Followers
Sunday, April 13, 2008
Discussion about ISK with brotherz at PSMZA
Berhadapan dan berbincang dengan 200 abang-abang PSMZA Kejuruteraan Mekanikal adalah pengalaman yang amat berharga dan takkan dilupakan.Modul ISK akan dirungkai dan dihadamkan di Dewan Kuliah Utama PSMZA yang serba indah ini.
Akh Mus'ab talk I.S.K di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
Alhamdulillah..Tanggal 3 dan 4 Mac 2008 yang lepas,3 orang
penggerak Kelab Remaja JIM Terengganu (Muhammad Mus'ab
Muzahar,Aanal Asybahi Idris dan Hasan Amin Ahmad) telah dijemput
oleh Ketua Jabatan Mekanikal Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin,Tuan Hj Karim Awang Kechik untuk menyampaikan ceramah
dan perbincangan mengenai modul 'Ini Sejarah Kita'(ISK) di Dewan
Kuliah Utama PSMZA.Akh Mus'ab telah mengupas modul ISK selama
2 hari dihadapan 200 pelajar lelaki kejuruteraan mekanikal PSMZA sem 1
dan 2.
Sebenarnya team KRJ Terengganu baru sahaja mengupas modul
ISK di Sek Men Teknik Dungun (siri-2) 2 hari yang lepas.Namun,ianya
tidak menjadi penghalang untuk kami ke PSMZA kali ini.Penginapan
kami agak special kali ini..bermalam di Bauk Inn tidak akan dapat
kami lupakan.Jzkk.Program bermula pada pukul 9 mlm.Mula-mula
sekali,sebelum talk,kami dah berpakat untuk merahsiakan umur kami
diatas sebab-sebab tertentu.( cadangan mak cik Jah dan Cikgu
Karim).hihi.Akh Mus'ab memulakan talk dengan dibantu oleh Akh
Aanal dan Akh Hassan sbg jurukomputer dan backdrop.Segala ilmu
yang dicurahkan oleh Akh Fakhrul Anuar Zulkawi(my naqib),Dr
Farhanah(Zaujah Abg Faiz),Akh Megat dan Ust Kamarussalam
(moderator modul ISK) kpd Akh Mus'ab tentang modul ISk tidak
disiakannya.Faktor umur akh mus'ab tidak menjadi penghalang untuk
ISK dicairkan ke dalam hati abang-abang!Pada malam itu,lima orang
lecturer PSMZA menyertai program ini.
ISK dimulakan dengan kupasan huruf I,S dan K itu
sendiri.Seterusnya 5 Muqaddimah termasuk hadith logam.hadith
faham.hadith hati,Sains Sosial dan Sains Politik.Muqaddimah ini amat
penting sebelum muslim itu mempelajari sejarah mereka.Hal ini
kerana,sejarah mesti dipelajari dengan hati bagi mencapai maksud
sunnatullah jatuh bangun sesebuah bangsa.5 muqaddimah itu diakhiri
dengan jayannya kira-kira pukul 12.00 malam.Apa yang menarik,tiada
seorang student pun yang tidur sehingga habis slot!
8.45 pagi,.Akh Mus'ab meneruskan kupasan yang semakin serius
mengenai sejarah Silam umat Islam.Kita akan melihat,bagaimana
nabi Muhammad S.A.W menjana para sahabat untuk mencapai misi
hidup,laitu ibadah dan khalifah.Akh Mus'ab lantang.Sejarah dimulai
dengan kisah nabi Adam sehingga nabi Ibrahim.Seterusnya persoalan
bagaimanakah bani Israel muncul dan nabi Ismail yang melahirkan
keturunan nabi Muhammad S.A.W.Kelahiran Muhammad S.A.W di
tanah Hijjaz juga dipersoalkan dan diperhujjahkan berdasarkan buku
fiqh Sirah-Ramadhan Al-Buti.Pembinaan Madrasah nabi selama 13
tahun dikupas.Beberapa kisah dari Raheeq Makhtum-Sheikh Rahman
Mubarak Furi dipetik dan diambil pedoman.Dakwah dan tarbiyyah yang
ditunjukkan nabi sehingga melahirkan Al-Qur'an bergerak(Syed Qutb-
FizilailQuran) dirungkaikan.Seterusnya hijrah nabi ke
Madinah,Bermulalah pembinan sebuah daulah Islam.Islam makin
berkembang kerana Islam telah dipersembahkan melalui model sebuah
Negara.
Abang-abang dalam dewan semakin khusyuk berfikir dengan akal dan memahami dengan hati.Video-Video klip diselitkan dan nasyid 'Adakah kau Lupa' dinasyidkan
bersama-sama.Semangat Ar-Rijal bangkit dan membara.
Ghazwah dalam era nabi di madinah dikupas sehingga fathul
Makkah.Islam yang bermula 300 orang(13 tahun di Makah) telah
melonjak seramai 142000 orang!(Semasa haji wida')Surah An-Nasr
diturunkan.Saydina Umar menangis kerana nabi akan Wafat!Dewan
sepi ketika kisah kewafatan nabi di sentuh oleh akh penceramah.Seterusnya,era khulafa' Ar-Rasyidin iaitu era pengukuhan.Bermula
Sydina Abu Bakar As Siddiq,Sydina Umar Al-Khattab,Sydina Usman
dan Sydina Ali.Era umayyah laitu era perluasan kuasa dikupas
sehingga sampai zaman kemuncak apabila Islam telah menguasai 2/3
dunia pada zaman Abassiah.Sesi pagi itu ditangguhkan setelah jam
menujukkan pukul 12.00 tengahari.
Slot disambung selepas makan tengahari.Kekuasaan Zaman
Abassiyah dibongkarkan.Satu persoalan yang timbul ialah,dimanakah
keagungan zaman eropah ketika ini?Perlu kita ketahui bahawa Eropah
sedang berada di zaman gelap!mereka belum mempunyai tamadun
seperti sekarang.Kita lebih mendahului dalam penguasaan sains dan
teknologi sebenarnya.Ramai abang-abang yang tidak mengetahui
hakikat ini.Dewan sunyi bermuhasabah diri.1200- an,Pakatan raja-raja
Eropah telah menyerang Abasiyyah.Perang Salib 1 tercetus.Tidak
Sampai seratus tahun,serangan daripada timur menyusul.Tentera
monggol yang seperti binatang menyerang sebuah tamadun
berjaya.Hakikatnya,muslim ketika ini sedang bersenang lenang.mereka
tidak bersedia!Kehancuran umat semakin dirasai ketika era
uthmaniyyah.Hulagu Khan membunuh 700 000 muslim dan khalifah
digulingkan dalam permaidani dan dipijak sehingga mati!Akh Mus'ab
menceritakan detik-detik ngeri dalam sejarah Islam.Sistem Khalifah
hancur sehancurnya pada 1924.Tidak jauh sebenarnya dengan zaman
kita sekarang.Sunnatullah menetapkan yang tinggi tidak semestinya
sentiasa diatas.Bagaimana sebuah tamadun yang begitu hebat hanya
dikalahkan oleh tentera nomad?.Adakah Amerika yang begitu berkuasa
kini mustahil untuk menemui kehancuran?Sunnatullah menetapkan kita
akan naik kembali!Akh Mus'ab melopongkan mulut abang-abang
dalam dewan.Ya,kita akan naik kembali.
Seterusnya,apakah peranan kita sekarang?kita sudah kehilangan
daulah Islam.Kita perlu menggiatkan kembali dakwah Islam ini agar
semua individu muslim mentauhidkan Allah.Kerana inilah kekuatan
kita.Sesi perbincangan mengenai peranan muslim sekarang berakhir
dengan jayannya apabila kami mendengar komen abang-abang poli ini.
"Saya harap team KRJ buat talk ISK dengan cara menghimpunkan
semua orang Islam dalam Malaysia ini,buat tempat terbuka,supaya semua orang tahu!"
Terkejut kami mendengarnya..hmm..
"kami baru tahu Islam pernah menguasai
dunia"
abang yang lain pula bersuara.
Secara keseluruhannya mata mereka telah terbuka!Graf ISK menerangkan segalanya!Kertas A4 diedarkan untuk abg2 meluahkan perasaan tentang program ini secara
bertulis.
Debaran kami mula terasa apabila program sampai ke
penghujung.Kenapa ya?eemm..kerana kami bertiga diminta
memperkenalkan diri!.Aduh..keadaan dewan gamat seketika apabila
abang-abang mengetahui kami belum mendapat result SPM.Mereka
bukan marah,tetapi teruja agaknya.Ye lah,dari awal mereka panggil
kami abang.Berdasarkan borang muhasabah,abang-abang ini berkobar-
kobar ingin menegakkan Islam.Akh Mus'ab disarankan agar
menambah sedikit lawak.
Keseluruhan peserta berpuas hati dengan
penyampaian akh Mus'ab.Program berakhir pada pukul 4.45 petang.
Eem..thanks kpd Akh Fakhrul kerana bagi ana cuti kerja!
Salam Perjuangan.
muspalestina..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi
Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light).
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
KuRma (KuRindui Ramadhan)
Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'
Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin.
p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !!
Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.
No comments:
Post a Comment