Followers

Sunday, May 18, 2008

Pengalaman di Chemerong-Nukilan my mother

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani

Menggamit Memori di Chemerong



Tepat jam 9.35 pagi kami sampai di tapak perkhemahan. Kami adalah keluarga yang terawal sekali sampai..

 Bersembang dengan mak cik yang membuka gerai jualan di situ yang mana semasa kami bermukhayyam tahun 2000 dahulu mak cik inilah yang menjual di sini. Dia menceritakan bahawa pengunjung semakin ramai datang terutamanya semasa cuti. Kami terkejut kerana banyak perubahan yang berlaku di situ. Ada bangunan sebesar masjid dengan kemudahan kantin, tempat mandian anak-anak, kedai makan yang luas ruang legarnya seperti dewan,kemudahan tandas awam, bangsal-bangsal untuk memasak di tapak perkhemahan, dan lain-lain
 Sementara menunggu sahabat-sahabat lain, kami memasang khemah. Lebih kurang setengah jam kemudian, keluarga Kak Azmi tiba.
 Terasa seronok kerana akan berjumpa lebih ramai lagi sahabat dan mengembalikan nostalgia semasa Sakinah 2000 (mukhayyam keluarga JIM –SAKINAH 2000 ) yang mana tapak inilah kami bina khemah tanpa kemudahan asas seperti yang ada sekarang terutamanya elektrik.Yang paling tidak dapat dilupakan semasa program PGK2001 di tempat yang sama ini juga, kami berkhemah . Pada masa itu, anak ana yang kedua, Muhammad Munzir diserang lelah (asthma) yang teruk sehingga menyebabkan ikhwah terpaksa keluar dari hutan Chemerong untuk mencari klinik yang terdekat (Durian Mas) untuk mendapatkan rawatan walaupun waktu malam. Pada esoknya pula,Munzir sekali lagi terpaksa ke klinik kerana terkena bisa ‘ulat bulu’ sehingga habis seluruh tubuhnya bengkak-bengkak.Di klinik, dia diberi suntikan dan dimasukkan air bagi menyingkir bisa ulat. Di sini kami dapat rasakan kekuatan ikatan ukhuwwah di antara kami-itu lapan tahun yang lalu dan sekarang,Munzir sudah 16 tahun. Pada masa itu Munzir bukan peserta PGK tetapi dia datang kerana ana dan zauj ana bertugas sebagai pembantu program.
 Jam menunjukkan pukul 10.30.Kami bersarapan (bekal dr rumah ) semakin ramai sahabat tiba bersama keluarga masing-masing. Ustaz Idris datang dengan membawa ‘generator’ (untuk memasang lampu seperti kebiasaan apabila ada mukhayyam). Beliau diberitahu bahawa sudah ada kemudahan elektrik. Dengan bersungguh-sungguh beliau menjawab “,kalau boleh kita mahukan perkhemahan yang tiada kemudahan air dan elektrik supaya kita dapat merasa kesusahannya,itulah perkhemahan sebenar”
 Akhi Abas membawa peralatan memasak dibantu keluarga dan sahabat yang lain
 Program berjalan lancar, anak-anak seronok di dalam air, ikhwah akhawat ada yang berehat, ada yang mandi sementara Akhi Abas dan anak-anak remaja puteri menyiapkan menu tengahari. Bagi ana perkhemahan kali ini paling santai tetapi letih,betul-betul rehat, tak larat nak turun mandi sebab untuk ke tempat mandi (lebih dalam dan menarik) terpaksa naik bukit walaupun tak sampai setengah kilometer. Ana tak mampu.....
 Masuk waktu Zohor...Ikhwah2 pergi solah Jumaat di masjid berhampiran..ana,anak2 dan sahabat lain berehat sambil berbual2.
 Masih dengan aktiviti bebas.Masuk waktu Maghrib barulah program bermula.Semua berkumpul.Anak2 kecil tetap ceria,riuh rendah walaupun sehari suntuk bermain air,yang keletihannya ibubapa.maklumlah kebanyakannya di ambang 40 an dan ke atas.
 9.00pm.......berkumpul di dewan.Membuka majlis dan dimulakan dgn tazkirah yang disampaikan oleh akh Muzahar sendiri yang bertajuk Ukhuwwah.
serta persembahan sketsa spontan dari beberapa keluarga yang dikendalikan oleh akhi Abbas.Alhamdulillah,semuanya sporting.Beberapa pengajaran diperolehi dari persembahan tersebut.Majlis diakhiri dengan taklimat untuk program ‘tracking’pagi esok.Beberapa peringatan diberitahu seperti mesti memakai kasut dan baju lengan panjang utk mengelak kecederaan.Taklimat disampaikan oleh akhi Abbas.Selesai taklimat,jadual hirasah pun diberi kpd ikhwah2 termasuk anak2 remaja putera.
 Alhamdulillah..suasana nyaman sekali.Tidak sejuk dan tidak terasa panas bermalam di dalam khemah.Terlena sehingga ke pukul 5.Kelihatan semua sudah berkumpul di dewan besar untuk qiamullai.Anak2 kecil masih lena dibuai mimpi...
 Kuliah subuh disampaikan oleh anak ana sendiri (munzir ) yang bertajuk Tiga Dosa Terbesar Di antara Dosa2 Besar.Alhamdulillah,bakatnya mewarisi ayahnya.Apa pengajaran dan kesan2nya tanyalah sahabat2 lain.
 Jam menunjukkan 7am.Akhi Abbas menyediakan sarapan lebih awal kerana persediaan untuk pendakian.Nasi goreng tak cukup,lari ‘buget’ sebab bilangan keluarga yang dtg bertambah tanpa pengetahuannya.Ada yang bersarapan dgn roti walaupun roti untuk bekalan pendakian.
 Taklimat sekali lagi diberikan kpd peserta2.Katanya tempoh pendakian 3 jam(11am).Sampai ke tidak kita mesti turun.Pukul 2pm dijangka sampai ke khemah semulaSenaman ringan dibuat bg meregangkan otot2.Bersemangat sekali terutama anak2.Akhawat yang tak pergi tolong sediakan makanan tengahari
 Langkah bermula diiringi dgn doa serta membawa bekalan lebihan roti dan air.
 Perasaan nak turut sama mendaki melonjak apabila melihat ustazah Kamariah turut serta.Apatah lagi pelawaan dari YDP Trg sendiri memberi semangat...”anak kecil tu tinggallah bersama akhawat yg tak pergi”.Anak sulung ana (Mus’ab)pun sama memberi semangat,sanggup mendukung adik kecilnya yang setahun setengah.Wah! Semangatnya.Akhir sekali kata dua diberi oleh suami tersayang..“Jangan fikir semangat je ummi...fikirlah keupayaan kita.Panjat bukit sikit pun merangkak,ni nak panjat gunung”.Terkedu juga ana....betullah tu
 Tinggallah kami berlima...Ukht Mazlina tak mendaki sbb nak simpan tenaga utk memandu bila pulang nanti katanya.Ukht Rosmawati(kak Ros)tolong jaga ank 2 akhawat yg pergi (nursery),Ukht Zahrah mcm ana lah tak sihat,Ukht Zuhailah - ank2 masih kecil dan ukht Nor Fadhilah cirit birit.Kami tak rasa bimbang walaupun tanpa ikhwah kerana ada juga pengunjung lain yang datang dan penjual makanan pun datang awal.
 Berehat,mandi-manda dan bersama2 menyediakan masakan.Dalam fikiran pukul 2pm ‘pendaki2’ akan sampai.Mesti dlm kelaparan dan dahaga.Menu tghari ialah sup ayam,nasi,goreng sayur dan ikan masin,tea.Bergegas kami sediakan,bimbang tak sempat,maklumlah masak bukannya sedikit.
 Sedang kami memasak,keluarga cikgu Norfizam tiba diikuti dengan keluarga akh Zulkifli.Dalam fikiran ana mesti akhi Zul turut sama mendaki kerana beliau merupakan ikhw yang lasak dan berani tapi zaujah beliau (kak aini )beritahu akh Zul letih,baru balik kerja
 Kelihatan akh Zameran dan keluarga pula dtg.Seronok rasanya bila ramai yang boleh hadir.Rupa2nya ada hikmah di sebalik kehadiran mreka.Hanya ‘Al Muhaimin’ sahaja yang tahu.
 Jam dah pukul 1pm.Awan mendung.Mata ana asyik ke arah hutan kawasan pendakian.Cuaca gelap.Mesti hujan kat sana.Mengikut pengalaman ana ,walaupun hujan sedikit tapi kawasan air terjun airnya cepat melimpah(kepala air).Peristiwa ni pernah berlaku semasa program PGK 2001 dahulu.-sedang kami membersihkan bekas2 tiba2 air pasang dan mengalir deras sehingga hanyut bekas2 yang kami pegang.
 Pukul 2pm.Hujan lebat menyebabkan kami semua berehat di dalam khemah,walaupun basah dimasuki hujan.Keluarga2 yang baru datang hanya berehat di atas bangsal2 yang disediakan.Anak2 dilarang mandi kerana kolam buatan dilimpahi air dan alirannya terlalu deras.
 Walaupun berehat di dlm khemah,rasa tak mengantuk kerana memikirkan mereka yg mendaki,kenapa tak turun2 ni.....Jam dah 3pm.Rupanya bukan ana shj yang runsing,rupanya Ukht Mazlina pun sama.Kami keluar dr khemah.Hujan masih renyai2.Datang Kak Ros.Nampak gelisah.Buat-buat riuh.Datang akhi Zameran bertanya khabar dan apa jadual kita orang sebenarnya.Ini kerana beliau datang lewat,tak tahu perjalanan program.Kami tetap beritahu bahawa kata2 akhi Abbas yang mana mereka akan sampai pukul 2 atau pukul 3 paling lewat kerana jika jam 11 belum sampai kemuncak kami akan turun..Naik 3 jam,turun 3 jam,katanya.
 4pm....ana,kak Ros,Mazlina dan Zu dah mula risau,Tak boleh disembunyikan lagi.Ana cadangkan supaya buat report ke balai pengawal(yang berada di pintu masuk) ,bila malam susah.Kak Ros setuju tapi akhi Zul dan Zameran ada.Kita bincang dulu.Akhirnya kami berbincang,termasuk Kak Yong,kak Aini,Marina.Hampir pukul 5pm.Masya Allah....Apalah yang berlaku.Ya Allah,selamatlah mereka..Kak Ros beria2 suruh akhi report je...kalau kita buat laporan,bukannya Pasukan Penyelamat terus dtg..mesti sampai ke malam.Akhi Zul buat keputusan untuk mendaki,kalau2 mrk terserempak.Tapi berapa jam nak bagi masa?hari dah semakin senja.Keputusan ni tidak dipersetujui oleh ana dan akhawat lain,kak Ros terutamanya.Tapi kami akur...Akhi Zul hanya beritahu kpd pengawal kat situ.Katanya,akhi Norfizam akan buat laporan sekiranya beliau tak turun dlm masa 2 jam.Kami buat kiraan.Sekarang dah pukul 5,so...sampai jam 7....?Lewatnya kak Ros.Doakan saja semoga semua selamat.
 Akhi Zul dan Zameran mulakan pendakian...Kami menunggu dan terus berkemas tapak perkhemahan dibantu oleh anak2 ukht Yong terutama ‘ anak teruna ‘beliau ,si Ikmal Haziq.Tak payah disuruh2.Angkut barang bukannya sedikit.Si puteri pula mendukung baby JannatiJazakumullah.Inilah remaja pewaris kita.Semua mkanan yang kami sediakan tghari tadi dipindahkan ke ‘dewan’ dibantu oleh anak2 muda yang bersantai di situ.Kak Ros yang panggil mrk sebenarnya.Nampaknya mereka seronok dapat menolong kami.
 Akhirnya kelihatan akhi Zul dan Zameran sampai.Dengan wajah suram dan berpeluh2,tak nampak apa2 pun kata mereka.Terkeluar juga dari mulut akhi Zul,kenapalah dia orang buat mcm ni,kalau nak ke puncak bahaya bawa anak2 kecil,malah akhawat pun kita tak galakkan.Setakat kat Kolam Kem Balak tak apa lah.(semasa Sakinah 2000 dulu kami mendaki ke K.Balak.peserta yang paling muda berusia 3 bulan,digalas macam orang asli).Betul juga kata2 akhi Zul.Akhi Zameran asyik tersenyum je,tak menunjukkan reaksi apa2 walaupun di hatinya bimbang,ana tahu.Bagusnya akhi..sembunyikan keresahan.Kalau anta risau ana lagilah.
 Apa nak buat sekarang ?Akhirnya akhi Zul dan Zameran keluar ke balai polis berhampiran.Baru lah lega hati ana.Alhamdulillah
 7 pm.Kelihatan trak polis dan beberapa orang anggotanya tiba dan berbincang dgn ikhwah2.Ya Allah...kenapalah sampai ke tahap ni.Pandang ke arah gunung....gelap berkabus.Apalah mereka buat dengan anak2 kecil,tak boleh dibayangkan.Hanya Allah yang tahu.Mengalir juga air mata dibuatnya.Muka2 keresahan tak dpt disembunyikan lg.
 Kami bagi maklumat kpd polis...bilangan ,nama,umur,beberapa kali kerana tak lengkap.Maklumlah fikiran sedang bercelaru,lagi pun kami perlu tahu nama2 si kecil yang turut sama mendaki.Alhamdulillah,berkat keakraban ukhuwwah,semua nama kami tahu,terutama kak Ros dan Mazlina kerana peserta ramai dari Cukai.Tapi kalau tak cakna anak2 sahabat ni tak tahu juga.Itulah hikmahnya....
 Pasukan Rela,beberapa orang penduduk kampung,polis masih berbincang...Apa lagi mereka tunggu kak Ros?
 Masuk waktu Maghrib...Kami solah berjamaah diikuti dengan solah hajat diimamkan oleh akhi Zameran
 Setelah semua maklumat diberi,kami ditegur oleh pegawai polis kerana tidak membawa seseorang sebagai penunjuk jalan untuk pendakian walaupun sudah biasa dengan keadaan di sini.Sebenarnya ramai yang dah sesat.Hutan ni tebal katanya,banyak risiko.Mereka terkejut juga bila kami memberitahu pendakian mereka untuk ke puncak dengan anak2.Kata mereka,kalau sampai hebatlah mereka.Kak Ros mengaku bahawa kami lah yang silap.Tidak buat persiapan,bekalan makanan minuman tak banyak dibawa,lampu suluh pun tak ada...Suatu pengajaran sebenarnya.
 Sebelum berangkat.pihak Rela minta kami sediakan seberapa banyak minuman terutama susu kalau ada.Makanan tak perlu kerana mereka dlm keadaan lemah perlukan air sahaja.Mana kami nak dapatkannya.Alhamdulillah.Pertolongan Allah ada di mana2.Nasib kami baik kerana penjual yang ada di situ belum balik lagi.Kami beli semua air tin.air kotak (soya) yang adaMinuman lain tak boleh-hanta susu atau soya.Walaupun Cuma 30 kotak sahaja,sudah cukup untuk dibahagi2kan kata Rela kepada kami.
 Tak berangkat lagi.Hampir pukul 8 pm..Katanya ,tunggu polis dari Kuala Terengganu dan laporan ini akan dihantar kepada polis Kuala Lumpur.Rupa-rupanya begini cara Pasukan Penyelamat (PP)bertugas.Pandangan ana,bagi mereka,ini sudah menjadi kebiasaan pada mereka,kami yang gelisah,mereka ‘relax’ je.Nampak macam tak bersungguh.Berserah pada Allah saja kak Ros.
 Apa yang kami bimbang dan risau,mereka mengatakan bahawa jika pukul 10.30 mereka masih belum dijumpai,operasi menyelamat akan disambung keesokan harinya.Berderau darah ana mendengarnya.Masya Allah,janganlah sampai ke tahap ni...
 Akhirnya operasi nak dimulakan. PP bertanyakan pihak kami siapa yang nak ikut serta.Akhirnya Akhi Zul buat keputusan bahawa dia akan turut serta.Kami tak bersetuju terutama Kak Ros kerana memandangkan keadaan akhi yang semput,nantikan PP bimbangkan keselamatan akhi pula.Tegas juga kak Ros menasihati akhi Zul.Begitu juga dgn akhi Zameran,beliau menasihati akhi Zul supaya jgn pergi.Kita serah shj kpd PP.Ana faham kenapa beria2 sangat akhi Zul nak pergi.Satu,tiada wakil drpd pihak kita.Keduanya ,bimbang nanti mereka tak bersungguh untuk menjalankan operasi menyelamat kerana tiada kesungguhan drpd kita.Itu pandangan ana.Betul ke tidaknya wallahua’lam..
 8.30 pm..Operasi pun bermula.Lebih kurang 8 orang mendaki termasuk akhi Zul.Berserahlah pada Allah.Semoga berjaya.Dalam fikiran ana,mereka yang di atas tu selamat cuma tak boleh bergerak kerana gelap,berkumpul,berzikir,menunggu bantuan dari luar...itu yang ana fikir,nak hiburkan hati sebenarnya.Airmata mengalir tak boleh ditahan lagi,macamanalah keadaan si maryam (7 tahun).Masa nak berangkat tadi,dialah paling seronok.Sarapan dgn sekeping roti shj..
 Kami berkumpul di dewan,menunggu..Makanan tghari tadi langsung tak disentuh,semua tak makan dari td....bayangkanlah perasaan kami pada waktu itu..Tempat kami sahaja yang cerah.Pandang ke arah hutan ...Ya Allah,kelam,hitam pekat.Apalah mereka buat kat sana.Tak tercapai akal manusia.Itulah rahsia alam ciptaan Allah.Terbayangkan gurauan2 keluarga ana semasa nak berangkat tadi..melambai – lambai (sindir kerana ana tak boleh pergi sebenarnya sebab ana beria-ia sangat nak ikut)Barulah terfikir kata2 suami tersayang yang melarang ana pergi tadi.Bayangkan kalau ana pergi,tinggal yang menyusu ni..Masya Allah.....dan kalau ana pergi bawa sekali si kecil ni...Banyaknya hikmah Mu Ya Allah.Teringat juga kata2 ustaz Idris tadi yang mahu perkhemahan yang tiada letrik tiada air...
 Kelihatan akhi Zul tercungap2 keluar seorang diri.Tidak sampai pun satu jam mereka bertolak.Cepat2 kak Aini (zaujahnya) pergi kearahnya.Betullah akhi Zul tak mampu untuk teruskan pencarian.Begitu kuat semangatnya,apakan daya dah tak ada tenaga.Kesihatan tak menngizinkan.
 Akhi Zamri dan cikgu Mustafa tiba dari Cukai.Diikuti akhi Hanafiah dan akhi Abdul Aziz dari Kerteh.Ini pasti dapat khabar berita dari akhi Zameran.Ana nampak akhi Zameran panjat bukit (kawasan pintu masuk)setinggi lebih kurang 50 meter dgn lampu suluhnya untuk dapatkan coverage.Alhamdulillah,inilah ukhuwwah,tahu saja terus datang.Kami pun ambil keputusan tidak menghubungi lagi keluarga terdekat.Sahabat dahulu apa2 hal.Kalau keluarga tahu lain jadinya,bagi analah..
 Sudah pukul 10pm.Kadang2 terlelap juga,keletihan sambil tidurkan si kecil.Bila terjaga,terus bertanya khabar.Kelihatan ukht Zuhailah pun berlinag air mata.Sabarlah Zu,mereka tu selamat Cuma tak jumpa jalan je...lagi pun anak2 remaja tu dah biasa dengan program2 macam ni...(nak hiburkan hati sebenarnya.ana sendiri pun susah hati dibuatnya.Apa tidaknya,hampir pukul 11pm.Pasukan Penyelamat tu kata kalau 10.30 tak jumpa kami akan sambung pagi esok.Itu yang membimbangkan kami.Wajah2 kerisauan semua akhawat tak boleh disembunyikan lagi.Kadang2 diam,kadang bercerita.Dalam hati tak putus2 berdoa semoga semuanya selamat.Kak Ros dan Mazlina sibuk memanaskan sup dan air yang kami sediakan tghari tadi.Bagi menghilangkan kerisauan sebenarnya dan kami yakin mereka akan sampai tak lama lagi.Kami dibenarkan menggunakan kantin yang berhampiran sebagai tempat kami jadikan balai ‘menunggu’..
 Akhi Zul datang beritahu kami,sudah dengar sayup2 bunyi tembakan.Menurut polis yang ada bersama kami di bawah,itu tanda2 mereka dah jumpa.Alhamdulillah,kalau inilah beritanya..syukur pada Allah.
 Ya Allah,sudah jam 12 malam..Apa yang berlaku sebenarnya...Kami menunggu.........menunggu.Tiada seorang pun yang tahu apa yang berlaku di sana hatta pasukan polis itu sendiri.
 Tiba2 terdengar laungan dari dalam hutan yang gelap pekat,disahut oleh pasukan polis yang ada bersama kami.Kami terpinga2..dikuti bunyi beberapa das tembakan dan tiupan wisel.Semua bergegas ke arah ‘muka hutan’(tempat memulakan pendakian).Ana rasa,ana dan ukhti Yong paling pantas berlari pada masa tu...tanpa berselipar .Mereka dah sampai!!!mereka dah sampai!!!Jerit Mazlina.Alhamdulillah!AllhauAkhbar!!!
 Allahu Akhbar!!! Kelihatan beberapa orang remaja berlari2 kearah tandas.yang ada kat situ..ya lah Mazlina,mereka dah selamat.Seorang demi seorang kelihatan.Tak ada rupa,berselut.Mana anak2 ana?maklumlah dlm gelap.Kelihatan beberapa ikhwah berpeluk pelukan dalam samar2 cahaya lampu tandas.Dalam tercari2,tiba2 terdengar suara anak ana yang sulung,Mus’ab.
 Ummi......Berderau darah.Tak nampak lagi wajahnya..tiba2 muncul dalam gelap anak ana yang 7 tahun,si Maryam.Hanya nampak mata sahaja...sambil terketar2.Itu yang ana tak tahan..ana menangis .Gembira pun ada,sedih pun ada.Selepas itu ,seorang demi seorang anak2 ana muncul dengan wajah lesu (yang puteri2 je) ,Pakaian dah bertukar warna...koko dan hitam.Sebab itu nampak mata sahaja yang putih... terlalu lapar dan letih katanya.Alhamdulillah,semuanya selamat.Tidak ada seorang pun yang cedera.Cuma luka2 di tangan sahaja terkena duri..Sempat juga mereka bercerita,sesat katanya.
 Alhamdulillah,berakhirlah episod mukhayyam kami malam itu.Syukur pada Allah,terima kasih kepada pasukan penyelamat.Terima kasih kepada ikhwah akhawat.
 Kereta kami dipandu oleh akhi Hanafiah.Ana yang cadangkan kerana suami tersayang pada saat dan ketika itu dah habis tenaga...letih dan mengantuk.Apa tidaknya,solah magrib(jama’)pun dua rakaat, kata Mus’ab.
 Kami tiba di rumah hampir pukul 4 pagi.Konvoi bersama Akhi Abdul Aziz..
 Alhamdulillah ...semuanya selamat.Tinggal lagi Operasi Kedua...membersih pakaian....biasalah tu






Celoteh anak ana yang 7 tahun,Nur Maryam

Ummi – “Seronok tak maryam panjat gunung “?
NM “Tak seronoklah umi,ada pokok2 je,takut gelap” katanya.
Ummi - “kenapa maryam nak ikut “?
NM - “ Maryam ingat ada bumi yang hijau “
Ummi - “Lain kali nak gi .lagi ?
NM - “Taknak dah Ummi “
Ummi - “Lain kali kita tak buat dah macam ni,bila nak panjat gunung tu,kita bawa bekal
makanan banyak2,maryam gagah sebenarnya,kawan2 lain tak buat macam ni.
NM. - Terdiam dan senyum je.
#baca hasil nukilan anak ana Nur Izzati (9 tahun)

Anak – anak ana yang lain tak serik sebenarnya.Seronok katanya.Terutama si Mus’ab dan Munzir..Walaupun ada ketika saat2 genting –munzir terkena batu besar,tergolek atas paha dan mus’ab pula terpaksa mendukung adik sambil mendaki.Hebat!hebat katanya.Bayangkan...15 jam tak buang air,rasa bengkak perut dan dalam 15 jam berhenti sekejap2 saja.Patutlah sesampai kat bawah je,terus terkam tandas!Ada satu ketika,dalam gelap malam tu terkeluar cahaya dari daun2 menyebabkan kawasan yang dilalui cerah.Mus’ab ambil dedaun tersebut bawa turun.Nak pastikan daun apa.Katanya daun biasa sahaja,kering dan kasar...itulah pertolongan Allah sebenarnya..Si Maryam jatuh tergolek2 di tempat curam..kesian,tangan berselutpun pegang sekeping roti,makan kerana lapar.

Rupa-rupanya Mus’ab sempat bertazkirah dipuncak sana.Apa isinya ,ana tak tahu..Mungkin ikhwah akhawat boleh mengambil sedikit pengajaran dari tazkirah tersebut..
Inilahlah mukhayyam sebenar kata mereka..Ingat apa yang Ustz Idris kata diawal tadi......ini baru sedikit ujian jika nak dibandingkan dengan saudara2 kita di Palastin.
Banyak pengajaran katanya....kita muhasabahlah sama – sama demi mendapat keredhaan Allah dan memantapkan jamaah..Sebenarnya setiap kali program di Cemerong,ada saja peristiwa2 yang tak dapat dilupakan.WALLAAHUA’ALAM

Nukilan..
Ummu Jannati
-Noriah bt Yusof-
14 Mei 2008,10.22 PM

No comments:

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'