Followers

Sunday, April 13, 2008

Perhimpunan Remaja Soleh-Solehah Terengganu(PINTAR-2)

Alhamdulillah. .setinggi- tinggi kesyukuran dan serendah-rendah diri yang hina dina ini melafazkan syukur ke hadrat illahi atas kejayaan bersama JK KRJ Terengganu menganjurkan Program Perhimpunan Remaja Soleh-Solehah Terengganu (PINTAR 2).PINTAR bertujuan mengumpulkan remaja yang telah terdedah kepada tarbiyah untuk dijana dengan lebih sistematik.PINTAR juga bertujuan untuk mengumumkan AJK KRJ yang baru bagi tahun 2008.PINTAR- 2,memori indah yang telah menjana kemantapan ukhuwah para Du'at muda.

Tanggal 9-11 Januari 2008 bersamaan 30 Zulhijjah 1428 H – 2 Muharram 1429H ,PINTAR Edisi ke 2 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,Politekni k Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun Terengganu.

PINTAR 2 Kali ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Kejuruteraan PSMZA dan K Care Education Training Centre dengan bantuan penuh fasilitator Kelab Remaja JIM Terengganu.Apa yang menarik bagi PINTAR 2 ialah jawatankuasa penganjurnya terdiri daripada remaja sendiri.Jawatankuas a PINTAR di pimpin oleh akh Muhammad Mus'ab Muzahar selaku pengarah program.

manakala ajk yang lain adalah dari kalangan ahli KRJ yang berumur 15 hingga 18 tahun.2 orang senior berpengalaman laitu Hj Fakhrul Anwar Zulkawi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Terengganu dan Hj Karim bin Awang Kechik-Timbalan Yang Di Pertua JIM Terengganu telah menjadi penasihat tetap kepada Jawatankuasa remaja yang menganjurkan PINTAR kali ini.

`Remaja Ulung,Syariat Dijunjung'.Satu tema yang menyingkap sejuta harapan dan impian kami semua.PINTAR kali ini telah mendedahkan modul Inilah Sejarah Kita.Lagu Adakah Kau Lupa yang dinasyidkan oleh kumpulan Alarmee telah dipilih sebagai lagu tema PINTAR kali ini.Merindukan tertegaknya syariat Allah di muka bumi,kami berkeja bersama-sama dengan semua AJK untuk memastikan PINTAR berjalan dengan lancar.Setelah beberapa siri mesyuarat di adakan,kami sepakat meletakkan sasaran peserta kali ini adalah 150 orang wakil pelajar sekolah menengah di seluruh Terengganu.AJK telah di'setup'... n go !.
Bermulanya kerja kami..AJK PINTAR fisabilillah! kami telah meminta bantuan daripada Pengarah KRJ Pahang untuk design logo PINTAR kali ini.Walaupun dalam kesibukan beliau menolong mangsa banjir di Pahang bersama delegasi DERU JIM Pahang,logo tetap siap on time..!jzkk abg Pian!.Pamplet program juga siap dengan gayanya tepat pada masanya..jzkk ukht Humairaa' selaku AJK Promosi.AJK multimedia kami..Si Farih juga bertungkus lumus menyiapkan design nametag fasi,urusetia, klip video perasmian n banner PINTAR.Bila siap,semua design sent ke ukht Maisarah selaku AJK Peralatan dan tempat tinggal untuk di'zahirkaan. .".Oops.. Macamane nak wat kerja ni?..duit tak dapat lagi.."AJK bertanya..Sabar antum semua,pakai duit kita dulu,akhir prog kita claim balik..insyaAllah. pastikan ada resit ye..!"Akh Munzir menyelesaikan kekusutan kami selaku bendahari PINTAR."Satu lagi,ana akan edarkan borang sponsor..kita sama-sama mintak sponsor untuk PINTAR.InsyaAllah ramai yang ingin menginfakkan harta ke jalan Allah..


"Akh Munzir bersuara lagi.Segala persiapan berjalan dengan lancar.Setiap aktiviti diteliti dan dikritis oleh 2 setiausaha berwibawa PINTAR laitu akh Irfan dan ukht Wan Hani Munirah.Ajk akhawat dipantau sepenuhnya oleh Ukht Munirah Mazlan selaku Timb Pengarah 2 PINTAR.Bertindak sebagai seorang kakak,beliau banyak membantu adik-adiknya buat kerja.Jzkk ya Ukht!.Heemm. .di STS,banyak ragamnya.Akh Mus'ab,Akh Aanal,abg nizam dan Hj fakhrul selalu `overtime'." Sheikh..kita meeting PINTAR mlm ni..kat STS ye" Hj Fakhrul,penasihat kami yang berpandangan jauh orangnya.Malam tu,kami wat kertas kerja PINTAR utk di faks kan.Malam tu juga kami sent via email ke Hj Karim..juga penasihat kami selaku Pengarah Jabatan Mekanikal PSMZA."Hj... edit mane yang rasa tak sesuai,esok kita jumpa di Masjid Batu 7,ambil kertas kerja ni.Kami nak faks ke semua sekolah."..hhmm. .Menggunakan nama K-Care Education and Training,kami telah menghantar faks ke 35 buah sekolah terpilih di seluruh Terengganu.'

Jemputan Wakil Pelajar ke Program Perhimpunan Remaja Soleh-Solehah Terengganu.' itulah tajuk faks yang kami hantar kepada semua sekolah.Bagaimana dengan respon setiap sekolah?.."menunggu respon dari setiap sekolah adalah pengalaman yang mendebarkan. Memang tak senang duduk di buatnya..."Alahai. .anta ni nape?dari tadi ke sana-kemari..tenanglah. ."akh Aanal selaku Timb Pengarah 1 menegur akh Mus'ab selaku Pengarah Program."Diorang kate nak hantar faks sebelum kul 2...diorang nak antar penyertaan tak? Mus'ab agak risau..Kringg. .Kringg.. "Maaflah, kami tak dapat hantar penyertaan kalau program bukan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri..tuuuuttttt! "Hmmm,agak kecewa..tapi tak mengapa.Kami yakin..Allah Maha Adil..memilih hambanya yang akan mengubah dunia ini!".Ada juga yang macam ni bila kami call sekolah.."Faks? ..ade hantar ke?tak perasan lah..nantilah kami cek balik.tapi kami tak janji yeee!"Ya Allah..Kalau Kau kata Jadi,Jadilah! "..Assalamualaik um..program PINTAR ye..ok..ok.. ok..don't worry,be happy ye!kami akan hantar sepuluh pimpinan pelajar ke program tu!tunggu ye..!"..alangkah gembiranya kami.Alangkah bagus kalau semua sekolah macam sekolah tadi..kami merungut dalam hati.

Sampai hari Selasa 8 Januari..kami telah mendapat 50 senarai nama peserta rasmi dari mesin faksmili.Mereka adalah dari sekolah SMK Kerteh,SM Imtiaz Dungun,SMKA Durian Guling,SBPI Batu Rakit dan SMASID.Kami lega kerana kami tahu ramai lagi peserta yang sedang di'kutip' oleh AJK kami di seluruh negeri Terengganu." eemm..Al- Amin belum kira lagi..dengar khabar,40 orang.Hhmm.. KT pun belum kira lagi.Orang sane bagitahu hampir 40 orang jugak!"Ya Allah...gembiranya hati kami..!Kami tahu,AJK Pendaftaran kami,akh Hafizuddin sedang ligat me'finalis' para peserta.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba!Beberapa AJK datang awal bagi finalise tempat program ini.AJK Keselamatan, akh Zarif datang dengan HILLUX nye.Memang Berbaloi! Banyak jasa HILLUX tu untuk program ini.Akh Zarif datang dengan akh Umair selaku Ajk tugas-tugas khas PINTAR.Tempat penginapan akhawat adalah di Blok Pengajian Kejuruteraan Mekanikal manakala penginapan ikhwah adalah di blok Pegajian Awam.Penginapan kami hanya kelas yang beralaskan tikar.Tempat utama program berlangsung adalah di Dewan serba indah laitu Dewan Kuliah Utama PSMZA.Semua peserta akan bersembahyang di Pusat Islam PSMZA.Cabaran bagi setiap peserta kerana jarak Pusat Islam ke tempat penginapan adalah +- 400 meter!Kami agak kelam kabut pada petang itu,kerana kami tidak menyangka para peserta akan datang lebih awal.Bermula jam 4 petang,kebanyakan peserta telah sampai.Tahniah kepada peserta dari SMKA Durian Guling yang telah sampai paling awal.Nampaknya PINTAR edisi ke 2 ini dimonopoli oleh kaum wanita!peserta lelaki adalah 51 orang manakala peserta wanita adalah 96 orang.Semua peserta adalah seramai 147 orang.Bilangan fasilitator+ co fasi(Urusetia) adalah 30 orang.Kesemua fasilitator PINTAR adalah mereka yang telah mengikuti modul Inilah Sejarah Kita.


Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah!Semua peserta PINTAR telah menyambut tahun baru 1429 hijrah dengan penuh rasa takzim di surau Pusat Islam.Mereka amat beruntung kerana dapat menyambut tahun baru Islam dikala ramai muslim di luar sana yang langsung tidak sedar akan kehadiran tahun baru Islam.Hakikat orang kita,tahun baru 2008 lagi meriah daripada tahun baru 1429 hijrah!Selepas Isyak,akh nazrin dan adiknya Ukht Ilyana orang yang paling sibuk.Selaku AJK makanan dan minuman,menyusun atur makanan dan minuman bukanlah satu tugas yang mudah.semua peserta,urusetia, fasilitator dan VIP PINTAR kali ini dikehendaki makan dalam talam supaya kami dapat meningkatkan lagi rasa ukhuwah dan kasih sayang sesama kami.Pada malam itu,kebanyakan urusetia menolong mereka berdua mengatur makanan dan minuman peserta.Beberapa masalah timbul dalam penyediaan makanan kerana kami tidak mempunyai tempat yang strategik dan kekurangan manpower.Sangat memenatkan,apabila kami melihat urusetia akhawat dan beberapa orang urusetia ikhwah yang terpaksa menggunakan sepenuh masa yang mereka ada pada PINTAR kali ini untuk tujuan penyedian makanan sehingga mereka langsung tidak sempat untuk mengikuti pengisian-pengisian yang diberi kepada peserta.Jzkk kepada mereka yang begitu kuat bekerja!

PINTAR 2 telah dirasmikan oleh Tuan Hj Abd Karim Awang Kechik selaku Pengarah Jabatan Mekanikal PSMZA dan Timbalan Yang Diperetua JIM Terengganu.Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Program,akh Muhammad Mus'ab Muzahar diikuti dengan ucapan penuh semangat oleh Tuan Hj Fakhrul Anwar Zulkawi selaku Penasihat PINTAR 2 dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan Belia JIM Terengganu.PINTAR 2 telah dirasmikan dengan lafaz suci Bismillah dan video simbolik perasmian yang telah `diklik' oleh Tuan Hj Karim Awang Kechik.Selesai majlis perasmian para peserta akan memulakan slot pertama mereka laitu `man Hua'.Permainan ini adalah berbentuk taaruf.Para fasi memperkenalkan diri sebelum permainan dimulakan di luar Dewan Kuliah Utama(DKU).

Peserta ikhwah telah diasingkan dengan akhawat.Peserta ikhwah dikehendaki mencari rakan-rakan mengikut kriteria yang telah disebut oleh Akh Hafizudin.Kriteria- kriteria tersebut adalah seperti `ayah saya seorang doktor' saya sudah menghafal surah yasin' `adik saya umur 2 tahun' `saya lahir bulan 8' `saya ketua pengawas' dan banyak lagi kriteria-kriteria yang mesti peserta padankan dengan kawan-kawan mereka.Peserta paling pantas dikira pemenang.Sesi pada malam itu berakhir setelah para peserta sudah mempunyai kumpulan masing-masing. Amir Pintar telah dilantik pada malam itu.Akh Sabri dari SMKA Durian Guling telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab berat sebagai ketua PINTAR 2.
4.30 pagi.....Qum! Taqarrub iLAllah.Di kala embun menitis,sang matahari belum memancarkan sinarnya,udara dingin menggigit sendi muda..ahli PINTAR menangguk air suci berwudhuk untuk berqiamullail mengkrabkan diri kepada Allah Taala.Qiamullail dipimpin oleh Hj Fakhrul Anwar,akh Mus'ab dan Akh Hassan.Seterusnya kami bersembahyang Subuh dan membaca ma'thurat berjamaah.Bicara Fajar 1 telah diisi oleh Hj Karim dengan tajuk Revolusi hijrah Muhammad b. Abdullah.Tajuk ini dipilih sempena sambutan tahun baru 1429 Hijrah.Ringkas dan padat,penuh hikmat.Itulah ayat paling sesuai diungkapkan kepada Hj Karim.

Seterusnya. ......jeng. .jeng..jeng! Dalam masa 13 minit,para peserta dikehendaki menukar pakaian sukan untuk slot `mencari maruah' di padang PSMZA.Slot ini dipimpin oleh akh Zarif.Para peserta ikhwah dan akhawat dikehendaki menulis nama masing-masing diatas sehelai cebisan kertas.Kertas cebisan nama semua peserta tersebut dikutip dan dimasukkan dalam satu beg plastik oleh fasilitator. Selesai sahaja nama mereka dikutip,mereka dikehendaki membuat satu barisan mengikut kumpulan masing-masing. Mereka dikehendaki meletakkan tangan di setiap bahu kiri dan kanan rakan mereka.Akhirnya. .kaki mereka diikat bersama kaki rakan yang bersebelahan dalam kumpulan masing-masing. !Mereka tidak akan dapat berjalan melainkan dengan keseragaman dalam kumpulan.Mereka harus memutuskan satu cara untuk berjalan dengan selamat dan serentak!Apa yang akh zarif nak buat dengan cebisan-cebisan nama peserta tu?..Persoalan mereka terjawab apabila akh zarif `menaburkan' nama-nama mereka memenuhi padang tersebut!Nama-nama mereka juga di tabur dalam longkang dan tempat-tempat tinggi."Cari nama masing-masing Sekarang!Cari maruah anda yang telah hilang!"Akh Zarif bersuara lantang.Pelbagai ragam dan aksi dapat kami lihat.Ada yang berjalan dengan cara membilang 1,2,1,2.Ada yang merangkak..ada yang hampir meniarap,ada yang berengsot macam ulat bulu semata-mata ingin mencari maruah masing-masing yang bertaburan di seluruh padang.Apabila nama orang lain yang kita dapat,buang sajelaah....


Seorang fasi dikehendaki menjaga satu kumpulan.Hal ini bertujuan untuk menghalang pertembungan bukan muhrim dan fasi dikehendaki menerangkan kepada peserta mengenai batas-batas pergaulan dalam Islam."Permainan ni adalah bertujuan menilai semangat kerjasama dalam satu kumpulan.Perkara yang lain dapat kita lihat ialah,sifat mementingkan diri-sendiri yang tidak pernah hilang daripada diri manusia.Contohnya ketika kamu mendapat nama orang lain,kenapa kamu buang nama itu?kenapa tidak sahaja memanggil nama kawan itu,dan memberitahunya `saya sudah menjumpai nama kamu?.."akh Zarif panjang lebar menyimpulkan motif permainan mencari maruah diri.Para peserta terkesan dan nampak makin bersemangat meneruskan program.


Pukul 9.00 pagi,Slot Inilah Sejarah Kita bermula.Penyampaian oleh Ust Lokman Awang memberi kesedaran kepada semua peserta.Kini para peserta sedar bahawa umat Islam pernah menguasai 2/3 dunia.Dunia telah menyaksikan kehebatan sistem hidup bertauhidkan Allah SWT yang bermula daripada nabi Adam lagi.Sehingga lahirnya Muhammad B Abdullah S.A.W di tanah kering kontang Hijjaz dan baginda telah membawa sinar ISLA..Addeenul Haq!berkekalan sehingga zaman kemuncak ilmuan Islam pada zaman Abassiyah dan Turki Uthmaniyyah. Sekarang kami sudah sedar sistem khalifah Islam yang terakhir telah dimusnahkan oleh Mustafa Kamal Artatuk pada tahun 1924 masihi!Pantas para peserta bangun..menzahirkan rasa kesedihan dan semangat untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan menasyidkan lagu Tema PINTAR 2...


Adakah kau lupa..Kita pernah berjaya..Adakah kau lupa..Kita pernah berkuasa..Memayungi dua pertiga dunia..Merentas benua..melayari samudera..Keimanan juga ketaqwaan..Rahsia mereka..capai kejayaan...Bangunla h wahai anak bangsa! Kita bina kekuatan jiwa Tempuh rintangan perjuangan.. Gemilang generasi yang silam..Membawa arus perubahan..Keikhlas an hati dan nurani..Ketulusan jiwa..mereka berjuang..Sejarah telah mengajar kita..Budaya Islam di serata dunia..Membina tamadun berjaya..Merubah mengangkat maruah...Adakah kau lupa!adakah kau lupa!adakah kau lupa..

Kami tak kan lupa!Peserta PINTAR mengorak langkah mencipta sejarah baru.Insya ALLah..Sebelah Petang,Bro Fadhli dan Bro Din memberi input berguna.Slot Bersama Mencipta Kecemerlangan banyak membantu.Bro Din dan Bro Fadhli telah mengajar kemahiran mendengar,kemahiran mencatat nota,kemahiran mengira dengan cekap dan banyak lagi.Mereka juga menerangkan tentang peluang menyambung pelajaran samada di IPTA,matrikulasi ataupun overseas.Selepas Asar berjamah,para peserta diberi taklimat mengenai slot ekspresi seni yang akan diadakan pada sebelah malam.Para peserta dikehendaki membuat persembahan yang terbahagi kepada beberapa kategori.Kategoriny a ialah,Pentomin, Sinetron, Lakonan biasa,Lakonan bisu,Dikir barat,boria dan dokumentari. Mereka dikendaki mencabut undi bagi memilih kategori-kategori ini.Petang itu,mereka diarahkan mencari tempat-tempat yang indah dalam PSMZA untuk berdiskusi mengenai persembahan mereka pada malam nanti.

Slot Eksperesi Seni berlangsung di dua tempat yang berlainan.Peserta lelaki di surau manakala peserta perempuan di DKU.Malam itu,setiap persembahan dikritik hebat oleh empat orang pengkritik.Mereka ialah Hj Fakhrul,akh Mus'ab,akh Azizan dan Akh Zarif.Rata-rata para peserta mampu memberi persembahan yang baik.Tahniah diucapkan."Fasi tahu kritik orang je,diorang bukan wat persembahan pun"..Peserta bermonolog.Selesai sahaja persembahan para peserta ikhwah wal akhawat,mereka berkumpul semula di DKU.Kenapa kami berkumpul?Rupa-rupanya ada surprise...Fasi- fasi lelaki buat persembahan! Barisan Fasi ikhwah akan buktikan mereka mampu membuat lebih baik daripada para peserta.(Sebenarnya masa ni fasi semua cuak.Nak tahu naper?Semua persembahan peserta Ikhwah mantap-mantap! betul,tak tipu..bimbang tak dapat jadi lebih baik daripada mereka!)Lakonan fasi berkisahkan mat rempit yang selalu mengejek seorang ustaz yang mengajaknya melakukan perkara berfaedah.Mereka langsung tidak mengendahkannya. Mereka sering bertaruh ketika berlumba sehingga seorang rakannya meninggal ketika berempit.Mereka di kejar polis dan akhirnya mereka telah diselamatkan oleh ustaz yang selalu mereka ejek.Mereka malu dan menyesal.Mereka ingin berubah dan ingin belajar sembahyang.Perubaha n mereka bermula dengan belajar sembahyang Subuh.Lakonan 45 minit itu berjaya menghiburkan hati semua pihak (Psst..ade jugak yang tak puas hati senarnye.ni persembahan last pasal tajuk ni.) dan memberi banyak pengajaran kepada semua.Antara pengajaran yang boleh diambil ialah Sembahyang Subuh merupakan titik asas kepada penyempurnaan ibadat yang lain.Kita hendaklah sabar dalam berdakwah. Sejahat mana pun manusia itu,mereka akan berubah setelah mendapat Hidayah Allah taala.


Para peserta pulang ke tempat penginapan untuk gelombang beta.Para fasi meeting muhasabah.Oleh kerana ramai peserta akan pulang awal pada hari esok,kami telah memampatkan beberapa slot supaya majlis perasmian penutup yang sepatutnya berlangsung pada pukul 5,dapat dijalankan sebelum solat Jumaat.Pukul 4.30 pagi.Qiamullail berjalan seperti hari yang sebelumnya.Selesai Sahaja Subuh berjamaah,semua peserta membaca al-Ma'thurat. Slot pagi ini akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan sarapan pada pukul 8.15 pagi.Sesi pada pagi itu bermula dengan sesi bersama Kelab remaja JIM Terengganu.Pengerus i Kelab Remaja JIM Terengganu,akh Muhammad Mus'ab Muzahar menerangkan apakah itu KRJ kepada semua peserta.Rata- rata ramai peserta berminat untuk menyertai KRJ.Selesai sahaja sarapan,Tuan Hj Fakhrul Anwar Zulkawi mengisi slot `Ini Peranan Kita'.Slot ini adalah satu slot yang `tough' yang hanya dapat dihayati oleh mereka yang ingin mengembalikan kegemilangan Islam. Manhaj Perubahan yang telah di gariskan oleh As Syahid Imam Hassan Al-Banna dihuraikan oleh hj Fakhrul supaya para peserta rasa bertanggungjawab utuk mewakafkan diri masing-masing dalam kerja dakwah Islamiyyah.Sesi yang tegang,ramai peserta `khusyuk' mengangguk.Walaupun begitu,mereka tetap memberi komitmen yang sepenuhnya kepada perbincangan dalam slot ini.Sesi yang paling akhir sebelum penutup ialah Resolusi PINTAR yang dipimpin oleh Akh Mus'ab..Para peserta dikehendaki berkumpul mengikut sekolah masing-masing. Mereka dikehendaki memikirkan beberapa cadangan program sebagai susulan di sekolah masing-masing bagi mengislahkan rakan-rakan di sekolah.Resolusi juga bertujuan supaya para peserta menyampaikan segala input yang diperoleh daripada PINTAR 2 kepada kawan-kawan di sekolah.Setiap sekolah menghantar wakil ke hadapan bagi membentangkan cadangan-cadangan yang telah dibuat.Alhamdulilla h,rata-rata sekolah ingin meneruskan slot ISK di sekolah masing-masing dan akan menjemput KRJ bagi pengisian slot di sekolah mereka.InsyaAllah.. KRJ sedang mengatur jadual untuk pergi ke sekolah-sekolah di seluruh terengganu
Masa perpisahan semakin hampir.Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Hj Fakhrul Anwar Zulkawi-Pengerusi JKPR JIM Terengganu.Semasa ucapan beliau,beliau telah mengumumkan AJK KRJ yang baru bagi sesi 2008.Mereka ialah:

Pengerusi : Muhammad Munzir Bin Muzahar
Timbalan Pengerusi :Muhammad Irfan Bin Bahrin
Naib Pengerusi 1 : Humairaa' Binti Abdul Malik
Naib Pengerusi 2 : Wan Hani Munirah Binti Wan Muhd Rosdi
Setiausaha : Nurul Najihah Binti Khairuddin
Bendahari: Hafizuddin Bin Mohd Ridzuan

Bagi merealisasikan konsep remaja memimpin remaja,AJK KRJ yang baru juga terdiri daripada pelajar tingkatan 4.Dengan ini,rasmilah sudah peletakan jawatan pengerusi KRJ oleh Akh Muhammad Mus'ab Muzahar dan peletakan jawatan oleh AJK-AJK Krj 2006 yang lain.Semoga pucuk pimpinan KRJ baru terus istiqamah di jalan dakwah.Remaja Ulung,Syariat dijunjung!dengan berakhirnya ucapan Tuan Hj Fakhrul Anwar Zulkawi itu tadi,maka berakhirlah PINTAR 2 ini.Para peserta ikhwah bersembahyang Jumaat di masjid batu 7.Setelah membaca borang penilaian,kami mendapati:
1) Para peserta memberi rating yang tinggi pada tempat penginapan walaupun tidur dalam kelas beralaskan tikar.
2) Pengalaman paling menggembirakan para peserta ialah makan dalam talam
3) Hanya seorang peserta daripada 147 peserta tidak berminat menyertai KRJ.
4) Fasi kegemaran peserta perempuan ialah ukht Noraini
5) Fasi kegemaran peserta lelaki ialah akh Mus'ab
6) Permintaan peserta agar melanjutkan PINTAR sehingga seminggu.
7) Mengharapkan agar modul ISK di sebar ke seluruh sekolah di Terengganu khususnya.

"Wahai orang-orang beriman,jika kamu menolong Allah,Allah akan menolongmu dan akan meneguhkan kedudukan kamu"..
Muhammad:7

-Mus Palestina..0206 am-

Jumpa lagi di PINTAR ke 3.

No comments:

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'