Pakatan Rakyat komited untuk turunkan harga minyak
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat komited untuk menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah sekiranya mendapat mandat memegang tampuk pemerintahan negara, kata Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub.
"Pakatan Rakyat mempunyai kerangka yang jelas serta mengikut lunas undang-undang seterusnya mampu menarik minat pelabur asing untuk terus melabur di negara kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Katanya, kerajaan sememangnya khuatir terhadap minat pelabur asing yang cenderung untuk tidak memberi subsidi besar kepada pengusaha tempatan.
Justeru katanya, kenaikan harga minyak dilihat mampu untuk menampung kelompangan yang ada.
Seharusnya jelas beliau, kerajaan perlu memperhalusi pendekatan lain yang menghasilkan natijah harga minyak tidak naik.
"Kenaikan harga minyak adalah tidak wajar dan membayangkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap bebanan rakyat," katanya.
Mustafa turut menegaskan bahawa kesan kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan tidak dirasai langsung oleh menteri kabinet dan pegawai kerajaan kerana mereka mendapat perkhidmatan pengangkutan secara percuma. Sebaliknya, rakyat marhaen yang berada dalam kelas pertengahan yang merasai tempiasnya, katanya.
Katanya, amaran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Noh Omar agar tidak dinaikkan tambang sewenang-wenangnya amat mengejutkan.
Seharusnya pihak kerajaan dapat mengagak akan kenaikan harga perkhidmatan dan barangan lantaran kenaikan harga bahan api itu, katanya.
Katanya, amat tidak logik sekiranya Malaysia sebagai pengeluar minyak membandingkan kenaikan harga minyak dalam negara kita yang dikelaskan sebagai rendah dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Beliau juga mengalu-alukan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abd Samad yang menyatakan kerajaan boleh dan pasti akan mengauditkan perbelanjaan bagi semua perniagaan.
"Perbelanjaan syarikat-syarikat kerajaan seperti Petronas perlu dibentangkan untuk perbahasan di Parlimen," tegasnya.
Segelintir menteri sering kali mengelabui mata rakyat dengan pelbagai kata-kata 'pemujuk' dan saranan demi menjustifikasikan kenaikan harga minyak walaupun realitinya menyesakkan masyarakat terutama di kala beban kos sara hidup semakin tinggi kini.
Setiap kali kenaikan harga bakar, para pemimpin akan menggunakan ayat-ayat 'standard' untuk melembut hati rakyat yang mana kata-kata dan kenyataan mereka itu, semakin memedihkan hati dan perasaan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan yang terbeban dengan kenaikan tersebut :-
1. Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi :"Tak payahlah berdemonstrasi...ini tindakan yang tidak popular. Semua tindakan kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak"
2.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad ketika ditemuramah Tv3 :"Tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan sebab kita sudah beri 'fleet card' ...kita juga sudah beri subsidi makanan.."
3.Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak :�Rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah�
4.Dato' Seri Rafidah Aziz sewaktu menjadi Menteri Industri dan Antarabangsa :"Mana ada kerajaan seperti ini (kerajaan Malaysia), masih menanggung subsidi petrol dan gas, walaupun harga bahan api itu telah meningkat.
Selain itu antara ayat bagi menyedapkan hati rakyat dan cuba 'mengeksploitasikan' minda rakyat yang kabur, kerajaan lazimnya akan mengeluarkan kenyataan seumpama ini :-
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana-mana pun negara Asean.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.
Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)
1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)
Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar:-
UAE� RM1.19/liter
Eygpt� RM1.03/liter
Bahrain� RM0.87/liter
Qatar� RM0.68/liter
Kuwait� RM0.67/liter
Saudi Arabia� RM0.38/liter
Iran� RM0.35/liter
Nigeria� RM0.32/liter
Turkmenistan� RM0.25/liter
MALAYSIA� RM2.70/liter
Sebelum ini Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah keras sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus mengabaikan tanggung jawab dan membebankan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam.
"Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi," katanya dalam satu kenyataan media.
Semoga pendirian beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP dapat meredakan kegelisahan rakyat sekiranya Pakatan berpeluang memerintah negara.
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi
Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light).
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
KuRma (KuRindui Ramadhan)
Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'
Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin.
p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !!
Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.
No comments:
Post a Comment