Followers

Sunday, May 18, 2008

Betulkah kami Sesat di Gunung Chemerong??!

Keratan akhbar Harian METRO ISNIN-5 Mei 2008

KUALA TERENGGANU : Gara-gara mahu melihat kolam di Gunung Cemerong,Dungun seramai 65 ahli Jamaah Islah Malaysia (JIM) dari Kemaman termasuk kanak-kanak yang menyertai aktiviti hari keluarga dikawasan itu tersesat apabila gagal menemui jalan turun.Bagaimanapun,kumpulan itu ditemui selamat selepas polis dan penduduk kampung melakukan operasi mengesan mereka,kelmarin.Sebelum kejadian,seramai 94 ahli pertubuhan itu termasuk 43 kanak-kanak mengunjungi gunung berkenaan,jam 8.30 pagi.Bagaimanapun,sehingga jam 2 petang,kumpulan 65 ahli terbabit dengan sebahagian besarnya kanak-kanak masih tidak turun menyebabkan ahli yang berada dibawah gunung itu menghubungi balai berhampiran meminta bantuan.Ketua Polis Daerah Dungun,Superintendan Dahlan Mohd Nor,berkata kumpulan pertama yang menaiki gunung itu didapati tersesat dan tidak menemui jalan turun.

Apa yang berlaku sebenarnya?
Betulkah kami tersesat?
Siapakah kanak-kanak yang begitu hebat menawan gunung Chemerong?
Nak tahu?
saya mempersembahkan kemunculan jurnal 'Anak-Anak Ajaib di Gunung Chemerong'
dan beberapa story yang menarik di bawah!

Anak-Anak Ajaib Dari Gunung Chemerong

Siapakah anak-anak ajaib?

‘Anak-anak ajaib’ ialah satu gelaran ekslusif sebagai tanda ucapan tahniah kepada 21 orang anak ahli-ahli Jamaah Islah Malaysia Terengganu yang berumur 5-12 tahun yang telah berjaya mendaki gunung Chemerong sehingga sampai ke puncak.

Berikut adalah ‘ranking’ ANAK-ANAK AJAIB daripada keluarga ahli-ahli
Jamaah Islah Malaysia Terengganu.

1) Ahmad Munzir b Mazlan (5 )
2) Husna bt Ahmad Ibrahim (6 )
3) Nur Maryam Jameelah bt Muzahar (7 )
4) Ahmad Muslim b Mazlan (7)
5) Salman b Hisyamuddin (8)
6) Umair b. Idris (8)
7) Nur Izzati bt Muzahar (9)
8) Sofiah bt Idris (9)
9) Muhammad Alif Hakeem b. Shukri (9)
10) Nadhirah Humaira’ bt Ahmad Zamri (9)
11) Muna Majdina bt Mazlan (10)
12) Hasbullah b. Ahmad Ibrahim (10)
13) Asma’ bt Abas (10)
14) Sarah bt Mazlan (10)
15) Imad b Idris (11)
16) Abdul Muhaimin Abas (11)
17) Nur Farhah Aqilah bt Muzahar (12)
18) Mutmainnah bt Mazlan (12)
19) Huzaifah b. Ahmad Ibrahim (12)
20) Dean Eiman b. Abdul Malik (12)
21) Nuruddin b. Abdul Halim (12)


Tahukah anda?


21 orang kanak-kanak berumur 5-12 tahun telah berjaya menawan Gunung Chemerong yang jarak perjalanannya melebihi 7000m dan pendakian-pendakian yang melebihi 80 darjah!
Tahukah anda?
Mendaki gunung bersama isteri dan anak-anak adalah antara cara yang paling ideal untuk mengembalikan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga.

Bersiap Untuk Mendaki

Memang sudah ditakdirkan-03 Mei 2008
Seawal 8.15 pagi,44 orang senior dan 21 orang kanak-kanak akan berangkat mendaki gunung Chemerong.Ya,memang dirancang untuk semua pejuang ini mendaki ke PUNCAK.Bukan ke Kolam di Kem Balak.Kami sudah pernah mendaki gunung Chemerong sebelum ini,tapi tak ramai yang pernah sampai ke puncak.Oleh kerana ini adalah mukhayyam keluarga,adik-adik saya dibawa sekali mendaki sampai keatas!! InsyaAllah..

Foto anak-anak ajaib 1: BERGAYA-Anak-anak ajaib ni datangnya daripada Family YDP JIM Kemaman,Muzahar b. Hitam.Barisan hadapan,paling kiri,Nur Maryam Jameelah-7. Paling kanan,Nur Izzati-9,Barisan tengah,dua dari kiri,Nur Farhah Aqilah-12 bersama abang,kakak dan walidnya bersedia untuk mendaki Gunung Chemerong.

Keluarga saya yang dipimpin oleh Pak Cik Muzahar semua nampak bergaya.Hehe..6 orang adik saya dibawa sekali mendaki.Paling Cute n Steady,Maryam Jameelah-7 tahun.Tetapi ummi kesayangan saya,Puan Noriah Yusof tak dibenarkan pergi lah..
Dua alasan yang diberikan oleh walid(my father) Jannati masih menyusu dan ummi tak berapa sihat.
“Ummi bukan ape,bila tengok ustazah kamariah pergi,ummi pun nak pergi,ustazah kamariah pun bukan sihat sangat” mak saya memujuk.hehe..
Tapi walid tetap tak bagi ummi pergi.Mungkin walid ada alasan yang kukuh or..walid dah feel something bad??

Foto anak-anak ajaib 2: MERINTIS KEMUNGKINAN-Penulis dan adiknya,Munzir memerhatikan gunung Chemerong..

Foto anak-anak ajaib 3: DA’IE CILIK-Anak-anak ajaib ni datangnya daripada family Ustaz Mazlan.Paling cilik,Ahmad Munzir-5,pakai baju Batman,bersebelahan,Ahmad Muslim-7.Hujung paling kanan,Muna Majdina-10 dan Mutmainnah-12.

Ustazah kamariah adalah zaujah kepada Ustaz Mazlan.Family ni lagi extreme..bawak naik Munzir yang berusia 5 tahun.Dari jauh dah nampak ustazah Kamariah bawak kain batik,prepare nak galas munzir lah tu..

Kita tinjau family-family lain pulak ye..Pasangan Pak cik Zamri dan Mak Cik Mazlina tak naik,tapi anak-anak mereka,nadhirah (9 tahun) selamba mendaki dengan abang-abang nye Nabil dan Faris.Nadhirah juga telah dikategorikan sebagai ‘anak-anak ajaib kerana kecekalan dan ketabahan hatinya sepanjang pendakian ini.


Foto anak-anak ajaib 4: IKUT ARAHAN-YDP JIM Trg,Hj Abas Sahat memberi taklimat sebelum memulakan pendakian.

Pagi itu,pak cik Muzani lead warm up.Segala urat-urat yang telah lama bersimpul,dilonggarkan.Mengikut perancangan,kami akan mendaki sampai ke puncak dalam masa 3-4 jam.Kami akan turun semula pada pukul 2-3 petang,untuk lunch.So saya teringat kata-kata walid kat ummi,
“masak sedap-sedap ye”…hmm.Tiba-tiba Ust Halim bersuara..


Foto anak-anak ajaib 5 : ‘Ana bawaklah 3 bungkus roti ni,ana bimbang kalau kita lambat turun ke,lapar ke…”

Foto anak-anak ajaib 6: BERATUR-Anak ajaib ni datangnya daripada keluarga Mak Cik Midah dan Hj Abas.Anak ajaib yang dimaksudkan ialah Asma’-10.(tujuh dari hadapan)

Family YDP kita,pak cik Abas dan mak cik Midah.Fuuhh..kuasa lebih ni..semua naik.Kecuali kat Sakinah kot..yang tengah study.Paling kecik..budak comel,Asma’ 10 tahun.

Foto anak-anak ajaib 7 : AYUH !-Anak-anak ajaib ini datangnya daripada Keluarga Mak Cik Azmi.Mereka ialah,dari kiri,Hasbullah,10,Huzaifah 12, dan Husna 6.Kelihatan Mak Cik Azmi tersenyum bersama pembantunya..

Foto anak-anak ajaib 8: PEACE!-Anak ajaib harapan,Salman,8 dan ayahnya Ustaz Hisyamuddin bersedia untuk menawan Gunung Chemerong.

Foto anak-anak ajaib 9: FAHAM SARAH?Kelihatan Ustaz Mazlan memegang anak ajaibnya,Sarah 10 sebelum mendaki gunung.

Foto anak-anak ajaib 10 : ABANG,JANGAN TINGGALKAN ADIK-Kelihatan Nuruddin-12 yang berada di belakang abang dan adik-adiknya.

Foto anak-anak ajaib11 : MESRA-Orang kuat Al-Amin!Sir Malik+mak cik Fadhilah dan family.Paling muda dalam family ni ialah Dean Eiman yang berumur 12 tahun.

Foto anak-anak ajaib 12 : MAKAN DULU-Alif Hakeem berbaju kuning.Bersarapan dengan ayahnya sebelum memulakan pendakian.

Foto anak-anak ajaib 13 : KELOMPOK HADAPAN-Dua dari kiri,
Kelihatan Umair bin Idris 8,santai dan bersahaja sebelum memulakan pendakian.


LANGKAH BERMULA

Foto anak-anak ajaib 14 : BYE..DOAKAN KAMI –lambaian terakhir kepada ummi dan Jannati tersayang

Dengan nama Allah Yang Maha Melindungi..
Lindungilah kami daripada bahaya Sang Belang,Sang Hitam dan segala jenis ancaman bahaya yang kami nampak,ataupun kami tidak nampak.Jadikanlah pendakian ini satu Ibadah dan satu bentuk tarbiyyah kepada kami,keluarga kami,rakan-rakan kami dan anak-anak kami.Selamatkanlah kami ketika kami pergi juga ketika kami pulang..Ameen.

Pergerakan kami mengikut family masing-masing.Ana berjalan dihadapan maryam,adik ana yang berumur 7 tahun.So,keselamatan maryam adalah dibawah tanggungjawab ana.InsyaAllah..Satu perkara yang tak patut ana buat semasa pendakian ini ialah,ana pakai safety boot(kasut staff PETRONAS masuk site) semasa mendaki.Ape nak buat,kasut timber ana dah tak dapat diselamatkan semasa trekking kat alang sendayu minggu lepas(emi 2008)..

Foto anak-anak ajaib 15 : SAFETY-ana tak patut pakai kasut ni…


Foto anak-anak ajaib 16 : STEPLADDER-Kat belakang tangki air ni lah,stepladder pertama pendakian bermula..

Seperti hutan-hutan yang lain,fasa 1 perjalanan,mestilah bermula dengan stepladder (tangga-tangga pendek)yang telah disediakan.Jadi kami berlenggangjelah,tambahan pula,kat area kaki gunung ni adalah tempat yang amat menarik dan menjadi tumpuan pelancong.Ana tetiba tersenyum bila mengimbau kenangan semalam.Satu kejadian yang agak menakutkan..perhatikan gambar di bawah.Kawasan air terjun di kaki gunung ni mempunyai kedalaman air melebihi 4 meter.Apa yang berlaku?

Foto anak-anak ajaib 17 : DALAM BULATAN MERAH-Pergerakan kemalangan berlaku

Arrow di atas menunjukkan pergerakan incident.Curve dari posisi ana(tiada bulatan) menunjukkan pergerakan ana dive.Bulatan paling atas menunjukkan posisi walid ana semasa melihat ana sedang dive.Bluusshh!Masa tengah terapung ni,ana tengok walid ana dah ubah posisi dan landing kat tepi laluan air terjun tu(bulatan merah paling bawah),sebenarnya walid tengah fikir,nak terjun ke tak,nak ke tak,nak ke tak..tiba-tiba,dari belakang,(curve arrow paling atas)seorang pengunjung telah tergelincir masuk ke laluan air terjun yang amat deras tu dan terus merempuh walid yang sedang tak ready ni..bluussshhhh!nasib baik walid tak panik.Jatuh dalam air kat bawah tu,memang kaki tak jejak tanah la,hampir 5 meter.Walid dapat hadiah lah sikit kat siku dan lengan.Ana tersenyum bila ingat balik ustaz Idris kata kat walid,“kalau apa-apa jadi,memang ana tak pergi lah selamat anta,ana tak berani,laju air tu,ye lah,kalau anta tak de,ana boleh lagi jaga keluarga anta,ni kalau dua-dua tak de,tak ke menyusahkan orang lain..? Walid gelak je.Allah masih bagi peluang kat kita untuk terus menambah bekalan ke sana..tak cukup lagi lah tu bekalan kita ni kan..

Mentari makin terik,perjalanan makin menarik.Maryam masih steady.
Adik-adik yang lain laju semacam je.Eem..nampaknya trek kami dah berbeza sedikit jika nak dibandingkan semasa Perkhemahan Generasiku kira-kira 7 tahun yang lepas.Tapi yang tak berubah ialah,COVERAGE.Untuk pengetahuan,coverage CELCOM dan MAXIS memang zero kat kaki gunung ni.So,ramai yang tak terfikir nak bawa phone semasa mendaki.Sejam lebih berjalan,kami sampai di jambatan gantung yang pertama..

Foto anak-anak ajaib 18 : BERHATI-HATI-Jambatan gantung..

Foto anak-anak ajaib 19 : TINGGINYA-view dari atas jambatan gantung..

Pelbagai ragam dan kerenah semasa kami melalui jambatan ini.Ada yang pejam mata..gayat kot.Ada yang sangat perlahan..macam kura-kura.Ada yang berlari..Wah,betulke?..ana lah.Tapi sekejap je lah,bergoyang jambatan ni.Ana dah la berat..

Sekarang jam hampir menunjukkan pukul 9.30 pagi.Tangan maryam digenggam erat.Maryam masih bertahan.Cool sih..!Nampaknya kami kena merentas sungai sekarang..


Foto anak-anak ajaib 20 : MERENTAS SUNGAI-Hati-hati ye..

Separuh badan ana kat dalam air untuk mengangkat dan mengawasi Maryam meniti atas batu.Ana mesti merintis apa jua kemungkinan yang boleh berlaku...

Kami meneruskan perjalanan..Keletihan mula terasa..ana pakai safety boot,kalis air!bila dah merentas sungai...argghh..beratnya kaki.Banyaknya air dalam kasut ni.Tapi takpelah.

Dalam hati ana,”dah jauh jalan ni..fuh..!”Tiba-tiba..ape?!!ana nampak satu wakaf.Sekilas,ana pandang ke bawah.Aaa..masih stepladder??Masih ada wakaf dan stepladder?Maknanya kami masih dibawah.Sangat-sangat bawah.Ye lah,kalau dah jauh,mane ade stepladder lagi kan.Perjalanan kami macam baru nak mula.Dah 10.30 ni.Ana genggam tangan Maryam erat2.”Sabarlah maryam..memang sakit ni kalau nak sampai ke puncak..”Ana bermonolog.Sebelah wakaf tu,ada satu ‘signboard’.Tercatat..’Anda di sini’ana baca jarak untuk sampai kemuncak.
6350 meter!Waauu!ana fikir balik.Start daripada pukul 8.30 tadi,kami jalan,adelah dekat 1000 meter untuk sampai kat sini.So,minus plus nak sampai atas tu..7000m lah...memang ‘best’!.

Perjalanan diteruskan lagi.Ana nampak Maryam dah letih.Tiba-tiba maryam bertanya.. “Abang,kita nak pergi mane ni?”Sambil dia tarik tangan ana.Ana terkedu.Langkah ana terhenti.Raut wajahnya nampak bingung.Apa yang ana nak jawab?seorang kanak-kanak perempuan yang masih belum mengerti apa-apa sedang meminta penjelasan tentang apa yang sedang dia lakukan sekarang.Berada didalam hutan tebal.Amat berbeza dengan kanak-kanak diluar.”Kita nak pergi kat air terjun.Kat atas sana ada air terjun cantik sangat”Ana beritahu sejujurnya.Ya Allah,semoga pendakian ini merupakan satu tarbiyyah yang akan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada pewaris perjuangan agamu mu ini.

Sebenarnya,ana banyak menyuruh Maryam berdikari.Maksudnya,dalam keadaan tertentu sahaja ana akan bantu dia.Selagi Maryam boleh meneruskan perjalanan,ana akan awasi sahaja.Kaki Maryam tersangatlah kecil.Ana ingat lagi,masa nak beli kasut sekolah Maryam.Habis kedai kami pusing nak cari saiz kaki dia tu.Memang tak tahu nak kata lah bila lihat kaki Maryam melangkah,akar-akar pokok tu dua kali ganda lebih besar daripada kaki dia.Jika Maryam letih..ana akan kata”Sekejap je lagi..”..Pendakian kami semakin mencabar.Pokok-pokok pula sebesar dua pemeluk.Akar-akar makin berselirat dan keadaan semakin sukar.Kali ni,ana lebih banyak memimpin tangan dia.Demi keselamatan dia..

Foto anak-anak ajaib 21 : LUAR BIASA-Penulis memimpin adiknya,Maryam Jameelah,7 tahun.Kecekalan hati Maryam memang mengagumkan.


Pendakian melebihi 70 darjah


Saat susah payah pendakian ini memang tidak akan ana lupakan.Ketika ini,adik-adik ana yang lain too fast kat depan.Munzir 16,Solehah15,Mujahid 13,Farhah Aqilah 12 dan Izzati 9 jauh ke depan.Yang tinggal ana,Maryam dan walid bersama-sama keluarga yang lain.Paling hadapan ialah Pak Cik Ridzuan selaku jurupandu.Dia pun ada GPS sebagai penunjuk arah.Dua orang adik ana bawah jagaan pak cik Ridzuan.Cara kami berjalan adalah seperti semut panjat pokok.Teratur dan lambat.Paling hadapan,pak cik Ridzuan,di bahagian tengah,pak cik Muzani dan paling belakang ialah pak cik Abas,Ust Idris dan Ust Halim.Kami mula berjumpa dengan tebing-tebing yang amat mencabar.Melebihi 70 Darjah!Seorang demi seorang panjat.Berpaut pada pokok-pokok yang amat kukuh tunjangnya.”Maryam,maryam kena kuat nak masuk gunung ni!”..ana bagi semangat..jelas di muka Maryam,dia sudah letih..Selepas panjat..jalan sekejap..panjat lagi...jalan landai..panjat lagi.Kadang-kadang ana rasa macam..”Bila nak sampai ni..”Bukan aper..dah tak sanggup tengok Maryam.Setiap kali dia panjat tebing yang tinggi,dia akan terduduk dan termenung.Apa yang dia lihat?Dia sedang melihat sahabat-sahabat yang kat depan yang sedang mendaki tebing-tebing yang lain.Yang amat tinggi dan amat mencabar bagi ana,apatah lagi untuk dia yang baru setahun jagung.Bagaimana ana nak gambarkan keadaan ini?Pendakian seolah-olah berbentuk huruf ‘m’.Bila kita dah habis mendaki,kita akan melihat orang kat hadapan kita,terus mendaki..terus mendaki dan terus mendaki..Apakah perkara yang membangkitkan semangat ana untuk ke puncak?Ana membayangkan air terjun kat atas.Wah,nikmatnya!..tak sabar-sabar.Hmm..Kaki ana dah rasa lain macam.Masalahnya,jari kaki ana tak dapat mencengkam permukaan tanah disebabkan ana pakai safety shoes yang ada besi kat bahagian jari kaki..Aduuuh..remuklah tulang jari ana ni..

Foto anak-anak ajaib 22 : MENITI POKOK-Pendakian makin mencabar..

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.00 tgh..
Maryam dah tak tahan..
Munzir,anak ustaz Mazlan yang berusia 5 tahun dah tak nak berjalan,ustaz Mazlan dan Ustazah kamariah dah mula menggunakan kain batik hikmatnya..
Maryam semakin tertekan apabila melihat pokok-pokok balak dan meranti yang amat besar.Curam-curam yang seolah-olah tiada penghujungnya.Pendakian yang seolah-olah tidak akan berakhir..
Maryam menangis..dia sudah terlalu letih..
“Sekejap je lagi,sampailah kat atas”..ana bagi semangat..
“Abang dari tadi kata sekejap lagi,tak sampai-sampai pun,Maryam takut..”
Ana terpana..ana pun tak tahu bila nak sampai ni..

Tapi dalam masa yang sama ana rasa bes bangat sih!Inilah mukhayyam paling mencabar yang pernah ana lalui.Kalau tak de 21 orang anak-anak ajaib ni,kami mungkin dah lama sampai ke kemuncak.Tapi kita ada tanggungjawab.Jika kita tersalah langkah,tak jaga 21 orang ni dengan betul,mungkin boleh membawa akibat yang sangat dashat!So,ana tak boleh pentingkan diri sendiri.It’s really different!Banyak perkara baru ana belajar.Apa yang ana tahu,ana semakin mesra dengan Maryam..

“Abang..”maryam tiba-tiba panggil ana..
“Haa..?ape?..” ana dah jauh mengelamun..ana dah dapat kekuatan baru..
Maryam..jom..naik belakang abang..!

Foto anak-anak ajaib 23 : KASIH SAYANG ABANG-Penulis menggalas adiknya yang sudah kepenatan..

Maryam ni tak lah berat sangat.Setakat 18 kg je.Saiz badan dia kecil.Tapi,kaki ana dah makin sakit.Kesilapan yang amat besar ana pakai kasut ni.Ana selalu imbalanced.Selalu terjatuh dan tergelincir.Sekarang,team pak cik Ridzuan yang paling hadapan dah tak kelihatan.Team pak cik Muzani yang kat tengah dah tak nampak bayang.Tinggallah kami team terakhir bersama family Ustaz Mazlan,family mak cik Azmi,family Sir Malik,family pak cik Shukri,ust Idris,pak cik Abas dan family ust Halim.Apa yang ana bayangkan sekarang?Ana tengah bayangkan team paling hadapan sedang happy mandi air terjun.Perkara tu lah yang membuatkan ana macam tak rase ana tengah galas Maryam.
Tunggulah kamiii...!
Ana tersentak bila ust Khai melaungkan nama Nabil..
Nabil!Nabil!..Apa yang berlaku?..rupa-rupanya Nadhirah 9 tahun,adik kepada Nabil dah cedera.Dia juga ana kategorikan sebagai anak ajaib.Nadhirah hanya pakai sandal.Tapi sekarang,sandalnya dah terkoyak dan tidak dapat dipakai lagi.Kakinya dah crem dan dia sudah nampak hampir giveup.Mana kawan-kawan dia?dia sepatutnya mendaki dengan kawan-kawan kerana parentsnya,mak cik Mazlina dan pak cik Zamri tak turut serta mendaki.Kasihan sungguh ana nampak.Dia terduduk lemah.Nampak kesan air mata pada mukanya.Mukanya pucat tak bermaya.Ana turunkan Maryam dan menghampiri dia..ana mintak dia bersabar.”Nadhirah tunggu abang Nabil ye..”Beberapa minit kemudian,Nabil datang.Dia dari belakang.Nabil mengurut kaki adiknya dan mintak adik dia bertenang.Baru nampak kasih sayang Nabil kat adik dia..bagus jugak adik-beradik ni masuk hutan,panjat gunung kan..kalau mak cik Mazlina ada sekarang,tentu dia terharu tengok Nabil dan Nadhirah.Hmm..Perjalanan diteruskan lagi..kali ini,Maryam dah boleh berjalan semula..
Sekarang dah hampir 1.30 tgh.
Bukankah kami dah decide,jika kami masih tak sampai puncak sehingga pukul 11 pagi,kami akan turun semula?memang itu yang kami rancang.Tapi keadaan dah berubah..kami dah lose communication dengan team pak cik Ridzuan kat depan.Nak tak nak,kami kena kejar diorang.Kalau kami turun,masalah yang lebih besar akan timbul.Walid panggil pak cik Abas,mintak dia decide apa yang nak dibuat sekarang memandangkan keadaan anak-anak ajaib yang semakin letih dan tertekan.Jadi,pak cik Abas terus ke depan untuk mengejar pak cik Ridzuan.Ana pun mula fikir,pukul berapa nak sampai kat campsite?..pukul berapa nak mandi?jauh lagi ke?sekarang pun tak turun lagi.Bukan setakat tak turun,malah tak sampai pun lagi.Yang ana tahu,sejak daripada 3 jam yang lepas lagi,pak cik Muzani kata,depan tu je lagi..naik tebing,jumpa lah.Daripada tadi lagi ana dengar team depan,laungkan..Dah jumpa!.Dah Jumpa..!Ana bukan main girang lagi.Tapi dah dekat berapa jam jalan,tak jumpa-jumpa jugak.Biar betul ni..kami duduk berehat seketika..

Foto anak-anak ajaib 24 : BEREHAT-kelihatan penulis dan adiknya berehat,memulihkan tenaga yang hilang..

Ana pusing kebelakang,cakap kat walid..”Mujurlah ummi tak naik,kalau ummi naik,tak tahulah..memang berusung lah kami..kami bersyukur sangat.Semoga ummi kat bawah tu,turut rasa bersyukur sebab dia tidak dibenarkan mendaki tadi..
Nadhirah terduduk lagi.Kaki dia kejang semula..kesiannya..!Sejak sandal dia rosak,dia berjalan dengan hanya memakai stokin hitamnya.Bayangkanlah..
Terus terang ana kata..ana memang sedang marah sekarang ni.Tak tahu nak marah kepada siapa..keada orang depan yang terlalu laju ataupun kita yang silap membawa budak-budak ni naik!!Ana tengok muka Maryam,merah padam!Lupa,dari bawah tadi,dia belum minum air!Kebetulan ust Mazlan mempelawa air teh nya kat Maryam.Apa lagi,Maryam meneguknya puas-puas.Sebenarnya bekalan air family ana ada pada Munzir.Ntah kat mane dia sekarang,dah jauh kat depan ikut pak cik Ridzuan.Dahaganya....!Tadi ust Mazlan pelawa air teh dia yang amat sedap tu kat ana.Hehe..ana jual mahal,yelah,kalau ana minum sebotol tu pun tak cukup.Takpelah..
Perjalanan diteruskan.Maryam dah longlai.Ana pun apa lagi..”Maryam,jom naik belakang abang”..”Abang jangan laju sangat,Maryam takut..”Maryam bersuara sayu.Tiba-tiba walid bersuara,”Abang bagi tazkirah pasal seerah kat puncak nanti boleh?”..Ana fikir sejenak.”Eemm,,boleh la..”Tazkirah apa yang paling sesuai dengan keadaan kami sekarang ni?Hmm..Al-Ahzab!!ya,ghazwah Khandak!
Ma An Sorullah??Dimanakah pertolongan Allah??!

Tiba di Puncak!

2.30 petang..setelah menempuhi segala kesusahan yang amat ‘best’ dan extreme..kami tiba di puncak.Ana pandang ke bawah..air terjun kat bawah kami!!Memang forsure kami tak akan menuju ke air terjun tu,sebab kami dah jauh kat atas.Tapi tak pelah,kami pasrah dan redha.Keadaan tak mengizinkan.Sabarlah Maryam,kita tak jumpa air terjun yang abang janjikan tu..bukan abang tipu,air terjun tu memang ada.Tapi kita ikut jalan lain ni.Walaubagaimanapun,kami amat bangga.Sememangnya kami sudah tiba di puncak.200 meter daripada tempat kami berhenti ni,keadaan permukaan dah jadi flat.Memang dah tiada tebing untuk didaki.Berada di puncak Gunung Chemerong bersama 21 orang kanak-kanak bawah 12 tahun adalah satu pengalaman yang luar biasa.Sebab itulah,ana bagi gelaran ‘anak-anak ajaib’ ni kepada mereka.
Hehe,kelihatan di leher pak cik Abas dan ustaz Idris beberapa gelung rotan yang fresh!!
Rancangnya nak lunch pukul 2 kat bawah.Sekarang dah hampir pukul 3 petang.Nak makan ape?lapar tak terkira ni.Nasib baik Ust Halim terfikir nak bawak 3 bungkus roti tadi.Dapatlah sekeping setiap seorang.Ana boleh tahan la tak lunch pun,tapi macamane dengan 21 orang kanak-kanak ni?Perjalanan masih jauh.Air tak de,makanan pun tak de.Seketika kemudian,.Ayah ana jemput ana bagi tazkirah.Dalam kepala ana,moga kisah yang ana sampaikan nanti dapat membakar semangat semua pendaki dan kami terus tabah untuk meneruskan perjalanan ini..


2.45 pm..
Kami mula turun..harapan kami,sampai sebelum maghrib kami akan sampai kat bawah..Kami akan sembahyang jamak taakhir apabila berjumpa dengan sungai.Seperti permulaannya tadi,perjalanan turun ni juga mengikut family masing-masing.So Munzir,Solehah,Mujahid,Farhah Aqilah dan Izzati kami panggil semula.Amboi-amboi...laju ye tadi.Kali ini Munzir mengawasi Maryam dan ana mengawasi Izzati.Seperti yang ana jangkakan,kami turun mengikut jalan yang lain..fuh,lega!Ana tak dapat bayangkan kalau kami mengikut jalan yang kami naik tadi.Ye lah,semasa naik dah 70-80 darjah,bayangkanlah kalau nak turun.Bersama adik-adik 21 orang ni??oo...mintak jauh la.Kesimpulannya,ana rasa bersyukur bangat sebab turun jalan lain...
Hujan tiba-tiba turun.Kami yang berada paling puncak ni,direct lah terima hujan tu.
Basah kuyup..tapi best!Dari pagi tadi kan kami tak mandi..hihi.Tak dapat mandi air terjun,air hujan pun layan je lah...huhu..

Foto anak-anak ajaib 25 : PERIUK KERA?- Flora yang menggamit hati di puncak gunung Chemerong

Perjalanan menjadi semakin mencabar dek hujan yang lebat.Trek kami sangat licin.Jari kaki ana macam dah remuk je.Banyak kali gak ana jatuh sebab kaki dah tak mampu nak pijak tanah dengan sempurna..sakit sangat.Kasut safety yang keras ni betul2 ‘protect’ kaki ana.Bagusnye..
Setengah jam kami turun,tiba-tiba pak cik Ridzuan announce something.Satu perkara yang ana mintak dijauhkan..!”Hari makin lewat,daripada kita guna jalan yang kita tak pernah lalu ni,baik kita guna jalan yang kita tahu.Ana bimbang,jalan ini bawa kita ke tempat yang curam dan bahaya.” ”Apa??!!! Pakai jalan tadi?Tak kan lah..” nak tak nak,memang kami patah balik naik ke puncak dan..kami turun semula mengikut jalan tadi.Ingatkan dah selamat tadi....

Saat-saat yang mengerikan
Seperti yang dijangkakan,turun mengikut trek yang sama sangat menyukarkan.Ana mungkin seronok jika trekking dengan sahabat sebaya.Tetapi,keadaan sekarang sangat berbeza.Ana turun bersama-sama nyawa kanak-kanak yang masih sangat mentah dan memerlukan 80% sokongan orang dewasa!Ya Allah,selamatkanlah kami.Hujan dah berhenti.Kabus menjelma..suasana persekitaran agak dingin.Kami sampai di suatu tempat yang ana belum lagi lupa bagaimana sukarnya kami mendaki tempat ini tadi.Ana turun dulu,diikuti Munzir.Tanah sudah lecak,licin dan basah.Walid masih diatas sedang berpijak di sebuah batu yang besar sambil menghulurkan Maryam kepada Munzir yang sedang menunggu dibawah.Ana memerhatikan Munzir.Sekali-sekala ana pandang ke bawah..kelihatan sahabat-sahabat yang sudah berjaya turun sayup dibawah.Tingginya!Macam gaung je..Walid menghulurkan Maryam kepada Munzir sambil memijak batu besar tersebut sebagai penyokong badannya.Tebing itu kira-kira 5 meter.Malang tak berbau,tanpa diduga..Ya Allah...!!batu besar tersebut sudah tidak kukuh ekoran daripada tanah masih basah kerana hujan.Batu tersebut jatuh menghempap paha Munzir!Munzir mengaduh kesakitan.Maryam terlepas daripada tangan walid!MasyaAllah..kat bawah gaung..!”Maryam!” Walid menjerit.Maryam tergolek ke bawah dan tersangkut pada pangkal pokok.Masih mendapat PERLINDUNGAN!...Seperti ada kekuatan,ana melompat menyambar Maryam yang hampir jatuh lagi ke bawah!Dapat!.Maryam meraung..kepalanya sakit terkena akar kayu.Munzir masih dihempap batu besar tadi.Walid mengangkatnya sehingga Munzir berjaya mengalihkan pahanya.Walid masih lagi belum melepaskan batu berat tu.Nak campak kat mana batu tu?kat bawah ramai orang.akhirnya walid meletakkan di bahagian tepi tebing dan memberi amaran kepada keluarga Sir Malik yang berada di belakang agar berjaga-jaga.Alhamdulillah,kami dilindungi.Munzir dah terhincut-hincut.Maryam fobia.Tak pe,ana galas semula Maryam.Buat masa ni biarlah dia bertenang dulu..kasihan dia..Bagaimana kalau kami kehilangan dia tadi??!

5 pm..
Kami masih belum nampak sungai.Global Positioning System (GPS) pak cik Ridzuan dah kehabisan bateri.Kabus makin tebal.Hari semakin gelap.Kami berjalan agak laju kerana kami masih belum bersembahyang.Maryam asyik menangis dan selalu menyebut “Nak pergi dekat ummi”..Ana pun tak tahu nak kata apa.Sedih sangat melihat keadaan Maryam!Memang kasih-sayang daripada ibu melebihi segalanya.Maryam terlalu rindukan umminya.Ana pun sama.Dia juga asyik bertanya “jambatan gantung mana?” Ana pun hairan kenapa dia asyik bertanya tentang jambatan gantung tu.Rupa-rupanya dia cam,jika kami berjumpa dengan jambatan gantung tu,maknanya kami sudah hampir sampai.Sepanjang perjalanan,trio karib,si Imad bin Idris,Dean Eiman b. Abdul Malik dan Abdul Muhaimin bin Abas asyik bersembang.Mereka memang lasak.Siap boleh berzikir dan bernasyid lagi tika orang lain tengah gawat ni.Kadang-kadang join jugak diorang sembang..lawak betul si Imad tu..
6.50 petang..
Kami sembahyang menghormati waktu kerana kami tidak jumpa jugak sungai.
Hari sudah gelap..tapi ana rasa makin seronok!maryam dah boleh berjalan semula.
Tiba-tiba ana terdengar suara Izzati meraung.Adik ana yang berumur 9 tahun tu berada selang beberapa sahabat kat depan.Walid ana pantas ke depan memandangkan ana masih memegang Maryam.Rupa-rupanya dia tergelincir dan tangannya berpaut pada duri.Ssss..sakit nye.luka tangan dia..Izzati lasak sebenarnya.Kalau dia menangis tu maknanya,sakit sangat lah tu...
Perjalanan diteruskan..
Hari semakin gelap.Tapi kami masih boleh melihat cahaya langit.Maryam kini berada dengan walid.Ana menjaga Izzati.Risaukah orang yang menunggu kami di bawah tu?Ummi ana dan beberapa mak cik lain.Tunggu kami ya.
7.30 malam.
Hutan dah gelap.Sangat gelap.Kami tak nampak apa-apa.Kami beratur panjang.Munzir memegang baju Mujahid.Mujahid pegang baju Farhah.Farhah pegang baju Solehah.Solehah pegang baju ana.Izzati peluk pinggang ana.Ana pegang baju Walid.Maryam peluk walid.Kelakar jugak rasanya..tapi dah tak nampak ape-ape.Nak wat camne kan..

Daun yang Bercahaya..

Awan dah tak kelihatan.Kelam.Gelap gelita.Tapi kuasa Allah ada di mana-mana.Ana tak tahu fenomena apakah ini.Tapi ianya betul-betul terjadi.Lantai tanah disinari cahaya-cahaya hijau yang amat cantik.Sesuatu yang Glow in da Dark.Ana duduk untuk memegang cahaya itu.Daun?Daun apakah yang bercahaya ni?Cahaya hijau pekat yang bersifat tidak terbias.Ana melipat daun tersebut dan memasukkannya ke dalam poket.Allah menghantar makhluk ciptaannya yang berupa daun untuk menolong kami.Sekurang-kurangnya kami dapat mengagak dimanakah curam ekoran cahaya-cahaya daripada daun tersebut.Sangat cantik!Kami terus berjalan.Sampai satu ketika kami berhenti.Kami terpaksa membuat keputusan untuk ke kiri atau ke kanan.Jika kami menyusuri sungai,kami bimbang akan terserempak dengan Pak belang ataupun Orang Tua.Binatang-binatang ini gemar tempat yang landai dan di takungan air seperti di gigi air.
Perjalanan ini betul-betul menguji emosi,kerjasama,ketahanan fizikal dan minda kami.Ana melihat erti persahabatan dalam hutan ni.Persahabatan yang telah lama terjalin berdasarkan aqidah islam yang mantap menjadikan kami terus bertahan.Inilah kelebihan ahli-ahli Jamaah Islah Malaysia.Walaupun kami langsung tidak mempunyai petalian darah.Tapi kekuatan rasa kasih-sayang kami melebihi perhubungan diantara adik-beradik.Tiada pergaduhan malam tu.Cuma kadang-kadang keadaan memaksa mereka meninggikan suara.Biasalah tu..hmm,kami terus meredah mencari jambatan gantung.Kami langsung tak nampak sungai!nak kata kami sesat?kami cuba menafikannya!
Memang kami tak sesat.Cuma kami tak jumpa jalan...hihi.Sesat ke tak aa??..
Izzati dari tadi peluk pinggang ana.”Abang,ngantuk lah”..Ana hairan betul lah macamane dia boleh mengantuk dalam keadaan begini. Kadang-kadang Izzati terjatuh.Sebab apa?sebab dia tertidur masa berjalan.Lucu betul!Maryam makin cool.Malam-malam cool pulak dia.Pelik jugak.Ana rasa dahaga betul.Dari pagi tadi lagi tak minum air..

10.10 pm..

Dah 13 jam kami jalan..
Kadang-kadang kami asyik dengan cahaya hijau di lantai gunung Chemerong.Subhanallah..
Duummmm!Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan.
Siapa pula yang menembak malam-malam buta ni.Pemburu ke?
Bukankah hutan Chemerong dibawah jagaan PERHILITAN? .Mana boleh pemburu masuk..
Bantuan?RELA?POLIS?Kami semua diam membisu.Masih tak pasti,siapa yang menembak tadi.Tapi,kalau bantuan datang.alangkah bagusnya..
Semasa tengah duduk berehat ni ana tengok Munirah,anak Ustaz Mazlan sedang riba adik dia,Munzir 5 tahun.Daripada puncak tadi,Munzir rilek je tidor.tak bangun-bangun.Susah payah Munirah kejut adik dia tu,mintak bangun.Tak bangun-bangun jugak.Tidurlah munzir ye..anggaplah semua ni mimpi je.Duumm..!Duumm..!Duummm!Bunyi tembakan 3 kali berturut-turut.”Siapa tu bang?”Izzati bersuara.Dia sempat tidur sekejap tadi atas riba walidnya.”Orang datang nak selamatkan kita” Izzati bingkas bangun.Ana tersenyum.Sah,bantuan datang!Ape lagi,kami jerit la puas-puas.Macam-macam bunyi ada.Ada yang jerit tolong!Tolong!Tolong! ada yang jerit bantuan!Bantuan!Bantuan! ada jugak yang jerit SOS! SOS! Ada jugak yang MADAY!MADAY!MAYDAY! macam-macam bunyi ada.Monyet kat atas pokok pun sampai nak jatuh ke bawah dengar kami jerit.hihi..(agaknyalah..)


10.30 malam..
Kami nampak cahaya dari arah hadapan.Mereka dah sampai..Alhamduilillah,
Mereka melepaskan satu lagi das tembakan menandakan kami sudah ditemui.
Duummmm~!
Mula-mula sekali RELA bagi air kat kami.Wah,bestni!dah 14 jam tak minum air.Kami meneguk air sepuas-puas hati.Seterusnya mereka memberi sweater kepada sesiapa yang sudah tidak tahan sejuk.Mereka juga menyediakan minyak angin.Mereka sangat ramah dan mesra.Ketua pasukan RELA tu macam ana pernah nampak.Rupa-rupanya imam dan khatib semasa kami sembahyang Jumaat di Masjid Kg Shukor semalam.
Seorang brother RELA tanya ana,”tadi naik sampai kat mana?” Ana pun spontan jawab..“kat puncak lah..”.”Biar betul?,kami baru rancang bulan 8 ni nak naik puncak”..Haa..??!!.Ana terkedu..

Berapa jam lagi nak sampai kat kaki gunung ni?
Jambatan gantung dah kami lalui..
Tetapi,semasa kami nak lalui jambatan gantung tadi,RELA lepaskan kami 2 orang,demi 2 orang.Ana tergelak.Tadi ketika kami memulakan pendakian,kitorang ramai-ramai naik jambatan ni.Sekaligus pulak tu..
RELA memberitahu kami yang dua orang pelancong telah terjatuh daripada jambatan gantung ini beberapa bulan lepas.Berderau darah ana!
Ana teringat wakaf tanda berakhirnya stepladder tadi.Wakaf yang membuatkan ana terkejut bahawa kami sebenarnya baru memulakan pendakian.Ana menunggu wakaf tu.Kenapa?Sebab ana dah tak sabar-sabar menunggu stepladder.Wakaf tu menandakan kami sudah bebas daripada belenggu akar-akar yang berselirat dan curam-curam yang membataskan perjalanan.Kaki ana..dah teruk sangat ni.Kalau boleh,nak je ana buang kasut ni,biar ana berkaki ayam je.”Lambat lagi ke jumpa wakaf?Ana tanya kat brother RELA.”Kalau ikutkan,pukul 11.30,kamu sampai lah”.Dia menjawab selamba.
11.30?45 minit lagi berjalan!!
So,kami berjalan je lah..terhuyung hayang sekali.Izzati masih memeluk pinggang ana.
Sabar..sabar..tak sabar-sabar tunggu wakaf.

12.05 pagi..
Kami dah jumpa wakaf!Alhamdulillah..
RELA melepaskan 4 das tembakan tanda kami dah selamat.
Duum!Duuuum!Duuuum!Duuum!
Sabar..sampai kat wakaf ni pun,tak bermakna kami sampai lagi kat campsite.Kena jalan lagi setengah jam ooo..!Cuma berjalan atas stepladder best la ckit..Mak Cik Fadhilah berhenti sekejap.Sapu minyak angin.Nampaknya,injured kat lutut.Biasalah,mak cik-mak cik.So,kerinduan kat ummi tersayang terus membuak.Ye lah,tengok mak cik Fadhilah,teringat lah kat ummi.Ana sekali lagi bersyukur sebab ummi tak naik.Sebab ummi tak naik.Sebab ummi tak naik..
Mungkin apa yang kita tak suka adalah perkara yang paling baik untuk kita.

12.30 pagi..

“Ummi....Ummmi..”!
Kami terus memeluk ummi..
Ummi menangis teresak-esak...
“Kenapa teruk sangat..”Ummi kata.
Ummi peluk Maryam erat-erat..
Ke mana arah ana tuju mula-mula sekali?
Tandas~!
Dah 16 jam tak buang air.......!
Rupa-rupanya kat bawah tu,ramai pak cik yang tak ikut serta mukhayyam menunggu kami.Ana pun,tak dapat tafsirkan apa yang sedang berlaku pada masa itu.
Rupa-rupanya semua orang sedang risaukan kami yang berada di atas.Terima kasih kepada semua sahabat yang bersembahyang hajat demi keselamatan kami.
Ana dengar,JIM Kuala Terengganun pun pergi ke Al-Amin KT bersembahyang hajat.

 1.15 pagi.Kami makan sup yang sepatutnya dimakan pada pukul 2.00 petang!
 21 orang kanak-kanak bawah 12 tahun telah berjaya menawan puncak gunung Chemerong!
 Ana teringat,daun glow in da dark yang dimasukkan kedalam poket ketika bersembang dengan ikhwah di bawah.Ana keluarkan.Rupa-rupanya hanya daun kering warna coklat dan berbintik-bintik hitam!
 Rotan yang fresh bersama pak cik Abas dan Ust Idris dah ‘hilang’ semasa RELA selamatkan kami!
 2.00 pagi..Oleh kerana terlalu letih,ayah ana tersilap rakaat semasa sembahyang Jamak taakir maghrib dan Isya’ dengan bersembahyang maghrib hanya 2 rakaat!
 Kami terus pulang ke rumah pada pagi itu dan sampai pada pukul 4.00
pagi


19 May 2008-11.50 am
Tarbiyyah dari Gunung,
Muhammad Mus’ab Muzahar
www.muspalestina.blogspot.com

Pengalaman di Chemerong-Nukilan my mother

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani

Menggamit Memori di Chemerong



Tepat jam 9.35 pagi kami sampai di tapak perkhemahan. Kami adalah keluarga yang terawal sekali sampai..

 Bersembang dengan mak cik yang membuka gerai jualan di situ yang mana semasa kami bermukhayyam tahun 2000 dahulu mak cik inilah yang menjual di sini. Dia menceritakan bahawa pengunjung semakin ramai datang terutamanya semasa cuti. Kami terkejut kerana banyak perubahan yang berlaku di situ. Ada bangunan sebesar masjid dengan kemudahan kantin, tempat mandian anak-anak, kedai makan yang luas ruang legarnya seperti dewan,kemudahan tandas awam, bangsal-bangsal untuk memasak di tapak perkhemahan, dan lain-lain
 Sementara menunggu sahabat-sahabat lain, kami memasang khemah. Lebih kurang setengah jam kemudian, keluarga Kak Azmi tiba.
 Terasa seronok kerana akan berjumpa lebih ramai lagi sahabat dan mengembalikan nostalgia semasa Sakinah 2000 (mukhayyam keluarga JIM –SAKINAH 2000 ) yang mana tapak inilah kami bina khemah tanpa kemudahan asas seperti yang ada sekarang terutamanya elektrik.Yang paling tidak dapat dilupakan semasa program PGK2001 di tempat yang sama ini juga, kami berkhemah . Pada masa itu, anak ana yang kedua, Muhammad Munzir diserang lelah (asthma) yang teruk sehingga menyebabkan ikhwah terpaksa keluar dari hutan Chemerong untuk mencari klinik yang terdekat (Durian Mas) untuk mendapatkan rawatan walaupun waktu malam. Pada esoknya pula,Munzir sekali lagi terpaksa ke klinik kerana terkena bisa ‘ulat bulu’ sehingga habis seluruh tubuhnya bengkak-bengkak.Di klinik, dia diberi suntikan dan dimasukkan air bagi menyingkir bisa ulat. Di sini kami dapat rasakan kekuatan ikatan ukhuwwah di antara kami-itu lapan tahun yang lalu dan sekarang,Munzir sudah 16 tahun. Pada masa itu Munzir bukan peserta PGK tetapi dia datang kerana ana dan zauj ana bertugas sebagai pembantu program.
 Jam menunjukkan pukul 10.30.Kami bersarapan (bekal dr rumah ) semakin ramai sahabat tiba bersama keluarga masing-masing. Ustaz Idris datang dengan membawa ‘generator’ (untuk memasang lampu seperti kebiasaan apabila ada mukhayyam). Beliau diberitahu bahawa sudah ada kemudahan elektrik. Dengan bersungguh-sungguh beliau menjawab “,kalau boleh kita mahukan perkhemahan yang tiada kemudahan air dan elektrik supaya kita dapat merasa kesusahannya,itulah perkhemahan sebenar”
 Akhi Abas membawa peralatan memasak dibantu keluarga dan sahabat yang lain
 Program berjalan lancar, anak-anak seronok di dalam air, ikhwah akhawat ada yang berehat, ada yang mandi sementara Akhi Abas dan anak-anak remaja puteri menyiapkan menu tengahari. Bagi ana perkhemahan kali ini paling santai tetapi letih,betul-betul rehat, tak larat nak turun mandi sebab untuk ke tempat mandi (lebih dalam dan menarik) terpaksa naik bukit walaupun tak sampai setengah kilometer. Ana tak mampu.....
 Masuk waktu Zohor...Ikhwah2 pergi solah Jumaat di masjid berhampiran..ana,anak2 dan sahabat lain berehat sambil berbual2.
 Masih dengan aktiviti bebas.Masuk waktu Maghrib barulah program bermula.Semua berkumpul.Anak2 kecil tetap ceria,riuh rendah walaupun sehari suntuk bermain air,yang keletihannya ibubapa.maklumlah kebanyakannya di ambang 40 an dan ke atas.
 9.00pm.......berkumpul di dewan.Membuka majlis dan dimulakan dgn tazkirah yang disampaikan oleh akh Muzahar sendiri yang bertajuk Ukhuwwah.
serta persembahan sketsa spontan dari beberapa keluarga yang dikendalikan oleh akhi Abbas.Alhamdulillah,semuanya sporting.Beberapa pengajaran diperolehi dari persembahan tersebut.Majlis diakhiri dengan taklimat untuk program ‘tracking’pagi esok.Beberapa peringatan diberitahu seperti mesti memakai kasut dan baju lengan panjang utk mengelak kecederaan.Taklimat disampaikan oleh akhi Abbas.Selesai taklimat,jadual hirasah pun diberi kpd ikhwah2 termasuk anak2 remaja putera.
 Alhamdulillah..suasana nyaman sekali.Tidak sejuk dan tidak terasa panas bermalam di dalam khemah.Terlena sehingga ke pukul 5.Kelihatan semua sudah berkumpul di dewan besar untuk qiamullai.Anak2 kecil masih lena dibuai mimpi...
 Kuliah subuh disampaikan oleh anak ana sendiri (munzir ) yang bertajuk Tiga Dosa Terbesar Di antara Dosa2 Besar.Alhamdulillah,bakatnya mewarisi ayahnya.Apa pengajaran dan kesan2nya tanyalah sahabat2 lain.
 Jam menunjukkan 7am.Akhi Abbas menyediakan sarapan lebih awal kerana persediaan untuk pendakian.Nasi goreng tak cukup,lari ‘buget’ sebab bilangan keluarga yang dtg bertambah tanpa pengetahuannya.Ada yang bersarapan dgn roti walaupun roti untuk bekalan pendakian.
 Taklimat sekali lagi diberikan kpd peserta2.Katanya tempoh pendakian 3 jam(11am).Sampai ke tidak kita mesti turun.Pukul 2pm dijangka sampai ke khemah semulaSenaman ringan dibuat bg meregangkan otot2.Bersemangat sekali terutama anak2.Akhawat yang tak pergi tolong sediakan makanan tengahari
 Langkah bermula diiringi dgn doa serta membawa bekalan lebihan roti dan air.
 Perasaan nak turut sama mendaki melonjak apabila melihat ustazah Kamariah turut serta.Apatah lagi pelawaan dari YDP Trg sendiri memberi semangat...”anak kecil tu tinggallah bersama akhawat yg tak pergi”.Anak sulung ana (Mus’ab)pun sama memberi semangat,sanggup mendukung adik kecilnya yang setahun setengah.Wah! Semangatnya.Akhir sekali kata dua diberi oleh suami tersayang..“Jangan fikir semangat je ummi...fikirlah keupayaan kita.Panjat bukit sikit pun merangkak,ni nak panjat gunung”.Terkedu juga ana....betullah tu
 Tinggallah kami berlima...Ukht Mazlina tak mendaki sbb nak simpan tenaga utk memandu bila pulang nanti katanya.Ukht Rosmawati(kak Ros)tolong jaga ank 2 akhawat yg pergi (nursery),Ukht Zahrah mcm ana lah tak sihat,Ukht Zuhailah - ank2 masih kecil dan ukht Nor Fadhilah cirit birit.Kami tak rasa bimbang walaupun tanpa ikhwah kerana ada juga pengunjung lain yang datang dan penjual makanan pun datang awal.
 Berehat,mandi-manda dan bersama2 menyediakan masakan.Dalam fikiran pukul 2pm ‘pendaki2’ akan sampai.Mesti dlm kelaparan dan dahaga.Menu tghari ialah sup ayam,nasi,goreng sayur dan ikan masin,tea.Bergegas kami sediakan,bimbang tak sempat,maklumlah masak bukannya sedikit.
 Sedang kami memasak,keluarga cikgu Norfizam tiba diikuti dengan keluarga akh Zulkifli.Dalam fikiran ana mesti akhi Zul turut sama mendaki kerana beliau merupakan ikhw yang lasak dan berani tapi zaujah beliau (kak aini )beritahu akh Zul letih,baru balik kerja
 Kelihatan akh Zameran dan keluarga pula dtg.Seronok rasanya bila ramai yang boleh hadir.Rupa2nya ada hikmah di sebalik kehadiran mreka.Hanya ‘Al Muhaimin’ sahaja yang tahu.
 Jam dah pukul 1pm.Awan mendung.Mata ana asyik ke arah hutan kawasan pendakian.Cuaca gelap.Mesti hujan kat sana.Mengikut pengalaman ana ,walaupun hujan sedikit tapi kawasan air terjun airnya cepat melimpah(kepala air).Peristiwa ni pernah berlaku semasa program PGK 2001 dahulu.-sedang kami membersihkan bekas2 tiba2 air pasang dan mengalir deras sehingga hanyut bekas2 yang kami pegang.
 Pukul 2pm.Hujan lebat menyebabkan kami semua berehat di dalam khemah,walaupun basah dimasuki hujan.Keluarga2 yang baru datang hanya berehat di atas bangsal2 yang disediakan.Anak2 dilarang mandi kerana kolam buatan dilimpahi air dan alirannya terlalu deras.
 Walaupun berehat di dlm khemah,rasa tak mengantuk kerana memikirkan mereka yg mendaki,kenapa tak turun2 ni.....Jam dah 3pm.Rupanya bukan ana shj yang runsing,rupanya Ukht Mazlina pun sama.Kami keluar dr khemah.Hujan masih renyai2.Datang Kak Ros.Nampak gelisah.Buat-buat riuh.Datang akhi Zameran bertanya khabar dan apa jadual kita orang sebenarnya.Ini kerana beliau datang lewat,tak tahu perjalanan program.Kami tetap beritahu bahawa kata2 akhi Abbas yang mana mereka akan sampai pukul 2 atau pukul 3 paling lewat kerana jika jam 11 belum sampai kemuncak kami akan turun..Naik 3 jam,turun 3 jam,katanya.
 4pm....ana,kak Ros,Mazlina dan Zu dah mula risau,Tak boleh disembunyikan lagi.Ana cadangkan supaya buat report ke balai pengawal(yang berada di pintu masuk) ,bila malam susah.Kak Ros setuju tapi akhi Zul dan Zameran ada.Kita bincang dulu.Akhirnya kami berbincang,termasuk Kak Yong,kak Aini,Marina.Hampir pukul 5pm.Masya Allah....Apalah yang berlaku.Ya Allah,selamatlah mereka..Kak Ros beria2 suruh akhi report je...kalau kita buat laporan,bukannya Pasukan Penyelamat terus dtg..mesti sampai ke malam.Akhi Zul buat keputusan untuk mendaki,kalau2 mrk terserempak.Tapi berapa jam nak bagi masa?hari dah semakin senja.Keputusan ni tidak dipersetujui oleh ana dan akhawat lain,kak Ros terutamanya.Tapi kami akur...Akhi Zul hanya beritahu kpd pengawal kat situ.Katanya,akhi Norfizam akan buat laporan sekiranya beliau tak turun dlm masa 2 jam.Kami buat kiraan.Sekarang dah pukul 5,so...sampai jam 7....?Lewatnya kak Ros.Doakan saja semoga semua selamat.
 Akhi Zul dan Zameran mulakan pendakian...Kami menunggu dan terus berkemas tapak perkhemahan dibantu oleh anak2 ukht Yong terutama ‘ anak teruna ‘beliau ,si Ikmal Haziq.Tak payah disuruh2.Angkut barang bukannya sedikit.Si puteri pula mendukung baby JannatiJazakumullah.Inilah remaja pewaris kita.Semua mkanan yang kami sediakan tghari tadi dipindahkan ke ‘dewan’ dibantu oleh anak2 muda yang bersantai di situ.Kak Ros yang panggil mrk sebenarnya.Nampaknya mereka seronok dapat menolong kami.
 Akhirnya kelihatan akhi Zul dan Zameran sampai.Dengan wajah suram dan berpeluh2,tak nampak apa2 pun kata mereka.Terkeluar juga dari mulut akhi Zul,kenapalah dia orang buat mcm ni,kalau nak ke puncak bahaya bawa anak2 kecil,malah akhawat pun kita tak galakkan.Setakat kat Kolam Kem Balak tak apa lah.(semasa Sakinah 2000 dulu kami mendaki ke K.Balak.peserta yang paling muda berusia 3 bulan,digalas macam orang asli).Betul juga kata2 akhi Zul.Akhi Zameran asyik tersenyum je,tak menunjukkan reaksi apa2 walaupun di hatinya bimbang,ana tahu.Bagusnya akhi..sembunyikan keresahan.Kalau anta risau ana lagilah.
 Apa nak buat sekarang ?Akhirnya akhi Zul dan Zameran keluar ke balai polis berhampiran.Baru lah lega hati ana.Alhamdulillah
 7 pm.Kelihatan trak polis dan beberapa orang anggotanya tiba dan berbincang dgn ikhwah2.Ya Allah...kenapalah sampai ke tahap ni.Pandang ke arah gunung....gelap berkabus.Apalah mereka buat dengan anak2 kecil,tak boleh dibayangkan.Hanya Allah yang tahu.Mengalir juga air mata dibuatnya.Muka2 keresahan tak dpt disembunyikan lg.
 Kami bagi maklumat kpd polis...bilangan ,nama,umur,beberapa kali kerana tak lengkap.Maklumlah fikiran sedang bercelaru,lagi pun kami perlu tahu nama2 si kecil yang turut sama mendaki.Alhamdulillah,berkat keakraban ukhuwwah,semua nama kami tahu,terutama kak Ros dan Mazlina kerana peserta ramai dari Cukai.Tapi kalau tak cakna anak2 sahabat ni tak tahu juga.Itulah hikmahnya....
 Pasukan Rela,beberapa orang penduduk kampung,polis masih berbincang...Apa lagi mereka tunggu kak Ros?
 Masuk waktu Maghrib...Kami solah berjamaah diikuti dengan solah hajat diimamkan oleh akhi Zameran
 Setelah semua maklumat diberi,kami ditegur oleh pegawai polis kerana tidak membawa seseorang sebagai penunjuk jalan untuk pendakian walaupun sudah biasa dengan keadaan di sini.Sebenarnya ramai yang dah sesat.Hutan ni tebal katanya,banyak risiko.Mereka terkejut juga bila kami memberitahu pendakian mereka untuk ke puncak dengan anak2.Kata mereka,kalau sampai hebatlah mereka.Kak Ros mengaku bahawa kami lah yang silap.Tidak buat persiapan,bekalan makanan minuman tak banyak dibawa,lampu suluh pun tak ada...Suatu pengajaran sebenarnya.
 Sebelum berangkat.pihak Rela minta kami sediakan seberapa banyak minuman terutama susu kalau ada.Makanan tak perlu kerana mereka dlm keadaan lemah perlukan air sahaja.Mana kami nak dapatkannya.Alhamdulillah.Pertolongan Allah ada di mana2.Nasib kami baik kerana penjual yang ada di situ belum balik lagi.Kami beli semua air tin.air kotak (soya) yang adaMinuman lain tak boleh-hanta susu atau soya.Walaupun Cuma 30 kotak sahaja,sudah cukup untuk dibahagi2kan kata Rela kepada kami.
 Tak berangkat lagi.Hampir pukul 8 pm..Katanya ,tunggu polis dari Kuala Terengganu dan laporan ini akan dihantar kepada polis Kuala Lumpur.Rupa-rupanya begini cara Pasukan Penyelamat (PP)bertugas.Pandangan ana,bagi mereka,ini sudah menjadi kebiasaan pada mereka,kami yang gelisah,mereka ‘relax’ je.Nampak macam tak bersungguh.Berserah pada Allah saja kak Ros.
 Apa yang kami bimbang dan risau,mereka mengatakan bahawa jika pukul 10.30 mereka masih belum dijumpai,operasi menyelamat akan disambung keesokan harinya.Berderau darah ana mendengarnya.Masya Allah,janganlah sampai ke tahap ni...
 Akhirnya operasi nak dimulakan. PP bertanyakan pihak kami siapa yang nak ikut serta.Akhirnya Akhi Zul buat keputusan bahawa dia akan turut serta.Kami tak bersetuju terutama Kak Ros kerana memandangkan keadaan akhi yang semput,nantikan PP bimbangkan keselamatan akhi pula.Tegas juga kak Ros menasihati akhi Zul.Begitu juga dgn akhi Zameran,beliau menasihati akhi Zul supaya jgn pergi.Kita serah shj kpd PP.Ana faham kenapa beria2 sangat akhi Zul nak pergi.Satu,tiada wakil drpd pihak kita.Keduanya ,bimbang nanti mereka tak bersungguh untuk menjalankan operasi menyelamat kerana tiada kesungguhan drpd kita.Itu pandangan ana.Betul ke tidaknya wallahua’lam..
 8.30 pm..Operasi pun bermula.Lebih kurang 8 orang mendaki termasuk akhi Zul.Berserahlah pada Allah.Semoga berjaya.Dalam fikiran ana,mereka yang di atas tu selamat cuma tak boleh bergerak kerana gelap,berkumpul,berzikir,menunggu bantuan dari luar...itu yang ana fikir,nak hiburkan hati sebenarnya.Airmata mengalir tak boleh ditahan lagi,macamanalah keadaan si maryam (7 tahun).Masa nak berangkat tadi,dialah paling seronok.Sarapan dgn sekeping roti shj..
 Kami berkumpul di dewan,menunggu..Makanan tghari tadi langsung tak disentuh,semua tak makan dari td....bayangkanlah perasaan kami pada waktu itu..Tempat kami sahaja yang cerah.Pandang ke arah hutan ...Ya Allah,kelam,hitam pekat.Apalah mereka buat kat sana.Tak tercapai akal manusia.Itulah rahsia alam ciptaan Allah.Terbayangkan gurauan2 keluarga ana semasa nak berangkat tadi..melambai – lambai (sindir kerana ana tak boleh pergi sebenarnya sebab ana beria-ia sangat nak ikut)Barulah terfikir kata2 suami tersayang yang melarang ana pergi tadi.Bayangkan kalau ana pergi,tinggal yang menyusu ni..Masya Allah.....dan kalau ana pergi bawa sekali si kecil ni...Banyaknya hikmah Mu Ya Allah.Teringat juga kata2 ustaz Idris tadi yang mahu perkhemahan yang tiada letrik tiada air...
 Kelihatan akhi Zul tercungap2 keluar seorang diri.Tidak sampai pun satu jam mereka bertolak.Cepat2 kak Aini (zaujahnya) pergi kearahnya.Betullah akhi Zul tak mampu untuk teruskan pencarian.Begitu kuat semangatnya,apakan daya dah tak ada tenaga.Kesihatan tak menngizinkan.
 Akhi Zamri dan cikgu Mustafa tiba dari Cukai.Diikuti akhi Hanafiah dan akhi Abdul Aziz dari Kerteh.Ini pasti dapat khabar berita dari akhi Zameran.Ana nampak akhi Zameran panjat bukit (kawasan pintu masuk)setinggi lebih kurang 50 meter dgn lampu suluhnya untuk dapatkan coverage.Alhamdulillah,inilah ukhuwwah,tahu saja terus datang.Kami pun ambil keputusan tidak menghubungi lagi keluarga terdekat.Sahabat dahulu apa2 hal.Kalau keluarga tahu lain jadinya,bagi analah..
 Sudah pukul 10pm.Kadang2 terlelap juga,keletihan sambil tidurkan si kecil.Bila terjaga,terus bertanya khabar.Kelihatan ukht Zuhailah pun berlinag air mata.Sabarlah Zu,mereka tu selamat Cuma tak jumpa jalan je...lagi pun anak2 remaja tu dah biasa dengan program2 macam ni...(nak hiburkan hati sebenarnya.ana sendiri pun susah hati dibuatnya.Apa tidaknya,hampir pukul 11pm.Pasukan Penyelamat tu kata kalau 10.30 tak jumpa kami akan sambung pagi esok.Itu yang membimbangkan kami.Wajah2 kerisauan semua akhawat tak boleh disembunyikan lagi.Kadang2 diam,kadang bercerita.Dalam hati tak putus2 berdoa semoga semuanya selamat.Kak Ros dan Mazlina sibuk memanaskan sup dan air yang kami sediakan tghari tadi.Bagi menghilangkan kerisauan sebenarnya dan kami yakin mereka akan sampai tak lama lagi.Kami dibenarkan menggunakan kantin yang berhampiran sebagai tempat kami jadikan balai ‘menunggu’..
 Akhi Zul datang beritahu kami,sudah dengar sayup2 bunyi tembakan.Menurut polis yang ada bersama kami di bawah,itu tanda2 mereka dah jumpa.Alhamdulillah,kalau inilah beritanya..syukur pada Allah.
 Ya Allah,sudah jam 12 malam..Apa yang berlaku sebenarnya...Kami menunggu.........menunggu.Tiada seorang pun yang tahu apa yang berlaku di sana hatta pasukan polis itu sendiri.
 Tiba2 terdengar laungan dari dalam hutan yang gelap pekat,disahut oleh pasukan polis yang ada bersama kami.Kami terpinga2..dikuti bunyi beberapa das tembakan dan tiupan wisel.Semua bergegas ke arah ‘muka hutan’(tempat memulakan pendakian).Ana rasa,ana dan ukhti Yong paling pantas berlari pada masa tu...tanpa berselipar .Mereka dah sampai!!!mereka dah sampai!!!Jerit Mazlina.Alhamdulillah!AllhauAkhbar!!!
 Allahu Akhbar!!! Kelihatan beberapa orang remaja berlari2 kearah tandas.yang ada kat situ..ya lah Mazlina,mereka dah selamat.Seorang demi seorang kelihatan.Tak ada rupa,berselut.Mana anak2 ana?maklumlah dlm gelap.Kelihatan beberapa ikhwah berpeluk pelukan dalam samar2 cahaya lampu tandas.Dalam tercari2,tiba2 terdengar suara anak ana yang sulung,Mus’ab.
 Ummi......Berderau darah.Tak nampak lagi wajahnya..tiba2 muncul dalam gelap anak ana yang 7 tahun,si Maryam.Hanya nampak mata sahaja...sambil terketar2.Itu yang ana tak tahan..ana menangis .Gembira pun ada,sedih pun ada.Selepas itu ,seorang demi seorang anak2 ana muncul dengan wajah lesu (yang puteri2 je) ,Pakaian dah bertukar warna...koko dan hitam.Sebab itu nampak mata sahaja yang putih... terlalu lapar dan letih katanya.Alhamdulillah,semuanya selamat.Tidak ada seorang pun yang cedera.Cuma luka2 di tangan sahaja terkena duri..Sempat juga mereka bercerita,sesat katanya.
 Alhamdulillah,berakhirlah episod mukhayyam kami malam itu.Syukur pada Allah,terima kasih kepada pasukan penyelamat.Terima kasih kepada ikhwah akhawat.
 Kereta kami dipandu oleh akhi Hanafiah.Ana yang cadangkan kerana suami tersayang pada saat dan ketika itu dah habis tenaga...letih dan mengantuk.Apa tidaknya,solah magrib(jama’)pun dua rakaat, kata Mus’ab.
 Kami tiba di rumah hampir pukul 4 pagi.Konvoi bersama Akhi Abdul Aziz..
 Alhamdulillah ...semuanya selamat.Tinggal lagi Operasi Kedua...membersih pakaian....biasalah tu






Celoteh anak ana yang 7 tahun,Nur Maryam

Ummi – “Seronok tak maryam panjat gunung “?
NM “Tak seronoklah umi,ada pokok2 je,takut gelap” katanya.
Ummi - “kenapa maryam nak ikut “?
NM - “ Maryam ingat ada bumi yang hijau “
Ummi - “Lain kali nak gi .lagi ?
NM - “Taknak dah Ummi “
Ummi - “Lain kali kita tak buat dah macam ni,bila nak panjat gunung tu,kita bawa bekal
makanan banyak2,maryam gagah sebenarnya,kawan2 lain tak buat macam ni.
NM. - Terdiam dan senyum je.
#baca hasil nukilan anak ana Nur Izzati (9 tahun)

Anak – anak ana yang lain tak serik sebenarnya.Seronok katanya.Terutama si Mus’ab dan Munzir..Walaupun ada ketika saat2 genting –munzir terkena batu besar,tergolek atas paha dan mus’ab pula terpaksa mendukung adik sambil mendaki.Hebat!hebat katanya.Bayangkan...15 jam tak buang air,rasa bengkak perut dan dalam 15 jam berhenti sekejap2 saja.Patutlah sesampai kat bawah je,terus terkam tandas!Ada satu ketika,dalam gelap malam tu terkeluar cahaya dari daun2 menyebabkan kawasan yang dilalui cerah.Mus’ab ambil dedaun tersebut bawa turun.Nak pastikan daun apa.Katanya daun biasa sahaja,kering dan kasar...itulah pertolongan Allah sebenarnya..Si Maryam jatuh tergolek2 di tempat curam..kesian,tangan berselutpun pegang sekeping roti,makan kerana lapar.

Rupa-rupanya Mus’ab sempat bertazkirah dipuncak sana.Apa isinya ,ana tak tahu..Mungkin ikhwah akhawat boleh mengambil sedikit pengajaran dari tazkirah tersebut..
Inilahlah mukhayyam sebenar kata mereka..Ingat apa yang Ustz Idris kata diawal tadi......ini baru sedikit ujian jika nak dibandingkan dengan saudara2 kita di Palastin.
Banyak pengajaran katanya....kita muhasabahlah sama – sama demi mendapat keredhaan Allah dan memantapkan jamaah..Sebenarnya setiap kali program di Cemerong,ada saja peristiwa2 yang tak dapat dilupakan.WALLAAHUA’ALAM

Nukilan..
Ummu Jannati
-Noriah bt Yusof-
14 Mei 2008,10.22 PM

Tuesday, April 29, 2008

Prophet Muhammad bin Abdullah (May Allah's Blessing And Peace Be Upon Him)


Historical Background



Prior to the advent of the Prophet Muhammad (peace be upon Him) the entire world had plunged into darkness.The light of civilization had faded away from Egypt to China and from Persia to Rom.The Roman and Persian empires,the two world powers,were in the worst state of tyranny and terrorism.Emperors were considerd gods or representatives of gods.With the clergy and army being at their disposal,they had strangled the common man through heavy taxes,bribes and forced labor.Devastating wars,frequent changes in the rulling dynasties,and large territories frequently passing from one empire to another caused newer forms of oppression.Churches and temples,on changing hands,became places of worship of each conqueror in turn.All over the world,the common man was deprived of the basic necessities of life and could not even raise his voice in protest.Freeedom was unknown and no religion or philosophy could guide him.Religion had become a profitable trade in the hands of religious orders in alliance with the rulling class.Greek philosophy had lost its force,the teaching of Confucius and Mani were forgotten.Budhist,Vedantic and Christian teaching had become ineffective.When humanity despaired and found no way of escape,the crisis reached its peak.It was at this critical stage that Allah Almighty selected a redeemer of humanity from a tribal area of the Arab Paninsula,which neither the Roman Empire nor the Persian Empire wanted to annex due to its barbarism,lack of yielding to any discipline,and utter moral degradation.


In the midst of this degradation,The Prophet Muhammad (pbuh) was assigned a mission to redeem humanity from the slavery of men (kings,emperors,clergymen,etc.) towards the service of One Almighty God.He stood up single-handed to change the entire world,while those who hated evil,like him,and were unable to reform their surroundings,had retired to forests and mountain caves and become monks.The Prophet Muhammad (pbuh) on the other hand,boldly faced the situation,challenged the Roman Empire,the Persian Empires and the rest of the world alike,and crushed them to restore freedom for all.

The Mission of the Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him)


The mission of Muhammad (pbuh) was to redeem humanity from the clutches
Of slavery,to transform the whole life of man from within and without,his individual as well as his community life.This all-embracing program was not taken up haphazardly but was the result of firm conviction,deep meditation and contemplation.For years,the deep questions of life,its meaning and purpose,engaged the Prophet’s mind.Every year for one month,in the cave of Hira he examined his own capacities and thought over the world condition,devoted his mind to the basic problems which afflicted the human society,but did not take any practical step until he received guidance in Divine Revelation.The greatest truth was that Allah is the Master of the universe and man is His servant.It was from this seed that the tree of wholesome civilization grew.


The revolutionary proclamation of the Prophet: ”Lailahaillallah” (there is no God but Allah) although brief,has tremendous significance.It was a decleration that threre is no divine being except ‘Allah” the only God,Who should be obeyed,loved,worshipped,praised and remembered.From Him one should expect all good and His displeasure one should fear.He will reward the good and punished the wicked.He is regarded as the master,ruler and lawgiver.His injuctions must be obeyed,and His prohibitions avoided.Lives must be moilded according to His will.Everything must be sacrificed on His command and His pleasure should be made the ideal of life.It was this comprehensive meaning of divinity that was condensed into the single phrase lailahaillallah..


Human society was suffering because these attributes of divinity were appropriated by different people and innumerable divinities were rulling over society,such as social rities,tribal and group traditions,and ruler and clergy dominance,under which man was powerless.Lailahaillallah struck at the root of all this.One who believed in this proclamation,declared that he did not recognize any other greatness except that of God,did not submit to any other rule,did not recognize any other law or code of conduct and would not bow before any other power,nor seek anyone else’s pleasure.This proclamation was in fact the declaration of man’s freedom.


The second part of this proclamation,”Muhammad-ur-Rasool-ul-Lah” (Muhammad is da Messenger) declared that the only means of uplift ans social reform was the Prophethood established by Allah (Almighty God),that real knowledge is provided through Revelation,which guides the thinking of mankind.That the Prophet Muhammad (pbuh) has completed the chain of Prophethood and that he was the last Rasool (messenger) of Allah .That life’s purpose can be secured from this source alone and it is only through Divine guidance that humanity can successfully advance towards its true goal of achieving the pleasure of Allah and inheriting Paradise.It was this interpretation of the proclamation that was made the foremost item of islam.To embrace islam,one has only to say and believe in this slogan.When this belief entered peoples hearts,it changed the entire outlook of man and gave birth to a new humanity on the march towards progress and rectitude.

The Prophet’s Mission and the Modern World

We study the teachings of Plato,Socrates,Marx,Einsten etc ,without any prejudice,but there are innumerable prejudices in the way of seeking guidance from the mission of the Prophet Muhammad (pbuh).There is a notion that Muhammad (pbuh) is the Prophet of the Muslims only,therefore, non muslims have nothing to learn from him.THIS IS INCORRECT!.Muhammad (pbuh) was assigned for the guidance of Humanity as is ordained in the Qur’an : say;O mankind, I am the Rasool of Allah towards ALL of you.”This includes all human beings:Muslims,Jews,Christian,Buddhists,Hindus,people of other religions and atheists as well.

The life of the Prophet is often not studied as a whole,but in fragments.An unbiased study of his biography clearly indicates that the personality which shines in the background of the European renaissance and whose hand could be traced behind democracy,international movements and religious reforms is none else but Muhammad (pbuh).Studying a mission and the sponsor of the mission can never lead to a true appraisal if there is an overdose of biased and hostile literature on the subject,which can prejudice the minds of even those who are not absolutely averse to the Truth.

The Qur’an’s message is for all humanity,for the whole world of the east and the West,for black and white,for the classes and the masses,for labor and their employers,for men and women of all walks of life,for all religions and political persuasions,for the rulers and yhe ruled,for the learned and ignorant and for every man in every field of activity.The Qur’an deals with “Man” (which is used in the Qur’an to mean men as well as women) and not with his civilization,ethnicity,language or colour.Man’s birth,growth,senses of good and bad,hot and cold,laughter and crying,happiness and sorrow are all alike.Time has changed,civilizations have changed,but ‘Man’ is the same as it was at the time of the creation of Adam and will remain the same until the Last Day.That’s why Allah’s message is for all times:it is applicable to us today as it was applicable at the time of the Prophet Muhammad (pbuh) one thousand and fourteen hundred years ago.

Wednesday, April 23, 2008

Antara Dua Keyakinan

Walaupun kita dan masyarakat kita sama-sama yakin kepada prinsip ini, namun bezanya ialah keyakinan mereka adalah keyakinan yang alpa dan lena. Mereka tidak mahu tunduk di bawah hukumnya. Mereka tidak mahu melaksanakan segala tuntutannya. Sedangkan dalam masa yang sama ia adalah keyakinan yang membara, kuat dan sedar di dalam jiwa Ikhwan al-Muslimin.
Ada suatu fenomena psikologi yang amat pelik. Kita dan orang lain dapat merasakan wujudnya fenomena ini dalam jiwa kita orang-orang Timur. Fenomena ini ialah kita meyakini sesuatu gagasan. Sesiapa sahaja yang mendengar kita berucap tentang gagasan tersebut pasti dapat merasakan betapa kekuatan gagasan itu mampu mengajak kita menggegarkan gunung, mengorbankan jiwa dan harta, menghadapi segala rintangan, merempuh segala halangan hingga kita beroleh kemenangan bersamanya atau terkorban kerananya. Namun apabila selesai sesi ucapan dan orang ramai mula bersurai, masing-masing alpa dengan keyakinan mereka dan lupa dengan gagasan mereka. Tidak langsung terfikir untuk melaksanakannya malah tidak pernah terlintas untuk berjihad sama sekali. Malah, mungkin kealpaan ini sampai ke tahap dia bekerja menentangnya sama ada secara sedar atau tidak. Bukankah lucu jika anda lihat seorang pemikir, yang berkerjaya dan berpendidikan, dalam tempoh satu hari dia menjadi kufur sama seperti orang kufur lain dan menjadi ahli ibadat bersama ahli ibadat yang lain!
Bertitik tolak daripada segala kelemahan atau kecuaian atau kealpaan atau kelenaan atau apa sahaja istilah yang digunakan, semua keadaan ini menjadi faktor yang mendorong kita mengemukakan prinsip kita kepada masyarakat. Suatu prinsip yang telah sedia diterima oleh masyarakat kita yang kita kasihi ini.

Pelbagai aliran fahaman

Saya ingin ulangi sekali lagi di sini, dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah yang berprinsip. Di Timur dan di Barat hari ini wujud pelbagai aliran, pelbagai prinsip, pelbagai pemikiran, pelbagai fahaman, pelbagai pendapat dan pelbagai haluan yang masing-masing memberikan pendekatan yang berbeza. Masing-masing cuba memperlihatkan keunikan fahaman masing-masing. Usaha mempopularkan fahaman masing-masing melalui propaganda yang dilakukan oleh pendokong, pengikut, peminat dan anak murid mereka. Mereka mendakwa mempunyai pelbagai keunikan dan kelebihan. Malahan mereka membuat pelbagai dakwaan melampau yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Pendokong

Pendokong ideologi hari ini tidak sama seperti pendokong dahulu kerana mereka hari ini berpendidikan, terlatih dan berkepakaran (terutama di negara Barat). Kini setiap ideologi mempunyai pasukan terlatih yang mampu menghurai segala kerumitan. Masing-masing mampu menonjolkan kelebihan ideologi masing-masing dengan bantuan pelbagai kaedah penyiaran dan propaganda. Dengan ini mereka mampu mempengaruhi masyarakat dengan cara yang paling mudah dan paling meyakinkan.

Wahana

Teknik propaganda sekarang juga berbeza dengan zaman dahulu. Kaedah penyiaran zaman dahulu hanya menggunakan medan ceramah atau perhimpunan atau penulisan melalui risalah atau surat. Berbeza dengan hari ini kerana pelbagai bentuk penerbitan, majalah, akhbar, risalah, pementasan (fiksyen), drama dan radio. Semua ini begitu mudah sampai kepada masyarakat; wanita mahupun lelaki, di rumah mereka, di pusat perniagaan , di tempat kerja dan di ladang mereka.
Oleh itu menjadi kewajipan para pendokong gerakan dakwah menguasai dengan baik kesemua kaedah ini supaya setiap usaha mereka dapat mencapai sasaran yang dikehendaki.
Kenapa saya bincangkan perkara ini secara panjang lebar? Saya ingin jelaskan sekali lagi, dunia hari ini berada dalam era yang penuh sesak dengan pelbagai aliran sama ada yang berlandaskan politik, nasionalisme, patriotisme, ekonomi, militer atau keamanan. Di manakah kedudukan Ikhwan al-muslimin di tengah semua aliran ini?
Persoalan ini membawa saya untuk mengutarakan kepada anda sekalian dua perkara penting. Pertama, kerangka dakwah kita secara ringkas. Selepas itu saya akan kemukakan pendirian dakwah ini terhadap aliran-aliran yang lain.
Saya minta maaf dengan bahasa saya yang agak panjang lebar ini kerana saya sebenarnya mahu menulis menggunakan bahasa yang sama seperti saya berucap. Saya juga mahu kemukakan topik yang saya bincangkan ini dengan cara yang mudah. Saya mahu orang lain memahami apa yang ingin saya bincangkan ini sebagaimana saya memahaminya. Saya mahu setiap tulisan saya ini dapat dihayati tanpa perlu menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan meleret-leret.

islam Kita
Saudara, dakwah kita merupakan dakwah yang menggabungkan seluruh elemen yang dinyatakan sebagai Islam. Perkataan Islam pula mempunyai makna yang amat luas bukan sebagaimana yang difahami oleh manusia hari ini. Kita berkeyakinan Islam mempunyai suatu pengertian yang luas. Islam mengatur seluruh aspek hidup manusia. Islam memberikan jawapan kepada setiap perkara. Islam telah meletakkan suatu sistem yang kemas dan rapi bagi setiap aspek. Islam tidak pernah berpeluk tubuh dalam berhadapan pelbagai masalah semasa. Islam telah menggariskan sistem yang perlu bagi kepentingan manusia. Sesetengah pihak tersilap apabila memahami Islam ini hanya terbatas kepada beberapa aspek ibadat atau sudut kerohanian sahaja. Malah mereka menyempitkan fahaman dan diri mereka sendiri dalam ruang lingkup yang amat sempit ini.
Namun demikian kita tetap memahami Islam ini berbeza sama sekali dengan fahaman tersebut. Malah kita memahami Islam dalam erti kata yang amat luas. Islam mengatur seluruh aspek kehidupan dunia dan akhirat. Apa yang kita katakan ini bukan dakwaan atau rekaan kita sendiri. Sebaliknya hasil daripada apa yang kita fahami melalui kitab Allah dan sejarah hidup generasi Islam yang pertama. Jika anda ingin memahami dengan lebih mendalam tentang fahaman Ikhwan berhubung Islam, anda boleh membuka mashaf al-Quran. Jauhkan diri anda daripada nafsu dan niat lain kemudian cubalah fahami isi al-Quran. Anda akan lihat itulah dakwah Ikhwan.
Benar, dakwah kita adalah Islam itu sendiri, merangkumi seluruh aspek yang terkandung dalam istilah Islam itu sendiri. Fahamilah kandungan Islam ini. Cuma fahaman anda ini mestilah berlandaskan Kitab Allah, sunnah rasul dan sejarah para salafussoleh. Kitab Allah merupakan asas dan landasan kepada Islam.
Sunnah rasul pula menjadi pentafsir kepada Kitab Allah. Sementara sejarah hidup salafussoleh yang menjadi pelaksana kepada segala perintah dan segala ajarannya merupakan contoh praktikal kepada segala perintah dan ajaran ini.



Pendirian kita terhadap aliran fahaman lain


Berkenaan dengan pelbagai aliran yang wujud di zaman ini sehingga wujudnya perselisihan dan perbezaan fahaman, pendirian kita ialah kita akan nilai setiap aliran ini dengan membandingkannya dengan dakwah kita. Mana-mana aliran yang selari dengan dakwah kita, kita alu-alukan. Mana-mana aliran yang bercanggah dengan dakwah kita, kita jauhi. Kita amat-amat yakin bahawa dakwah kita cukup umum dan luas merangkumi segala aspek positif yang ada di dalam aliran lain.

Patriotisme

Manusia hari ini adakalanya terpengaruh dengan aliran patriotisme. Adakalanya mereka terpengaruh dengan aliran nasionalisme. Terutama di rantau Timur, penduduk di rantau Timur sentiasa mendapat layanan buruk daripada Barat hingga mereka kehilangan harga diri dan kemerdekaan mereka. Malah segala harta dan nyawa mereka turut dirampas. Oleh kerana terpaksa sengsara menerima segala tekanan kuasa Barat yang menetapkan segala-galanya untuk mereka, mereka cuba membebaskan diri dengan berbekalkan segala kekuatan, perjuangan dan pengorbanan. Semua ini boleh didengar terpacul keluar daripada lidah para pemimpin dan akhbar mereka. Para karyawan menghasilkan pelbagai karya dan para pemidato pula menyampaikan pelbagai pidato. Masing-masing melaungkan slogan patriotik dan keagungan bangsa mereka.
Nampaknya apa yang dilaungkan itu baik, tetapi yang tidak baiknya ialah apabila anda cuba memahamkan penduduk Timur yang menganut Islam bahawa Islam lebih baik, lebih bersih, lebih tinggi dan lebih mulia daripada apa yang lahir daripada Barat atau hasil karya bangsa Eropah, mereka menolak kata-kata anda dan mereka fanatik dengan tradisi mereka secara membuta tuli. Mereka mengemukakan kepada anda bahawa Islam lain dan fahaman ini lain. Malah mereka mendakwa Islam hanya memecah belahkan perpaduan umat dan melemahkan kesatuan para pemuda.
Salah faham ini menjadi ancaman besar kepada penduduk Timur. Berkenaan dengan salah faham ini saya suka bentangkan di sini pendirian Ikhwan al-Muslimin berhubung fahaman patriotisme. Fahaman ini mereka terima dengan penuh senang hati dan mereka cuba mempengaruhi orang ramai untuk menerimanya seperti mereka.

Cintakan Negara

Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan perintah Islam. Bilal, walaupun beliau telah mengorbankan segala-galanya demi akidah dan agamanya, Bilal ini jugalah yang telah meluahkan rasa rindunya terhadap Mekah ketika berada di Madinah Dar al-Hijrah, melalui rangkap-rangkap syair yang amat indah dan sayu:

Alangkah indahnya jika aku dapat bermalam
Di sebuah lembah dikelilingi oleh rumput rampai dan tumbuhan
Dapatkah suatu hari nanti aku akan merasai kembali air kolam Majannah
Dapatkah aku kembali menyaksikan gunung Shammah dan Tufail.


Suatu ketika Rasulullah s.a.w. terdengar kata-kata Usail yang cuba mengungkapkan keindahan Mekah. Air mata baginda mengalir kerana rindukan Mekah.

Baginda bersabda: Usail, biarkanlah hati-hati ini tenang.

Negara Yang Merdeka Dan Bermaruah

Jika apa yang mereka maksudkan ialah kewajipan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan negara daripada penjajahan kolonialisme atau melakukan sesuatu ke arah mencapai kemerdekaan negara atau menanamkan harga diri dan semangat kemerdekaan di dalam jiwa anak bangsa, jika ini yang mereka maksudkan ia bermakna kita turut sama bersama mereka. Malah Islam amat-amat menegaskan perkara ini. Firman Allah:

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Munafikun: 8)

Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (Al-Nisa’: 141).

Masyarakat yang Bersatu

Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotisme ialah mengukuhkan hubungan antara masyarakat dalam rantau yang sama dan memimpin mereka menggunakan hubungan ini untuk kepentingan mereka, jika ini yang mereka maksudkan kita turut bersetuju dengan mereka. Malah Islam melihat perkara ini sebenarnya suatu kewajipan. Ini dinyatakan oleh Nabi s.a.w.:

“Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.”

Al-Quran juga ada menyebut:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
(Aali Imran: 118).

Penaklukan negara

Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotisme ialah menakluk negara lain dan menguasai muka bumi ini, ia merupakan suatu yang diwajibkan oleh Islam. Malah Islam mengarahkan agar para penakluk supaya melakukan penaklukan dengan cara yang terbaik dan diberkati. Ini dinyatakan oleh firman Allah:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Al-Anfal: 39)

Budaya berpuak dan berparti

Jika patriotisme yang mereka maksudkan ialah memecah belahkan ummah ini kepada beberapa puak yang saling bertelagah, saling berhasad dengki, saling caci-mencaci, saling tuduh-menuduh dan saling dendam-mendendam, bersatu dan berpecah berlandaskan fahaman ciptaan manusia yang didorong oleh hawa nafsu, diatur oleh matlamat yang berbeza, digerakkan oleh fahaman yang hanya berlandaskan kepentingan peribadi. Dalam masa yang sama pihak musuh mengambil kesempatan dengan menyemarakkan lagi api permusuhan. Musuh memecah belahkan mereka dalam perkara yang sepatutnya mereka bersatu dan menyatu padukan mereka dalam perkara yang tidak betul. Musuh akan menghalang mereka daripada saling berhubung dan bekerjasama. Sebaliknya musuh mahu mereka hanya berhubung dan berpaut padanya. Dengan ini mereka akan sentiasa bertandang ke negara musuh dan akan sentiasa berhimpun di tempat musuh. Patriotisme seperti ini adalah karut dan tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada para pendokong dan juga orang ramai.
Dengan ini anda dapat saksikan sendiri kita sependapat bersama pendokong patriotisme. Malah kita juga turut bersama golongan fanatik patriotisme dalam mendokong semua nilai baik yang dapat membawa kebaikan kepada negara dan manusia. Anda juga dapat saksikan bagaimana seluruh nilai patriotisme tidak lain hanyalah sebahagian daripada ajaran Islam.

Sempadan patriotisme kita

Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan sempadan patriotisme kita ialah akidah. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi. Sebenarnya setiap ceruk bumi yang terdapat seorang muslim yang menyatakan, “tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah” ia adalah bumi dan tanahair yang kita hormati, hargai, cintai dan kita serahkan keikhlasan serta jihad kita demi kebaikannya. Sementara setiap orang Islam yang berada dalam kawasan geografi ini adalah keluarga dan saudara kita yang kita berikan perhatian dan berkongsi bersama segala masalah mereka. Ini berbeza dengan pejuang patriotisme. Mereka hanya mengambil perhatian kepada sebidang tanah yang kecil dan sempit. Perbezaan ini lebih ketara apabila mereka berusaha memperkukuhkan kekuatan mereka dengan menindas bangsa lain. Kita tidak rela melakukannya jika ia menyebabkan penindasan kepada mana-mana bumi Islam. Kita hanya menuntut perkara yang membawa kekuatan kepada semua. Bagi pejuang patriotisme, mereka tidak melihat ini sebagai suatu masalah. Oleh itu berlakulah keretakan dalam hubungan antara negara Islam, kekuatan negara Islam semakin lemah dan peperangan tercetus sesama sendiri akibat percaturan pihak musuh.

Matlamat Patriotisme Kita


Itu yang pertama. Kedua, mana-mana pejuang patriotisme sudah tentu meletakkan kemerdekaan negara mereka sebagai matlamat utama mereka. Malangnya apabila mereka berusaha memajukan negara ini, mereka arahkan tumpuan mereka hanya kepada aspek kebendaan sama seperti yang dilakukan oleh masyarakat Eropah sekarang. Berbeza dengan kita kerana kita meyakini sebagai seorang muslim kita memikul suatu amanah dan untuk itu kita perlu mengorbankan nyawa, darah dan harta dalam usaha melaksanakan amanah itu iaitu memimpin manusia dengan cahaya Islam dan mengibarkan panji Islam ke seluruh pelusuk bumi. Ini dilakukan tanpa mengharapkan harta atau pangkat atau kuasa dan bukan berhasrat untuk menguasai mana-mana bangsa. Seorang muslim hanya mahu mencari keredaan Allah. Dengan agamanya, dia mahu membawa kesejahteraan untuk dunia ini dan mahu menegakkan suara agamanya. Atas dasar ini para salaffusoleh yang diredai Allah telah melancarkan penaklukan suci yang pernah mengkagumkan dunia dan menampilkan contoh keadilan dan nilai mulia yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah manusia.

Perpaduan

Saya ingin menarik perhatian anda tentang kesilapan dakwaan yang mengatakan jika kita menolak prinsip patriotisme, ini bermakna kita memecah belahkan perpaduan bangsa yang hidup berlatar belakangkan pelbagai agama. Islam sebagai agama perpaduan dan kesaksamaan sudah cukup untuk menjamin keharmonian antara semua anggota masyarakat selagimana mereka saling bekerjasama untuk kebaikan.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Mumtahanah: 8)

Jadi dari mana datangnya perpecahan?

Apatah lagi anda sendiri boleh melihat bagaimana kita boleh bersama-sama dengan orang yang paling fanatik dengan semangat patriotisme dalam soal cintakan kebaikan untuk negara dan bersedia berjihad demi kemerdekaan, kebaikan serta kemajuan negara ini. Malah kita sentiasa berusaha dan mendokong apa juga usaha ke arah itu dengan penuh keikhlasan. Saya juga mahu kita memahami bahawa peranan mereka hanya setakat membebaskan dan mengembalikan kegemilangan negara sedangkan bagi Ikhwan al-Muslimin usaha ini baru separuh jalan atau baru satu peringkat sahaja. Masih ada lagi usaha yang perlu mereka lakukan untuk memartabatkan panji negara Islam di seluruh muka bumi dan mengibarkan panji mashaf di segenap tempat.

Nasionalisme

Sekarang saya ingin berbicara pula tentang pendirian kita terhadap semangat nasionalisme.

Nasionalisme Dan Kegemilangan Silam

Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan hemah generasi masakini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam. Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyentuh aspek ini:

“Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahiliyyah adalah orang yang terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami.”

Dengan ini anda boleh lihat Islam tidak menolak nasionalisme jika ia membawa maksud yang mulia ini.

Nasionalisme Dan Ummah
Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya.
“Demi sesungguhnya, keluarga tetap lebih berharga bagi seseorang
Walau seluruh manusia telah tunduk kepadanya”
Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap pihak untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.
Semua nilai nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam. Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita sokong.

Nasionalisme Jahiliyyah


Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus. Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh. Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik. Sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab. Termasuk mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya jahiliyyah yang telah sekian lama pupus. Jika inilah nasionalisme yang dimaksudkan, maka nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk. Ia hanya membawa kerugian teruk kepada Timur. Selain kehilangan segala warisannya dan merendahkan kedudukannya, Timur akan kehilangan segala keistimewaan dan kesuciannya yang paling berharga. Namun ia tidak sedikitpun akan mencemar agama Allah.
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Muhammad: 38)

Nasionalisme Dan Pencabulan


Jika apa yang dimaksudkan dengan nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggah sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan. Tindakan ini sebenarnya membawa maksud memanipulasi semua bangsa manusia demi mencapai suatu yang tidak pasti, suatu yang bukan hakiki dan tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa.

Dua Teras

Ikhwan al-Muslimin tidak dapat menerima nasionalisme jika itu yang dimaksudkannya atau apa sahaja yang membawa maksud yang sama. Ikhwan juga tidak perlu melaungkan semangat Firaun atau Arab atau Pheonix atau Syria atau apa sahaja nama atau gelaran yang menjadi kebanggaan ramai manusia. Namun Ikhwan menerima apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang merupakan seorang manusia yang sempurna malah seorang manusia terbaik yang mengajar perkara yang baik kepada manusia, sabda baginda:
“Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam daripada tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan ketakwaan.”
Alangkah indah dan adilnya ungkapan ini. Semua manusia daripada Adam dan kerana itu mereka semua setaraf. Manusia hanya berbeza berdasarkan amalan mereka. Jadi sepatutnya mereka bersaing dalam melakukan kebaikan. Sekiranya dua teras ini menjadi landasan kepada bangsa manusia sudah tentu martabat manusia akan meningkat hingga ke puncak langit. Pertama, semua manusia daripada Adam jadi mereka semua adalah saudara. Oleh itu mereka perlu saling bekerjasama, bahu-membahu, berkasih sayang dan saling memimpin ke arah kebaikan. Kedua, perbezaan antara manusia hanyalah berdasarkan amalan mereka. Jadi masing-masing perlu berusaha supaya dapat mengangkat martabat seluruh manusia. Apakah ada perkara yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap ini? Apakah ada didikan yang lebih baik daripada didikan daripada Rasulullah s.a.w. ini?

Keistimewaan Arab

Namun demikian ini tidak bermakna kita menolak terus keistimewaan semulajadi yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Kita memahami bahawa setiap bangsa ada keistimewaan dan kelebihan semulajadi yang tersendiri. Kita juga menyedari setiap bangsa ada perbezaan dan kelainan. Kita yakin dalam hal ini bangsa Arab memiliki keistimewaan semulajadi yang jauh lebih baik. Namun ini tidak bermakna kita jadikan keistimewaan ini sebagai sebab untuk kita bermusuh. Sebaliknya bangsa Arab sepatutnya menggunakan keistimewaan ini sebagai satu cara untuk memainkan peranan yang telah ditetapkan untuk setiap bangsa iaitu membangunkan bangsa manusia. Mungkin sepanjang sejarah anda tidak akan temui suatu bangsa di atas muka bumi yang amat memahami hakikat ini lebih daripada angkatan Arab yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w.
Perbincangan ini perlu kepada perbahasan lebih lanjut namun saya tidak berhasrat memanjangkannya. Saya akan kembali kepada perbincangan asal kita.

Ikatan Akidah

Setelah anda memahami hakikat ini (moga anda diberikan kekuatan oleh Allah), Ikhwan al-Muslimin melihat manusia terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan ialah golongan yang mempunyai keyakinan yang sama seperti mereka iaitu meyakini agama Allah, Kitab Allah dan meyakini utusan-Nya serta risalah yang dibawanya. Golongan ini mempunyai ikatan yang amat suci dengan kita iaitu ikatan akidah yang kita anggap sebagai ikatan yang lebih suci daripada ikatan darah dan bumi. Mereka adalah bangsa kita dan orang yang paling dekat dengan kita. Kita merasa simpati dengan nasib mereka. Kita bekerja untuk kepentingan mereka. Kita pertahankan mereka. Kita korbankan nyawa dan harta kita untuk mereka walau di mana sahaja mereka berada dan apa sahaja asal-usul mereka.
Satu golongan lagi berbeza sama sekali. Kita tiada ikatan seperti ikatan ini dengan mereka. Kita berdamai dengan mereka jika mereka berdamai dengan kita. Kita juga berbaik dengan mereka jika mereka tidak bermusuh dengan kita. Kita yakin hubungan di antara kita dengan mereka ialah hubungan dakwah. Menjadi tanggungjawab kita menyeru mereka supaya bersama kita kerana apa yang kita miliki ini adalah baik untuk seluruh bangsa manusia. Kita akan menggunakan pelbagai cara dan wasilah yang telah ditetapkan oleh Islam demi menjayakan dakwah ini. Jika mereka memusuhi kita, kita akan balas dengan cara yang baik. Jika anda mahukan penjelasan daripada kitab Allah, silalah dengar:
1.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu. (Al-Hujurat: 10)
2.
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. (Al-Mumtahanah: 8-9)

Moga-moga dengan pembentangan ini saya telah bentangkan kepada anda sekalian satu sudut daripada dakwah kita supaya tidak lagi timbul sebarang keraguan dan kekeliruan. Mudah-mudahan anda kini telah memahami di pihak manakah Ikhwan al-Muslimin berada.

Berdepan dengan perselisihan agama

Kini saya ingin berbicara tentang dakwah kita dalam berhadapan dengan perselisihan dalam masalah agama dan perbezaan mazhab.

Bersatu Bukan Berpecah

Sedarlah (moga anda diberikan fahaman oleh Allah)! Pertama, dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah dakwah untuk semua, bukan hanya untuk golongan tertentu sahaja. Dakwah ini juga tidak berpihak kepada mana-mana pendapat yang diketahui mempunyai corak tertentu atau ciri dan gaya tertentu. Dakwah ini tertumpu kepada soal asas agama. Kita mahu seluruh perhatian dan tumpuan dihala ke satu arah supaya segala usaha akan lebih bermakna dan lebih membuahkan hasil. Dakwah Ikhwan adalah dakwah yang putih bersih tanpa sebarang warna. Dakwah ini akan sentiasa bersama kebenaran walau di mana sahaja dan akan sentiasa inginkan perpaduan dan tidak mahukan perpecahan.
Malapetaka paling besar bagi umat Islam ialah perpecahan dan perselisihan. Faktor yang membantu kemenangan umat Islam pula ialah kasih sayang dan perpaduan. Generasi akhir ini hanya mampu dibaiki dengan menggunakan apa yang digunakan untuk memperbaiki generasi pertama. Ini adalah kaedah asas dan juga matlamat yang diketahui oleh setiap saudara seislam. Ia suatu yang kita yakini, kita perjuangkan dan kita seru.

Perbezaan pendapat pasti wujud

Dalam pada itu, kita meyakini perbezaan pendapat dalam sudut cabang agama adalah suatu yang pasti berlaku. Kita tidak mungkin boleh bersatu pendapat dalam sudut cabang, pendapat dan fahaman kerana beberapa faktor:
Salah satu faktornya ialah perbezaan keupayaan akal mencedok sesuatu hukum atau memahami sesuatu dalil dan menyelami secara mendalam sesuatu maksud. Setiap perkara saling berhubung kait. Agama ini berlandaskan ayat-ayat al-Quran, hadis dan nas sedangkan semua ini difahami oleh akal berdasarkan kaedah bahasa dan tatabahasa. Dalam perkara ini semua manusia amat-amat berbeza dan perbezaan pendapat sudah pasti tidak dapat dielak.
Faktor lain ialah keupayaan ilmu. Ada orang yang mencapai tahap ilmu yang jauh lebih tinggi daripada orang lain dan begitulah dengan yang lain. Imam Malik pernah berkata kepada Abu Jaafar: “Para sahabat Rasulullah s.a.w. telah bertaburan di seluruh muka bumi dan masing-masing mempunyai ilmu tersendiri. Jika engkau arahkan mereka supaya berpegang kepada satu pendapat, sudah tentu akan berlaku bencana.”
Satu lagi faktor ialah perbezaan tempat, di mana pelaksanaan sesuatu hukum akan berbeza mengikut perbezaan tempat. Anda sendiri lihat bagaimana Imam al-Shafie r.a. pernah memberi fatwa dengan mazhab lama (qadim) di Iraq tetapi memberi fatwa dengan mazhab baru (jadid) di Mesir. Dalam kedua-dua keadaan beliau berpandukan kepada fahaman dan apa yang beliau perolehi. Namun dalam kedua-dua keadaan beliau tetap berusaha mencari hukum yang sebenar dengan penuh teliti.
Faktor berikutnya ialah perbezaan dalam meyakini dan menerima sesuatu riwayat. Kita dapati seorang periwayat dianggap seorang yang dipercayai oleh seorang imam. Dalam masa yang sama dia dianggap tidak boleh dipercayai oleh imam yang lain berpandukan kepada pengetahuan imam itu tentang periwayat tersebut.
Faktor lain ialah perbezaan dalam menentukan kedudukan sesuatu dalil. Contohnya, ada di antara mereka yang mengutamakan amalan penduduk Madinah daripada hadis ahad dan ada pula yang tidak berpendapat sedemikian.

Sependapat dalam masalah cabang adalah mustahil

Semua faktor ini meyakinkan kita bahawa sependapat dalam sesuatu masalah cabang agama adalah mustahil. Malah bercanggah sama sekali dengan landasan agama ini. Allah mahukan agama ini sentiasa wujud dan kekal, selari dengan peredaran zaman. Untuk itu agama ini perlu bersifat mudah dan anjal, tidak jumud dan terlalu membebankan.

Maaf kepada yang tidak sependapat

Inilah yang kita yakini. Kita memohon maaf daripada sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan kita dalam masalah cabang. Kita merasakan perbezaan pendapat ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menyatukan hati-hati manusia, saling berkasih sayang dan bekerjasama untuk kebaikan. Untuk kita berkongsi bersama ertikata Islam yang menyeluruh itu. Bukankah kita dan mereka adalah umat Islam? Bukankah kita mahu akur dengan hukum yang kita yakini dan begitu juga mereka? Bukankah kita dituntut supaya melakukan sesuatu yang disukai oleh saudara-saudara kita sama seperti kita suka melakukannya untuk diri kita sendiri? Jadi di manakah perselisihan sebenarnya? Kenapa pendapat kita tidak boleh mereka pertikaikan sepertimana pendapat mereka boleh kita pertikaikan? Kenapa kita tidak saling faham memahami dalam suasana yang harmoni jika ia suatu yang perlu?
Para sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri saling berbeza pendapat ketika memberi fatwa. Apakah perkara ini menyebabkan hati mereka berpecah? Apakah perpaduan mereka atau ikatan sesama mereka berkecai? Demi Allah, tidak dan peristiwa sembahyang Asar di bani Quraizah menjadi contoh.
Jika mereka ini pun berbeza pendapat sedangkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan zaman nubuwwah. Malah mereka adalah orang yang paling arif tentang perkara yang bersangkutan dengan sesuatu hukum. Kenapa pula kita berbalah tentang sesuatu perbezaan pendapat yang tidak penting? Jika para imam mujtahid; orang yang paling tahu tentang Kitab Allah dan sunnah rasul juga berbeza pendapat dan saling berdebat antara satu sama lain kenapa kita tidak boleh lakukan sebagaimana yang mereka lakukan? Jika perbezaan pendapat ini berlaku dalam masalah cabang yang paling masyhur seperti masalah azan yang dilaungkan sebanyak lima kali sehari walaupun terdapat banyak nas dan hadis yang berkisar tentangnya jadi kenapa pula timbul masalah dengan masalah kecil yang hanya dirujuk kepada pendapat dan cedokan manusia sahaja.
Ada satu lagi perkara yang perlu diperhatikan iaitu masyarakat dahulu apabila berlaku sebarang perbezaan pendapat, mereka akan merujuk kepada khalifah dengan syarat dia adalah imam mujtahid. Khalifah akan memutuskan perkara ini dan keputusannya akan menghentikan perbezaan pendapat ini. Namun sekarang di manakah khalifah? Dalam keadaan ini adalah lebih baik umat Islam merujuk masalah mereka kepada seorang hakim. Jika perbezaan pendapat mereka tidak dirujuk kepada mana-mana sumber, ia hanya akan menimbulkan perbezaan pendapat yang lain pula.
Ikhwan al-Muslimin amat memahami segala aspek ini. Oleh kerana itu mereka adalah orang yang paling bersikap terbuka dengan orang yang berbeza pendapat dengan mereka. Mereka melihat masing-masing ada ilmu dan masing-masing mungkin benar dan mungkin silap. Mereka akan mencari kebenaran dan akan berpegang dengan kebenaran. Mereka akan cuba dengan cara yang baik untuk meyakinkan orang yang berbeza pendapat dengan mereka untuk memahami pandangan mereka. Terserahlah kepada orang itu meyakininya. Jika tidak meyakininya mereka masih merasakannya sebagai saudara seagama. Kita memohon semoga kita semua mendapat hidayah.
Ini adalah pendekatan yang digunakan oleh Ikhwan al-Muslimin apabila berhadapan dengan orang yang berbeza pendapat dengan mereka dalam masalah cabang agama. Secara ringkasnya boleh saya katakan Ikhwan menerima perbezaan pendapat dan tidak menerima ketaksuban. Mereka akan berusaha mencari kebenaran dan akan mengajak manusia ke arah kebenaran dengan cara yang terbaik, lembut dan penuh kasih sayang.

Jalan penyelesaian


Saudara, ketahuilah dan kajilah bahawa kekuatan atau kelemahan, tua atau muda, sihat atau sakit sesebuah bangsa tidak ubah seperti seorang manusia. Adakalanya anda lihat seorang manusia gagah, sihat wal afiat. Tiba-tiba anda lihat dia ditimpa pelbagai penyakit dan tubuhnya yang gagah kini diulit pelbagai penyakit. Dia terus mengadu kesakitan hingga Allah turunkan rahmat-Nya dengan menghantar seorang doktor yang mahir dan mengetahui punca penyakitnya. Doktor ini bijak mengenalpasti jenis penyakit dan bijak mengetahui tempat sakit serta tahu mengubatinya. Tidak berapa lama kemudian anda lihat pesakit tadi mula kembali kuat dan sihat. Mungkin lebih sihat daripada sebelumnya. Begitulah juga dengan sebuah bangsa. Sesebuah bangsa akan berhadapan dengan pelbagai masalah hingga mampu menggugat dan menggegar kewujudan serta keutuhannya kerana penyakit yang menular. Bangsa ini akan terus dilanda masalah dan terpaksa bergelumang dengan segala masalah ini hingga akhirnya ia tergugat dan mula kelihatan tidak bermaya dan lemah, kemudian ia akan menjadi sasaran semua pihak. Bangsa ini tidak akan mampu menahan segala asakan musuh. Jalan penyelesaiannya hanya melalui tiga cara; mengetahui punca penyakit, sabar menerima rawatan dan wujudnya seorang doktor pakar yang menjalankan rawatan ini hingga Allah mengizinkan dia menyembuhkan dan mencapai kejayaan.

Tanda-tanda penyakit

Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa Timur ini wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular ke setiap sudut hayat mereka. Dalam sudut politik bangsa ini telah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan berpecah. Dalam sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan dan syarikat asing menguasai sumber kekayaan mereka. Dalam sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai baik dalam diri masyarakat mereka. Dalam sudut sosial pula, wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat juga menular dalam kehidupan harian mereka ibarat bisa ular yang meracuni darah dan mencemar kesucian hidup mereka. Begitu juga dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang telah digubal oleh Tuhan yang mencipta manusia, Raja segala-galanya dan Pemilik jiwa manusia. Begitu juga wujud kepincangan dalam dasar pelajaran dan polisi pendidikan hingga menghalang generasi baru; bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan masa depan daripada menerima bimbingan yang betul. Dalam sudut kejiwaan, bangsa ini ditimpa sifat-sifat lemah semangat, malas, pengecut, rendah diri, bacul, tamak dan pentingkan diri sendiri yang menyebabkan mereka tidak rela untuk berkorban. Mereka hanya berdiam diri tanpa mampu memberikan sebarang pengorbanan. Akhirnya bangsa ini terpinggir daripada semangat kepahlawanan mereka kepada hanya mahu berseronok dan berhibur.Apakah yang boleh diharapkan daripada sebuah bangsa yang memiliki segala faktor kelemahan ini malah mereka berada di tahap maksimum; dijajah, berpuak, mengamalkan riba, dikuasai syarikat asing, anti-agama, kepincangan sistem pendidikan dan perundangan, tidak bersemangat, tamak, bacul, pengecut, kagum dengan musuh sendiri hingga bersedia mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh musuh terutama amalan yang tidak sihat.
Mana-mana satu daripada penyakit ini sudah cukup untuk membunuh sebuah bangsa. Apatah lagi jika semua penyakit ini ada pada mereka. Jika tidak kerana kekebalan, keutuhan dan kekuatan yang dimiliki oleh bangsa Timur yang diheret oleh musuh dan semenjak sekian lama cuba disuntik dengan kuman wabak hingga kuman-kuman ini membiak, jika tidak kerana kekebalan ini sudah tentu bangsa ini tidak lagi wujud. Namun Allah dan orang-orang yang beriman tidak akan merelakannya.
Saudara, ini adalah penyakit ummah yang telah dikenal pasti oleh Ikhwan. Inilah yang sedang diusahakan oleh mereka iaitu untuk menyembuh dan mengembalikan semula kesihatan dan semangat mudanya yang telah hilang.

Impian dan perasaan

Saudara, sebelum saya bincangkan penyelesaian yang perlu digunakan, saya mahu anda mengetahui bahawa kita tidak pernah berputus asa. Malah kita mempunyai cita-cita yang amat besar dan kita yakin tiada yang dapat menghalang kita mengecap kejayaan selain rasa putus asa. Kita mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kita pasti mencapai kejayaan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah, kita tidak pernah berputus asa dan hati ini tidak pernah diulit rasa putus asa.
Segala yang berlaku di sekeliling kita memberikan kita harapan walaupun ada yang bersikap pesimis. Apabila anda masuk menemui seorang pesakit yang telah berubah daripada bercakap kepada diam, daripada bergerak kepada kaku anda akan rasakan saat akhirnya hampir tiba dan sudah sukar untuk diubat. Namun jika sebaliknya, pesakit tadi berubah daripada diam kepada bercakap, daripada kaku kepada bergerak, anda akan merasakan pesakit ini akan semakin sembuh dan kesihatannya semakin baik. Pernah suatu ketika dahulu bangsa Timur ini kaku membisu namun kini ia mula bangkit sedar semula dalam segenap aspek. Timur kini mula bangkit dengan semangat yang membara. Jika tidak kerana belenggu yang terlalu berat dan kepimpinan yang tidak berpusat, sudah tentu kesedaran ini akan membawa kesan yang menakjubkan. Belenggu ini tidak akan kekal selama-lamanya dan pasti berakhir. Dalam sekelip mata Allah boleh mengubah banyak perkara. Orang yang kehairanan tidak akan selamanya dalam kehairanan, setelah dia memperolehi petunjuk dan setelah keadaan huru-hara bertukar menjadi stabil. Segala-galanya terserah kepada Allah. Oleh itu kita tidak akan sekali-kali berputus asa. Ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. memaparkan pembentukan sesebuah bangsa dan kebangkitan mereka setelah hampir-hampir hancur. Begitu juga dengan kisah-kisah yang berkenaan di dalam Kitab Allah. Semua ini mengajak kita supaya sentiasa menaruh harapan dan akan sentiasa memimpin kita ke arah kebangkitan yang betul. Umat Islam amat-amat memahaminya (jika mereka mengkaji).
Anda sendiri pernah membaca awal surah al-Qasas:
Taa, Siin, Miim. Inilah ayat-ayat Kitab - Al-Quran - yang memberi penjelasan. Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (Al-Qasas: 1-6)
Apabila anda membaca ayat ini anda lihat bagaimana keangkuhan golongan yang sesat. Mereka berbangga dengan kekuatan mereka. Mereka begitu yakin dengan kehebatan mereka hingga mereka melupakan Allah yang sentiasa memerhati mereka. Di saat mereka begitu gembira dengan kekuatan yang dimiliki, Allah yang Maha Berkuasa mengazab mereka. Kehendak Allah pasti akan membantu orang-orang yang dizalimi dan akan membantu orang yang membantu golongan yang lemah hingga akhirnya golongan yang sesat akan hancur sama sekali. Ketika itu kebenaran akan tertegak kukuh dan pendokongnya akan mencapai kemenangan. Ayat ini dan ayat-ayat lain yang termaktub di dalam Kitab Allah cukup untuk menolak segala alasan untuk berputus asa oleh mana-mana bangsa Islam yang beriman dengan Allah, utusan-Nya dan kitab-Nya. Bilakah umat Islam akan memahami hakikat yang dinyatakan oleh kitab Allah ini?
Saudara, atas dasar inilah Ikhwan al-Muslimin tidak pernah berputus asa. Pertolongan Allah pasti akan turun untuk bangsa ini walau apa sekalipun rintangan yang menimpa. Dengan harapan yang membara inilah, mereka bekerja dan Allah sahaja yang akan membantu.
Berkenaan wasilah yang telah saya janjikan tadi untuk saya bincangkan, ada tiga asas yang menjadi landasan kepada fikrah atau gagasan Ikhwan.

1. Manhaj yang sahih (pendekatan yang betul): Asas ini ditemui oleh Ikhwan al-Muslimin di dalam kitab Allah, sunnah rasul-Nya dan hukum-hakam Islam. Dengan syarat umat Islam memahaminya dengan cara yang bersih dan suci, jauh daripada sebarang anasir luar dan rekaan. Justeru dengan asas ini umat Islam akan mengkaji Islam dengan cara yang mudah, meluas dan menyeluruh.
2. Beramal dan beriman: Atas dasar ini Ikhwan berusaha melaksanakan semua aspek agama Allah yang mereka fahami tanpa sebarang kompromi. Syukur kepada Allah, mereka semua adalah orang yang meyakini gagasan dan matlamat mereka. Mereka yakin dengan bantuan Allah selagimana mereka beramal untuk Allah dan menurut hidayah Rasulullah s.a.w.
3. Pimpinan yang mantap dan diyakini: Begitulah Ikhwan al-Muslimin. Mereka akan sentiasa mentaatinya dan akan bekerja di bawah panjinya.
Saudara, demikianlah apa yang ingin saya bicarakan kepada saudara tentang dakwah kita. Suatu ungkapan yang penuh bermakna. .“Saudara ibarat Nabi Yusuf bagi impian ini”. Jika anda tertarik dengan apa yang kami lakukan ini marilah kita sama-sama berganding bahu bekerja berpegangan tangan untuk tujuan ini. Allah adalah Pemberi petunjuk dan Dialah tempat pergantungan kita. Dialah sebaik-baik tempat berharap. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Allah Maha Besar dan segala puji untuk Allah.

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'