelih oleh Yahudi) milik masyarakat Yahudi atas sebab tidak wujudnya jualan daging-daging halal di sesetengah kawasan di negara itu. Zionisme pula atau fahaman Zionis adalah satu gerakan dan fahaman ultra-nasionalis Yahudi yang menginginkan penubuhan sebuah negara bangsa sendiri atau ‘promised land’ yang diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi berkerakyatan Austria bernama Theodor Herzl.

Dan hasilnya, tertubuhlah sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam sedunia dengan nama Israel. Dan dasar Israel ini adalah mudah - negara ini menganggap semua orang Yahudi, tidak mengira dari mana asal negaranya merupakan penduduknya yang sah dan dibenarkan untuk berhijrah pulang ke Israel untuk menetap secara tetap sebagai rakyatnya. Inilah punca utama pergeseran yang kita saksikan saban hari di Asia Barat apabila kerajaan Zionis Israel terus menerus merampas tanah hak rakyat Palestin untuk memperbesarkan komuniti Zionisnya secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Perbezaaan besar di antara Yahudi dan Zionis ialah : penganut fahaman itu tentunya orang yang beragama Yahudi dan berbangsa Yahudi, tetapi bukannya semua penganut dan bangsa Yahudi ini adalah berfahaman Zionis. Sebagai contoh, pengikut kepada mazhab orthodoks Yahudi yang dikenali dengan nama Naturei Karta misalnya merupakan sekelompok masyarakat Yahudi yang menentang secara habis-habisan ideologi Zionisme dan juga penubuhan Israel yang dianggap gerakan itu sebagai satu ‘dosa besar’ bagi bangsa Yahudi.

Malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan anti Zionism lain di kalangan masyarakat Yahudi di peringkat antarabangsa, antaranya ialah seperti International Jewish Anti Zionism Network (IJAN) dan Satmar. Gerakan-gerakan ini, sama ada berbentuk sekular mahupun secara keagamaan, semuanya membenci dan menolak gerakan sekular Zionisme yang mereka anggap sebagai satu gerakan haram yang menggadaikan maruah bangsa Yahudi itu sendiri di mata dunia.



Jadi, sebelum mana-mana diantara kita ingin berdiskusi secara lebih lanjut tentang Yahudi, Israel, Zionisme dan keYahudian secara menyeluruh perlulah kita fahami akan terminologi-terminologi ini dahulu, agar sekurang-kurangnya dapatlah kita elakkan mengecam dan mengutuk sesuatu bangsa secara membuta tuli.

Mungkin kemarahan kita sepatutnya ditujukan kepada bangsa Yahudi yang menganut fahaman Zionis sahaja, diatas kekejaman dan penyeksaan yang mereka masih hamburkan kepada masyarakat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, dan tentunya ingatan kita tetap kepada masyarakat Palestin yang masih tertindas setelah lebih 50 tahun berjuang.



Dalam waktu kurang dari satu bulan, orang-orang dari seluruh Amerika Syarikat dan dari luar akan berkumpul pada pertemuan Yahudi AS 2010 : Menghadapi Rasisme dan Apartheid Israel .

Pertemuan ini adalah satu peristiwa bersejarah yang dimaksud...kan untuk membangun hubungan, kejernihan politik dan mengorganisasi Yahudi anti-Zionis dan aktivisnya. Persidangan ini terjadi pada saat berkembangnya pengakuan terhadap sifat brutal Negara Israel, dan semakin banyak orang yang dipaksa untuk menentang kekebalan hukum tersebut. Untuk saat ini, Pertemuan ini memiliki lebih dari empat puluh organisasi pendukung, dua ratus peserta, dan telah memperoleh perhatian dari Orang Palestina, dan gerakan anti-rasis di Amerika Syarikat, serta perhatian dari media mainstream Yahudi.

Mengingat tujuan dari Pertemuan, kami mengharapkan tantangan yang dilontarkan terhadap tujuan tersebut. IJAN (Internasional Jews Anti-Zionist Network), penyelenggara utama pertemuan, sudah menerima kritikan namun didasarkan pada asumsi yang tidak akurat atau asumsi tujuan-tujuan politik yang ternyata berbzda. Dengan acara yang penting bagi kami ini, kami ingin menjadikan saat ini untuk menjelaskan prinsip-prinsip, posisi dan tujuan Pertemuan dan membantu memperbaiki atau mencegah kesalahfahaman.

IJAN dan Pertemuan bersikap tegas melawan Zionisme, dan amalan-amalan yang memberikan hak istimewa orang Yahudi di atas, dan menjadi beban rakyat Palestina. Dengan perluasan, bahawa kami menolak nasionalisme Yahudi berdasarkan Zionisme, sebuah nasionalisme yang menghapus keragaman sejarah Yahudi dan mendapatkan keselamatan didalam pemisahan, isolasi dan dominasi terhadap orang lain. Kami percaya bahawa keselamatan yang sejati dan kebebasan jangka panjang hanya dapat ditemukan didalam pembebasan semua orang.

Kami secara tegas menantang monopoli Zionisme terhadap sejarah yahudi kami yang beragam, politik, budaya dan praktik-praktik keagamaan. Kami mendapatkan kekuatan dari dan bergabung dalam tradisi panjang komitmen Yahudi untuk pembebasan manusia. Bertentangan dengan pengkhianatan Zionis terhadap tradisi ini dan pembajakan sejarah Yahudi, Pertemuan ini merupakan tindakan kolektif Yahudi untuk menegaskan kembali dan berhubungan kembali dengan sejarah panjang penyertaan dalam gerakan keadilan sosial.

Dengan cara yang sama bahawa kami menolak rasisme yang melekat pada Zionisme, kami menolak rasisme dan kebencian dalam bentuk apapun dan terhadap setiap masyarakat atau orang. Jadi kita menolak untuk menyekutukan diri kami dengan rasisme anti-Yahudi, supremasi kulit putih atau orang-orang yang menolak adanya Holocaust. Melakukan hal yang sebaliknya, akan bererti merangkul strategi Zionis dan mencampurkan Yahudi dan Judaisme dengan Zionisme, sebuah taktik yang digunakan untuk mengandaikan bahkan memaksa dukungan tanpa syarat dari orang-orang Yahudi untuk Israel terlepas dari tindakan Israel sebagai suatu negara.

Didalam penolakan tegas kami terhadap Zionisme, kami tidak pernah dan tidak akan mengambil bagian dalam tindakan yang mencampurkan Zionisme dengan Judaisme, baik sengaja atau tidak. Kami percaya bahwa mendukung Palestina menentukan nasib sendiri memerlukan adanya perlawanan terhadap ide-ide,kebijakan dan praktek Zionis, yang bukan praktek Yudaisme.

Untuk memastikan bahwa kami tidak memecah belah dan tidak mengganggu tamu di Detroit, Pertemuan ini tidak akan mendukung partisipasi dalam kegiatan politik lain selain dari kegiatan yang dikembangkan melalui proses kolaboratif nasional yang mengorganisasikannya. Kami meminta peserta pertemuan ini untuk tidak terprovokasi oleh mereka yang mungkin mencuba untuk merosak tujuan Pertemuan, termasuk dengan cara meminta anggota kami dalam aktivitas di luar dari dan bertentangan dengan itu (catatan: tujuan Pertemuan).

Selain itu, IJAN tidak akan menyelaraskan dirinya dengan orang-orang yang baik berusaha menggunakan perjuangan melawan Zionisme untuk tujuan-tujuan mereka sendiri, individu maupun kolektif, atau yang menyatakan diri mereka anti-Zionis tapi tindakannya yang memecah belah hanya malah melanjutkan agenda Zionis, melemahkan kerja pembebasan Palestin dan pengorganisasian anti-Zionis. Sebaliknya, Pertemuan ini dimaksudkan untuk mempromosikan pembangunan kekuatan orang Yahudi yang dapat memperbanyak dan memperkuat upaya-upaya untuk mengatasi Zionisme dan mendekolonisasi Palestin, melalui kerjasama dengan dan mendukung perjuangan Palestin untuk pembebasan.

Untuk itu, kami menyambut semua orang yang 1) tertarik dalam mendukung pengorganisasian Yahudi anti-Zionis sebagai bahgian dari gerakan pembebasan Palestin yang lebih luas dan anti-rasis, pengorganisasian anti-imperialis baik di Amerika Serikat dan di luar, 2) berkomitmen terhadap prinsip-prinsip yang tercermin dalam maksud, tujuan, asumsidan harapan Pertemuan dan 3) mampu mengekspresikan komitmen tersebut melalui partisipasi yang mendukung tujuan dan kegiatan Pertemuan. Sementara kami menyelenggarakan diskusi tentang perjuangan kami yang terus berkembang untuk mengatasi kehancuran termasuk kehidupan dan tanah, dari prinsip,praktik dan kebijakan Zionis, kami tidak akan mentolerir upaya untuk mengganggu, merusak, memprovokasi atau menyerang peserta, pembicara atau fasilitator.
- Jaringan Anti-Zionis Yahudi Internasional -

Gerakan Ekstremis Yahudi

Kita sering didedahkan melalui media massa dengan nama-nama gerakan ekstremis Islam yang menjalankan gerakan radikal menentang musuh-musuh mereka diantaranya dengan cara pengeboman berani mati. Antara gerakan-gerakan ekstremis yang terkenal pada saat ini adalah kumpulan al-Qaeda, Taliban, dan Jemaah Islamiah (Hanya menyebut beberapa nama). Namun begitu tahukah kita bahawa Yahudi juga mempunyai pergerakan radikal dimana gerakan-gerakan ini kebiasaannya dianggotai oleh golongan Yahudi ekstremis. Setiap gerakan mempunyai satu tujuan yang hampir serupa iaitu membina kuil Haikal Sulaiman di tanah haram Israel. Mari kita berkenalan dengan mereka.


Temple Mount Rabbinical Court

la merupakan sebuah pertubuhan pengganas Yahudi yang bermotifkan agama. Mereka bergerak di kalangan Rabbi-rabbi Yahudi yang beriman dengan kewajipan menegakkan Haikal sebelum kedatangan Messiah (Penyelamat di akhir zaman) dan bukan selepas kemunculannya.

Mereka mempunyai pengaruh yang amat signifikan keatas golongan terpelajar agama Yahudi. Ianya dianggotai oleh para Rabbi yang begitu obsessed untuk mendirikan semula Haikal seperti Dov Lior, Nahman Kahane dan Israel Ariel. Pada bulan Ogos 2000, pertubuhan ini telah mengeluarkan fatwa mereka kepada orang-orang Yahudi untuk merempuh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai tapak Haikal yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk bangsa Yahudi.


Ateret Cohanim

Merupakan sebuah ‘non-profit’ NGO (Amutot) yang bertugas untuk membeli tanah-tanah dan segala hartanah di al-Quds dan juga kawasan sekitar ‘Mount of Temple’ (Masjid al-Aqsa). Mereka berpusat di al-Quds dan aktif membeli hartanah daripada kalangan warga Arab yang materialistik. Ditubuhkan oleh anggota kumpulan Yeshivat HaGolan pada tahun 1978 sebagai Yeshiva (pusat pengajian agama Yahudi) untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan Kohanim dan upacara penyembelihan.

Dua kali dalam setahun, iaitu ketika perayaan ‘Passover’ dan juga perayaan ‘Sukkoth', pertubuhan ini dan kementerian agama rejim Zionis akan bersama mempelajari dan mengulang kaji semula hukum-hakam berkaitan dengan Haikal dan upacara ritual didalamnya. Rabbi Shlomo Aviner iaitu Rabbi didalam pertubuhan ini mengatakan bahawa pengajian mengenai Haikal adalah untuk menjadikan Haikal itu sentiasa bersama dengan orang-orang Yahudi didalam jiwa, spiritual dan intelektual mereka sebelum ianya dibina.


Shofar Benim

Sebuah kumpulan pengganas radikal yang mempunyai persenjataan dan mengambil pendekatan yang radikal untuk membina semula Haikal. Kumpulan ini mempunyai rangkaian kerjasamanya dengan kumpulan-kumpulan radikal sepertinya, antaranya ialah kumpulan YESHA (singkatan daripada perkataan Yehuda, Samaria dan Gaza), kumpulan Zo Artzenu, Mateh MAAMATZ dan juga beberapa kumpulan-kumpulan lain yang dianggotai oleh individu-individu dan juga para Hakham Yahudi.

Shocharey HaMikdash (Temple Lovers Group)

Ia merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan beberapa pertubuhan Yahudi yang mempunyai aspirasi untuk membina kembali Haikal. Ianya juga dianggap sebagai pertubuhan yang paling berpengaruh dikalangan kumpulan-kumpulan radikal dan pengganas Yahudi yang bergerak dalam negara haram Israel. Pertubuhan ini diketuai oleh Profesor Hillel Weiss.

Menurut Yehuda Etzion, seorang aktivis radikal Yahudi, cita-cita pertubuhan ini adalah untuk menghimpunkan semua kumpulan pengganas Yahudi yang bercita-cita untuk membina Haikal di bawah satu payung front yang besar agar semua usaha mereka dapat diselaraskan. Antara individu yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam organisasi ini ialah Hakham Baruch Kahane, anak kepada Hakham Meir Kahane, pengasas kumpulan radikal dan pengganas yang paling agresif didalam negara rejim Zionis, iaitu kumpulan ‘Kach’.

Ketika perhimpunan agungnya pada tahun 1999, kumpulan ini telah dibiayai oleh Kementerian Agama kerajaan rejim Zionis. Pada awal penubuhannya, pertubuhan ini kurang mendapat sambutan sehinggalah lima tahun kebelakangan ini keahliannya meningkat secara mendadak dan mendapat sokongan daripada ramai rakyat rejim.

The Temple Establishment Movement

Pada awal penubuhannya ia diketuai oleh David Elbaum, Kini ianya diketuai oleh Rabbi Yosef Elbaum. Aktivisnya yang paling menonjol ialah Yoel Lerner. Pertubuhan ini ditugaskan khas untuk menjaga dan mengajar kepada para penjaga Haikal tatacara ibadat didalam Haikal. Para penjaga Haikal dipilih berdasarkan keturunan mereka.

Mereka juga pada awal penubuhannya telah mengkaji dan menyusun semula tatacara ibadat-ibadat yang sepatutnya dilakukan didalam Haikal. Ini adalah sesuatu yang rumit, kerana orang Yahudi telah kehilangan apa yang mereka dakwa sebagai ‘Haikal’ (kedua) semenjak hampir 2000 tahun yang lalu. Mereka juga pada waktu ini sedang mempersiapkan pakaian para Kohanem (paderi) dan Rabbi yang akan berkhidmat didalam Haikal, menyiapkan segala perhiasan-perhiasan didalam Haikal dan juga menyusun jadual kerja para Kohanem.

Machon HaMikdash (Temple Institute)

Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Rabbi Israel Ariel, Moshe Neiman dan Michael Ben Horin di kawasan penempatan Yahudi dalam kota Baitul Maqdis. Rabbi Ariel merupakan orang nombor dua dalam gerakan Kach pada tahun 70-an namun pada tahun 1980 beliau telah dikeluarkan daripada pertubuhan tersebut kerana mengeluarkan idea yang radikal berkenaan pembinaan semula Haikal.

Dalam Persidangan Haikal yang diadakan pada tahun 1998 di International Conference Center, Baitul Maqdis, beliau telah menyeru agar para peserta menyertai persidangan itu pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya, beliau telah datang dengan memakai baju pekerja buruh binaan dengan katanya, “Saya bersedia untuk membinanya sekarang!” Tindakan beliau ini didorong oleh ideanya bahawa Haikal mestilah dibina sekarang dan bukannya dibina oleh Messiah.

Manakala Neiman dan Ben Horin merupakan bekas ahli pertubuhan Kach yang aktif, mereka turut mempunyai aspirasi yang sama dengan Ariel. Pertubuhan ini telah membina pasu (balang) untuk mengisi kitab suci (200 commandments), namun ia hanya boleh digunakan apabila terbinanya Haikal.

Pertubuhan ini mendapatkan dana daripada Kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan rejim Zionis dan pertubuhan Sherut Leumi, iaitu pertubuhan wanita-wanita beragama Yahudi. Mereka juga menerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Kristian Protestan dari Amerika Syarikat dan Eropah yang bercita-cita untuk menubuhkan Haikal.


Shuvu Banim

Mereka adalah kumpulan pengganas radikal Yahudi yang mendiami kawasan penempatan Muslim di dalam kota Baitul Maqdis. Kebanyakan anggota kumpulan ini adalah mantan banduan dan penjenayah, tentera-tentera veteran, belia bermasalah dan juga para samseng yang tidak takutkan sesiapa tetapi didoktrinkan untuk membina semula Haikal. Ianya dikategorikan oleh banyak pihak sebagai pertubuhan radikal, pengganas ekstremis yang paling berbahaya.

Anggota kumpulan ini banyak dipengaruhi oleh pemimpin berkarisma mereka, Rabbi Eliezer Berland. Mereka didoktrinkan dengan ideologi fahaman melampau, fahaman nasionalis radikal, latar belakang jenayah, pemikiran massionic, kebencian yang melampau dan lain-lain unsur yang cukup untuk mendorong mereka melakukan apa sahaja jika terdesak tanpa mengira risiko. Mereka juga mempunyai kebencian yang mendalam terhadap bangsa selain Yahudi, terutamanya terhadap umat Islam.



Hai VeKayam (Enduring)

Ditubuhkan pada tahun 1990 oleh sekumpulan aktivis radikal dan pengganas Yahudi bawah tanah. Di antara penggerak mereka ialah Yehuda Etzion dan sekumpulan ekstremis dari kawasan penempatan Yahudi di Bat Ayin, Gush Etzion. Kumpulan ini mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan yang telah ditugaskan oleh Tuhan untuk membina semula kegemilangan 'Negara Israel' dan mereka juga mendakwa bahawa kehidupan mereka adalah berdasarkan adatistiadat 'Haikal ketiqa'.

Di antara aktivis mereka yang terkenal ialah Yoav Lerner, orang yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan radikal bawah tanah Yahudi ekstrimis yang bernama Gal. Kumpulan Gal mempunyai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara 'agama' Yahudi berdasarkan ajaran Halachah dan juga bercita-cita untuk meletupkan Masjid al-Aqsa yang didakwa sebagai sebuah bangunan 'haram' yang didirikan di atas tanah Haikal.

Beliau telah ditangkap sebanyak tiga kali oleh pihak rejim kerana percubaan meletupkan Masjid al-Aqsa dari tahun-tahun 70 an sehingga tahun 90-an. Di antara anggota lain kumpulan Hai Ve Kayam yang terkenal adalah dari kalangan tokoh-tokoh radikal dan pengganas Yahudi seperti Kapten Moti Karpel dan Noam Livnat (saudara Limor Livnat) yang merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian agama Yahudi radikal yang terkenal iaitu 'Joseph's Tomb Yeshiva' di Hebron.


Amutot (NGO) For Settling Jerusalem (Jerusalem Forum)

Jerusalem Forum adalah sebuah pertubuhan yang berusaha membina penempatan Yahudi di sekitar kota Baitul Maqdis. Antara kawasan yang telah mereka tukarkan menjadi kawasan penempatan Yahudi ialah kawasan Beit Orot, Elad,Ateret Cohanim, Ateret L'yoshna dan lain-lain lagi. Kebanyakan daripada mereka yang mendiami kawasan-kawasan yang diusahakan oleh Amutot merupakan dari kalangan para aktivis organisasi Temple Mount.

EIHar Hamor (To Mount Hamor)

Sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh ahli akademik dari kawasan penempatan Yahudi di Yitzhar. Diantara anggota mereka ialah Rabbi Yizthak Shapira, Rabbi Dudi Dudakvich, Shay Dawim dan Rabbi Yossi Plai (anak Menachem Felix).



Mishmarot HaKohanim (The Kohanim's Preserves)

Pertubuhan ini ditubuhkan oleh ahli keluarga Cohen yang mendakwa bahawa mereka adalah daripada keturunan Lawi (Levi dalam bahasa Ibrani, iaitu salah seorang daripada abang Nabi Yusuf) yang bertanggungjawab menjadi paderi-paderi (Kohanim) dalam Haikal dan paling layak menjalankan upacara-upacara ibadat kaum Yahudi di dalamnya.

Mereka telah melatih para kohanim semenjak mereka kecil lagi dan berterusan melatih generasi berikutnya walaupun Haikal masih belum wujud. Untuk melatih kohanim-kohanim yang dipilih, setiap anggota masyarakat yang terlibat dengan usaha pembinaan Haikal akan bertanggungjawab menjaga kohanim dari keturunan Cohen yang ada dengan mereka. Setiap Kohanim pula sentiasa bersedia melakukan semua upacara yang sepatutnya dilakukan di dalam Haikal selaras dengan motto mereka, 'At The Time The Command Is Given'.

Di antara latihan upacara ritual yang diberikan latihan kepada para kohanim ialah upacara penyembelihan, cara membina Haikal, cara menyucikan dan membersihkan Haikal, cara mempersembahkan sembelihan, cara bermain muzik dengan alat-alat muzik yang diperlukan sewaktu upacara ibadat mereka dan lain-lain lagi urusan dalam Haikal. Latihan menyembelih haiwan-haiwan korban, mereka telah dibekalkan dengan patung-patung haiwan dari plastik oleh seorang Yahudi Amerika di Texas yang memiliki kilang plastik melalui penduduk Mitzpeh Yericho. Oi Mitzpeh Yericho juga mereka telah membina sebuah bangunan model Haikal yangmempunyai keluasan 187 meter x 187meter dan rekaan seperti Haikal yang ingin dibina.

Pembinaan dan usaha melengkapkan model tersebut dihentikan buat sementara waktu kerana masalah dana dan mendapat protes dari golongan Rabbi yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Walau bagaimanapun, Mitzpeh Yericho telah menjadi 'kolei' (tempat pengajian agama bagi Yahudi lelaki yang telah berkahwin) yang dikhususkan untuk pengajian mengenai Haikal. Mereka semua dibimbing oleh ketua Rabbi di sana, iaitu Rabbi Yehuda Kreuzer. Projek pembinaan model Haikal di sana pula diusahakan sepenuhnya oleh Moshe Neiman, termasuklah mencari dana untuk tujuan tersebut. Rabbi Kreuzer tidak banyak mendedahkan perancangannya dan amat berhati-hati dengan para wartawan dan kurang bercampur dengan orang kebanyakan. Apabila diwawancara oleh ramai orang, dia hanya menjawab, 'To Be Ready When The Command Is Given'.

The Temple Women

Sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Michal Aviezer, seorang suri rumah, seorang petugas di mahkamah rabbinik (agama Yahudi) dan seorang penduduk Kiryat Shmuel berdekatan dengan Haifa. Kumpulan ini bertanggungjawab mengumpulkan emas-emas dan juga batu permata sebagai persiapan untuk pembinaanHaykal. Emas dan batu permata yang dikumpulkan itu disimpan di tempat simpanan milik Machon Ha Mikdash.


Hara'ayon Hayehudi (The Jewish Idea)

la merupakan cabang daripada kumpulan Kach. la masih bergerak aktif walaupun setelah diisytiharkan haram oleh pihak rejim kerana ideologi radikalnya yang melampau. Mereka mempunyai Yeshiva mereka sendiri di Shmuel Hanavidi dalam bandar Baitul Maqdis. Mereka mempunyai organisasi luaran berdaftar yang dinamakan Hazit Hara'ayon (The Ideological Front), yang mana salah seorang daripada aktivis mereka adalah Itamar BenGvir, iaitu salah seorang aktivis radikal Yahudi yang lantang bersuara.

Mereka mempunyai majalah mereka sendiri yang dinamakan 'The Youth of Jewish Sovereiqnity'. Kollel mereka diketuai oleh Rabbi Nahman Kahane, saudara kepada Rabbi Meir Kahane. la juga pernah diketuai oleh Binyamin Kahane, anak Meir Kahane. Anggota mereka memainkan banyak peranan penting didalam 'Temple Organization'.

Sewaktu perhimpunan 'The Feast of the Temple' pada tahun 1997 di Baitul Maqdis, anggota kumpulan ini telah menyebarkan risalah mereka kepada anggota perhimpunan yang bertajuk :

“To remove and eliminate, it is enough,we are fed up. The time has come to do what should have been done a long time ago. Government of Israel, remove the Gentiles and the Arabs from the Temple Mount” (maksudnya: Untuk mengalihkan dan memusnahkan, sudah cukup, kami sudah bosan. Masanya telah tiba untuk kita melakukan apa yang sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi. Kerajaan Israel, pindahkan para Gentiles (bangsa selain Yahudi) dan Arab dari Bukit Haikal).

Mishnarot HaMikdash (The Temple Work Shifts)

Satu lagi pertubuhan yang ditubuhkan oleh Yehuda Etzion. Beliau menubuhkannya bersama dengan Moshe Feiglin. Penubuhannya diilhamkan melalui pertemuan keduanya di Jalan Misgav Ladach, berdekatan dengan 'Temple lnstitute' di Baitul Maqdis. Tujuan penubuhan kumpulan ini adalah untuk menyediakan pengawal-pengawal pintu masuk ke Haikal yang berjanggut dan berbaju kemeja putih berdasarkan riwayat dari Talmud yang mengaitkan pakaian pengawal Haikal di zaman silam.

Tugas mereka akan berjalan sehingga robohnya Masjid al-Aqsa dan terbinanya Haikal. Kumpulan ini juga bertindak sebagai pengawal kepada para pengunjung berbangsa Yahudi untuk memasuki kawasan al-Haram al-Sharif (Masjid al-Aqsa) pada jarak yang mereka benarkan. Tugas itu menurut mereka adalah selari dengan ajaran Talmud dan juga sebagai penghormatan kepada Haikal.


Ne'emaney Har HaBayit (Temple Mount Faithful)

Sebuah pertubuhan radikal dan pengganas yang diasaskan oleh Gershon Solomon. Kumpulan ini bergerak secara bersendirian dan tidak bersama dengan pertubuhan-pertubuhan radikal yang lain dalam usaha membina Haikal.

Solomon telah mendapatkan dana daripada komuniti Kristian di AS dan Eropah yang beriman bahawa peperangan dengan Gog and Magog (Yakjuj dan Makjuj) sedang berlangsung kini dan sudah sampai masanya Haikal dibina semula bagi menyambut kedatangan kali kedua Jesus. Ketika diwawancara, Solomon mendakwa bahawa lebih kurang 10,000 Kristian dari serata dunia termasuk dari negara-negara umat Islam telah menyertai pertubuhan ini. Dalam 'negara haram Israel' pula, seramai 10,000 yang lain telah mendaftarkan diri sebagai ahli pertubuhannya.

Perbezaan Dan Persamaan Halal Islam Dan Kosher Yahudi




Kita semua sering mendengar perkataan Halal (حلال) atau pernah melihat logo-logo halal yang terdapat pada produk-produk makanan dan minuman yang kita beli sehari-hari. Dalam bahasa Inggeris dan Perancis, (Istilah Halal sudah rasmi diakui menjadi kata bahasa Inggeris dan Perancis) Halal diertikan terbatas dalam hal makanan sahaja. Namun dalam bahasa Arab dan dalam pengertian Islam, Halal bererti segala hal yang diperbolehkan menurut hukum Islam. Jadi Halal dalam pengertian Islam mencakupi dalam masalah perbuatan, perkataan, cara berpakaian, dan sebagainya.

Namun tahukah anda, dalam agama Judaisme terdapat juga aturan-aturan diet atau makanan yang tidak kurang dititik beratkan seperti mana Halal dalam Islam, yang disebut Kosher (dalam bahasa Inggeris dan Perancis) atau Kashrut (כַּשְרוּת) dalam bahasa Ibrani (Hebrew). Walaupun terdapat kesamaan-kesamaan antara Halal dan Kosher, namun terdapat juga perbezaan-perbezaan yang signifikan antara Halal dan Kosher. Untuk mengetahui persamaan dan perbezaan antara Halal dan Kosher ini, mari kita mulai dengan membahas mengenai kedua dietary laws tersebut.




HALAL حلال

Dalam hukum Islam, Halal dalam makanan bukan saja menyangkut apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan, tetapi juga menyangkut prasyarat binatang yang akan disembelih, cara menyembelih, ritual penyembelihan, persiapan makanan sebelum dihidangkan, dan lain-lain. Dalam mempersiapkan makanan yang halal, hal-hal yang harus diperhatikan adalah :

•Binatang harus hidup dan sihat pada waktu penyembelihan.
•Binatang yang disembelih harus binatang yang Halal untuk dimakan.
•Semua darah harus dikeluarkan daripada badan binatang setelah disembelih.
•Yang harus menyembelih adalah seorang Muslim.
•Penyembelihan harus dengan pisau yang sangat tajam dan harus sekali sembelih.
•Menyebutkan ‘Bismillah’ atau nama Allah setiap kali akan menyembelih.
•Dalam menyimpan makanan halal, tidak boleh bercampur dengan makanan yang haram kerana akan menjadi haram.

KOSHER כַּשְרוּת




Dalam Kosher Yahudi, peraturan-peraturan umumnya adalah sebagai berikut:

•Binatang yang disembelih harus binatang yang Kosher (yang diperbolehkan dalam hukum makanan Yahudi).
•Seperti halnya dalam Halal, dalam Kosher binatang yang disembelih harus dalam keadaan hidup dan sihat pada waktu ianya disembelih.
•Darah daripada binatang yang disembelih harus dikeluarkan juga.
•Namun demikian, dalam Kosher ada beberapa bahagian daripada binatang yang tidak boleh dimakan.
•Pengucapan nama Tuhan (seperti ‘Bismillah’ dalam agama Islam) cukup sehari sekali untuk seluruh binatang yang akan disembelih pada hari tersebut.
•Dalam Kosher, daging dan susu (juga produk-produk yang dibuat daripada susu seperti keju, mentega, dan lain-lain) tidak boleh dicampur, baik dalam penyimpanannya mahupun pada waktu memakannya. Jadi makanan seperti cheeseburger adalah tidak Kosher (tidak boleh) menurut agama Yahudi. (Beberapa fahaman Yahudi yang lain ada yang tidak membolehkan ikan dicampur dengan daging).
•Produk-produk anggur yang tidak dibuat oleh orang Yahudi tidak boleh dimakan.

PERBANDINGAN HALAL ISLAM DAN KOSHER YAHUDI






•Dalam Islam larangan menggunakan binatang non-Halal (haram) seperti babi, bukan hanya berlaku pada makanan saja, tapi juga produk-produk lain hasil daripada binatang tersebut misalnya insulin daripada babi juga adalah haram. Sedangkan dalam agama Yahudi, larangan penggunaan binatang non-Kosher hanya terbatas pada makanan sahaja, sedangkan untuk yang tidak dimakan seperti insulin hasil daripada babi, adalah dibolehkan.

•Merokok dalam Islam masih terjadi dualisme. Sebahagian ulama mengklasifikasikan sebagai makruh, namun semakin banyak ulama yang mempercayai bahawa merokok itu haram kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada diri! Dalam Islam, sesuatu yang memudaratkan tubuh itu tidak boleh (haram), ini didasarkan pada ayat al-Quran :

وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

QS (2:195) Ertinya : “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”

Sedangkan menurut agama Yahudi, pada dasarnya tidak ada masalah dengan merokok, hanya beberapa fahaman Yahudi yang Orthodoks yang tidak membolehkan merokok.




•Dalam agama Islam, binatang-binatang haram seperti babi menjadi Halal jika kita tidak mempunyai pilihan lain atau tidak ada makanan lain dalam keadaan darurat. Hal ini untuk menjaga kelangsungan hidup atau jiwa manusia pemberian Allah yang sangat berharga tersebut. Hal ini disebutkan dalam ayat al-Quran berikut ini :
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

QS (2:173) Ertinya : “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sedangkan dalam agama Yahudi tidak ada pengecualian, mereka tetap dilarang daripada memakan babi walau macam mana keadaan mereka sekalipun.




Monday, July 26, 2010

Aku ISLAM.Strategi hidupku IKRAM



Pertubuhan IKRAM Malaysia


Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan



KUALA LUMPUR - Di hadapan lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara, sebuah gerakan Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dilancarkan pagi tadi (20 JUN 2010). Majlis bersejarah tersebut berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan dekat sini.


Sungguhpun IKRAM nama baharu dalam dunia gerakan Islam di negara ini, ia bukanlah pertubuhan (NGO) yang baru hendak bertatih. IKRAM lahir hasil gabungan lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang ditubuhkan Februari lalu menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.

Setakat hari pelancarannya sahaja, IKRAM telah mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri di seluruh negara, manakala bilangan ahli-ahlinya sudah menjangkau 3500 orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.

Dalam sidang media yang diadakan seusai pelancaran tersebut, Dr Parid menjelaskan IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang komprehensif dan tidak memberikan fokus kepada bidang-bidang tertentu sahaja kerana dakwah adalah hak semua orang.

Bingkisan Islam yang hendak disampaikan oleh IKRAM adalah untuk semua manusia tanpa mengira agamanya agar lebih ramai yang dapat menerima kebaikan Islam dan sujud kepada Pencipta alam.

"Walaupun begitu, kita tetap berpegang kepada konsep bahawa tidak ada paksaan dalam beragama. Mereka yang belum bersedia menganut Islam tiada halangan untuk berdialog dan bekerjasama dengan kita dalam bidang-bidang tertentu," katanya.

Antara matlamat IKRAM yang disebut dalam perlembagaannya adalah menyebarkan Islam melalui dakwah, meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam, memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial dan menegakkan syariat Islam secara praktikal. Selain yang demikian, IKRAM bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam, sesuai dengan moto IKRAM, 'Ukhuwah Teras Kegemilangan'.

IKRAM menyatukan dalam satu organisasi kerja-kerja dakwah yang telah diusahakan oleh ahli-ahlinya di bawah pelbagai nama. Dengan tertubuhnya IKRAM, kegiatan-kegiatan seperti dakwah kepada yang belum Islam, pendidikan, wanita, remaja, belia, kebajikan, bantuan kemanusiaan, hak asasi manusia dan urus tadbir yang baik (good governance) akan digabung (consolidate) dan diperteguh.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Setiausaha Agung, Haji Zaid Kamaruddin dan Ketua Wanita, Ustazah Maznah Daud. Kebanyakan media utama negara termasuk daripada akhbar berbahasa Cina turut hadir membuat liputan majlis pelancaran dan sidang media IKRAM itu.

Menjawab satu soalan, Dr Parid menerangkan bahawa IKRAM berusaha membawa konsep dakwah yang dapat diterima oleh semua pihak demi mewujudkan kefahaman serta amalan hidup yang selari dengan tuntutan massa.

"Yang penting, ia mestilah tidak terkeluar daripada landasan Islam. Kita mesti yakin Islam itu baik bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga untuk yang belum Islam," ujar lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Fiqh dan Usul Universiti Jordan, Amman ini.

Pelancaran IKRAM hari ini sekali gus melancarkan lagu rasmi pertubuhan itu yang menarik dan bersemangat. Lagu berjudul 'IKRAM' tersebut ditulis oleh Prof Dr Hatta sendiri manakala lagu dan vokalnya disampaikan oleh kumpulan SaffOne.

Sesi kedua majlis diserikan dengan Tazkirah Perdana oleh Ahli Lembaga Timbangtara IKRAM, Ustaz Alias Othman berjudul 'Bekalan di Perjalanan' dan ucapan berapi-api oleh Ustaz Hasanuddin Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif yang turut menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Seorang pengunjung, Azhar Maluddin, 45, berkata, jumlah kehadiran yang begitu ramai pada hari ini memberi petanda yang amat baik.

"Pelancaran IKRAM yang dihadiri tidak kurang daripada 5,335 hari ini mampu memberi impak yang besar kepada ahli-ahli. Ia menunjukkan IKRAM boleh mendapatkan bantuan yang sewajarnya daripada ahli-ahlinya apabila diperlukan," katanya.

Sementara itu, gerai-gerai yang dibuka di lobi dewan, terutamanya yang menjual barangan berkaitan Palestin mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung.

Berita oleh: A Ralim M Yaseen

Location: MIECC,Seri Kembangan

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'